Sunday, October 28, 2012

Baby and me

Salam,
Akhirnya ciku abis jugak tengok drama ni.Ada 11 episod semuanya.
JKS yang berlakon..sahla kena tengokkan ..hihi.comel dia ngan baby mason tu.Ciku tengok ngan duan (anak sulong ciku) sampai abis..tapi episod 9 ..gambar tak berapa clear sgt..ciku tengok online je .apapun comel.tak tau la tengok jalan cerita ke atau hero nya..hihi..ciku suka tengok je citer korea ni tapi bukan taste ciku muka cam korea ni.huuhu. Moral stori :-jangan buang anak rata rata...okeh nak sambung tengok love rain JKS lak nnt..jom masak roti puree wat bekfas ngan kari daging korban semalam..jomsss.


Tuesday, October 23, 2012

Itinerary to iran

Salam,
Dah lama ciku nak letak itinerary trip ni  so hari ni baru berpeluang .Trip ni pada (20 JANUARY TO 29 JANUARY 2012)  yang lalu sendiri ( 3 ORANG). Amik cuti 3 hari je sebab raya cina plus sabtu ahad . mana boleh amik cuti bbyk..koje koje.hihi.Bajet seperti pegi umrah tahun 2011 yang lalu , memang berbaloi .Travel paling best selain umrah dan ciku teruja tengok senibina islam dan sejarah islam lama .ALHAMDULILLAH.

Tarikh
Destinasi
Catatan
Day 1
Abu Dhabi
Abu dhabi international airport by etihad airways

Naik  bus to chelsea  tower  dubai compliment by etihad airway

By taxi to  london crown 2 hotel apartment, dubai.
Sesat lak cari hotel..adui.
Arrival
Hotel di london crown 2 hotel apartment . Book by agoda

Makan dalam flight jek.Sampai hotel tido makan buah epal tido.

Weather waktu siang dalam 17 degree.

With hj razani n hubby
Day 2
Dubai City
Pusing pusing  sekitar dubai city

      -khalid al waleed station
      -dubai health care city centre
      -oud metro -sarapan
     -   etisalat station (line merah)
     -   airport duty free zone
     -   palm deira
     -   al rigga station
     -   makan nasi mandy area muraqabah street -lunch
     -   burj khalifa 
     -   dubai mall
     -   palm jumeirah atlantis
    -   dubai marina area nasimee beach
    -   nakheel station
     -   khalid al waleed station
-balik hotel
By dubai metro (rta). Beli tiket cards , valid untuk semua zone untuk sehari.










With hj razani n hubby
Day 3
Shiraz,Iran
Menuju ke terminal 1 dubai international airport

Menuju ke shahid dastghaib international airport, shiraz, islamic republic of iran by iran air

Tiba di shiraz city. Putar-putar di chamran dan shiraz city . (jalan kaki je).


By iran air to shiraz
Visa on arrival


With hj razani n hubby

Bermalam di uzir’s shiraz homestay

Makanan semua sedap..hihi
Day 4
Sepidan snow Iran
Menuju ke pusat pelancongan salji di sepidan mount.
First time tengok salji dan main salji.best ever..alhamdulillah.
Makan – bawak bekalan yang dimasak sendiri di uzir’s homestay.sejuk ssgt..time ni maggie pedas  paling sedap.masak nasi goring plus goreng pekasam.

With hj razani , uzir’family n hubby dan 2 orang translator bahasa parsi

Weather  –ve  degree.
Sgt sejuk..sediakan pakain yang sesuai sebelum pergi ..penting..long john ,losyen dll

Day 5
Perspolis ,Iran
-Perspolis (world heritage site oleh unesco), 
-davaze quran,
 
-bazaar vakil
Terpegun tengok keindahan seni bina islam sana..sejarah islam.
Dan juga..menyopping..hihi.

With hj razani ,uzir’family n hubby dan 2 orang translator bahasa parsi

Weather  8 degree.

Day 6 
Esfahan,Iran
To esfahan by van. (jauh sgt..tido dalam van).Kami melawat antaranya
      -khaju (royal) bridge
      -chehel sotoon  (40 column palace)
     - hasht bahesht  palace
     - fire temple dan monar jonban ( shaking minaret)
     - vank cathedral yang dibina selepas migration of armenians ke esfahan
      -qaisarieh bazaar
Bermalam di hasht bahesht apartment hotel esfahan

With hj razani , uzir’family dan hubby dan 2 orang translator bahasa parsi

Weather  8 degree.

 Ada masjid takde mic untuk azan disini.
Day 8
Tehran,Iran
Menuju ke tehran by royal safar bus.


Jalan2 sekitar golestan palace dan azadi square serta kawasan sekeliling by metro train .


Ciku suka ssgt makan epal kat sini..sedap rangup .sedap sangat.

-makan nasi mandy ngan berger besar ssgt.

Bermalam di ferdowsi international grand hotel, tehran nearby ferdowsi area.

