Thursday, December 27, 2012

Cinta Halal

Salam semua ,

Tetiba cam best je nak tengok muvi melayu ni..lawak plus best utk tontonan sekeluarga ciku.

Best lakonan fahrin ahmad dan nur fathia ..ciku tak kenal nur fathia tu ..tak penah tgk dia berlakon sebelum ni..ntah tapi ok gak dia berlakon ..biasala pelakon zaman sekarang pakai tudung dalam filem , luar ontah.Apapun lakonan fahrin tu best.Simple bersahaja je.
Ropenay citer ni penah di tayangkan kat Tv..ciku je tgk citer basi..hihi.takpelakan..janji running man korea uptodate.




Sinopsis, 

Cinta Halal berkisar mengenai seorang gadis, Ismi Hazariah yang baru sahaja kehilangan perkerjaannya kerana dari sikapnya yang suka mencari pasal di tempat kerja. Ibu tirinya, Najihah runsing dengan masa depannya lantas memaksa Ismi untuk menghadiri temuduga sebagai Eksekutif di sebuah syarikat eksport makanan halal yang dimiliki oleh keluarga berketurunan arab. 


Ismi yang berperwatakan gila-gila dan berjiwa rockers menolak mentah-mentah kerana dia tahu etika berpakaian berkerja yang harus berpakaian muslimah. Namun atas desakan yang berterusan dia akhirnya mengalah dan menghadiri temuduga tersebut. Nasib menyebelahinya apabila dia berjaya mendapat perkerjaan tersebut. Ismi terpaksa melakukan pengorbanan yang besar dari segi pakaian dan tingkah laku sekadar memenuhi permintaan syarikat. Bekerja di Cahaya Holding telah membuka perspektif baru di dalam hidup Ismi. Dia mula jatuh hati terhadap pengurus syarikat, Syed Mukhriz hanya kerana perwatakannya yang kacak, tegas tetapi baik hati dan kaya.Ending cam real je..gelak sakan cari cincin.

Okeh itu aje entry today.Stori ending bercuti bln 12 , kami cuma plan nak ke morib gold coast sahaja.hihi.



Sunday, December 16, 2012

Cinderella's Stepsister korea

Salam,

At last habis gak tengok drama ni...sedih la pulak tapi ending best ..ciku nak tengok sebab heroinnya comel pastu best karektor dia dalam drama tu..berbeza dengan drama dia sebelum2 ni.Moon Gun Young..episod 19 dan 20 tu ciku tengok 2 x ..hihi..Ki hoon tu pun comel..manis je muka budak budak.

Kurang kasih sayang dan last dapat kasih sayang seorang bapa..kita yang penuh dengan kasih sayang kedua orang tua pun belum tentu sepenuhnya menghargai jasa ibubapa.Bila dah takde baru terasa banyak benda yang belum dan tak dapat buat dengan mak ayah.Ciku masih ada mak ayah..harap dapat membahagiakan mereka semasa hidup ni.

Apapun bak kata radio sinar tu..teleponla selalu mak ayah kita..mana tau kalau depa sedih dan mengalirkan airmata lak menunggu panggilan dari kita..alih alih jatuh anak derhaka pulak.(wallahualam)

Sinopsis boleh je tengok kat pakcik wiki..hihi..ni ada ciku tepek sikit gambar dari pakcik google..sume pakcik.Lepas abis ciku tengok drama ni ada 20 episod..ciku terus tengok running man epi 114 dan 115 yang ada moon geung young sebagai artis jemputan.tergolak golak la cam biasa.hihi.






Tuesday, December 11, 2012

Nasi Diraja yang lazat

penang
Ampang

ipoh
Alor setar
Salam,

Dah lama ciku nak update this entry tapi ada je hal tak dapat nak completekan so harap harap dapat le ciku abiskan ye.Ciku memang suka makan kari ikan especially kari ikan merah tanpa santan tu..adoi sambil menjilat jari kume.hihi.

Satu hari tu my hubby ajak makan nasi diraja kat kedah atau lebih gahnya dipanggil nasi royal..tak de maknanya orang panggil nasi diraja..ciku je sesaja ckp gitu.masa tu ciku maleh nak kuar so mintak bungkus je.bila dia g kedah musti dia g makan nasi royal alor setar tu..so ciku tryla..memang sedap especially sotong kari ngan bende .hubby amik ayam dan daging hitam..so kami kongsi ajela..anak anak ngan ayam goreng..sume kongsi kongsi makan.nasi color kuning lembut je.

Kami try makan nasi kat ipoh lak..nasi ganja ipoh dikatakan ..kat yong shuan .ni memang dekat ngan kampung ciku ayah penah la bawak sini dulu..senang je cari je cuma susah parking.

Pastu ciku g makan nasi kandaq beratoq penang ngan nasi line clear penang .ciku tak sempat g rasa nasi kandar pokok ketapang tu..depa kata sedap gak .huhu.Sakan g cari gak kedai ni.kecik je cam tersepit kedainya.

Bebaru ni adik perkenalkan nasi royal ampang lak.Tempat menarik gak ada kolam renang tengah 2 tu..tapi rasanya anakanak ciku pun tak nak mandi situ sebab tengah tengah tempat orang makan..hihi.Ciku biasanya datang malam je situ.

Apapun the best is nasi royal tu lauk sotong kari ngan bende je pastu teh o ais..hiihi.ni pendapat ciku je.Sakan g cari tempat tempat makan menarik ni..hiihi.
Cara carian ke tempat tempat ni ada banyak info di blog blog lain..leh je tanya pakcik google.hiks.

Jom malam esok g makan nasi royal ampang ni lagi.dekat sikit daripada nak g alor setaq tu.haha.

Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...