Showing posts with label cuti -Vietnam. Show all posts
Showing posts with label cuti -Vietnam. Show all posts

Sunday, May 25, 2014

KLIA 2 ke Ho Chi minh

Salam,
Serpihan balik HCM belum abis lagi ni..nak stori sini.Ciku pegi 4 orang bebaru ni with my hubby and 2 my friend.First time ke KLIA 2.Kami datang 3 jam awal seperti yang disarankan. Duk naik ERL dari putrajaya. Semua sekejap je patutnya boleh je datang lewat dari tu kalau dak takdo la nunggu lama bonar kat situ tapi takpe sebab ni first time takut takut duk mengggagau cari balai pelepasan..hihi..kami di Gate L2.Dekat bonar. 

Tiba di airport HCM , kami amik teksi vinasun seperti biasa tapi kaunter dah kat luar.Harga 150000VND (5 seater teksi ) ke Hotel kami area lee than ton (2x duk sini). Cuaca tersangat panas..ciku tak tahan lak panas almaklum baru balik jepun..hahha (ayat poyo)..dalam ben thant tu sendiri dah macam sauna..huhu.nasib baik hotel ciku duk depan pasar ben thant je.asik balik hotel je pekena aircond.haha.Harga hotel dalam rm90 sehari .Okeh jom terjah gambo-gambo.

Simple Bajet ke HCM:-

  • 150000vnd (teksi) :-rm25 per teksi pergi sahaja -make sure amik vinasun teksi 
  • Hotel satu room A&EM hotel lee than ton dekat ngan restaurant serai untuk 2 org :-rm90 sehari
  • Makan  (kopi ais hinggalah ke tomyam seafood n nasi putih) - - RM20 sekali makan (ni boleh bajet sendiri).
  • Apa yang boleh dibeli di sana -Jenjalan Ben thant, kedai kain cotton, beli banyak dapat murah untuk satin cotton dan english cotton , ciku tak beli japanese cotton (xsamapun japanese cotton di nippori textile jepun dan viscose cotton .baju kurung siap,jubah lycra ,telekung lycra ,sportwears shop sume ciku jalan kaki,deuter beg pelbagai size,handbag ,alas meja ,baju gaun cotton budak,tshirt polo,tshirt HRC ,vietnam silk(tak pernah beli),fridge magnet,souvenior ,kasut,kain lace,lace,emas..hihi..ntah apa lagi..macam macam la situ .
  • Chuchi tunnel dan delta mekong ciku tak pegi..tak tau nak stori berapa harga.boleh refer di banyak blog yang ke sana.
  • Flight AA pegi balik promo  :-rm297 sorang (belum plus bagasi)

Ada banyak je gambo gambo di KLIA 2 tapi xletak sini - shop lot banyak betul dan ikut je arah tanda yg disediakan .Sediakan duit ajela kalau nk membelahan.
Laluan Bawah tu-unik..flight kami lalu bawah tu..hihi.
KLIA2 surau di L8 dan ada gak di area check in bagasi tu , ASK ME tu comel n unik and the last one -makan.
Ni Pic selamat mendarat di KLIA 2 -cuak kejap sebab flight duk pusing sampai ke PD..huhu.alhamdulillah selamat sampai Malaysia

Orite di bawah ni baru le pic di HCM



Pic kala malam Ben thant Market dari hotel A&EM 150 ..ada banyak hotel ni..yang ciku duk 150 lee than ton
First time g Andong market (orang kata murah tapi depa cam tak layan je..huhu..sebab beli tak banyak -ciku tak beli pun..survey je) -pegi naik teksi vinasun .
pintu masuk andong market -sebelahnya andong plaza(ada aircond ,sejuk)
Meh terjah apa ada dalam andong market


