Monday, November 23, 2015

Famili Day 2015 di Bustel Klebang

Salam,


suasana pagi di bustel

Alhamdulilah selesai sudah  Famili day kami yang rata rata dari Perak, KL dan Kedah .Ciku and famili dah booking Bustel , Melaka ni sebulan yang lalu dan dapat 13 bus maknanya 26 bilik .1 bus ada 2 bilik yang berasingan .Bilik bahagian depan adalah king size dan bahagian belakang 2 single bed yang agak besar.

Semua kami lebih kurang dalam 60  orang termasuk kanak kanak dan bujang .Hari jumaat check in pukul 3 petang dan check out ahad 12.30 . Lantikan AJK telah dibuat sebelum ini iaitu Ajk penginapan, Ajk sukaneka, Ajk hadiah dan Ajk makanan.Lebih kurang gitula..hihi. Ciku and famili amik part Penginapan so kami pilih Bustel , klebang ni dan dipersetujui ramai.Famili day terbahagi kepada 3 grup besar.Team pertama color merah hitam  dan team kedua color pink hitam dan team satu lagi color campuran.hihi.










Ittenary Hari keluarga Nenda Aisyah November 2015

Jumaat
Check in di bilik masing masing
Terima kunci dan goodies ketibaan 
(berupa keychain bustel homemade dan biskut )
Aktiviti Free and Easy

5.00 petang Ciku dan anak anak buah makan laksa dan rojak passembor di cafe bustel dalam bus.unik .
Dinner di bustel berkumpulan.
Di waktu malam main bola sepak , bola tampar dan giant bubble .

Sabtu
 6.30 pagi jogging - sesiapa yang nak je area stadium sebelah bustel (terang  sebab lampu stadium dan memang dah ramai orang yang jogging.) dan jalan  di pesisiran pantai .

 Sarapan sendiri di area stadium  (jalan kaki)

 9.30 pagi acara sukaneka diadakan di antara 2 bus bustel.Redup sket situ.

Acara sukanekan kanak kanak terbahagi pada 3 kategori umur.
Lari bawak belon berkumpulan
Kutip pasangan selipar
Rebut  gula gula
Music chair
Grup paling panjang
Baling belon air

Acara sukaneka dewasa
Musang berjanggung (asingkan ikut jenis)
Baling belon air
Pasangan bawa bola
Golek tayar paling laju (ambil dibustel -jgn lupa letak semula ditempatnya)

12.00 Penyampaian Hadiah sukaneka dan pengagihan soalan IQ untuk kanak kanak dan dewasa.Mesti hantar semula kepada AJK sebelum pukul 6.00 petang.

Lunch sendiri di bustel

 6.30 petang konvoi ke Deli Muara Ikan bakar dalam 30 minit dari bustel (dah    order siap sebelum gerak)

8.00 malam Penyampaian pertukaran hadiah antara keluarga dan sambutan   hari lahir bulan Oktober/November dan acara teka teki dan siapa jawab dapat terus hadiah.

10.00 Acara sembang sembang malam .Grup Lelaki ke cafe bustel berdekatan minum teh tarik.Wanita acara sembang bersama anak anak buah dan sambung tekateki tanpa hadiah..bentang tikar belakang bus. Ada anak anak yang kecil dah tidur .

Ahad      
6.30 pagi jogging - sesiapa yang nak je area stadium sebelah bustel (terang sebab lampu stadium dan memang dah ramai orang yang jogging.) dan jalan di pesisiran pantai 

Sarapan sendiri di area stadium  (jalan kaki)
10.00 pagi -penyampaian hadiah IQ test .Kanak kanak semua dapat hadiah.Dewasa satu je hadiah.Pemenang famili yan guruskan penginapan bustel..hihi.

12.00 check out - Konvoi ke Coconut shake Ori drive thru area caltex dalam 10 minit dari bustel.Ramai gile orang tapi banyak je tempat duduk dan servis cepat.Makanan ada nasi lemak bungkus,kopok lekor,pelbagai kuih dan lain lain.

Lawatan ke muzium kapal selam (sesiapa yang nak join) -area bustel rm3 dewasa(12 tahun keatas) dan rm1 untuk kanak kanak.




