Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Ciku dan Cars 2


Hari ni...lepas sahur mmg dah tak tido..orang dah ramai pulang ke kampung..kami jek belum lagi..berkemas basuh rumah ..macam br pindah lak..heehe..cam best jek main air dalam rumah ngan hubby dan anak anak..lepas dah penat tu ..kami plan pg rest tgk kat GSC alamanda...cars 2..permintaan anak anak ..kami pun suka gak tgk..hiks..ni 2nd time pg wayang..first tgk upin ipin..geng tu.

Amik entry time kul 12.15..harga masuk untuk hari cuti ni..mahal sket..rm11 dewasa rm6 bebudak..okla..kamipun call sepupu yang sesama duk kat putrajaya..dia br balik dr dubai..jom join tgk cars2..dia pun kata ok..aik ..tak penat lak..hehe..best best..untuk anak anak kan dan makbapak budak..so kami pun tgk 2 famili....beli roti boy dan air mineral untuk anak aku yg 3 thn dan 5thn tu..lapor dah depa..so bila tgk citer ni..mmg best..rugi gakla tak tgk..tp karektor mater lebih menonjol dari lightning mcqueen tu.

aku macam nak nagis lak time tgk wayang tu..lawak lak kan..aku kagum lak tgk persahabatan mater dan lightning mcqueen..

abis jek kami terus balik jek ..takde singgah singgahpun..opss..lupa lak ada singgah beli sepit rambut raudhah the only my girl.
so balik rumah sambung dan chows to kampung..tungguuuuu kakchik ciku balik orait..

Jang Keun-Suk , "Marry Me, Mary!"




Alamak aihh..bestnya tgk dia ni..dulu tgk you're beautiful..ni tgk citer ni lak..Marry me Marry..Mu-Gyul (Jang Keun-Suk)..aku suka karektor dia..sama gak ngan si marry tu..alahai best ni..tak sabo nak tgk abis..
naper aku pg korea hari tu tak jumpapun Jang Keun-Suk..hehe..kalau jumpa mau pengsan aku kat situ..haha..fanatik lak tu..main jek.aku suka karektor dia dalam drama korea..kalau muka tu..senyum , mata n gigi dia comel..sampai tang gigi pun tgk..haha..apa apa ajela.

  • Name Jang Keun-Suk
  • Hangul: 장근석(ni apa ntah tak paham)
  • Birthdate: August 4, 1987(sama bulan ngan ciku..ehhe)
  • Birthplace: South Korea
  • University: Hanyang University
  • Height: 182 cm(tinggi sgt la pulak)

Comelnya awak

Salam semua,
Nak citer pasal korean drama..antara drama korea yang aku suka tgk You're beautiful..best citer ni,..lama dah aku tgk dalam awal tahun ni kot..tp rasanya cam nak tgk lagi je..aku suka karaktor perempuan tu..comel..laki tu lak wat wat maintain..aku suka gak.sume suka..citer ni..romantik komedi..best aa..macam aku jek yang belakon..boleh ayat gini..hehe..ciku ciku..apa nak jadi ntah..asik asik drama korea..tapi citer ni memang bestla..hero n heroinnya comel..gigi comel senyum comel..semua comel..rasa cam nak picit picit jek pipi depa macam picit pipi habib anak bongsu ciku tu..hehe..boleh gitu..Korang yang minat drama korea musti dah tgk citer ni.. "Mary Stayed Out All Night atau Marry Me, Mary" nnt nak try tgk citer ni lak..best ke ek..ontahla..lepas raya ajela tgk ni nampaknya..tak sempat bulan posa ni nak tgk..hiks.
wokeh semua ..pesanan ciku:-.sambal belacan sedap lagi dari kimchi yek..hehe..terpulangla..
comelkan
You're beautiful


comelkan

comelkan
comelkan
Awak comel lahhhh..saya ,...saya ke..saya ke..haha.golak besau terus tak comel..hehe

Lakaran raya

Ciku dan Hubby

anak anak ciku raya tahun lepas

Baru sempat nak buat scrap..lama dah ssgt tak men"design" rasanya..hehe. Selalu buat guna photoshop ajele..hehe...Ini gambar raya 2 tahun lepas ni..serba merah lak ...membuak buak..hehe.Time ni kami raya di putrajaya sahaja.Ok gak boleh solat raya kat masjid besi nu..Tahun ni balik kampung utara..tunggu kami balik na..insyaAllah.Nak ucap selamat raya macam awal sgt..tunggu entry lainla na.InsyaAllah.Ok jaga diri semua dan terima kasih pada sesiapa yang singgah tanggadomino ciku.daaa