Tu pic sudu ,senduk dan apa ntah lagi semua diperbuat dari kayu..comel
Tetiba ada ferry Penang lak..hihi
Dibawah ni pic 1 day make suit -kat ben thant market -banyaknya kedai cam ni area sini..kena survey dan tgk kualiti kain dan harga.orite
Kedai 1 day make suits ..kedai ni masuk pintu 4 , SEBELAH KEDAI KAK FARIDAH (fasih ckp melayu -NO 520).ada 2 kedai 1 make suit yang kami terjah atas saranan member yang pernah tempah kat sini(hubby tempah 3 slack dan 1 suit, memberpun tempah 2 suit slack..ciku cam nak tempah skirt labuh gak tapi tak tempah..nantila datang lagi sekali leh je tempah..hihi)

Orite kita tengok pic makan makan lak.Kami ke sportswear gak..lenlain tu ..delta mekong, catheral, notre damn France design tu member je pegi depa first time ke HCM..ciku n hubby tak pegi. Rest makan makan n membeli belah di bin thay naik teksi vinasun (bagi ciku harga cotton sama cam ben thant kalau beli sikit), pasar ben thant, andong market (baju budak kena beli 8 helai same design lain color tapi masih quite mahal dari china..haha..compare), kat sportwears (ciku beli Badminton sport shoes, 3 raket anak anak dan beg raket yang boleh isi kasut sekali.(harga ok la dari malaysia- tak ingat dah)-ciku survey satu satu kedai situ..hihi.

Tq to blog Jarimanistravel ..restaurant ni ciku duk ulang sini je sebelah hotel ciku duk (A&EM  150 lee Than Thon)..ciku asik makan tomyam seafood n nasi putih..sedap sampai tak sempat gambar..huhu
air manggo pekat sedap dan lazat tak terkata gak..haha..bagi penggemar manggo le.(kat serai restaurant)


Kami makan Mee Pho di kedai Hajjah Basiroh dan serai restaurant
adoi ni paling sedap..sedap betul la..belum bukak dari kotak ciku dah amik..haha.(itu dalam pic org vietnam-not ciku)
Musti nak minum kopi ais kalau g hcm ni(rindu banget)
  
G area kampung pandan Ho chi Min lak area sportwear shop (ada padang futsal dan ciku teringin nak amik pic bola besar tepi padang tu tapi ntah tak kesampaian)..hihi
Laksa (member kata sedap)
  


Mee kari ciku nya pendapat kuah sedap tapi mee tu kureng
Ni area balik dari sportwears tu -Boleh refer blog jarimanistravel(situ lagi detail)..hihi tq


Kassim Baba roti prata..siang kena naik atas..malam kassim baba turun bawah bukak gerai siap ada meja -lokasi berdepan ngan serai restaurant (sori ,ciku tak makan sini so tak tau apa rasa)
Last makan maggie  ..huhu

Tuesday, May 20, 2014

i'm back -ho chi minh

Salam..

Ciku dah nak balik kejap lagi..Penat bershopping ni..hihi..
Bye Saigon

Wednesday, October 30, 2013

Cho Binh Tay Market beli cotton dan kurung kuantiti banyak

Salam,

Info ni belum tersusun lagi..tengah dan masih mencari lagi info info untuk beli kain cotton selain di ben thant.Ciku dah 4 kali ke HCM tapi tak penah terjah Binh Tay di district 5 tu yang dikatakan lebih murah dari Pasar ben thant. Ciku senaraikan aje dulu na info info ni.Ni semua amik info dan survey merata rata guna search engine tu.

1) Cho Binh Tay Market di area Chinatown.Harga dikatakan jauh lebih murah dari Cho Ben Thanh itupun kalau beli dalam kuantiti bulk..banyak.Dikatakan penjual di situ tak berapa nak layan kalau beli sikit sikit ni.(tak pasti bulk tu lebih berapa kuantitinya.huhu)
Amik bus : Cho Binh Tay terletak dalam beberapa minit dengan jalan kaki dari Cholon bus station. Bus no 1 (color hijau) akan ke Cholon dan Ben Thanh bus station dan tiket dikatakan dalam 5,000 VND    ( Tak pasti pegi saja atau pegi balik) tapi kalau ada byk beg nanti driver bas charge lain.
    
