Minggu lalu lalu kami balik dari Johor jumpa kengkawan so tido kat sini . Kami dalam 6 famili je buat reunion jumpa jumpaan.
1) Macam biasa cari port makan dulu..kedai makan kampung rahmat kampung pasir putih pasir gudang popular ngan ikan siakap goreng tanpa kunyit..cicah sambal hitam kicap ..plus tempe ,sayur jawa dan lain lain.fuh terangkat sangat sedap walaupun simple menu.Rasa fresh ikan tu.
Boleh tengok di web site ni untuk tengok menu.class sikit picnya atau di google
http://kyspeaks.com/2013/04/01/ky-eats-siakap-goreng-at-kedai-makan-rahmat-pasir-gudang/
2) Aktiviti Bowling di Daiman kira kira dalam 20 minit dari pasir gudang..grup famili ciku menang no 2..ntah tetiba je.haha.Alhamdulillah.Tahniah tahniah.
Boleh layari web ni
http://www.amansariresidenceresortsa.com/
3) Aktiviti Solat berjemaah dan tazkirah bersama rakan rakan dan keluarga.
4) BBQ di rumah member beramai ramai sambil bergelak tawa tak sudah sudah ..hihi
5) JPO -(Johor premium outlet )
Kali kedua datang sini..capai kasut sukan nike dan levis jeans je ..haha..lenlain tengok je la.
On the way balik ,ada member yang ke hello kitty dan legoland.Disebabkan kami dah pernah pergi dulu masa ke Singapore so kami terus balik je.Tak join..bajetpun xdo.haha.
Kami singgah kedai makan kampung rahmat pasir gudang lagi makan menu yang sama..masih teringat ingat je .