Salam
Terjadinya trip ini sebab anak kepada member yang search dan bookingkan untuk 4 family so 4 room. Saja bertemutemuan..hiks
Kami makan siap siap diluar sebab bila studi tempat ni agak jauh dengan kedai makan dan jalan pun jem so maleh nak keluar masuk .Kami bawa bekalan burger king juga ..biasala nanti musti lapar lagi.
So aktiviti just rehat aje dan jumpa membermember aje kat situ .borak borak dan tido. Aircond sangat sejuk..hiks. Kami ambil 2 tilam extra.Toilet agak not friendly tapi bersih .
Kettle Air panas tiada dalam bilik so kena ambil di Pantry.Toilet shared ada banyak je disediakan dan bersih so tak perlu berebut kat bilik na.
Best jakuzzi ada di dalam bilik.Anak nak main air sambil dengar lagu radio dari jakuzzi tu.(hati2..kena perhatikan si kecil tu main air ) |
ihsan google .tak sempat nak snap sebab ciku duk main gak ngan anak anak..hihi |
ihsan google.View dari atas |
Sarapan pagi disediakan pada pukul 8.00 pagi. Menu tak perlu kupon - makaroni cheese (sedap gakla) , bubur nasi dan roti bakar . Menu berkupon set breakfast western . simple aje ..ingatkan ada nasi lomak ke..hihi.Syukur..kena syukur selalu.Alhamdulillah.
Ciku rasa tempat ni kalau buat any event maybe sesuai sebab unik dan cantik. Kerusi sume color english ala english style. Ada game indoor such as carom, dam dan lain lain. Lokasi di lerenglereng bukit . View langit pokok pokok memalam view bintang and once again there is no TV dalam bilik so memang kita chat all the time or sleep. Kalau Type VIP ni..jakuzzi nya bleh pasang lagu so kami rest sambil dengar lagu2 then sleeping beauty.
Okla settle percutian rest dan bergolek tido .Sebelum gerak balik ke rumah , kami tinjau Tiarasa escapes location at janda baik . Cantikla dan tak berbukit bukit mcm glamz genting ni .Harga pun cantik..hihi.Kami kejap je situ meninjau dan borak2 ngan staff situ then menuju pulang rest lagi .hiks
https://www.tiarasaescapes.com/
Detail boleh tengok sini na sesiapa berkenan
Website
https://glamz.com.my
ADDRESS
1, JALAN MERANTI, 69000 GENTING HIGHLANDS, PAHANG, MALAYSIA.
CONTACT NUMBER
012-664 5269
https://glamz.com.my
ADDRESS
1, JALAN MERANTI, 69000 GENTING HIGHLANDS, PAHANG, MALAYSIA.
CONTACT NUMBER
012-664 5269
1 comment:
menarik tempat ni
boleh lah masuk dlm wishlist utk tahun ni :)
Post a Comment