Friday, July 25, 2014

RAYA


SALAM

SELAMAT HARI RAYA .
MOHON MAAF JIKA ADA TERSILAP DIMANA MANA DALAM PENA BLOG CIKU.
2014



Friday, July 18, 2014

Tragedi MH17

Salam,

Ciku terkejut malam tadi dapat whatsapp dari  member pasal kapal terbang MAS terhempas dan pelbagai gambar dan video yang ciku tengok dan for sure ada di majoriti di internet pada hari ini.

Ciku lambat dapat tahu hal ini, dalam pukul 2.40 pagi baru tersedar terus tengok berita . 

Pesawat Boeing 777 MH 17 yang berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengahari (masa Amsterdam) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi ini Jumaat , dengan membawa 295 penumpang beserta anak kapal dilaporkan terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia, dipercayai ditembak oleh peluru berpandu.

Hari ni , majoriti ciku and friends tengok berita terkini dari internet je tentang perkembangan terkini tragedi ini.Mungkin apa yang ciku stori kat sini tidaklah detail.Apapun semoga ahli keluarga penumpang dan krew tabah menghadapi ujian ini. Truly sad , another heartbreaking news. Al-fatihah.


dipetik dari http://www.news.com.au/



Monday, July 14, 2014

Pray for Gaza - Free palestine


Teruskan berdoa dan menderma kepada umat ISLAM di GAZA .
Mudah - mudahan doa kita menjadi senjata bagi melumpuhkan tentera israel, yang mampu hanya kalungan doa dari kejauhan.
Hancurkanlah Ya Allah tentera musuh itu.

Tuesday, July 8, 2014

Resepi kerabu pucuk paku / taugeh dan kerang.

Salam,

Resepi kerabu pucuk paku /taugeh dan kerang.

Bahan bahan
20 sen taugeh,
satu ikat pucuk paku,
bawang hiris halus
serai hiris halus
cili padi 3 ulas hiris halus
1 cili merah hiris halus
1 biji limau nipis
kerang rebus ikut suka
keresek satu paket
gula
ayam kiub

Cara masak ciku
  • rebus taugeh ,pucuk paku dan kerang
  • gaul sume dengan bahan bahan hirisan lain tadi
  • hidang dan makan ngan nasi kari ikan bawal dan tempe goreng ngan terubuk masin untuk berbuka semalam.
Alhamdulillah rezeki kami hari ini.Anakanak tak makan kerabu ni pun..ciku n TL je. Untuk makluman, rumah ciku setiap hari ada menu tempe goreng bilis kentang..feberet  rumah ni.:) 


Sunday, June 29, 2014

Ramadhan

Salam Ramadhan,




Alhamdulillah dipanjangkan umur untuk bertemu lagi Ramadhan pada tahun ini..Moga Ibadat di bulan Ramadhan ini adalah yang terbaik dan moga kita sekeluarga hidup bahagia bersama dunia akhirat. Antara amalan yang dilakukan di bulan ramadhan.

1) Berpuasa dengan yang terbaik.Mengajar anak anak berpuasa .
2) Berterawikh
3) Berbuka secara kesederhanaan .
4) Bersahur bersama .
5) Bertadarus 
6) Luangkan masa berbuka dan bersahur bersama makayah dan keluarga
7) Kurang berkata kata yang tiada faedah.
8) Bersedekah
9) Bersolat malam dan diakhiri dengan solat sunat witr
10) Bermaaf-maafan dan bersikap yang terbaik sesama makhluk Allah(SWT).


Doa untuk ciku dan semua yang berkesempatan membaca blog ciku.Ciku petik dari fb member.

Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami..
Yang sedang sakit, 
Mohon angkatlah penyakitnya ya Allah...
Berikanlah kesembuhan untuknya..
Kerana hanya 
Engkaulah yang Maha Menyembuhkan..

Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami, 
Yang kesulitan rezeki
Mohon mudahkanlah dan bukalah jalan rezekinya ya Allah..
Kerana hanya Engkau Maha Pemberi Rezeki..

Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami
Yang hatinya sedang susah dan bersedih, menerima dan menghadapi ujian-Mu...
Mohon kuatkanlah ia utk bisa bertahan dan bersabar..
Dan hiburlah dia dengan penuh kurnia-Mu..
Kerana janji-Mu yang tak pernah Kau ingkari..
Setelah kesusahan ada kemudahan..

Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami
yang sedang ada benih-benih sakit hati di hatinya..
Sombong, iri hati, dengki dan dusta..
Mohon bersihkan dan sucikanlah ya Allah..

