Friday, August 23, 2013
Tegar - Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang [Official Music Video]
Salam,
Tetiba ciku suka lagu ni ngan budak ni.Alhamdulillah semoga dia semakin sukses dunia akhirat.Liriknyapun bermaksud.Dikatakan ini cerita benar kisah benar budak ni.okla nak sambung dengar Ni.
Sunday, August 18, 2013
Sakan Makan Beraya
Salam,
Ciku sebonarnya nak citer banyak pasal raya dan makan makanan raya terutama di ipoh dan alor setar tapi betui agak kesibukan raya dan esok lak nak sekolah dah.Nanti nantila ciku stori mori.
Ini antara tempat ciku g makan selain g raya rumah keluarga ,sahabat handai dan taulan.
Nasi Vanggey ipoh
Nasi royal hijau kuning alor setar
Nasi royal pekan rabu alor setar
mee abu alor setar
kuey teow iman alor setar
Cucur udang white castle alor setar
laksa kangar/arau
Mee udang sg dua penang
Mee udang sg dua penang
Dol cendol
Alor setar dan perlis tu bukan kampung ciku tapi kami sesaja jenjalan rumah kengkawan dan cari menu sedap yang banyak diwar warkan ..hihi.Memang asik makan je selain tengok kawasan bendang,padi menguning..cantik tul time tu rasa nak amik pic ala ala model kat sawah bendang tu lak..haha.Sume pic masih dalam simpanan tak sempat lagi nak pilih.
Balik KL , ciku ada wat jamuan mini raya merangkap besday ciku pada hari raya itus ..jemput dalam 40 orang kot. Mekasih sudi datang rumah ciku.Yang kenal dan terlupa nak jemput , boleh aje nak datang nanti k.
Orite selamat hari raya dan mohon ampun maaf jika kata kata dalam setiap entry tersilap atau terguris sesiapa sah dari ciku sekeluarga.
Saturday, August 17, 2013
Qunut Nazilah
Salam,
Entry hari ni adalah petikan sejibik dari mr wiki untuk tatapan ciku dan semua yang membaca.
Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri. Qunut Nazilah قنوت نازيله merupakan salah satu daripada tiga jenis qunut yang sunat dibaca mengikut Mazhab Syafii selain qunut dalam Solat Subuh dan qunut pada separuh malam kedua terakhir Ramadan dalam Solat Sunat Witir.
*** Jika tersalah dimana mana dalam entry ini..mohon share info ye..mekasih***
Entry hari ni adalah petikan sejibik dari mr wiki untuk tatapan ciku dan semua yang membaca.
Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri. Qunut Nazilah قنوت نازيله merupakan salah satu daripada tiga jenis qunut yang sunat dibaca mengikut Mazhab Syafii selain qunut dalam Solat Subuh dan qunut pada separuh malam kedua terakhir Ramadan dalam Solat Sunat Witir.
Qunut Nazilah sunat dibacakan ketika
umat Islam didatangi bala bencana atau ditimpa musibah seperti
peperangan, wabak, kemarau dan sebagainya. Bacaan Qunut Nazilah ini pernah
dibacakan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam ketika kejadian pembunuhan
beramai-ramai 60 orang penghafaz al-Quran selama sebulan berdasarkan hadis berikut yang
bermaksud:
“Sesungguhnya Nabi
sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa qunut pada waktu selain dari Subuh
ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabat-sahabatnya penghafaz-penghafaz
al-Quran.”
-Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim
Tatacara bacaan Qunut Nazilah[sunting]
- Qunut ini boleh dibacakan pada tiap-tiap sembahyang fardhu jika kedatangan bala atau sebarang cubaan dari Allah SWT.
Dari Abi Hurairah radhiyallahu `anhu
beliau berkata: "Demi Allah, sesungguhnya aku akan mendekatkan kamu cara
solat Rasulullah S.A.W. Maka Abu Hurairah melakukan qunut pada solat Zuhur,
Isyak dan Subuh. Beliau mendoakan kebaikan untuk kaum mukminin dan memintakan
laknat ke atas orang-orang kafir".
