Salam ,
Maafla ye bagi tengok gambar ni masa ramadhan ni
Pada minggu lalu , kami berpeluang untuk pulang ke kampung ipoh.On the way balik kampung tu. Ciku suggest to hubby "jom kita buka posa kat atas" yakni cameron highland ..hihi.So hubby call mak ..tanyakan kot kot dia ada hal ke apa apa untuk masa 2 hari ni..sabtu ahad..FREE..so ok..ciku pun cepat je survey hotel /chalet yang berdekatan dengan pasar ramadhan cameron -mudah sket nak beli makanan nanti..hihi.
Memang berdepan je dengan pasar ramadhan dan medan selera (ada masakan panas untuk berbuka) tanah rata.Ciku amik Famili room - rm300 booking by booking.com on the same day.
Kami sampai ipoh dalam pukul 5.00 petang , booking makanan sesiap dulu kat kedai tepi kampung pastu amik mak dan shoot naik cameron. Jalan ok aje kereta pun tak banyak boleh kira..hihi.sejuk plok kali ni kat cameron 19 celcius..kami sampai hotel dalam 7.00 malam ..check in bagai-tepat time berbuka dan makan kat dalam hotel je bekalan yang dibawa dari kampung tadi.Ciku perasan memang depan pintu keluar hotel ni pasar ramadhan dan depan sikit tu ada medan selera maskaan panas.Alhamdulilah selesai berbuka di dalam hotel aje.
Memalam tu kami bergerak ke rumah makcik di perkampungan melayu ,kg sedia - opah strawberry tu.Kami di jamu makan strawberry cicah coklat dan aiskrim dan teh strawberry ..itupun dah sedap dah untuk anak anak ciku yang memang gemarkan strawberry coklat tu.Selesai aktiviti menziarah , kami balik hotel rest.
Sahur !!..hihi. hubby dah beli bungkus burger di marrybrown sebaris dengan hotel kami.Jalan kaki aje.
Hari kedua di Cameron
Kami bergerak ke Mardi tengok bunga bunga dan buah ..hihi pastu penat..balik rest.Dah petang tu..hubby ngan anak anak pegi booking makanan di medan selera masakan panas tu untuk berbuka. Mak lak pegi pasar ramadhan beli kuih muih dan segala macam le. Ciku masih rest di hotel.hihi.
Time nak berbuka baru ciku ngan famili semua jalan kaki ke medan selera tu berselera makan sambil dibuai angin yang menyejukkan.Ramai gak orang sesama berbuka sebelah menyebelah meja kami.Kami pilih gerai paling hujung. Makananpun sedap aje.Alhamdulillah.
Kami order juga untuk makanan sahur - nasi putih dan ikan goreng serta sayur kailan.Settle.
Hari ketiga di Cameron
Hari ketiga di Cameron
Pukul 11.00 pagi kami check out dan mengarah ke Opah strawberry untuk ambil strawberry dan coklat yang telah dipesan sebelum tu. Kemudian kami ke pasar yang banyak jual sayur sayuran tu..mak nak beli sayur wat stok..cikupun beli gak dan strawberry lagi untuk kengkawan.
Dalam pukul 1.00 kami sampai ipoh 35 celsius..huhu ,hantar mak dan tunggu solat zohor ..kemudian shoot semula ke Kuala Lumpur..pulang ke rumah. Settle misi berpuasa dan berbuka di Cameron Hihgland yang sejuk.
Bebuka confirmla di rumah tapi makanan beli juga -nasi kerabu Wan Atiq.hihi