With hj razani n hubby tanpa traslator..huhu

Day 9
Abu Dhabi Ferrari World
Menuju ke imam khoemeni airport ,tehran dari hotel.

Menuju ke dubai by iran air
Menuju ke abu dhabi city bycomplimentary etihad airways from dubai chelsea tower.

From abu dhabi to dubai pusing pusing sebelum ke ferrari world abu dhabi (the largest indoor and first ferrari theme park world) by car drive sendiri.(murah dari nak letak barang kat locker airport)

Balik malaysia by etihad airways
Hotel hantar ke airport.kalau amik teksi lain,  susah sebab bahasa parsi.xreti.

     makan nasi mandy area airport abu dhabi.

With hj razani  , hafiz (cousin in dubai) n hubby
Day 10
Perjalanan ke rumah di malaysia
Rest .
Plan to istanbul or mesir or Jordan..tak tau le bila..hihi..

Wednesday, October 17, 2012

Riadah - World hunger relief 2012

Salam semua,

Citer ni dah lama dah awal oktober kot.Kami satu famili beriadah sambil menderma kepada kanak kanak (hunger -hungry satu dunia) di putrajaya bermula dari Presint 2 mahkamah sehingga PICCdan patah balik ke mahkamah (berapa km yek..tk igt dh) .Boleh je nak derma kat mana manapun atau boleh je nak beriadah kat memanapun asalkan ikhlas.Terpulangla memasingnya pendapat.

Dipendekkan citerla ye..kami mendaftar kat luar pizza hut alamanda dah lama dah sebulan sebelum kot pastu  pada hari kejadian tu..hubby pegi dulu amik baju baju topi(eh ada topi ke..cam takde je..hihi..silap)baju color purple .cantik gak baju tu.

Memang best ..kami datang situ lepas asar ..sebelum tu rest kat rumah ..makan makan tido tgk tv..main hidden object,main find the different , main lego , tgk running man ..macam macam la yang merehatkan minda..hubby kata gerak lepas solat asar sesama.
di bawah ni ciku kongsi gambo sikit ye.

Sempat kami siapkan lego cars 2 ni ..bila la nak pegi legoland german ni..haha..angan angan tak sudah

  




Sampai sana putrajaya presint 2 ..depan mahkamah amik gambo dulu ..kira cam first time la datang putrajaya..amik amik gambo tengah tengah jalan..jalan tutupkan..hihi..ciku tengok ramai orang bawak anak anak sama cam ciku sekeluarga ni..ada yg bawak baby kembar dalam stroller..best aa..bagusla orang malaysia ni.

kami bergambo ngan badut..tak taula artis mana yang datang tak kisahla..yang penting makanan KFC dan pizza also ayamas dapat..hiihi..makan dulu pstu dah bersedia untuk jalan kaki start kul 6 petang sehingga PICC tu.Ciku dan hubby ok je jalan kaki tapi anak anakla dah penat so kami stop rest.pastu jalan semula pastu stop..hihi..aityak camana nak kurus ni umi ngan abah ..asik stop jek..aduhai..takpela kan mission utama memang nak beriadah ngan famili..so ok je..last kami sampai kat finish line tu dalam kul 6.45 ..uit cepatnya jalan kan kan kan..hihi..biasala u turn.kami dapat sijil dan perfume replika baju purple tu..comel je.Pastu kami g amik paper bag ada mcm mcm dlm tu..kami 5 orang so mmg la banyak dapat..ciku bg jiran dan anak buah sikit.

Anak anak seronok sgt main taman gergasi tu..kalau ciku kecik ..cikupun nak masuk dalam tu..hihi.okeh balik dah nak maghrib so terus aje ke rumah.Dekat je dalam 10 minit sampai rumah dah.Alhamdulillah.

Dapat sijil..leh masuk dalam SKT tak sijil ni..hihi


Friday, October 5, 2012

Terokai ke Sembunyi World

Saja ciku beratkan tajuk tu..hihi.
Ciku suka main hidden object . Sekarang ni ciku main game hidden object the enchanted library. Ada lebih hampir 20 folder game hidden object yang ciku dah download sebelum ni , belum plus yang main online..hihi..sakan..
Ciku memangla gitu..teruja dan sakan dengan game ni..HIDDEN OBJECT dan Solve Puzzle dalam hidden object tu.The enchanted library ni akan tunjuk tajuk buku time kita bebudak dulu..contoh :- Cinderella,the red little hood,beauty and the beast, apa ntah lagi..tak ingat.So kita yang main akan meneroka  ke alam buku buku zaman kita bebudak dulu cam 3D tu..hihi dan lebih menarik boleh kongsi semula ngan anak anak ciku cerita lama lama ni ..duludulu mana ada citer cars ,narnia ,harry porter sume tu.

Biasanya ciku main game ni memalam ngan anak anak lepas kul 9.30 malam kalau dah abis keja kat rumah yang wajib dan hari cuti.Main dalam 30 minit je..musti disiplin diri.ye ke..haha.okeh la..chows.




Baru level 7 je..buku 1

Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...