Ya Allah..
Mohon ampunilah segala dosa dan khilaf kami..
Pun jika sampai hari ini ada di antara kami, yg merasa tersakiti dan terzalimi kerana kesalahan kami yang disengaja atau pun yang tidak disengaja..
Bukakanlah pintu hatinya..
Agar memaafkan kami...

Mohon Maaf Zahir dan Bathin pada semua
Selamat menunaikan ibadah . Ramadhan..
Semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan kita yang terbaik dan bukan yang terakhir...

Aamiin...


" SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA "

Saturday, June 21, 2014

Hari nasi dagang sedunia

Salam semua,

Pepagi lagi ciku dah jogging jalan kaki ngan anak ciku.opss..ciku pakai selipar je..huhu..sebab musabab..kasut sport ntah kemana menghilang..hihi..alasan. 

Dalam hati niat sebenar bukan nak g jogging sangatpun pagi ni..haha..cuma nak g awal beratur beli nasi dagang kat food court presint 9 , putrajaya tu yang ramai gilos orang beratur seawal 7.30 pagi.Tapi tokei kedai bukak kedai pagi ni dalam kul 8.00 pagi..menapak gak menunggu ..ciku orang yg ke 6. Anak ciku cakap .."umi, macam keretapi kat belakang" haha..ropenya orang beratur panjang sangat  belakang ciku.Ciku tak pasti waktu tengah hari dan malam ada jualan yang sama or tak..sebab musabab tak penah g malam or tengahhari or petang.

Ciku pun sanggup keluar awal ni beratur..ciku suka nasi dagang color putih lauk ikan tongkol..plan nak beli 1 bungkus je sebab ciku je yg suka makan nasi dagang tapi beli 3 bungkus lak..alang alang dah beratur lama ni..beli le banyak .hihi.RM15.00 total pastu g beli air solivite n sasparilla.worite.

Lokasi nasi dagang ni di food court presint 9 ,putrajaya.Dari gerbang masuk(takde gerbangpun) food court berdepan ngan kolam renang kanak kanak tu..masuk kiri. Kedudukan area lempeng panas dan nasi lemak rm2 tu..kalau tengok ramai orang beratur cam keretapi tu..itulah dia.Selain nasi dagang ,ada nasi minyak,laksam..lain lain ciku tak pasti dan tak pasti loghat dia gannu or kelate.Yang pasti nasi dagang dia sedap.hihi.

Kenapa tajuk hari ni nasi dagang sedunia sebab musabab malam nipun  ada ghatering geng geng travel (2010 -2014) - hubby dan ciku sekeluarga di food court ayer 8 ,putrajaya..menu utama nasi dagang lagi.Adoi..haha..menu pantai timur today k.

Orait sebelum apa apa ..ciku nak habaq sat..selamat menyambut ramadhan .Moga yang terbaik untuk kita dan keluarga dunia akhirat.




Friday, June 20, 2014

Floria putrajaya 2014

Salam,


Bermula dari 14 june -22 june 2014 .
Lokasi di presint 4 ,putrajaya.

Masanya adalah pukul 9 pagi hingga 10.30 malam(isnin -khamis) dan 9.00 pagi hingga 12 midnight(jumaat -ahad).

Terbaru adalah taman diraja ,begonia garden(nama bunga begonia tu...hihi),orchid garden dan payung payung tu dan jugak kali ni entrance ada bayaran .

RM 1 -kanakkanak(7 -12 tahun) , RM3 (12 tahun ke atas) .Ciku pegi sana park area masjid besi pastu exercise jalan kaki..hihi..jenjalan ngan bebudak ni . Ada kuda padi dan taman rabbit gak. Ciku suka tengok area competiton lanscape dari sekolah rendah ,sekolah menengah,IPT ,Syarikat dan banyak lagi .

Tempat solat dan toilet disediakan di sini cuma cam telekung tu tak nampak lak disediakan.Makananpun banyak dan kebanyakannya fast food . Kami tak makan dalam ni..kami makan di area kampung sg merab tu .

Ada gak malam 'Magic Of The Night' di Persisiran Tasik dan Marina, Presint 4, Putrajaya.(tak pasti bayarannya) tapi kalau nak tengok tepi tepi jambatan or dari jauh..free ajela.hihi.Ciku belum berkesempatan terjah 'Magic of the night' tu.

Tak banyak gambo yang boleh di kongsikan tapi boleh je kalau nak tengok di fb ppj (perbadanan putrajaya ) atau https://ms-my.facebook.com/FloriaPutrajaya


Ciku paling suka ni -Puan hamidah singapore (kalau tak silap)

























Orite selamat bersantai.

Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...