Friday, February 24, 2017

Carian Pakej pantang ibu bersalin dan penjagaan bayi

Comelkan baby orang lain ni..hihi


Salam,

Sementara bercuti dari koje yang serasa dah lama sangat ni berehat dan masih belum sihat sepenuhnya asik lemau je..cikupun menjejakkan jari jemari mencari pakej berpantang sendiri. Dah nak masuk anak ke 4 ni kena pantang sendiri le di Putrajaya. Ciku dah dapat 3 pakej.

1) Pantangplus (harga berbaloi)
2) Pakej Humaira (Pakej muslimah)
3) Pakej Natali(ramai orang guna)

Masih survey

Yang penting 
Pakej ni sume terapist datang
Pagi sehingga 5 petang dan 

[URUT/ TUNGKU/TANGAS/MANDI HERBA/BERBENGKUNG dan lain lain]
Penjagaan IBU DAN ANAK
termasuk menyediakan MAKANAN BERPANTANG bagi 7 hari atau 14 hari dan ada pakej penutup pantang iaitu sengkak.


Tapi bila ciku survey ada antara pakej diatas yang ciku kurang .
1) Suh seseorang tgkkan baby semasa terapist nak 'adun'kan kita.(xde orang)
2) Raw material perlu disediakan oleh customer dan terapist akan masak di rumah customer(nope)
3) Booking 50% seawal 3 bulan disahkan mengandung (mungkin sebab untuk harga promo).adoi awal sgt..kitapun tak tau apa akan jadi.

Ini sepahaman ciku le. So far belum booking apa apa lagi.

Moga Allah (SWT) mempermudahkan segala urusanku dan keluargaku.

Thursday, February 2, 2017

Cerpen Mary


Pagi yang sunyi , hanya kedengaran pusingan kipas yang terpasang dari semalam.Aku masih sendirian disini hidup di alam gelap tanpa sesiapa.Entah berapa kali ku pusingkan lagu hindi ini tanpa jemu dan tanpa faham dan aku tetap membiarkannya terpasang.Sudah hampir 2 minggu aku begini dan tanpa bicara.Aku lemah fizikal dan mental.Emosiku terganggu.Kenapakah denganku ??

Fasa Nostalgia 1 :

"Mary are you ok?Nak makan tak?" kata Rania yang seringkali menyuruh aku makan. Memang aku suka makan lebih lebih lagi ikan bakar cicah cili kicap..wow meleleh airliur..hihi."Jom cafe Rajawali"..jawabku tanpa ragu. Kami bergerak bersama ke cafe yang sememangnye menjadi tempat feberet kami sebab musababnya bukan sahaja sedap tp boleh lepak lelama. Aku budak kaki lepak..itulah yang seringkali dinobatkan kepadaku tapi aku cemerlang weh dalam pelajaran.Akhirnya aku dan Rania berjaya menggondol ijazah dari Uni Tempatan Malaysia.Alhamdulillah.(Aik citer ajak makan tetiba dah grad..hihi).

Fasa Nostalgia 2 :

"Mary are you done?" dari mulut Madam Koo ."Yes Madam mypaperwork already submit to your PA early this morning" aku la tu yang cakap. Sebulan lagi majlis besar nikah anak kepada Dato Tajul dan Datin Okid akan berlangsung. Rekabentuk pakaian mereka eksklusif khas dari butik boss aku le..Madam Koo . Tema warna majlis adalah pink and soft oren.Nice and calm.Aku juga dijemput untuk menyampaikan sebuah lagu pengantin baru pada hari tersebut.Kenapa aku ye..hihi.

Fasa Nostalgia 3:

lirik lagu pengantin baru
Selamat pengantin baru. 

Selamat berbahgia. 
Selamat ke anak cucu. 
Selamat sejahtera.

Semoga berpanjangan. 

Semoga berkekalan. 
Selamat Pengantin Baru
Semoga satu tujuan. 
Semoga aman.

Hidup mestilah rukun. 

Sabar paling perlu.. 
Cinta setiap hari.. 
Senyum mesti selalu.
Oh oh oh oh..

Disuatu petang sambil mendesign pakaian Datin Okid,aku mendendangkan lagu ini tanpa sedar ada telinga dan mata yang melihat dan mendengar ..hihi..sudahnya aku dijemput untuk menyanyikan lagu yang sama di majlis perkahwinan anak mereka.Kebetulan Datin dan anak lelakinya tiba tiba datang ke pejabat ingin berbincang mengenai hal majlis tersebut dengan Madam Koo.Bersungguh mereka nak aku ada turut hadir di majlis itu.Okla i'll set date untuk ke sana.Alhamdulillah Allah anugerahkan voice yang merdu bak saloma ni..hihi.
Fasa Nostalgia 4 :
Sudah bertahun aku bertugas bersama Madam Koo ,tibe tiba one fine day aku dikejutkan aku terpaksa dihentikan kerana Bisnis Madam Koo ada songlapan berlaku dan dia ditangkap dan mengaku bersalah.Rasuah.Aku dan staff lain terpaksa keluar dan mencari rezeki di tempat lain.Aku redha dengan ketentuan ini.Apa yang aku perlu lakukan kini.Masuk Af kah?Bintang RTM kah?Ke sana kemari mencari kerjaya yang dahulunya mewah kini mencari di pelusuk syarikat yang menginginkan kepakaranku sebagai fesyen designer ini.Kondo mewahku terpaksaku tukar kepada apartment comel dan aku masih hidup sendirian disini.Aku mencuba nasib sebagai tailor di kedai Makcik Ani di bawah apartment ini.Di sinilah aku bermula mencari rezeki sebagai tailor dan akhinya berkat doa dan usaha ,aku dapat meluaskan empayarku dan terlahirlah Syarikat Tailor Mary Teo Abdullah.Alhamdulillah.Bidang nyanyianku terkubur bersama Madam Koo yang ku dengar masih di penjara janji.
Fasa Nostalgia 5 :
"Hi saudari manis purse you jatuh" sapa suatu suara kemelayuan di bumi paris.Aku terkejut dan terus menunduk mengambil dan kepala kami terlanggar."Aduh" jerit suaraku slow aje."Terimakasih ye encik" "sori ye,Mael nama saya,Ismail " sambil tersenyum manis dan terus berlalu.Aku pun meneruskan perjalananku menuju ke padang lapang Eiffle Tower yang gah itu di mata dunia.Di waktu malam suasana disini makin cantik dan awesome gitu.Sejuk kala malam disini,aku bersama rania masih dalam bercuti dan ini adalah negara yang ke 12 dalam listing negara yang aku jelajahi dalam tempoh 6 tahun ini.Kerja aku asyik berjalan ke merata dunia melihat kebesaran dan keindahan dunia ini.Ismail aku temui semula dia di tempat yang sama pada keesokkan harinya dan kami berjodohan jua akhirnya setelah kukenali hatibudinya selama 2 tahun.Wow ..jodoh datang tibatiba dan kami masih merondaronda dunia sehinggalah kini dan bukan berdua tetapi bertiga bersama anak kesayangan kami.Alhamdulillah.
....................
"Kanser". Aku terkedu dan sunyi tanpa sesiapa disisi dikala ini .Semua ke tempat kerja dan taska. Aku tetap diam seribu bahasa dan terngiangngiang telingaku pabila dikala doktor mengesahkan ku mengidap kanser tahap 3 dan aku masih terdiam dan diam tanpa bicara . Aku cuba untuk redha dan moga aku kuat menghadapi dugaan ini semua.
"Hello,ini dari XXX hospital we are sorry mrs Mary,the result is not yours.You are healthy and well.We will take all the responsible .We are so sorry with our big mistake".Fuhhh..aku kembali ceria sambil mendendangkan lagu jomblo happy.
Sedikit pun ku tak merasa malu
Tanpa ada kekasih di hatiku
Bukan berarti ku tak punya rasa
Untuk menjalin cinta

