Friday, February 24, 2017

Carian Pakej pantang ibu bersalin dan penjagaan bayi

Comelkan baby orang lain ni..hihi


Salam,

Sementara bercuti dari koje yang serasa dah lama sangat ni berehat dan masih belum sihat sepenuhnya asik lemau je..cikupun menjejakkan jari jemari mencari pakej berpantang sendiri. Dah nak masuk anak ke 4 ni kena pantang sendiri le di Putrajaya. Ciku dah dapat 3 pakej.

1) Pantangplus (harga berbaloi)
2) Pakej Humaira (Pakej muslimah)
3) Pakej Natali(ramai orang guna)

Masih survey

Yang penting 
Pakej ni sume terapist datang
Pagi sehingga 5 petang dan 

[URUT/ TUNGKU/TANGAS/MANDI HERBA/BERBENGKUNG dan lain lain]
Penjagaan IBU DAN ANAK
termasuk menyediakan MAKANAN BERPANTANG bagi 7 hari atau 14 hari dan ada pakej penutup pantang iaitu sengkak.


Tapi bila ciku survey ada antara pakej diatas yang ciku kurang .
1) Suh seseorang tgkkan baby semasa terapist nak 'adun'kan kita.(xde orang)
2) Raw material perlu disediakan oleh customer dan terapist akan masak di rumah customer(nope)
3) Booking 50% seawal 3 bulan disahkan mengandung (mungkin sebab untuk harga promo).adoi awal sgt..kitapun tak tau apa akan jadi.

Ini sepahaman ciku le. So far belum booking apa apa lagi.

Moga Allah (SWT) mempermudahkan segala urusanku dan keluargaku.

Thursday, February 2, 2017

Cerpen Mary


Pagi yang sunyi , hanya kedengaran pusingan kipas yang terpasang dari semalam.Aku masih sendirian disini hidup di alam gelap tanpa sesiapa.Entah berapa kali ku pusingkan lagu hindi ini tanpa jemu dan tanpa faham dan aku tetap membiarkannya terpasang.Sudah hampir 2 minggu aku begini dan tanpa bicara.Aku lemah fizikal dan mental.Emosiku terganggu.Kenapakah denganku ??

Fasa Nostalgia 1 :

"Mary are you ok?Nak makan tak?" kata Rania yang seringkali menyuruh aku makan. Memang aku suka makan lebih lebih lagi ikan bakar cicah cili kicap..wow meleleh airliur..hihi."Jom cafe Rajawali"..jawabku tanpa ragu. Kami bergerak bersama ke cafe yang sememangnye menjadi tempat feberet kami sebab musababnya bukan sahaja sedap tp boleh lepak lelama. Aku budak kaki lepak..itulah yang seringkali dinobatkan kepadaku tapi aku cemerlang weh dalam pelajaran.Akhirnya aku dan Rania berjaya menggondol ijazah dari Uni Tempatan Malaysia.Alhamdulillah.(Aik citer ajak makan tetiba dah grad..hihi).

Fasa Nostalgia 2 :

"Mary are you done?" dari mulut Madam Koo ."Yes Madam mypaperwork already submit to your PA early this morning" aku la tu yang cakap. Sebulan lagi majlis besar nikah anak kepada Dato Tajul dan Datin Okid akan berlangsung. Rekabentuk pakaian mereka eksklusif khas dari butik boss aku le..Madam Koo . Tema warna majlis adalah pink and soft oren.Nice and calm.Aku juga dijemput untuk menyampaikan sebuah lagu pengantin baru pada hari tersebut.Kenapa aku ye..hihi.

Fasa Nostalgia 3:

lirik lagu pengantin baru
Selamat pengantin baru. 

Selamat berbahgia. 
Selamat ke anak cucu. 
Selamat sejahtera.

Semoga berpanjangan. 

Semoga berkekalan. 
Selamat Pengantin Baru
Semoga satu tujuan. 
Semoga aman.

Hidup mestilah rukun. 

Sabar paling perlu.. 
Cinta setiap hari.. 
Senyum mesti selalu.
Oh oh oh oh..