(Hadis riwayat Imam Bukhari)
Abu Hurairah radhiyallahu `anhu juga
meriwayatkan bahawa sesungguhnya Nabi S.A.W tidak membaca qunut melainkan
apabila beliau berdoa untuk kebaikan seseorang atau mendoakan kehancuran
seseorang. Apabila baginda berkata: "sami'allahu liman hamidah"
Baginda berkata “Rabbana lakalhamd dan Baginda S.A.W membaca doa”.
- Qunut ini dibacakan pada waktu iktidal selepas ruku’ pada rakaat terakhir.
Diceritakan kepada kami Asim berkata,
aku bertanya pada Anas bin Malik tentang qunut, lalu dia berkata sememangnya
qunut itu ada. Aku berkata samada sebelum rukuk atau selepasnya, Anas berkata
selepas rukuk. Aku berkata lagi, sesungguhnya seseorang telah mengkhabarkan
kepadaku bahawa engkau memberitahunya sebelum rukuk. Anas berkata dia berdusta,
sesungguhnya Rasulullah S.A.W membaca qunut selepas rukuk selama sebulan dan
diperlihatkannya ketika mengutus satu kaum yang dikatakan mereka itu baik
bacaannya seramai 70 orang kepada kaum musyrikin yang telah melakukan
perjanjian dengan Rasulullah S.A.W.
(mengikut riwayat hadis yang lain, 70
orang al-qura’ yang diutuskan oleh Rasulullah tersebut telah dibunuh). Lalu
baginda berqunut selama sebulan mendoakan kecelakaan ke atas mereka.(Hadis riwayat Imam Bukhari)
- Sunat ditambah bacaan doa ini selepas bacaan qunut harian.
Disunatkan kepada Imam untuk membacanya secara kuat dan diaminkan oleh
makmum dalam solat yang berjemaah.
Lafaz doa qunut nazilah
- Ya Allah! Muliakan Islam dan orang islam. Ya Allah! Hinakan Syirik dan musyrikin. Ya Allah! Tolonglah saudara-saudara kami yang muslim dan mujahidin dan golongan-golongan lemah, di Palestine, di Lubnan, di Iraq dan di semua tempat dan di semua masa.
- Ya Allah! Binasakan musuh kamu, Musuh agama (Islam). Ya Allah! Hancurkan kekufuran, Syirik dan Munafiq, Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan pada leher-leher musuh kami (kami serah kepada Mu) dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah! Cerai beraikan himpunan mereka, pisahkan kesatuan mereka, selerakkan kalimah-kalimah mereka, gegarkan ketetapan mereka, Kalahkan mereka dengan anjing dari anjing-anjing kamu.
- Wahai Tuhan yang maha gagah, Wahai Tuhan yang maha keras, Wahai Tuhan yang maha membalas.
- Wahai Allah, tuhan yang menurunkan kitab (al-Quran), tuhan yang menggerakan langit, tuhan yang mengalahkan tentera ahzab, kalahkan kuffar, kalahkan yahudi, kalahkan hindu, kalahkan amerika dan sekutu-sekutu mereka, dan tolonglah kami atas mereka.
- Ya Allah, Engkau berkuasa, kami lemah, kami mengadu kelemahan kami. Ya Allah! Engkau Tuhan kami dan kami adalah hamba-hamba kamu.
- Ya Allah! Rezekikan kepada kami Syahid di jalan kamu. Ya Allah! Berikan kepada kami kehidupan di dunia ini baik dan di akhirat juga baik, dan selamatkan kami dari Azab neraka.
Orait senantiasalah kita berdoalah
Ya Allah tolonglah islam dan kaum muslimin.Amin
Monday, August 5, 2013
Cotton kurung Batch 3
Subscribe to:
Posts (Atom)
Travel melihat keindahan alam Calgary Canada
Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...
-
Salam, Alhamdulillah selesai dengan jayanya trip ke sapporo pada 29/1-3/2 walaupun singkat tapi best , simple dan padat. Kalau boleh ...
-
Salam , FM negara /negeri yang ciku dan hubby pernah terjah dan agak serabut ..banyak dah jatuh pecah dan magnet tercabut..hihi.ni pic...
-
Aku tetiba terpanggil untuk tengok cerita ni..berlatarbelakangkan pengkajian banda acheh yang dilanda tsunami seketika dulu. ...