Ku tak pernah merasa kesepian
Atau mengangap sebuah cobaan
Hidup ku ini penuh dengan cinta
Dan ku sangat bahagia

Jomblo happy
Memang pilihan hati
Bukan karna tak mampu
Untuk cari kekasih

Jomblo happy
Memang pilihan hati
Biar ku bisa bebas
Terbang kesana sini

Aku masih ingin terbang ke bulan
Dan memeluk semua bintang-bintang
Aku masih ingin terus berjalan
Tanpa ada ikatan

Tak kan ku biarkan rasa kecewa
Membuat ku diam dan tak bersuara
Ku yakin di suatu saat nanti
Ada cinta abadi
Cerpen pendek ini hanya rekaan semata mata
                                             ...................Selesai............

Tuesday, January 24, 2017

Langkawi - Penutup cuti jalan jalan 2016

Salam,

Stori tak update..Disember 2016..

1) Jalan Jalan bandar ipoh mencari lukisan mural Ipoh bersama keluarga dan ayahbonda di Container Hotel.
http://www.containerhotel.my/ipoh

  • Makan cendol di area padang polo
  • Makan capati dan mi kicap di warung Abang Nash bikers 
2) JalanJalan Langkawi (Disember - 4 hari) termasuk
  • Langkawi sky bridge (menapak 300 anak tangga untuk ke puncak dalam 20 minit) ataupun boleh naik skyglide dengan bayaran...Ditengah ditengah skybridge tu ada Sections of glass tapi tak gayat.so ok aje cuma nak ke hujung tu agak goyangan.hiks.
  • Nasi dagang pak malau -bergambar dalam sawah padi dan berviewkan sawah padi.cantik.
  • Makan di Hafiz rojak
  • Makan di Restoran Seashell di area muzium padi
  • Langkawi Cable car (beratur lama dan panjang)
  • Langkawi Skyrex
  • Langkawi Art in Paradise 3D Museum
  • Dataran Lang 
  • Pantai Chenang
  • Pantai Tengah
  • Beli coklat dan minyak bam gamat dan sedikit FM(fridge Magnet)
  • Bermalam di Hotel federal Villa ,langkawi

3) Ayahanda tersayang meninggal dunia di hujung Disember 2016

-selesai-




Wednesday, November 16, 2016

Bercuti di The Haven Resort IPOH

Salam,
Gambo dari web le


The Haven Resort IPOH. Alhamdulillah kami bercuti lagi disini pula. IPOH myhomeTown ...hihi bersama makayah yang dah uzur dan mertua.

Kami tempah 2+1 Bedroom Lakeview Deluxe Suite di Matta fair .
This 3 bedroom-suite (1 King, 1 Queen and a sofa bedroom) comes with living room, dining area, balcony and 2 bathrooms (one on suite). It also has a kitchenette (for use by long staying guests) and can accommodate up to 4 adults only. 8-Level Security .The Haven Resort Hotel is operated by Best Western International (BWI) family chain of hotels, the world’s largest, under its ‘Premier’ or five-star status. Lift touch by roomcard.

Kami ada 5 adult dan 3 budak. So far ok aje cuma masa check in..ciku n hubby aje dan Welcome Drink - Haven’s All Natural sangat sedap..campuran cinnamon, halia, serai,lemon..ntah apa lagi tapi sedap. Ada dinasour park dan pokok tumbuh 100 tahun dalam batu cacak cacak macam kat kunming,china tu.Pepagi dan petang penuh kabus area bukit bukit tu..cantik..kalau pernah ke guilin china..lebih kurang gitula.

