Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

November mood di Dashbox Cyberjaya dan Gerai Bawal Power Sempoi Sport Arena Cyberjaya

Assalamualaikum dan selamat semua.






Ok ciku kali ni bercuti di cyberjaya dekat je ngan rumah sebab musabab ..tak perlu ambil cuti lama dan sebab nak kumpul ramai adik beradik .Kami seramai 20 orang check in 2 hari 1 malam di sini.
DashBox cyberjaya. Ini sebenarnya kali ke 3 ciku dan keluarga ke sini (g survey je ) tapi kali ni tdo dan bersama grup yang ramai.

Boleh refer
Web      : http://dash-hotels.com/cyberjaya-malaysia/index.php
Address: Persiaran Apec, Cyber 8, 63000 Cyberjaya, SelangorPhone   : 03-8322 7171

Ittenary grup ni 

Day 1 : 
Check in pukul 3 petang (makan sesiap lunch).
Pembahagian bilik oleh ciku kepada 20 orang.
1 bilik twin hanya utk 3 orang (2 dewasa 1 budak)

Kami ambil 7 bilik di DashBox 
4 jenis type twin di tingkat bawah dan  3 deluxe  

Harga  dan lokasi:
Jenis Deluxe = RM 250 (area atas tepi kolam )
Jenis Studio  = RM 230 (area bawah tepi kolam - ni dah abis sepanjang tahun ni)
Jenis Twin    = RM 150 (area kolam kanak kanak di bawah dan atas)

Pukul 4.30 lepas asar -berkumpul di tempat yang telah ditetapkan (atas bilik jenis twin)
# Acara potong cake sempena besday mak,klong, adik ,anak buahdan annyversary..cake satu je..hihi

# Acara potluck -karipap,jagung rebus,kopok lekor,sandwich sardin,air oren,air mineral
# Acara mandi kolam sebab sliding kolam tu sebelah je tmpt makan ni
# Bergambar sekitar hotel (ini memang masa check in lagi..hihi)
# Ada gym gak bagi sesapa yang nak exercise lebih..hihi

Pukul 8.00 malam ,semua berkumpul di lobi untuk makan malam di Restoran Nasi Arab Saba , cyberjaya .Dekat aje dari hotel ni. 

Pukul 9.30 -12.00 malam lepas lepaklepak area hotel sambil bergambo lagi..hihi.
#Acara main Sahibba
#Acara lawan Congkak
#Acara main UNO
-Semua bawa sendiri game ni..main di area depan kolam ada kerusi meja kat situ macam bar tapi tutup waktu malam so bleh lepak situ..kolam tutup pukul 9.00 malam
-Ni sesapa dah ngantuk bleh balik tdo dulu..mak ciku dah tdo awal dah ..hihi

Day 2 :
Pukul 7.30 pagi 
# Sarapan nasi lemak dan teh tarik bungkus ditaja oleh adik yang kerja di Cyberjaya.Makan beramai ramai gak bagi yang dah bangun pagi dibilik deluxe..besar sket.

Pukul 11.30 pagi
# Adik kumpulkan kunci bilik dan serahkan pada ciku untuk kami check out.Check out patutnya kul 12.00 tapi kami awal sebab nak g makan Gerai Bawal Power Sempoi yang terletak di Sport Arena, Cyberjaya
# Kedai makan ikan bawal panas dan sotong sempoi habaq ang (kedai ni kalau pukul 12.00 ramai dan open masa 1snin -jumaat sahaja) 
#Air kedongdong asam sedap - RM 2.00 


Semua dijual dalam bentuk set sekali dengan nasi,kuah kari bendi, sambal kicap, sambal belacan dan pelbagai jenis ulaman seperti salad, timun dan ulam raja

Harga sangatlah berpatutan untuk ikan bawal satu set RM10.00 manakala sotong tu RM12.00 . Ada gak ikan lenlain cam keli dan talapia

Lepas makan berpecah ke destinasi memasing.Gambar tempat makan semua tak sempat nak snap sebab udah lapo..hihi. Ahamdulillah selesai.

No comments: