Salam semua,
Hari ni syawal terakhir , alhamdulillah ciku dapat menahan diri dan berpuasa 6 syawal untuk tahun ini.Hari ni raya..yeahhh.Ada jamuan raya lagi hari ni kat opis skrg dan opis lama.Alhamdulillah masih sudi jemput kita ni.
Nak stori semalam menu terakhir puasa 6 syawal.
ciku sempat masak untuk berbuka lepas ambil baby di taska dalam pukul 6 petang .
Apa yang dimasak ?
sambal tumis bilis tempoyak
Pecal rebus sayur
Goreng ikan pekasam
kari ikan
Rutin hari ni (saja nak share)
Mak mertua dan mak ciku ada di rumah dari puasa sehingga hari ini dan esok kami akan ke melaka hantar anak buah masuk Uitm .
Pepagi lagi ciku dah settlekan kain baju termasuk baju sekolah.Petang nanti bleh gosok takut terlambat balik dari melaka ahad nanti dan penat so settlekan awal.
Masak sarapan pagi tadi for my 2 moms , cekodok jemput jemput bilis goreng tepung adabi bilis tu campur dengan tepung gandum sikit dan ikan bilis dan bawang.Goreng dan hidang bersama kuah pecal semalam. Air milo juga. Kudapan sarapan ini untuk anak anak sebelum ke sekolah (kenkadang je ) dan my 2 moms and my lovely hubby.
Buang sampah sebelum ke sekolah tugasan anak sulong ciku.
Lunch order ngan akak opis , ikan keli sambal dan ciku just goreng pekasam dan tumis sayur untuk anak anak dan my 2 moms di rumah untuk makan lunch.
Petang ni anakanak ciku yang lain dah besar so depa akan pack baju sendiri. Ciku cuma akan pack baju baby dan kelengkapan baby sahaja serta baju kami berdua ngan TL.(ini kalau travel dekat 2 aje dan jumlah hari yang singkat).
Dalam keadaan semua ini ,mustahil mulut ciku terkunci rapatkan.hihi. Walaupun anak anak dah besar , pasti kena jeritan dan bebelan ciku yang merdu.haha
i love them all.Alhamdulillah
when i woke up
i am alive
i am healthy
i can see all my families beside me and touch them.
Tq Allah.
Moga murahkanlah rezeki kami dan permudahkanlah kami dalam membesarkan anak anak ini anugerah dari mu Allah serta moga kehidupan kami diberkati oleh mu Ya Allah.Ameen
From Allah To Allah.