Malam tu ciku ngan hubby g lepak kat restoran Quisines..makan ala carte pasta carbonara dan kuey teow goreng. Restoran ni telah dianugerahkan Luxury Hotel Restaurant (Malaysia) (World Luxury Restaurant Awards 2016). Kami beli juga makanan di Johan seafood Tomyam area hotel. Lepas tu memalam tu keluar g jumpa ngan kengkawan lama ipoh di restoran ipoh area tambun.Unik tempat ni ada shuttle van..comel je.hihi. Balik bilik tengok sume udah tido kesejukan aircond.

Esok 7.30 paginye kami breakfast untuk 5 Adult di restoran yang sama sesambil hirup udara pagi dalam suasana kehijauan tu..hihi.bebudak ni turun dalam pukul 9.00 pagi untuk mandi kolam dan jogging area situ.

Check out extend time 1.30 petang.settle .alhamdulillah

The Haven Awards List (2011-2016)
1. Luxury Wedding Venue (Global) (World Luxury Restaurant Awards 2016)
2. Luxury Hotel Restaurant (Malaysia) (World Luxury Restaurant Awards 2016)
3. The Top 1% (Tripadvisor Travellers' Choice Award 2016)
4. Best Eco Resort (Going Places Reader’s Choice Awards 2015)
5. Best Resort & Hotel Project (The Malaysian Property Press Awards 2015)
6. Outstanding Achievement Award (The Malaysian Property Press Awards 2015)
7. Winner of Residential (High Rise) Category (FIABCI-Malaysia Property Award 2015)
8. Global Winner: Luxury Family All-Inclusive Hotel (World Luxury Hotel Awards 2015)
9. Asia Continent Winner: Luxury Hotel - Best Scenic Environment (World Luxury Hotel
Awards 2015)
10. Best Western Premier Brand Presentation Award (Best Western International 2015)
11. Marketing Partners Favorite Hotel Award (Best Western International 2014-2015)
12. Global’s Luxury Retreat of the Year (Luxury Travel Guide Global Awards 2015)
13. Asia’s Luxury Retreat of the Year (Luxury Travel Guide Global Awards 2015)
14. Malaysia’s Luxury Retreat of the Year (Luxury Travel Guide Global Awards 2015)
15. Asia’s Best Resort Residences (Property Report 2015)

http://www.thehavenresorts.com/



Hotline: 1700-8-1700-0




Monday, October 24, 2016

Holidays 2 days in Colmar Tropicale, Berjaya Hills

Salam,


Colmar Bukit Tinggi
Botanical Garden dan Japanese Village
Rabbit Farm
Ciku dan famili bercuti dan bermalam di sini. Amik trip matta fair ritu so sebenarnya dah abis due date tapi try call person in charge tu then dia kata ok aje - masih open lagi. Alhamdulillah.

Day 1:
Dari ofis tu ciku ngan famili terus check in dalam pukul 3.00 kot dan kemudian memanjat lak botanical garden dan japanese Village (cantik tapi gambar banyak kat dalam hp) lelaju sebab tutup pukul 6.00 petang.Ni semua include dalam price matta fair ritu so rugi kalo tak pegi kan.hihi.Nasib baik memang pakai sport shoes jenjalan so tahan lasak la.

Selesai lawatan ke Botanical Garden dan Japanese Village tu..oo..ciku dan anak perempuan try baju hanbok tu rm20.00 per person camera sendiri.rumah japan tu kecik aje..bajupun kurang menarik design nye..hihi. Tapi boleh bergambar dimana mana pelusuk di japanese park tu so okla.

Kami drive ke sini so tak amikla shuttle van(boleh rujuk di url hotel tu) dari hotel tu. Ada jadual ..ciku tak ingat lak last bila.Kami keluar dari botanical garden tu dalam pukul 6.00 petang dan terus ke  sport compleks plok main bowling 1 frame aje. Ciku bukan reti main pun dapat score just 77 aje..hihi.

Dah malam kami ke Restoran La Famme di colmar resort makan food ala ala france tu..memang sedap gile carbonara pasta dan aglio olie spagheti nya..hihi.Kami order lazagna , pizza dan pasta pastu kami order ayam bako for take away di Restoran La Poulet Roti .Konyang suda..balik mandi solat dalam hotel then kul 9.00 malam turun semula tengok persembahan akrobatik dari china dan main game di game center.okla. 6D motion tu dah tutup..kalo buka pun ciku takmo.poning.