Disuatu petang sambil mendesign pakaian Datin Okid,aku mendendangkan lagu ini tanpa sedar ada telinga dan mata yang melihat dan mendengar ..hihi..sudahnya aku dijemput untuk menyanyikan lagu yang sama di majlis perkahwinan anak mereka.Kebetulan Datin dan anak lelakinya tiba tiba datang ke pejabat ingin berbincang mengenai hal majlis tersebut dengan Madam Koo.Bersungguh mereka nak aku ada turut hadir di majlis itu.Okla i'll set date untuk ke sana.Alhamdulillah Allah anugerahkan voice yang merdu bak saloma ni..hihi.
Fasa Nostalgia 4 :
Sudah bertahun aku bertugas bersama Madam Koo ,tibe tiba one fine day aku dikejutkan aku terpaksa dihentikan kerana Bisnis Madam Koo ada songlapan berlaku dan dia ditangkap dan mengaku bersalah.Rasuah.Aku dan staff lain terpaksa keluar dan mencari rezeki di tempat lain.Aku redha dengan ketentuan ini.Apa yang aku perlu lakukan kini.Masuk Af kah?Bintang RTM kah?Ke sana kemari mencari kerjaya yang dahulunya mewah kini mencari di pelusuk syarikat yang menginginkan kepakaranku sebagai fesyen designer ini.Kondo mewahku terpaksaku tukar kepada apartment comel dan aku masih hidup sendirian disini.Aku mencuba nasib sebagai tailor di kedai Makcik Ani di bawah apartment ini.Di sinilah aku bermula mencari rezeki sebagai tailor dan akhinya berkat doa dan usaha ,aku dapat meluaskan empayarku dan terlahirlah Syarikat Tailor Mary Teo Abdullah.Alhamdulillah.Bidang nyanyianku terkubur bersama Madam Koo yang ku dengar masih di penjara janji.
Fasa Nostalgia 5 :
"Hi saudari manis purse you jatuh" sapa suatu suara kemelayuan di bumi paris.Aku terkejut dan terus menunduk mengambil dan kepala kami terlanggar."Aduh" jerit suaraku slow aje."Terimakasih ye encik" "sori ye,Mael nama saya,Ismail " sambil tersenyum manis dan terus berlalu.Aku pun meneruskan perjalananku menuju ke padang lapang Eiffle Tower yang gah itu di mata dunia.Di waktu malam suasana disini makin cantik dan awesome gitu.Sejuk kala malam disini,aku bersama rania masih dalam bercuti dan ini adalah negara yang ke 12 dalam listing negara yang aku jelajahi dalam tempoh 6 tahun ini.Kerja aku asyik berjalan ke merata dunia melihat kebesaran dan keindahan dunia ini.Ismail aku temui semula dia di tempat yang sama pada keesokkan harinya dan kami berjodohan jua akhirnya setelah kukenali hatibudinya selama 2 tahun.Wow ..jodoh datang tibatiba dan kami masih merondaronda dunia sehinggalah kini dan bukan berdua tetapi bertiga bersama anak kesayangan kami.Alhamdulillah.
....................
"Kanser". Aku terkedu dan sunyi tanpa sesiapa disisi dikala ini .Semua ke tempat kerja dan taska. Aku tetap diam seribu bahasa dan terngiangngiang telingaku pabila dikala doktor mengesahkan ku mengidap kanser tahap 3 dan aku masih terdiam dan diam tanpa bicara . Aku cuba untuk redha dan moga aku kuat menghadapi dugaan ini semua.
"Hello,ini dari XXX hospital we are sorry mrs Mary,the result is not yours.You are healthy and well.We will take all the responsible .We are so sorry with our big mistake".Fuhhh..aku kembali ceria sambil mendendangkan lagu jomblo happy.
Sedikit pun ku tak merasa malu
Tanpa ada kekasih di hatiku
Bukan berarti ku tak punya rasa
Untuk menjalin cinta

Ku tak pernah merasa kesepian
Atau mengangap sebuah cobaan
Hidup ku ini penuh dengan cinta
Dan ku sangat bahagia

Jomblo happy
Memang pilihan hati
Bukan karna tak mampu
Untuk cari kekasih

Jomblo happy
Memang pilihan hati
Biar ku bisa bebas
Terbang kesana sini

Aku masih ingin terbang ke bulan
Dan memeluk semua bintang-bintang
Aku masih ingin terus berjalan
Tanpa ada ikatan

Tak kan ku biarkan rasa kecewa
Membuat ku diam dan tak bersuara
Ku yakin di suatu saat nanti
Ada cinta abadi
Cerpen pendek ini hanya rekaan semata mata
                                             ...................Selesai............

Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...