Monday, November 27, 2017

Cuti cuti di Avani Sepang Goldcost Resort Bagan Lalang

Salam, 







Kami ambil type superior room with 2 person bekfas di website avani.Bilik besar untuk kami 5 beranak 1 baby. Ada sofa yang boleh memuatkan 2 anak laki ciku tdo.avani superior room 2 tingkat ..bilik bawah 2 twin bed tingkat atas king bed kalau tak silap.Yang best balkoni nampak sunset dan ikan todak..haha. DAN Basikal FREE tapi make sure yang ada tulis avani color biru tu.

Kebetulan bilik kami ambil dekat dengan kolam dan cafe bilabila restaurant tu so memudahkan kami bergerak jalan kaki je.Tapi buggy banyak je ..no worries.
View sangat cantik

Day 1:
Lunch di cyberjaya
Gerak ke bagan lalang -cek in pukul 3.oo tapi dah datang awal dan ada kosong bleh je cek in dan solat pastu terus mandi kolam . Ada happy hour masa tu coconut drinks tp cikgu tak beli pun.

Parking valet rm25 kalau tak jauh lor nak menapak.Setiap kali kereta keluar rm10.
Pukul 5.30 que untuk makan seafood di restaurant tepi pantai tu tak ingat nama.Biasanya kalau ciku datang bagan lalang musti makan kat  HM restaurant (open pukul 6) tapi kali ni nak tukar lak.Komen untuk restaurant yang kami cuba tu..kurang memuaskan.

Pukul 6.30 balik avani terus amik van avani ke kiddies club lukis batik dan layans bebudak ni main.

7.20 balik bilik solat pastu kuar semula kat balkoni je minum2 kopi .Lepas tu husband dan anak laki kuo naik basikal jenjalan area hotel..ciku buat apa..tdo le ngan baby..hihi

Day 2 :

Bekfas , naik basikal jenjalan gilir gilir ngan hubby pegang baby ,g gym tapi tutup dan Mandi kolam .
Cek out kul 12.00  terus gerak ke senawang negeri sembilan.
komen: aircond kurang sejuk..huhu
abisss..hiihi.Alhamdulillah

Info untuk SUPERIOR ROOM

SIZE 52 SQM
 CAPACITY 2 ADULTS, OR 2 ADULTS AND 1 CHILD
Situated on the first and second floors of the main trunk of the palm
Private balcony or terrace with a table and 2 chairs
Choice of king size bed with mosquito drapes or twin beds
En-suite bathroom with shower
LCD television
High speed internet access
Daybed (can convert into an extra bed)
Individually controlled air conditioning
Ceiling fans
Mini fridge
Personal safe
Yukata robe and slippers

Boleh refer web ni untuk info lanjut
http://www.avanisepanggoldcoastresort.com/

AVANI SEPANG GOLDCOAST RESORT
No. 67, Jalan Pantai Bagan Lalang
Kg Bagan Lalang 43950 Sungai Pelek
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Thursday, November 23, 2017

Ciku ke switzerland

Salam,





Cantiknyala bumi Allah


Four Lakes Walk between Engelberg and Melchsee-Frutt in central Switzerland. 
Photo: iStock

InsyaAllah one fine day..

Friday, November 17, 2017

Sushi bajet

Assalamualaikum





Okies gambar aje ye...memang mengenyangkan dan bajet .hihi

Thursday, November 16, 2017

Travel bersama keluarga


Di Pacific land - jeju island , korea

Nostalgia Travel Backpack bersama keluarga

2011 - Yemen 
2011 - Umrah Mekah Madinah
2011 - Korea(spring + summer)
  • Seoul
  • busan
  • Jeju
2011-Acheh ,Indonesia (bersama anakanak)
--------------------------------------------------------------

2012 -Abu Dhabi
2012 -Dubai
2012 - Iran(winter)
  • Perspolis
  • Shiraz
  • Tehran
2012 -HCM Vietnam
2012 -HCM Vietnam (bersama anakanak)
2012 -Krabi Thailand (bersama anakanak)

---------------------------------------------------------------

2013 - Brunei (bersama anakanak)
2013 -Solo Indonesia (bersama anakanak)
2013 - Jogjakarta Indonesia (bersama anakanak)
2013 -Makassar Indonesia (bersama anakanak)
2013- HCM Vietnam (bersama anakanak)
2013-Singapore (bersama anakanak)

----------------------------------------------------------------

2014 Jepun(spring+ winter)
  • Tokyo
  • Kyoto
  • Hiroshima
  • Nagano Hakuba Alps
  • Yokohama
  • Osaka
  • Fukuoaka
  • Huis Ten Bosch
  • Nagasaki
2014 -HCM ,Vietnam