Dah berapa kali menguap ciku time ni..ngantuk sesangat pastu kami g beli roti di Restoran La Boulangerie untuk bekfas esok..buy 1 free 1 so okla untuk bebudak ni bekfas ngan koko tamar. Hihi. Hotel Breakfast just for 2 person .Food dia for ciku biasa biasa aje 

Ini kali ketiga ciku ke colmar ni tapi first time bermalam di sini. Yang lain tu bermalam di meranti suites berjaya hill .Ciku stop singgah tanya The Chateau hotel tu- rate dalam rm600 semalam minima dan umor kanakkanak bawah 12 tahun tidak dibenarkan.gitula receptionist dia kata.Hotel ni spa and wellness nya.

Okla Balik Hotel tido - mode fengsan

Maklumat hotel :

COLMAR TROPICALE, BERJAYA HILLS
KM48, Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Karak
28750 Bukit Tinggi, Bentong, Pahang
Malaysia

Tel: + 60 (9) 221 3666
Fax: + 60 (9) 221 3828
Email:  reservation@colmartropicale.com.my


Day 2 :

Kami check out dalam kul 12.00 dan terus ke rabbit park. Dan simple info mengenai tempat ini seperti kat bawah ni ye.

Rabbit Park

Address: km 48, Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Karak, Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang, 28750, Malaysia

Hours: 
Open today · 10AM–6PM
Entrance fees - RM4 for both adult and child

Apart from rabbits, we could have donkey ride, feed the deer, peacocks. Kita boleh touch the rabbit just a small park bersebelahan dengan padang golf . Ada small Cafe juga tapi tak beli apa pun.Bebudak ni seronok la.

***Ciku just beli fridge magnet rm6.00 untuk colmar ni yang lain lebih kepada makan.

Restoran Samudera Exotic River Fish 

Terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur .
Ada nama bilik sempena nama Ahli Parlimen Rompin, Allahyarham Tan Sri Dr. Jamaludin Jarjis.

Kami lunch di Restoran Samudera ni on the way balik ke Shah Alam rekemen by member. Sedap yang amat. Masih teringat ingat lagi. Ciku tak makan patin sebelum ni..tapi di sini sedap sangat.Kami order ikat patin buah 2 ketul dan ikan kerai goreng , ayam kampung 2 ketul dan sayur pucuk paku tumis. Ulam ulaman dan sambal tempoyak disediakan juga.

Settle percutian 2 hari kami yang lebih kepada rest bersama famili dan makan.(memberatkan lagi diri yang sedia ada berat)

Wednesday, October 19, 2016

Masak roti guna cosway breadmaker terpakai

Salam ,

Beli bread maker terpakai dari kawan je..harga bawah rm100. Alhamdulillah..inilah hasilnya..ciku asik makan roti 14 minit uli doh dan buat bentuk dan bako dalam over ciku.settle bleh makan.




Donut 

Pizza crab stick dan fish ball..hihi
Pizza crab stick only
Belajar dari youtube -flower sosej bread

ini la rope nye bread maker tu.rezeki dapat beli murah dan elok lagi cuma stickers tu ciku g tukar buat yang instant je rm2.00.Alhamdulillah

Monday, October 10, 2016

Cuti cuti Jepun - lupa

Salam,

Ciku tak ingat nama tempat plaza ni..huhu. Harajuku tokyo areakah?memang lupa ingatan..lupa nak note.huhu. Last year travel time winter dan spring sakura.

Teringin nak cecah sapporo lak hokaido.hihi..
Sesiapa terasa nak nengok and baca trip kami yang tak seberapa backpack to japan for 10 days ..boleh click link tu na.

http://tanggadomino.blogspot.my/2014/04/japan-misi-mengejar-sakura.html



Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...