Salam ,
|
Gambar kami di jerejak |
Raya ke 5 bebaru ni ciku bercuti di Jerejak island rainforest Resort ,penang.Ciku sebenarnya beraya di Alor Star masa raya ke tiga tu pastu ciku singgah masuk penang raya ke 5 tido di jerejak island ni..takut gak sebenarnya sebab macam macam stori tapi insyaAllah sume ok.Boleh refer http://www.jerejakresort.com/ atau
Nak stori sikit kami makan nasi royal area pekan rabu alor setar pepagi raya ke 4 tu..beratur panjang..huhu.Malam tu kami g cari kuey teow Iman alor setar ..lagi ramai orang.bungkus je bawak balik.
Orite sambung stori di Jerejak island rainforest Resort ,penang.
Alhamdulillah kami berehat di sini selama 2 hari 1 malam.Pakej bilik katil Queen RM120 dan boat untuk dewasa 2 orang rm10 each unlimited.Kanak kanak free .10 minit jarak dari jetty boat jerejak ke jerejak island so total rm140. Ada pakej room only rm80 tapi ciku tak amik sebab tak taupun..haha.Parking kereta disediakan di location sebelum naik boat tu.Tempat menunggu boatpun agak cantik.Ciku memang dah siap bawak baju kami dan anak anak dalam beg sandang je yang hanya untuk dipakai selama 2 hari je ke hotel .Yang lain simpan dalam kereta .Ringan sikit..hihi.
Memula nak pegi raya ke 3 tapi penuh so kami tukar plan .Kami dimaklumkan tiada makanan disediakan kerana jerejak bertukar pengurusan dibawah direct ancasa resort.Sebelum ni sub..ntah apa la tapi ok je sebab boat unlimited dan jadual boat banyak sehingga pukul 10.30 malam.Ciku masa check in dah lewat dalam pukul 6 petang so kami siap siap beli bekalan nasi dan lain lain. Kami pusing pusing area hotel , kolam dan pantai je pastu masuk rest tido.Ramai gak orang bercuti kat sini time raya ..hihi.Ada orang melayu,cina,omputih dan arab.
Esok pepagi apa lagi aktiviti mandi kolam la..anak anak dah tak sabo sabo dari semalam.Ciku g cari sarapan nasi lemak dan bihun goreng .Semalam dah order ngan penyelia boat tu.So mudahkan..hihi.Kami makan dekat area kolam gak pastu sambung mandi kolam.Settle tu ,kami g area climbing dan repelling tu .Anak anak dan hubby main panjat panjat tali dan imbangan badan..tak tau la apa nama game tu area paintball (sunyi tempat paintball tu dan tak terurus).Ciku cam nak try shooting dan archery tapi tapi tempat tu cam hidup segan mati tak mau je..hopefully afterthis ok la tempat aktiviti ni bila pengurusan bertukar .
Lepas Check out tu ,kami sekeluarga p cari nasi beryani kapitan kat georgetown yang dikatakan sedap tu ,adik pesan.Kami diberitahu mee udang ayu kat teluk kumbarpun sedap tapi sebab dah kenyang..hihi.lenkali g penang leh singggah lagi.Kami bukan makan di beryani kapitan tu , ciku suka g makan kat Restoran Pen mutiara di Wisma Nelayan LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia) Batu maung pulau pinang.Menu kari kepala ikan .hihi.Last selepas menziarahi kawan sekolah di penang kami terus naik jambatan baru penang ke ipoh.Jalan lengang je. Stop Kuala Kangsar sebab nak g tengok real masjid Ubbudiah , kuala kangsar dan Istana tanpa paku warna hitam kuning yang unik dan cantik tu.Kami stop solat sekali situ dan amik gambo.
Sampai ipoh , kampungku ciku terus pengsan kepenatan .hihi.Esok balik KL .alhamdulillah tak jem.Syukur sampai dengan selamatnya dan masak mee kari kerang sebab ada sedara mara KL nak datang petang tu.meh meh..no hal.Hidang sekali rendang pedas daging , mak masak yang lazat tersedap ni..bekalan ke KL..hihi
Gambo masih dalam simpanan.boleh je wat carian pakcik google ye memana yang ciku bold tu.