Time tutup pasar : 6pm

Amik Taxi : Dari Cho Ben Thanh  in District 1 ke Cho Binh Tay in District  5 dalam harga between 95,000VND to 100,000VND dengan Vinasun Taxi.(ciku prefer naik taxi ajela for first time..hihi)

Petunjuk paling mudah kena mintak kurang(bargain) sehingga 40%.

no 2 ke bawah bukan info cari cotton ye.

2 ) Telekung dalam kuantiti yang banyak untuk dipilih adalah di Kediaman dan kedai hjh basiroh..yang terletak di 159 ,Phu nhuan District area pasar bin thay .Ciku dah pergi sini ,kami amik teksi ke rumah hjh basiroh dalam  3USD dalam 60000 dong/VND for one taxi not for one person harga masa tu la.(tahun 2012)

3) No kedai shop 475 dalam ben thanh market (Salim -Hakimah) -ni antara kedai baju kurung siap.

4) Taka Plaza

5) Rusian market(Ciku tak penah sampai sini -size beso beso katanya)
##copy paste aje ye info ni
The newest centre for bargains in HCMC, the Russian Market, like its name implies, caters to visitors from Russia. Boasting the largest stock of discounted winter gear in Saigon, you can renew your wardrobe of ski jackets and accessories at a fraction of the cost. The merchandise is disorganised and may require some digging around to find the right piece. Larger shoe sizes are also available.

In addition to cold weather wear, the Russian Market on Ben Chuong Duong in Saigon's District 1 sells sportswear, jackets, casual wear, shoes, souvenirs, suitcases and more. Pick up a women's t-shirt for about VND60,000. Children's clothing should cost in the neighbourhood of VND30,000 and up. Trousers and dresses are priced at about VND100,000, and high quality jackets sell for about VND950,000. Note that HCMC's Russian Market stocks larger sized clothing.
##

6) Mekong Quilts (Ni ciku paling suka quilts tapi rasanya cam mahal bebenor kat kat HCM tu..china lagi murah rasanya..hihi . tentang kualitinya ciku tak pasti)

Buka: From 9:00 am to 7:00 pm
http://www.mekong-quilts.org/
lokasi : Mekong Quilts            1st Floor, 68 Lê Lợi, District 1(yang ni insyaAllah boleh cari le)
             Ho Chi Minh City
             Vietnam

boleh cek url ni gak http://hello-saigon.com/2011/09/16/vietnam-quilts/


7) VINCOM CENTRE: A MODERN SHOPPING CENTRE.(ni kalau ciku masukpun sebab nakkan suasana sejuk..hihi)
##copy paste aje ye info ni
The Vincom centre is a modern shopping centre sprawled over 6 floors. Some of the shops here include Jimmy Choo, Versace, Karen millen, Swarovski, Crabtree and Evelyn, Debenhams, Accessorize, Mango, Warehouse, Disney and Emporio Armarni to name a few.
There is also a Highlands coffee, a burger bar called Carls Jrs and a wonderful French bakery called Tours les Jours.

Buka :9am - 10pm
What to buy: High end high street stores.
What to pay: A lot more expensive than the markets
Address: 72 Le Thanh Ton district 1 and 45A Ly Tu Trong Street, Ben Ng

Website: vincomshoppingmall.com (bahasa sana lor)

8)Hong Kong Market .(Agak menakutkan sebab dah ramai orang kena rompak kat sini esp: yang naik beca..huhu..ciku taknak la terjah..hihi)

9) Map semua kedai or apa apa je di area ben thant (Location: District 1) di URL dibawah ni
Semua kedai yang penting sekitar district 1

***okeh udah sampai situ aje stori info HCM.Yang paling ciku nak pegi adalah bin thay di district 5 tu aje.***

InsyaAllah kalau dah sampai district 5 ni ..ciku akan stori semula..hihi..lambat lagi nak pegi pun..kalau sesapa yang dah pegi..ciku leh refer blog tu..lagi best sebab baca pengalaman orang yang dah sampai.Kalau salah mohon maaf ye.

