Salam,
Seperti mana yang ciku stori sebelum ni , ciku harap dapat jaga adik dalam pantang mana mana yang mampu dirumah ciku.Due dia 2/11/2014 ..alhamdulillah bersalin awal sehari .So far sume ok tapi keesokan harinya ,baby masuk NICU sebab musabab yang tak pasti.Tapi adik dan suaminya insyaAllah tabah menghadapi dugaan ini. Rasanya 2 hari je dia di rumah ciku kemudian dia terpaksa dibawa ke hospital kerana baby masuk NICU dan pemantauan mudah jika ibu bersama.Alhamdulillah ada ward kosong untuk dia duk situ dekat ngan babynya.Lebih ok ..ye tak
Mak dan ayah juga nampak macam tabah tapi rasanya tak kot..Ciku macam biasa rutin bulan okt-nov 2014 bawak ayah ke hospital check up darah untuk ambil warfarin (ubat kepekatan dan kecairan tahap darah ). Memang agak sibuk time autumn season ni..hihi..mcm ada kat negara mana ntah.
Nak stori tangan sebelah kanan ciku ni sakit sebab banyak sangat menaip ke atau banyak sangat main game kat hp sambil nak tido ke ntahla cam kebas.Ciku duk baca merata kat blog kesihatan pasal tangan kanan kebas ...takut lak so ciku amik keputusan pergi buat medical check up BP 100 di klinik swasta berhampiran.Cuma perlu amik darah dan sample urine sahaja kemudian klinik tersebut hantar sample ke BP center .Seminggu gak baru dapat result..aduh takut..takut gak sebab lately ciku selalu mengaduh sakit pinggang dan sakit tangan..umo cikupun dah hampir mencecah 39 tahun.Harga rawatan adalah rm130 dan 4 tahun yang lalu ciku pernah buat rm100 je di klinik yang sama.Masa tu result ok .
Petang tu doktor tu call dan kata boleh datang klinik untuk amik result perubatan.Doktor kata semua ok cuma kolesterol kalau normal untuk female bawah 5.2 tapi ciku 5.6 tapi masih ok kena jaga pemakanan .lenlain ok.Alhamdulillah sekurangkurangnya ciku dah buat pemeriksaan kesihatan dan keputusannya agak ok kecuali tahap kolesterol tu..ada sikit mengancam.hihi.darah tinggi/kencing manis/gout /Hati/Buah pinggang dan lain lain sume xdo.Alhamdulillah.
Ciku kena banyak amalkan makan buah sebelum amik makanan berat ,air masak dan ciku kena lebih amalkan makan madu cuka epal.Ok itu aje nak stori petang petang ni.
TRAVEL..insyaAllah kalau ada orang yang nak bawak ciku jenjalan dan masapun ok ..pasti nak ikut gak.:)