Menyintaimu kerana agama

Salam semua,
Alhamdulillah..Ciku baru sampai dari kampung.Terasa meriah dapat berjumpa mak ayah,mertua, tok..sedara sedara dan adik beradik..kami berbuka puasa bersama..tak kisah la belipun ada ..masakpun ada..dah namanya ramai so macam macam lauk le..jangan membazir ..kata suami tersayangku.aku nak rendang pedas ayam jek..hehe..len len tak kisahla..makan aje apa rezeki yang ada depan mata.



Dikesempatan pulang ke kampung tu..ciku sempat menziarahi pusara ayah mertua..semoga arwah ditempatkan bersama golongan yang beriman.Pergi gak rumah tok cu yang pergi umrah sesama hari tu dan sesama menziarahi yemen dulu tu..pg transfer gambo kat laptop cucu dia..dia dah lama nak tgk gambor kami pg umrah dulu..dapat gak tertunai gak hasrat dia nak tgk gambor ciku pg umrah dulu ngan dia.alhamdulillah.Memang kalau citer pasal mekah tersgt rindu nak ke sana lagi..ada umo dan murah rezeki dan terpilih oleh Allah dapatla ciku menjejakkan kaki lagi dan beribadat di sana lagi.insyaAllah.okla itu aje entry untuk tgh malam ni..nak sleeping beauty jap..nnt nak bangun sahur lak.





Terasa rindu lak nak dgr nasyid akhil hayy dan the zikr  ngan raihan tu..lama betul tak dgr..kaset anak anak ciku dah rosakkan..huhu


"Aku menyintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu." [Imam Nawawi]

Hidup 35 tahun


sekadar gambar hiasan 




Aik tetiba je ciku telah melangkah ke usia baru. banyak komen kat fb ucap besday..meriah kejap wall fb .alhamdulillah sekurangkurangnya ada insan yang masih ingat kat ciku.
Masa 24 jam yang Allah kurniakan terasa begitu pantas berlalu. Masih banyak perkara yang tidak mampu untuk ciku sempurnakan lagi. 
Menurut Ibnul Jauzi, di alam dunia ini manusia dibahagikan kepada lima peringkat umur iaitu kanak-kanak (bayi sehingga 15 tahun),muda (15-35 tahun), dewasa (35-50 tahun), tua (50-70) tahun dan tua bangka (70 tahun ke atas). Pandangan yang diberikan oleh Imam Al-Ghazali pula ada menyebutkan bahawa rata-rata umur manusia adalah 60 tahun.so umur ciku dalam kategori dewasa..kejap jek ye.
Adakah kuantiti dan dan kualiti amal soleh kita mampu untuk menampung dosa dan maksiat yang kita lakukan selama ini. Adakah prestasi ibadah seimbang dengan pertambahan usia kita kerana baki masa terlalu singkat untuk kita. Usia berlari seiiring dengan peredaran waktu.