Ke destinasi masing masing.Free and easy . Alhamdulillah selesai.
Dibawah adalah url kali pertama ciku ke bustel klebang.
http://tanggadomino.blogspot.my/2015/10/merasai-keunikan-di-bustel-melaka.html   

Monday, November 16, 2015

Bajet Seoul Autumn 2015

Salam , 


Alhamdulillah.Kami ke Seoul pada 3/11/2015 - 8/11/2015 bersama 5 orang member yang lain dari jojos backpackers.Ciku kenal dari member ciku yang pernah guna khidmat mereka ni tahun lepas. Dia seorang perempuan stay JB so far servis ok sepanjang trip.Sebelum ni ciku backpack sendiri bersama suami ke korea.Kali ni guna khidmat Jojos backpackers ni.Ciku pegi kali ni bersama rakan rakan dan memang nak feel autumn esp di Morning garden of calm tu dan nak tengok sendiri daun colorful tu..Gingko dan mapple leaves.alhamdulillah.Waktu pagi dan petang dalam 5 darjah celcius..sejuk.Gelap dalam pukul 5 petang.

Tukaran 1000 Won = RM 3.84  (tukar sehari sebelum fly)..huhu

1) Tiket Flight pergi balik sendiri

2) Deposit perlu dibayar RM300. 2 bulan sebelum date travel . Baki bayar sebulan sebelum     travel.RM 1050.00 untuk 6 hari termasuk 
    Penginapan di Isak Guesthouse Itaewon
    Entrance memana tempat yang perlu dibayar
    Transport T-Money sepanjang 6 Hari.

Simple Itinerary
     Flight pukul 1 pagi dari malaysia -tiba Incheon 8.20 pagi)

     Day 1 :  Namsan Tower 
                  Myendong
                  Itaewon street
     Day 2  :  Garden of Morning Calm
                  Nami Island
     Day 3  :  Gangnam Street
                  Everland 
     Day 4  :  Gyeongbokgung Palace
                  Insadong
                  Cheonge stream
     Day 5  :  Namdaemun /Dongdaemun
                  Ehwa  University
     Day 6 :   Airport 

     Flight pukul 3.45 petang waktu seoul 

Total = RM 1350.00 (dah bayar siap siap di Malaysia pada Jojos backpackers)



Makan (dalam Won) untuk 6 hari
3) Susu pisang (banana uyu) = 1300 
    Mineral = 850
    Pocari = 2000
    Coffee = 300
    Lunch di Muree Restaurant Itaewoon  (Bibimbab) , plain water=  12,000 
    Dinner -Plain Rice beli di 7E  makan dengan sambal hitam pahang = 1300
    Lunch di Nami island di Asian cuisine Restaurant Japanese menu,plain water = 10,000
    Lunch Muree Restaurant (Bulgogi) , plain water= 15,000 
    Lunch -Plain Rice with sambal hitam pahang = 1300
    Dinner -Restaurant EID (Bulgogi) , plain water= 10,000
    Dinner -Mr Kebab ayam kongsi 2 orang = 6500 /2
    Susu Pisang bawak balik Malaysia 4 botol = 5200
    Lotteria Airport shrimp burger = 5000

   Total = RM 250.00

4) Souvenior  (won)
   1 pek (10 sepit kuku) = 8,000 x 3pek = 24000
   FM di Garden morning Calm 1 biji= 5000
   FM di Namdaemun 6 biji= 8000 
   Brooch = 3000
   Tshirt korea legend merah 4 pasang = 20,000

   Total = RM 240.00 

5) Perbelanjaan lain (Won)
    Baju winter labuh di namdaemun =25000
    Baju bulu kait untuk winter = 7000

Total = RM120.00
    
Begitula seadanya perbelanjaan ciku di Bumi Seoul bebaru ini.Settle.Boleh je kurangkan tang area makan dan souvenior tu ikut memasingla na.Bulgogi memang sedap la.teringin lak nak makan lagi.hihi.

Tuesday, November 10, 2015

Autumn in seoul nov 2015


Garden of Morning Calm



Udah Penat pusing tapi serius cantik view di Gyeongbokgung Palace
Travel  backpack 5 orang

ciku at Nami island

Alhamdulillah selamat sampai Malaysia from seoul with love..hihi.
Travel dari 3-8/11/15 - ni bersama 5 kengkawan dari jojos backpackers..Stay at isak Guesthouse itaewon.Bajet Rm1350 tanpa mkn dan flight untuk 6 hari.Mkn bajet dalam 10000 won sehari.Lebih kurang la.hihi

Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...