Sambal ayam penyet terlaris sambil nengok movie korea

 Salam,

Tajuk sakan..tak ingat..hihi..Ciku dapat resepi sambal ayam penyet ni dari kakak. Dah try 2 x memang sah sedapla..haha..ayat masuk bakul.Yang penting keluarga ciku suka ..udah.

Bahanbahan:
2 biji bawang sederhana size dipotong 4
2 biji bawang putih
4 batang cili merah
2 batang cili hijau
4 batang cili padi(ikut suka)
5 biji tomato saiz sederhana  dipotong 4
belacan
gula kabung
garam

Cara ciku masak :

Panaskan minyak sikit dalam 4 sudu besar(agak2 le)
Masukkan semua bahan tadi dan masak sehingga agak agak layu.
Sejukkan dan tumbuk /blender.(sedap tumbuk lagi)

Lepas tu panaskan semula tanpa minyak..masukkan gula kabung dan garam ikut rasa sehingga agak kering.
Siap boleh hidang..hihi.

Ayam lak ciku tak reti buat ayam penyet...ciku hanya goreng dengan serbuk kari dan garam je ..pastu lepas goreng masuk plastik n ketuk ngan hammer..haha..bebudak suka (sebab cam main masak masak)

okeh siap boleh hidang ngan sup kosong dan tempe goreng halus..timun dan salad.Tapi kalau malas sangat nak masak atau ayat lebih adab..xsempat masak..ciku beli je kat hentian bus kajang or wong solo bangi tu..hoho.kat situ selain ayam penyet ..ada pecal lele dan ayam bakar. okeh got to go..nak siapsiap tengok citer miracle in cell no 7 yang dikatakan top movie di korea..tengok kat rumah aje pun..boleh golek golek.




2 comments:

Ummiarissa Mahdi said...

tercari-cari saya lauk tu...banyak kali dah dengar orang lain makan..

CIKU said...

aah ciku memang suka terlajak sambal ayam penyetnya..hihi.:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.