Kanak-kanak mengejar usia remajanya. Remaja memburu masa tua dan orang tua kian menuju ke titik akhir hayatnya. Tidak kira di mana kita berada sama ada di peringkat kanak-kanak, remaja mahupun tua kematian pasti akan menjemput kita. Tiada jaminan kita terlepas dari panggilan maut walau siapa pun dan di mana pun kita berada.
Sesetengah dari kita cukup resah dengan pertambahan umur. Bimbang memikirkan kecantikan fizikal yang makin pudar dan luntur dimamah usia walhal kita akan kembali ke tanah jua akhirnya. Kita juga bimbang kerana wang simpanan dan harta yang dimiliki masih belum mencukupi sedangkan semua harta yang ditimbunkan di dunia tidak berupaya menjaga kita di alam barzakh kelak.
Mengapa tidak kita alihkan kerisauan itu terhadap sesuatu yang lebih utama?
Bukankah lebih wajar untuk kita memikirkan, apakah dengan umur yang telah berlalu menjadikan kita semakin hampir dengan Allah atau sebaliknya? Adakah kesempatan masa dan usia yang Allah anugerahkan telah kita manfaatkan sepenuhnya dalam merebut cintaNya ? Adakah bekalan amalan dan ibadah kita sudah memadai untuk menjamin kita ke syurga?
Cuba kita bermuhasabah seketika. Merenung kembali bagaimana nilai ibadah yang telah kita laksanakan selama ini. Semoga lebih tinggi dan berkualiti nilaiannya. Tidak sekadar melengkapkan bilangan solat lima waktu sehari semalam, namun kita perlu lebih memperhalusinya dengan persediaan lebih awal, mengambil berat tentang pakaian yang digunakan untuk solat sama ada bersih atau tidak.
Jika sebelumnya kita sekadar membaca tanpa memahami makna dalam bacaan solat, mengapa tidak kita tanamkan azam mulai hari ini untuk belajar memahami dan menghayati bacaan dan perbuatan dalam solat. Hanya solat yang benar-benar berkualiti sahaja yang mampu meninggalkan impak positif terhadap pelakunya. 
InsyaAllah ciku akan cuba buat yang terbaik untuk diri ciku dan keluarga. ciku suka kata kata ini   
...apabila kita nak cuba mendekatkan diri dengan ALLAH...
kite kena berkawan dengan orang-orang yang baik...
tapi saya percaya, sekiranya kita telah berubah menjadi orang yang lebih baik, maka orang yang baik-baik akan bersama dengan kita..."

Nostalgia IPT

Salam semua,
hari ni ciku nak citer pengalaman best masa time belajar dolo dolo.

GELAK
ciku ni seorang yang pendiam dalam kelas..ulang semula...pendiam dalam kelas..hehe..dalam kelas aje.keluar kelas jek..bertukar karektor..memang bertukar..naper ek..ntahla.ciku suka gelak..gelakkan orangpun suka..nakal ssgt..daripada pakcik tukang cabut rumput sampaila ke gerai makan pak lah tu..sume ciku suka usik..hehe.saper yang rapat ngan ciku bolehla nampak perangai sebenar ciku ni.Kami penah usik pakcik tanam pokok tu sb dia suka tgk jek..so kami menyamar jadi hantu..caye tak ciku nakal gitu..hehe..tak yah citer terus yek..haha kelakar kalau igt balik.ciku penah gak marah sorang awek ni suka sgt bergayut telepon..orang len nak guna gak..ko cabut telepon tu bawak balik..bolehh..orang len nak guna gak.pastu ada gak stori tomboy masuk hostel kami..ramai le bebudak perempuan ni suka kawan ngan dia..hensem kata depa..geli ciku..ish..menyampah lak nengok gelagat depa nih..adehla.satu hari member rapat ciku kata si tomboy tu pandang kami..alahai pandang jek..pandangla..tak kisah.lelama main hari main bulan la dia suka pandang kami pastu sengeh sengeh..adehla..awatla budak tomboy ni..pastu rupanya dia suka ciku..adehla.ex awek dia cantik gile ipt melaka sebijik rupa cam ciku..depa la kata..ciku tak caye..so ciku saje jenjalan bilik dia time tu dia takde..bila ciku tgk ada frame gambar x awek dia tu atas meja..ada iras ajela rupa ex awek dia ngan ciku.cikukan kental bila dia cuba rapat tu...nasib baik ciku pun jenis cakap kasar so bila dia tegur ciku balas je balik..geng ciku ramai tolong cover. Assistant taiko kan.hehe