Friday, September 20, 2013

Cari Baju kurung siap yang murah dan banyak di HCM Vietnam

Salam,

Itu baru tajuk je belum ada entry,..hhii..ciku dah 4 kali pegi HCM tapi tak penah cari baju kurung dalam kuantiti yang banyak..biasanya cari cotton kain je.

So ciku nak g survey dulu kat mana selain ben thant dan kedai kedai tepi tepi jalan tu..kat mana lagi ada..ada yg kata kena naik bus ke district lain ke pasar kain lain..itu ciku kena cari itu infoss..hihi..harap dah dapat ..ciku leh kongsi sebab nak g HCM lagi nnt next year lak,.InsyaAllah.Orait chows..nak survey kat blog blog travel yang penah beli baju kurung dengan banyak di HCM dan harga berbaloi baloi.

Bagi sesapa nak tengok kain cotton jualan ciku sebelum ni tapi sume dah abis stock leh refer tu my  page tanyagudang k..orait.

Sori all..infoss ciku baru nak cari..Salam jumaat sume.

PS :url dibawah antara tempat yang ciku survey 

http://tanggadomino.blogspot.com/2013/10/lokasi-di-hcm-vietnam-untuk-beli-cotton.html


Saturday, April 6, 2013

Ho Chi minh lagi


Salam semua,

Kali ni ciku bawak anak anak dan 2 orang tua ke ho chi minh.
Tido kat city hotel area pasar malam ben thant je. Dekat ssgt ngan pasar ben thant.depannya kedai beg dan kasut croc berlambak tu.




48 usd (untuk 4 dewasa 3 kanak kanak) ada interconnecting room.
4 hari 3 malam .

Naik 2 teksi ke ben thant ..ciku lead satu teksi (konon konon) , satu lagi my hubby.Harga dah lupa tp lebih kurang je masa pegi dulu dulu tu.

Pg saigon zoo , botanical garden , pasar malam dan ben thant.Xbyk jalanpun kali ni.Yang penting g shopping untuk mak mak dan bawak tmpt yang sesuai utk budakbudak.
Ciku rasa sg mekong dan chu chi tunnel tu tak sesuai untuk baawk mak ngan budak budak so misi kami lebih kepada shopping dan lokasi untuk budak budak ..zoo saigon..sini ada singa putih..cun sehh..zoo agak besar gak..landscap cantik..penuh bunga bunga matahari dan orkid.



Zoo saigon dan botanical garden.
Dibawah gambar gambar stok kain untuk dijamu mata dan duit.Mak beli kain cotton ngan baju kurung ngan jubah ,beg tangan ,kasut ,basikal english color putih tu(hiasan) dan lain lain.
Ciku beli kain telekung untuk kakak dan baju kurung manik siap jenama hasanah (28USD)..itu aje

Makan kat halal saigon dan gerai basiroh.Bekalan ..kami bawak oreo,roti,nasi brahim ,3 in 1 dan lain lain. Kena standby banyak sebab bawak orang tua dan anak anak..depa musti cepat lapo.Dan yang penting setiap perjalanan kami kali ni tidak dengan berjalan kaki seperti selalu..kami naik teksi untuk ke satu satu lokasi tu kecuali bent thant dan pasar malam lor.hihi.

Bawah ni contoh kurung di pasar malam ben thant dan kain ela lycra (terjah lycra sebab member pesan..hihi) di dalam pasar ben thant



Orait tercapai gak bawak depa..alhamdulillah.

Thursday, June 21, 2012

Vietnam 2nd holiday

Kali kedua ni bukanla holiday sakan dan shopping sakan..saje je buh tajuk gitu..hihi. Hotel betul betul depan pasar bent thant tu.turun je pasar ..aduhh..bab mengabihkan boreh nih..hihi. Hotel A & EM book ngan agoda..okla untuk 2 orang je .

