Murtabak biskut


Dulu dulu time sekolah ngan time bujang..mak suka masak benda ni..ciku tak tau namanya..ciku andaikan piza biskut jek..hehe.. ni dah beranak pinak ni..tau dah la nama nya ..memula ingat lasagna..(hehe) rupanya mustabak biskut ala ala murtabak raja..(andaikan aje..)

bahan bahan : -

1 bungkus biskut lemak  (ciku guna biskut cap ping pong )
Daging hancur
Bawang besar potong halus
Rempah kari daging 
Sosej
Susu cair
Daun bawang, daun sup ( potong halus )

Buat inti dulu na( ala al inti karipap je) :-

1. Panaskan minyak, tumis bawang merah.

2. Masukkan rempah dengan daging hancur . goreng sampai masak le..hehe

3. Masukkan daun bawang dan daun sup..garam gula as well .

Cara membuat lapisan: -

1. Bekas yang telah disapu ngan marjerin (nak bg murtabak tak lekat kat bekas tu)
2. Rendamkan biskut lemak td dgn susu cair jgn lembek sampai patah lak.
3. Susun biskut dalam bekas.
4. Ratakan inti daging td.buat selang seli ngan biskut (ikut sukala nak berapa tingkat)
5. Atas biskut sekali ciku suka letak sosej(potong kecik kecik) ..bebudak ni suka sosej..
6. Taburkan telur (3 biji yg dah dihancurkan) ke biskut tadi (biar sampai bawah).
7. Bakar dalam oven sehingga kekuningan dalam 1/2 jam.

Boleh makan dah..inti tu bole tukar tukar ikut suka..buh sardin ke , tuna ke ..kuah spagheti ke..hehe..apa apa ajela.So malam ni ..tadi kami makan murtabak permaisuri ciku..hehe.

4 comments:

Anonymous said...

ciku ni terror btul masak..ala2 chef gitu..mcm2 menu...bestnya tgk ..hihihiihi

CIKU said...

uit tahap terror n chef tu blom la..ciku suka masak dan makan..camtula jadinya..hehe

Anonymous said...

ciku masak dah tak anta pun.. huhuhuhu.. tgk menu ciku buat terliuq jekk..

CIKU said...

uit..kalau kenal leh la try try hantar..alahai ciku buat utk famili jek takde le best sgtpun

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.