BULAT, PAK LAH DAN GERAI
Kami rapat 3 orang jek..memang happy go lucky jek tp ulang semula di luar kelas sahaja..dalam kelas tunduk jek..cam orang baik.hehe.sebenarnya takut nnt lecturer tanya soklan..hehe. depan asrama ciku tu ada gerai makan..ciku selalu mintak macam macam kat abg bulat tu..ciku yg bagi nama kat dia..tak pasti lak nama betul dia apa.adehla.ciku selalu mintak makanan pelik pelik suruh dia masak..hehe.dia buatkan jek..best tak..mustila best.abang bulatkan.paling suka nasi goreng kasi telur pecah dalam dan mee goreng mamak ..taugeh taknak mee tu ksi goreng kering dan cili lebih..haha.poning gak abang bulat nak masak bila kami order..cam taiko geraila.ada satu lagi gerai..gerai pak lah..tu kena keluar 
ikut pintu depan tapi disebabkan malas nak jalan jauh so ciku jerit jek.."pak lahhhhhh..mee goreng mamak satu ..nasi goreng telur pecah dalam 2.."ciku jerit berkali kali..korang dapat bayangkan tak perangai ciku tu.adehla..apa nak jadi la..tp suasana time musti gelap
so orang tak nampak saper yang jerit tu..beralun alun ..ehhe..kalau terang kantoila orang kenal.tapi pak Lah ngan anak dia semustinya kenai.heehe.Pernah ada konvoi motor virago (motor besar tu dtg gerai nih..) time nih memang ciku tgh makan ngan kawan bertiga..pastu ramai la budak budak perempuan dtg lepak situ gak..ciku biasala selalu wat do no jek..selamba.tapi tetiba masa nak bayar makan ..pak lah kata mat motor tu dah bayarkan dan ada surat utk ciku..aik..okla tu rezeki.so ciku tunduk jek kat mat motor tu dan berlalu balik..maleh nak layan..ko bayar aku tunduk hormat je la mcam ucap terimakasih..ciku tak cakap apaapa pun..tunduk hormat jek cam jepun tu.Isi surat sama je la cam surat lain tu..bagi alamat no phone..alahai korang musti penah gakkan.

PI
Depan asrama kami tu gak depan ngan PI(pusat islam) so ciku walaupun nakal sering ke PI..ikut usrah..kenkdg sampai tertido kat PI..pastu ada abang sebelah tirai(korang paham tak tirai..dalam masjid kan ada tirai membahagikan lelaki dan perempuan).abang tu suh tutup lampu sebelum kuar..aku selalu dengar suara dia ckp camtu tapi aku tak kenal dia..hehe.oh yee..ciku ni masuk musabaqah gak masa dolo dolo..dan juara nasyid ..ciku solo hampir setiap tahun juara tu takde le selalu..tak caye..ciku pun tak caye camana leh jadi gitu..hehe senior lagila pulak..masa ciku memula nak join musabaqah tu..depa tak caye..betul ke budak ni nak masuk ni..hehe.pakai tudung pun main main..jap pakai jap tak pakai..adeh..ciku sebenarnya nak pakai tudung terus time tu tapi ciku ada sindrom pening kepala tersgt kalau tutup kepala lelama..(alhamdulillah la ni dah pakai tudung terus)..so berbalik pada musabaqah tu..ciku lepas ujian saringan so masuk pg final wakil cos tapi kat final ciku kalah ..takpelakan..dah cuba yang terbaik.

WARDEN
Nak tau nakalnya ciku time tu.muka nampak baik..depa la cakap..kalau gelak kuat(gabungan ngan member2la) tu sampai warden akan dtg bilik kami ..kenkdg bukan kami yang gelakpun ..ntah si warden tu.lastlast warden berbaik lak ngan kami ,tu pun rasanya sebab histeria..kalau bebudak histeria ciku akan dibawak untuk teman dan pegang bebudak tu(kalau sekarang nak tgk jangan pandang belakang congkakpun takut..hehe)..warden tu gak mintak kami tolong jualkan kerepek dia..bolehla.grup aku ni semua berjawatan ntah camna kena lantik..salah seorang tu ketua asrama..aku panggil dia assit..dia orang serawak. sebilik ngan aku . aku suka kawan dgn dia.berbalik citer warden tu ..warden tu mintak gak tolong kami lead lukis  mural kat pejabat asrama dan dewan makan asrama..uit..kami di lantik jadi pelukis mural lak..hebat tak..hehe.sebenarnya salah seorang member ciku tu memang pelukis namanya c'wanJ.. ciku tak lukispun..ciku conteng conteng bolehla..hehe so kami pun tolong2 le..tak taula mural dinding tu ada lagi ke tak kat situ.hehe.pastu warden belanja la kami makan makan..hiks.

HUKUMAN
Kami pernah dipanggil mengadap ..tapi jangan salah sangka..kami dipanggil sebab ada satu batch kami yang lemah dalam studi..so kami diminta pantau dia..aik naper lak eh..dia satu rumah ngan kami so kami tolong2 le apa yang patut..takut gak masa dipanggil mengadap tu sebab kat asrama memangla lincah beza ngan kat kuliah kelas.hehe.ada satu hari tu kami balik malam..peraturan time tu perempuan tak boleh balik malam tutup pukul berapa ntah..
so kami dah terlebih masa bas la lambat amik kami..hehe..alasan.pak guard kata kamu ni lambat ni..kena denda alahai pak guard nih..macam macam alasan bg kat dia last lepas..alhamdulillah..tk ingat samaada alasan yang kami bg tu betul ke idak..hehe. maaf yek pak guard.Tapi memang ada sekali kami memang betul betul kena mengadap..puas warden baru tu kejar aku .member aku dah tertangkap dah..sebabnya alahai kecik jek..kami tak pakai kasut , pakai selipar jek pergi dewan makan..ngengada la warden baru tu.lastnya aku pun kena tangkap gak..hiks..Masuk mahkamah kecik lagi..saya ciku no ipt 95******* mengaku bersalah pakai selipar di dewan makan asrama..hehe.pastu kena bayar rm10.hehe..
Konklusi
Memori sume ni dah lama ssgt..sekarang ni cuma ingatan je..Cerita cerita ni sume plus citer perasan tu sume dah terlalu lama..hampir 20 tahun yang lalu tapi kenangan tetap jadi kenangankan. Alhamdulillah , sekarang ciku dah bersuami dan ada 3 orang cahayamata yg comel.

abiss...

Lee Min-ho Accident

lee min ho


credits to my daily.
lee min ho with goo hye sun
I do not know the exactly date but maybe in june 2011 , hari tu pg korea tak terigt nak pg rumah yang dalam citer personal taste tu..tampak classic rumah tu..camana la leh lupa..aityak.asik terigt coffee prince jek..adehla.lenkali la pg korea lagi.insyaAllah.

Dipetik dari credits blog KDkoreandrama:-

Lee Min-ho Car Accident
, Actor famous South Korean, Lee Min-ho, yesterday afternoon in a car accident while filming drama series City Hunter which aired on KBS television. Cars that used the 24-year-old actor was crushed.

The management of the famous actor thanks to Boys Over Flowers (location jeju island ) drama provides an explanation. "Today, the 13th at around 3:30 pm, had an accident that caused damage in parts of the vehicle when the shooting near Lake City Hunter in Ilsan, Kyeonggi-do. Although the air bag explode hard because of the accident and the front of the car were severely damaged , Lee Min-ho fortunately not suffered a serious accident.
Lee Min-ho Car Accident Picture
Lee Min-ho survival was miraculous if the total damage to the car view which was released yesterday. But, one of the film crew who is also in the car when the accident are still receiving treatment in hospital for serious injuries.

After the accident, Lee Min-ho immediately rushed to the emergency department of a nearby hospital. "Lee Min-ho had come home to rest approximately at 06.00 pm after making sure the test results indicate Lee Min-ho no great hurt. Taking pictures of this drama is stopped and it goes directly depends on the situation," said the representatives of Lee Min-ho.

Producer drama City Hunter, Kim Young Seop, said, "Continuing the process of filming it depends on the condition of Lee Min-ho. The scene of a car chase lasted about seven to eight minutes. However, this incident will not change the air-time this week." This is because they still have some left over scenes that have not aired.
 

Biskut kacang Mazola

Aku amat suka biskut yang berasaskan kacang dan bajet murah..hehe

Bahan bahan :-
260 gm mentega kacang
170gm gula
150gm tepung gandum
115gm mentega
25gm bijan
1/2 sudu kecik garam
1/2 sudu kecik bikarbonat
1 biji telur

kaedah masak ye:-

  • pukul mentega dan gula hingga kembang(takde alat pemutar)..pukul ajela
  • masukkan telur ,tepung,garam,bikarbonat,mentega kacang ,bijan.pukul dan kacau rata.
  • bila doh jadi kering ,uli kan dan buatla bentuk ikut citarasa sendiri.bentuk apa apa ajela dan hias ikut sukala
  • susun atas dulang yan gdah letak sikit mentega dan bakar pada suhu 160 selama 15 minit.

sempat siap 2 balang kecil jek..buat sikit untuk kudapan raya kami je.



****watammat**

Resepi Popia Horlicks



Salam,
ni gambar yang tak hangus yek..hehe..biasala ciku masak ngan kerabat ..anak anak.hehe.pic hangus takkan nak letak sini..haha

 Popia Horlicks

1 pek besar popia
1/2 cwn horlicks
1/2 cwn gula halus - kisar
1 cwn nestum - kisar halus
Lidi sate utk menggulung
Minyak utk menggoreng
Telur sebagai bahan pelekat

Kaedah:
Gulung popia gunakan lidi sate
Gulung hingga habis, tinggalkan dlm 1-2cm untuk gamkan dgn telur.
Buat hingga habis peket popia.
Kemudian potong serong kecik kecik.Goreng dengan api perlahan/kecil.
Angkat dan toskan minyak.
Sira/tabur dgn horlicks, gula & nestum kisar.
Gaul hingga rata.

Cara nak gaul kulit popia dah digoreng tu: -
1. Selepas digoreng, sejat minyak pada popia terlebih dahulu . Apabila agak-agak dah sejat, letakkan dalam bekas besar dan biarkan ia sejuk dahulu, masukkan gula dgn horlicks ke dalam bekas tersebut. Kemudian gaul rata campuran tersebut dengan popia tadi.wat slow slow nnt pecah lak.kira sopan santun la.

wokeh selamat mencuba.
aku suka kuih yang senang senang jek..simple gitu.

Dapat le satu tong biskut wat kudapan buka puasa dan raya.

Love story in harvard

citer ni best gak..heroin dia sgt comel..semangat ni nak pg harvard..haha..xpela studi kat malaysia je..huhu..nnt aku pg visit visit je la sana.

ending citer ni best..dapat anak kembar 3..citer ni husband aku tgk lagi laju dari aku..aityak..hehe..apapun best..hero dia nampak matang..heroin lak comel jadi doktor.

Autumn in my heart

Filem pertama korea yang aku tengok abis..winter sonata tu aku tak tgk dari mula dan byk yang tertinggal.citer autumn in my heart ni paling aku suka ..masa ni aku sekolah..ayah nak ajar aku naik motor aku taknak..hehe..so ayah ajar adik ngan akak aku..so la ni aku kurengg sikit reti bawak motor..hehe...apa apa ajela.

citer ni memang banyak pasal famili..sedih..lepas kahwin anak 3  ni aku tgk lagi citer ni ngan my lovely hubby.setiap sabtu.so kami sanggup tak kuar setiap sabtu time tv channel berapa ntah tayang..hehe..
cantiknya heroin dia ni..nagn oppa dia..hehe.



71: Into the Fire



Best best ini cerita..memula aku tak tgkpun..asben aku je tgk..pastu aku tetiba tetiba aku tgk lak best giler citer ni..walaupun war muvi tapi best sume best.Kisah benar korea utara dan korea selatan.


"Into the Gunfire" is based on the true story of 71 students who fight hundreds of North Korean soldiers in front of a middle school on June 25, 1950 during the Korean War. Kap-jo (Kwon Sang-Woo) was formerly a student who was convicted of murder. While serving his sentence he volunteers to fight as a soldier.


yes..aku suka kwon sang woo gak dan TOP.
amazing muvi...patriotik.nangis ..mustila tgk musti nangis la..
kena tgk lagi ni.

the classic



alamak comel la citer ni..aku memang suka heroin citer ni..bila member suggest bukan sorang member suggest suh tgk ini muvi..so apa lagi aku tgk le..pendek je citer dalam 2 jam kot.
memang beautiful stori dan heppy ending gak ...
dan aku rasa The Classic is a real classic because of how it deals with the idea of love-- true love, to be specific--in different periods of time. It shows how love is same despite time and space. In 2003, where Ji-hye and Sang-min's love is socially accepted as opposed to Joo-hee and Joon-ha's love in 1968 and where in 2003 e-mails replace handwritten letters of 1968, love is something that remains timeless.

Perasanla tu!



Hari ni sempat jap buat simple design dan sajak tentang kehidupan yang biasa berlaku kat manamanapun..ye ker..ye la.hehe.

Bersyukur kerana masih memberi peluang kepadaku



Alhamdulillah
Masih diberi peluang untuk sama sama menjalani ibadah di bulan ramadhan ini.
Ciku ambil kesempatan ini mengucapkan
Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa
kepada seluruh muslimin dan muslimat.  Semoga Ramadhan kali ini memberikan keinsafan dan membawa keberkatan dan kenikmatan dalam beribadah kepada Allah s.w.t.