Salam,
Kami ambil pakej ni masa Matta Fair ritu so decide untuk perjumpaan keluarga dan adik beradik di sini pada 10/5/2017 bebaru ni . Peralatan membakar disediakan oleh Wetland. Seafood kami beli di Pantai Klanang Banting -fresh.
Masa penggunaan kami terima bagi Pakej ini adalah selama 6 jam dari pukul 1 -6 petang dan bayaran dikenakan rm190. RM50 dah dibayar semasa Matta Fair ritu. Baki bayar di pejabat di area pintu masuk taman Wetland.Jangan tersilap pulak,laluan masuk tapak Wetland ni ada 2 iaitu satu untuk wetland rekreasi air dan kami di tapak perkhemahan ni di taman wetland yang ada gerbang kayu pintu masuk utama dan ada tram disitu.Ciku dimaklumkan harga sebenar tapak perkhemahan itu agak mahal iaitu rm160 sejam tapi disebabkan ambil pakej di Matta fair so memang berbaloila..rm190 untuk 6 jam.
Hujan Lebat masa kami sampai .Parking kereta ada disediakan.Surau Musolla kayu yang bersih juga disediakan selain toilet dan tempat mandi yang luas. Ada juga tempat untuk pakej berkhemah di tanah lapang disitu..ciku tak pasti tentang bayaran khemah - boleh tanya pejabat Wetland di situ.
Alhamdulillah tempat membakar semua ditempat di bawah tempat wakaf berbumbung yang lapang yang disediakan.Kami dalam 20++ orang , selain makan dan sembang sembang kami mengadakan game win lose or draw dan rebut gula gula untuk kanak kanak sahaja.
Semua makanan masak sendiri. 8 Sinki disediakan cuma ada kepala paip yang agak senget macam nak patah.hihi. Antara makanan, sotong bako dicucuk lidi ,ikan siakap dan kembung bako,ikan cencaru sumbat, udang bako,ayam bako,ikan janahak (terhad -hihi) . Roti beli dan sapu garlic , Roti dan roti sosej buatan sendiri by kakak -breadmaker ,nasi putih dan nasi arab homemade by ciku, Mushroom soup dan sos black paper homemade by my hubby. Manggo dan strawberry Dadih by adik1, kuih talam durian by adik2, Air kotak by adik3,air teh tarik panas dan sirap .
Alhamdulillah settle semua dalam lebih pukul 6 petang dan penjaga dari Perbadanan yang menyediakan peralatan membakar tu memang ada je situ .Sebelum balik kami mengambil peluang bergambar beramairamai di Taman Wetland Putrajaya dan balik ke destinasi memasing2 fengsan tido.
ooo..lupa lak lontong yang ditempah khas dari Teh Laris Kafe Seksyen 13 shah alam untuk sarapan pagi di rumah ciku sebelum ke Taman Wetland.
No Telephone : +60 3-8887 7774
Isnin Pejabat tutup
|
Gerbang kayu Taman Wetland -pic from wiki |
|
Dekat area pintu masuk (ciku dah pernah panjat ni .) |
|
Dari pandangan atas -gayat juga |
|
Tram yang disediakan (Free kalau tak silap -untuk pusing wetland dan masa ). |
Biar gambar berbicara..hihi.Dibawah ni baru le gambo BBQ .Ambil signboard tapak perkhemahan .Mudah sahaja pencariannya.
|
Peralatan yang disediakan dan arang satu bungkus. Kami g beli lagi arang tak cukup.Petugas akan ajar cara penggunaan.Lenlain as kipas untuk bara dan penyepit kita bawa sendiri. |
|
Adikberadik saling membako..mak buyong nak santap..hihi |
|
Game rebut gula gula untuk bebudak bawah 5 tahun |