Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Meriah beraya di Perak

Salam raya semua.

Tu la ciku yang sudah sarat memegang perut dan pinggang..hihi

Rasanya semua masih mood raya.Ciku baru balik dari kampung di Ipoh sabtu bebaru ni..gerak kul 6.30 pagi sampai Shah Alam pukul 8.20 pagi terus nak g bekfas lontong kat teh laris cafe seksyen 13 shah alam  tapi tutup so pegi ke cafe pak Ali shah Alam aje. Sedap juga nasi goreng golden nya tapi nak makan cendol pepagi tu taklah..hihi .

Sehari sebelum raya , ciku masak rendang ayam pedas 2 kilo untuk kampung . Lemang beli aje .hihi..Dan ciku kalau balik ipoh pasti akan ke Gazebo abang Nash makan capati lembut kuah sardin yang memang sedap bukannya bawang semata mata ,mi kari dan mi kicap. Gazebo abg Nash terletak di jalan menghala ke Batu Gajah berdekatan kawasan Changkat Larang, Perak . Anak anak ciku suka sangat makan bubur nasi kat situ.ada air coffee extended dan pelbagai jenis coffee..green tea is feberet ciku kalau g situ. Okies kang ciku terliur lak lagi nak g batu gajah tu..hihi.

Pagi raya lepas solat raya tu ,Alhamdulillah kami sempat menziarah kubur arwah ayah yang terletak di Ipoh . 

Orang mengandung beraya di Perak..hihi..ciku la tu, la ni dah nak masuk 36 weeks pregnant dan terasa sangat penat berbeza dengan zaman pregnant dolo dolo..maybe lebih kepada faktor umo 40++ . Pergerakanpun slow aje reraya bebaru ni..makan kena jaga sebab duk amik BSP every 2 weeks (pantau). Perak memang majoriti asyik makan lemang aje ngan rendang tok ,rendang dinding ,rendang ayam pedas so ciku kena jagala makan juga. Lontong dan laksa pun ada kalau g  raya rumah sedara mara ipoh ni.Meh tengok gambo gambo raya dibawah.



Satu hari kami limitkan pergerakan beraya ke rumah sedara mara dalam 2 buah rumah sahaja kecuali yang dekat2 ( jalan kaki) . Sebelum 6.30 petang ciku dah balik..rest .Tak boleh nak duk lelama rumah orang coz nak baring berbantal aje rasa.hihi.

Ciku ada terjah satu kawasan MAP ( Movie Animation Park di area meru) .Sebenarnya kami pegi beraya rumah sedara area situ dan lihat kawasan park tu. Kami tak masuk pun just bergerak dalam kereta aje.hihi. Yang bestnya ciku stop by di dataran bulatan 18 , ada 3 buah rumah senibina perak color hitam..cantik..apalagi kami bergambar le. Ada yang kata tempat tu restoran tapi hari kami pegi tu tutup aje.

Orite setakat itu ini aje kisah orang mengandung beraya di Perak .Selamat hari raya. Doakan ciku selamat bersalin na.Amin

No comments: