Sunday, May 17, 2020

Hari Obesiti 2020 : Semak BMI anda

Salam,
Hari ni tajuk agak sensitif sikit. Tempoh masa sebegini dari Mac hingga Mei ini , ciku asik masak dan mencuba pelbagai resepi tapi belum pernah lagi share kat FB Masak apa tak jadi hari ni official tu..hihi.
Macam macam cuba ..kenkadang hubby masak kenkadang ciku masak ..macam best aje.lepas tu makan.Makan takde la banyak cuma mungkin manis kot.Bila la nak diet manis ni.Berat dah nak 65KG.Ciku mesti buat sesuatu ni.
Memula ini kena buat dulu kan .Jaga Pemakanan , Diet manis .
Ciku jarang minum manis tapi memang suka kuih tradisional melayu. Maybe kat situ kot manisnya .kan kan.Ciku belum obes tapi dah masuk overweight.
Sekarang ciku banyak minum air lemon panas tapi masih ada gula sikit. Ciku suka makan nasi dan pasta.Slow slow diet manis ok kot.

Mengukur beban obesiti melalui Indeks Jisim Badan (BMI)


(BMI) merupakan pengukuran tidak langsung komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat dalam berat badan serta ketinggian seseorang individu itu.  

Ukur berat badan anda dalam kilogram (kg) dan tinggi dalam meter (m) :
                                                           
                                                     berat(kg)                 
                        BMI   =      ------------------------------
                                              tinggi(m) x tinggi(m)



Statistik wanita mempunyai taburan dan peratusan lemak yang lebih tinggi berbanding lelaki manakala lelaki pula cenderung untuk mengalami pengumpulan lemak di bahagian abdomen. Tambahan lagi, usia juga memainkan peranan penting kerana ia mempengaruhi metabolisma sel dan juga kadar penyembuhan tisu badan. Faktor usia dan jantina khususnya bila digabungkan, dapat diterjemahkan kepada risiko penyakit kronik yang berbeza .
Bila dah umur meningkat ni kadar metabolisma dalam badan semakin menurun.Jadi memang kena jaga pemakanan dan mengikuti budaya hidup sihat.Jangan nak rest aje kunyah ayam goreng sambil tengok korea..hihi.ciku cakap pasal ciku ye.hihi.

Sayangi diri anda dan keluarga .Ubahla, hanya anda yang boleh mengubah diri anda kepada yang lebih baik.
#Kitajagakita, Jaga jarak,stayhome,staysafety.

Sunday, May 10, 2020

Family day Dis 2019 di The Trails Of Kampar

Salam PKP semua,

Lama tak update blog. Disebabkan tiada aktiviti melancong atau makan makan di luar.Kita masuk la entry yang dah lama berhabuk ni.hihi

Pada 2019 Disember , kejadian berlaku di The Trails Of Kampar Perak.Sambutan Hari keluarga kami bersama 3 family besar yang kebanyakannya dari Ipoh dan KL juga Kedah untuk 3 Hari.

On the to tempat ini ,Kami singgah di restoran nasi ayam di area bandar Agacia tu juga.Ala lupa nama restoran tu.huhu.sori ye.

First time melangkah masuk tempat ni. Wow cantik , tenang dengan bangunannya yang berwarna putih dan pokok kehijauan.Ditambah air kolam dan langit berwarna biru. Memang serius cantik dan tenang. Duduk tepi kolam sambil minum kopi feeling ala ala kat europe.haha.

Lokasi: Bandar Agacia, 31910 Kampar, Perak
Homestay 3 bilik yang luas dan selesa
Booking boleh melalui booking.com , agoda dan lain lain.

Tapi kami disebabkan ramai alhamdulillah ada di kalangan sepupu sepapat ni yang boleh deal ngan owner homestay ni.hihi. Untuk makanan juga , ada yang dah siap order dan boleh hantar ke sini.Settle.

Ada kemudahan kedai runcit , kolam renang , gym , basikal dan gelanggang badminton. Berkonsepkan homestay. Kami buat BBQ dan sukaneka. Memang best dan lawak. Macam macam ragam dan aksi nak menang.hihi. Saja bagi seronok dan memeriahkan suasana. Ada pertandingan pasangan dan baju tercantik mengikut tema. Makan malam terakhir di kampar Trails ada tema so temanya pakaian dulu dulu. Zaman lama. Aktiviti Pertukaran Hadiah juga.
Pemenang untuk pakaian perempuan tema duludulu..ciku la menang..haha tetiba.Terkejut akak. Biasa ajepun.Pakai baju kurung songket hitam dan kain batik duk selubung kat kepala.Buat tunduk tunduk malu sket alala ayu sopan gitu..haha

Kedai kedai yang berwarna warni area bandar Agacia tu ala ala disney tu sepi aje so kami lihat dari jauh sahaja.









Memang masa penuh di The Trails Of Kampar sahaja.

Ok kita teruskan dengan gambar gambar kenangan di sana.Macam nak pergi lagi je sambil minum cofee Tealive duk tepi kolam tu..haha



Thursday, April 16, 2020

Peristiwa Covid 19 Di Malaysia

Salam semua ,


Dari FB ke Sini  ( blog) untuk kenangan sebab ada sorang anak ciku yang ambil UPSR tahun ini.

Ciku copy paste aje ye .

Peristiwa ini akan terpahat sebagai sejarah penting negara. Pada 15 April 2020, sejarah besar dalam bidang pendidikan,
🇲🇾 UPSR, UPSRA dan UPKK dibatalkan
🇲🇾 PT3 dibatalkan
🇲🇾 SPM, SVM, STAM dan STPM ditangguhkan sehingga Mac 2021
Takkan sesekali aku lupa, setahun sekali FB akan remind. Jika panjang umur, kita akan membaca, mengingati dan mengimbau kejadian ini, walaupun ia bukanlah kenangan manis untuk kita kenang. 😭
18 MAC - 31 MAC 2020 fasa 1
01 APR - 14 APR 2020 fasa 2
15 APR - 28 APR 2020 fasa 3
Perintah Kawalan Pergerakan seluruh 🇲🇾
📍 harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter
📍Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.
📍Semua sekolah dan pendidikan dilaksanakan di atas talian.
📍Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan
📍Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan
📍 Restoran dan kedai - kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus sahaja.
📍Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.
📍Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.
📍Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta
📍 Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan.
📍Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan.
📍Tiada lagi jemaah di masjid, dan rumah - rumah ibadat ditutup.
📍Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu dibenarkan.
📍Taman permainan kanak - kanak ditutup.
📍Kekurangan stok penutup muka, gaun,
dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.
📍Kekurangan alat bantuan pernafasan
bagi pesakit kritikal.
📍Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan
📍Rak - rak di kedai menjadi kosong.
📍Kilang - kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.
📍Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.
📍Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.
📍Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.
📍Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari.
📍 Jalan raya menjadi kosong tanpa kelibat manusia.
📍Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.
📍 Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.
📍Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.
📍 "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang"

Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 😭😭😭😭
Kenapa saya copy paste status ini?
Kerana, satu hari nanti, status ini akan muncul di paparan ingatan FB saya, dan ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang - orang yang kita sayang.
🤗🤗🤗
Nikmat mana lagi yang telah kita dustai?
Bersyukurlah. Dan sentiasa berterima kasih
Lakukan kebaikan antara satu sama lain - sayangi antara satu sama lain - dan sentiasa menyokong antara satu sama lain

Monday, April 13, 2020

Kongsi menu masa PKP .

Salam, 


Ok ciku nak Kongsi menu masa PKP .



Ciku detailkan nama menu juadah di atas okies

A : Kuih Cara Manis
B : Kuih Cakoi kaya pandan
C : Donut gebus
D : Pau Sambal Tumis Ikan Bilis 



E : Cucur Udang with kucai
F : Roti Puree cicah Kari Daging
G : Roti Canai cicah kari Ayam
H : Roti Bakar Telur with daun sup



I : Mee goreng mamak
J : Pasta Carbonara 
K : Kuey Teow Goreng Mamak
L : Kuey Teow Chinese Style


M : Nasi Biryani Pakistan
N : Butter Prawn Salted Egg
O : Sotong  Masak Thai
P : Nasi Goreng Telur Ikan Rebus


Q : Asam Pedas Ikan Kembung
R : Ikan Rebus
S : Ikan Jaket Sambal belah belakang
T : Ayam Goreng dan Mash Potato



U : Nasi Goreng Kampung
V  : Pau Kaya
W : Pau salted egg
X :  Tumis Bayam dengan Sos Tiram


Alhamdulillah selesai jugak edit semua ni untuk kenangan di waktu #StayAtHome #KitaJagaKita

Terus pegi beli Penimbang ..haha.

Selalu mengaji dan solat berjemaah .
Jangan lupa sentiasa cuci tangan dengan sabun. 
Semoga virus Covid-19 terhapus di muka bumi ini. Am
in

Thursday, November 28, 2019

Family day indoor game di Arte plus Ampang

Assalamualaikum 

Alhamdulillah hujung 2019 ini kali kedua kami menginap di sini dan memang ada perbezaan design bilik yang dulu dan kini sebab lenlain owner.
Tempat cantik unik cuma konsep lif aje..agak pening maybe tak biasa kot.hihi. 
Boleh google arte plus ampang untuk tengok gambar gambar uniknya tempat ini.

Title : Mini family day Haji Salleh dan Hajjah Normi 
Location : @arte plus ampang - 2 apartment 6 bilik
(RM200++ dapat murah harga asal RM400 by OYO 11.11 ).

Parking untuk 2 kereta .Non merokok..kalau detect -rm300 kena bayar.
Katil setiap bilik Queen Size. 
Ada 2 bilik Air
Ada Dapur dan Microwave dan peti ais , kettle juga.
Memang best berbaloi.


The Serviced Suites offers an Organic-Shaped Pool, Lazy River Spa (ni dah berbayar) , Super Gym with Unique Gymnasium Concept, Swedish Garden, Floating Fantasy Garden & Cloud Podium housing a unique bar concept and leisure area .



Kalau ikutkan ada pelbagai agent untuk tempahan tempat ini
Alamat :  
G-02, Ground Floor, Arte Plus @ Jalan Ampang, 
               No 3, Lorong Ampang 1, 55000 Kuala Lumpur


DAY 1 
Check in -3.00 petang .Bagitahu kat pak guard tu kita beli from agency mana.
contoh agoda ke oyo ke gitula.

Lepas maghrib food panda datang.Acara makan makan.
~Celebrate birthday bonda dan semua yang dilahirkan pada bulan okt-Dis .

~Menu makan malam ..cake birthday ,nasi ayam panggang, tauhu bergedil,kuih putri ayu.

GAME (Pukul 8.00 malam -10.00 malam)
~Pembahagian kumpulan marvel ikut cabutan (gaul gaul kacau dan tarik undi..hihi)

Kump 1 : Captain Amerika
(Abgzul,abgnuar,bani,aiman,lisa)-kebetulan grup ni semua besar2 tua tua..haha.
Kump 2 : Superman
(klong,kck,icha,mia,nana)-kebetulan semua perempuan
kump 3 : Tanos (Sarah,duan,raudhah,habib,erish)-Kebetulan kanakkanak semua tapi menang game chopstick dan teka bendera bola..haha

Urusetia (soleha,amy,Opah)
Tukang sibuk hihi(hana,iman,Aush) -kanak kanak 2-4 tahun.

Game 
~Ambil gula gula with chopstick (Tanos menang)

~Spelling english (Expert,intermediate,easy)
(Superman menang)

~Makan paling cepat(jelly manggo,vitagen,biskut,roti)
(Captain Amerika menang)

~Teka bendera bola 
(Seri antara tanos dan Captain Amerika )

~baling bola pinpong masuk dalam cawan
(Tak ingat sape menang)

~Teka gula gula dalam balang
Captain Amerika menang

Pemenang keseluruhan : Captain Amerika

HADIAH (Pertukaran hadiah - sediakan sorang satu hadiah bajet rm5 seorang)
Hadiah Cabutan bertuah dan games - sponsored

Acara 10 cabutan hadiah bertuah dan pertukaran 21 hadiah setiap seorang plus hadiah games -hamper utk 3 kumpulan.
Seronok bebudak ni dapat banyak hadiah .

Grand Prize : Sarah
No 2: Habib
No 3: Bani
Grand Hadiah dari opah : Firdaus 

DAY 2 

Lif nya agak ngup ngap dan lazy river sudah tidak free ye .

~Main masak masak - Sarapan nasi goreng (klong masak) dan sandwich sardin plus maggie kari slurpp (ciku masak)..hihi
~Aktiviti mandi kolam(kul 7 pagi) dan menjelajah arte plus , semua wajib berkumpul pukul 9 pagi di tower 3 - arte plus ampang yang memang unik rekabentuknya.

Check out -12 tengah/hari
ALHAMDULILLAH SELESAI .Semoga mak semakin sihat dan ceria .Semoga ukhwah yang terjalin antara semua berkekalan hingga ke jannah.

Wednesday, August 7, 2019

Bercuti area Dataran Merdeka dan Port Dickson

Salam ,

Lama tak stori jalanjalan.ciku n famili masih bercuti cuti tapi cuma tak sempat update.

Kami ke dataran merdeka dan bermalam di hotel cosmo  kemudian ke Port Dickson negeri sembilan bermalam ( Family day ) di hotel regency port dickson .

Kalau kat PD tu , kami Makan di coconut shake dan cendol yang ala ala klebang tu..
okies to be continue .

Image result for holiday

Tuesday, July 9, 2019

Sumpah lirik

Sumpah
Naim Daniel
Jika harusku bersabar dengan segala derita
'Ku terima
Jika pahitnya terasa
Bagai dipenjara tanpa
Bicara 'ku rela
Cinta akan 'ku mengasihimu
Sehingga nadiku tiada lagi berlagu
Andai rembulan tidak lagi mampu bercahaya
Terangilah gelapku walau dalam gelita
Dengarkanlah aku
Jiwaku tulus untukmu
. . .
Jika harusku bersabar dengan segala derita
'Ku terima
Jika pahitnya terasa
Bagai dipenjara tanpa
Bicara 'ku rela
Cinta akan 'ku mengasihimu
Sehingga nadiku tiada lagi berlagu
Andai rembulan tidak lagi mampu bercahaya
Terangilah gelapku walau dalam gelita
Dengarkanlah aku
Jiwa 'ku tulus untukmu
'Ku harap kau mendengar apa yang
'Ku bisikan

SEDAP LAGU NI...MELODINYA MENYENTUH HATI DAN SUARA YANG MERDU SEDAP DIDENGAR.SUCCESS FOR U NAIM DANIEL

Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...