Riadah - World hunger relief 2012

Salam semua,

Citer ni dah lama dah awal oktober kot.Kami satu famili beriadah sambil menderma kepada kanak kanak (hunger -hungry satu dunia) di putrajaya bermula dari Presint 2 mahkamah sehingga PICCdan patah balik ke mahkamah (berapa km yek..tk igt dh) .Boleh je nak derma kat mana manapun atau boleh je nak beriadah kat memanapun asalkan ikhlas.Terpulangla memasingnya pendapat.

Dipendekkan citerla ye..kami mendaftar kat luar pizza hut alamanda dah lama dah sebulan sebelum kot pastu  pada hari kejadian tu..hubby pegi dulu amik baju baju topi(eh ada topi ke..cam takde je..hihi..silap)baju color purple .cantik gak baju tu.

Memang best ..kami datang situ lepas asar ..sebelum tu rest kat rumah ..makan makan tido tgk tv..main hidden object,main find the different , main lego , tgk running man ..macam macam la yang merehatkan minda..hubby kata gerak lepas solat asar sesama.
di bawah ni ciku kongsi gambo sikit ye.

Sempat kami siapkan lego cars 2 ni ..bila la nak pegi legoland german ni..haha..angan angan tak sudah

  




Sampai sana putrajaya presint 2 ..depan mahkamah amik gambo dulu ..kira cam first time la datang putrajaya..amik amik gambo tengah tengah jalan..jalan tutupkan..hihi..ciku tengok ramai orang bawak anak anak sama cam ciku sekeluarga ni..ada yg bawak baby kembar dalam stroller..best aa..bagusla orang malaysia ni.

kami bergambo ngan badut..tak taula artis mana yang datang tak kisahla..yang penting makanan KFC dan pizza also ayamas dapat..hiihi..makan dulu pstu dah bersedia untuk jalan kaki start kul 6 petang sehingga PICC tu.Ciku dan hubby ok je jalan kaki tapi anak anakla dah penat so kami stop rest.pastu jalan semula pastu stop..hihi..aityak camana nak kurus ni umi ngan abah ..asik stop jek..aduhai..takpela kan mission utama memang nak beriadah ngan famili..so ok je..last kami sampai kat finish line tu dalam kul 6.45 ..uit cepatnya jalan kan kan kan..hihi..biasala u turn.kami dapat sijil dan perfume replika baju purple tu..comel je.Pastu kami g amik paper bag ada mcm mcm dlm tu..kami 5 orang so mmg la banyak dapat..ciku bg jiran dan anak buah sikit.

Anak anak seronok sgt main taman gergasi tu..kalau ciku kecik ..cikupun nak masuk dalam tu..hihi.okeh balik dah nak maghrib so terus aje ke rumah.Dekat je dalam 10 minit sampai rumah dah.Alhamdulillah.

Dapat sijil..leh masuk dalam SKT tak sijil ni..hihi


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.