-----------------------------------------------------------------

2015 - Guilin ,China (bersama anakanak)
2015 - Seoul ,Korea (autumn)
2015 - Abu Dhabi (bersama anakanak)
2015 - London (bersama anakanak)
2015 - Paris (bersama anakanak)
2015 - Manchester (bersama anakanak)

---------------------------------------------------------------

2016 -Bandung,Indonesia

---------------------------------------------------------------

2019 - Sapporo (bersama anakanak)
2019 - Otaru (bersama anakanak)

---------------------------------------------------------------


Yang paling best setakat ini backpack to Japan (4 orang)

November mood di Dashbox Cyberjaya dan Gerai Bawal Power Sempoi Sport Arena Cyberjaya

Assalamualaikum dan selamat semua.






Ok ciku kali ni bercuti di cyberjaya dekat je ngan rumah sebab musabab ..tak perlu ambil cuti lama dan sebab nak kumpul ramai adik beradik .Kami seramai 20 orang check in 2 hari 1 malam di sini.
DashBox cyberjaya. Ini sebenarnya kali ke 3 ciku dan keluarga ke sini (g survey je ) tapi kali ni tdo dan bersama grup yang ramai.

Boleh refer
Web      : http://dash-hotels.com/cyberjaya-malaysia/index.php
Address: Persiaran Apec, Cyber 8, 63000 Cyberjaya, SelangorPhone   : 03-8322 7171

Ittenary grup ni 

Day 1 : 
Check in pukul 3 petang (makan sesiap lunch).
Pembahagian bilik oleh ciku kepada 20 orang.
1 bilik twin hanya utk 3 orang (2 dewasa 1 budak)

Kami ambil 7 bilik di DashBox 
4 jenis type twin di tingkat bawah dan  3 deluxe  

Harga  dan lokasi:
Jenis Deluxe = RM 250 (area atas tepi kolam )
Jenis Studio  = RM 230 (area bawah tepi kolam - ni dah abis sepanjang tahun ni)
Jenis Twin    = RM 150 (area kolam kanak kanak di bawah dan atas)

Pukul 4.30 lepas asar -berkumpul di tempat yang telah ditetapkan (atas bilik jenis twin)
# Acara potong cake sempena besday mak,klong, adik ,anak buahdan annyversary..cake satu je..hihi

# Acara potluck -karipap,jagung rebus,kopok lekor,sandwich sardin,air oren,air mineral
# Acara mandi kolam sebab sliding kolam tu sebelah je tmpt makan ni
# Bergambar sekitar hotel (ini memang masa check in lagi..hihi)
# Ada gym gak bagi sesapa yang nak exercise lebih..hihi

Pukul 8.00 malam ,semua berkumpul di lobi untuk makan malam di Restoran Nasi Arab Saba , cyberjaya .Dekat aje dari hotel ni. 

Pukul 9.30 -12.00 malam lepas lepaklepak area hotel sambil bergambo lagi..hihi.
#Acara main Sahibba
#Acara lawan Congkak
#Acara main UNO
-Semua bawa sendiri game ni..main di area depan kolam ada kerusi meja kat situ macam bar tapi tutup waktu malam so bleh lepak situ..kolam tutup pukul 9.00 malam
-Ni sesapa dah ngantuk bleh balik tdo dulu..mak ciku dah tdo awal dah ..hihi

Day 2 :
Pukul 7.30 pagi 
# Sarapan nasi lemak dan teh tarik bungkus ditaja oleh adik yang kerja di Cyberjaya.Makan beramai ramai gak bagi yang dah bangun pagi dibilik deluxe..besar sket.

Pukul 11.30 pagi
# Adik kumpulkan kunci bilik dan serahkan pada ciku untuk kami check out.Check out patutnya kul 12.00 tapi kami awal sebab nak g makan Gerai Bawal Power Sempoi yang terletak di Sport Arena, Cyberjaya
# Kedai makan ikan bawal panas dan sotong sempoi habaq ang (kedai ni kalau pukul 12.00 ramai dan open masa 1snin -jumaat sahaja) 
#Air kedongdong asam sedap - RM 2.00 


Semua dijual dalam bentuk set sekali dengan nasi,kuah kari bendi, sambal kicap, sambal belacan dan pelbagai jenis ulaman seperti salad, timun dan ulam raja

Harga sangatlah berpatutan untuk ikan bawal satu set RM10.00 manakala sotong tu RM12.00 . Ada gak ikan lenlain cam keli dan talapia

Lepas makan berpecah ke destinasi memasing.Gambar tempat makan semua tak sempat nak snap sebab udah lapo..hihi. Ahamdulillah selesai.

Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...