Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Kangen Water kesihatan

Salam,

Ciku oh ciku..dah nak abis Jan 2015..kalam kabut ngan anak bongsu darjah 1 masuk sekolah..tengok tengok dah nak masuk bulan feb dah..hihi.Minggu ni member ajak g acheh lagi ..tetiba..hihi.ciku tak pegi just bagi no supir pak rizal dan mintak kirim ketam lembut masak lada hitam kering dari sana (kotla dapat...)hihi

Ciku tetiba nak baca tentang air tapi untuk stori tentang kangen water ni kena refer to the other blog yang lebih mahir kot ye dak.

Untuk sikit info yang ciku rasa nak share ,air atau nama saintifiknya H2O terdiri daripada dua bahagian hydrogen dan satu bahagian oksigen. Ia merupakan salah satu elemen yang paling penting untuk kesihatan dan memastikan badan kita dapat dielakkan dari proses dehidrasi. Air mungkin ada dimana-mana tetapi kita tidak pernah mengambil berat tentangnya.
Air adalah penting untuk mekanik tubuh manusia. Badan kita tidak boleh bekerja tanpa air, seperti mana kereta tidak boleh bergerak tanpa gas dan minyak. Malah kesemua sel dan fungsi organ yang membentuk keseluruhan anatomi dan fisiologi kita bergantung kepada air untuk berfungsi.

Tubuh manusia boleh bertahan beberapa minggu tanpa makanan tetapi hanya beberapa hari tanpa air. Badan terdiri daripada 50% – 70% air. Otak manusia terdiri daripada 75% air, darah 82%, dan paru-paru 80%. Walaupun hanya kekurangan 2% bekalan air di dalam badan kita, ia boleh mencetuskan tanda-tanda dehidrasi seperti kabur ingatan jangka pendek, kesukaran memberi tumpuan, dan menghadapi masalah dengan pembelajaran. Dehidrasi ringan ini juga merupakan penyebab biasa bagi keletihan di siang hari.
Badan kita tidak boleh menyimpan air, kita perlukan bekalan air yang segar setiap hari untuk menggantikan kerugian air daripada paru-paru, kulit, kencing dan najis. Jumlah air yang kita perlukan adalah bergantung kepada saiz badan, makanan harian kita dan tahap akitviti harian yang kita lakukan.
Beberapa fakta mengenai bekalan air dalam tubuh manusia :
  • Kandungan air dalam badan adalah lebih tinggi di kalangan lelaki berbanding wanita yang sama usianya.
  • Kebanyakan orang dewasa kehilangan kira-kira 2.5 hingga 3 liter air sehari. Kehilangan air dalam badan boleh meningkat dalam cuaca yang panas dan dengan senaman yang berpanjangan.
  • Orang tua kehilangan kira-kira 2 liter air sehari.
  • Kehilangan air dalam badan perlu diganti.
 Air diperlukan untuk fungsi badan manusia :
  • Mengekalkan kesihatan dan menjaga setiap sel dalam badan.
  • Menyimpan cecair aliran darah yang cukup untuk mengalir melalui saluran darah.
  • Membantu menghapuskan hasil sampingan daripada metabolisme badan, elektrolit yang berlebihan (contohnya natrium dan kalium), dan urea.
  • Mengawal suhu badan melalui perpeluhan.
  • Melembapkan paru-paru dan mulut.
  • Melincirkan sendi
  • Membantu penghadaman dan mengelakkan sembelit.
  • Melembapkan kulit untuk mengekalkan tekstur dan rupa.
  • Membawa nutrient dan oksigen ke sel-sel badan.
credit to http://www.kangenmalaysia.my/

Apapun minum air banyak memang penting dalam kehidupan kita.

4 comments:

Jari Manis said...

kangen tu apa maksudnya

betul tu..dah byk kali dgr berkenaa perkara ni..mesti! byk minum air puteh bukan air manis TETAPi..ya Allah..siksa betul nak habiskan 500ml sehari inikan pula 2Liter sehari huhuh...skg tgh cuba 1 liter sehari..ulang tandas usah citer lah huhhu

CIKU said...

Katanya kangen tu maksudnya dtg dari yang asli..ontahla..tp mmg ciku kena byk peringatkan diri..air penting utk bdn..kena minum bak kata jm tu..kena ada kpi minum air sehari..hihi.tq tq

Farikica said...

minom air manis 2 liter senang dari nak minom air putih seliter...kikiki... awat x jadik p acheh?

CIKU said...

hihi..betul betul..minum cendol ..ciku cepat je abis..air mineral ni slow sikit..tu nak kena disiplin ni.Acheh tu last minit plan.