Masa g yang pertama tu ngan kengkawan..so kali ni pegi ngan hubby lak..aktiviti cam biasa shopping shopping je le..tapi tapi..hubby ni nak g delta mekong..macam nak g gak tp duk baca blog orang ..kena naik sampan kecik pastu jauh lak nak merentasi jalan jem..ciku ni pening naik kereta lelama padat padat ngan orang..huhu..banyak cengkadak lak hihi..insyaAllah ada rezeki kali ketiga pegi vietnama akan ke delta mekong gak..hihi. So Hari pertama terus membeli belah ..hari kedua sebelum balik kami jalan jalan test kaki..huuhu.

Ni kat area gereja apa ntah yek namanya..masa jenjalan kaki tu terjumpa cantikss..
so memula kami jalan nak cari kasut clark..dikatakan import dari factory outlet UK but made dari vietnam so maybe kat vietnam murah ..tapi bila pegi sana harga mahal giler cam salah tempat je..huhu..kat pasar ben thant tak jumpa lak.huhu..so kami jenjalan la kaki merata rata saja pusing pusing..jumpa banyak bunga matahari..tersangat cantik..ciku memang suka bunga matahari ngan tulips..kuning je..adoi cantik...lepas tu g  zoo vietnam..hihi..ada harimau putih ..yg lain sama je cam zoo malaysia..zoo dia kecik je..okla saja.senaman kaki..hihi.

zoo zoo zoo
pastu pusing pusing lalu ikut tepi tepi sungai tu..jumpa le saigon tower..ingatkan yang bentuk cam burj dubai tu rupanya itu financial tower..hihi..amik aje le gambar..pastu jalan lagi jumpa kapal lama ..apa ntah nama ek..tepi tepi jalan tu memang bising..sesak ngan motor motor..bayangkan ciku nyanyi jerit jerit kat situ ..orang tak dengar pun..haha.

Saigon Tower. 29 Le Duan St., Dist. 1, Ho Chi Minh City, HCMC
Trip kali ni paling best ialah pegi Binh Quoi village lebih kurang 2km dari bandar HCM tu..ciku jalan kaki pergi ke tempat nak naik boat laju tu ..jalan kat pesisiran sungai saigon ..tk ingat dah berapa rm boat tu..aduh..sokmo lupa..tempat tu cantik scenery garden..mcm kawin dalam garden tu..Ramai pengantin kat sana..amik gambo..memang banayak tempat menarik /view menarik kat sini..tak caya..try jek google cari "Binh Quoi village"




Tapi yang tak best nya makanan..huhu...kami asik minum air mineral jek ngan biskut..tak jumpa makanan halal kat Binh Quoi village ni..huhu..

so abis jenjalan kat Binh Quoi village ni kami ikut boat balik bandar HCM dan terus g jalanjalan cari makan..byk kedai halal makanan vietnam kat HCM cuma harga agak mahal dan lambat gilos serve.Majoriti sume kedai kat area masjid tu kami test try makanan halalnya..hihi..almaklum pergi 2 orang je..bajet ok ..tak lari.
okla abis dah jalan HCM..teringin nak g Halong bay lak..huhu

Saturday, February 18, 2012

Membelahan di Ben thanh Vietnam

Salam,

Hari pertama di HCM

Membelahan...tu ayat melayu baru.."beli belah keterlaluan".hehe

Kali ni ke Ho Chi Minh ,Vietnam pulak..point membeli belah sebab pegi pun tak lama ..Kami pergi 5 orang..Il,In,Em,Kin dan Ciku..Sampai HCM dalam kul 8 malam..masa HCM kurang sejam dari malaysia..contos:- kita kul 6..depa kul 5..betuikan..confius lak...okla aktiviti pertama..sampai dari airport terus ke amik teksi Vinasun bukan Vodafon ye..hehe..color putih..rate 150,000 dong untuk 5 seater..memuatla kami ni..tapi kalau saiz kecil boleh je sumbat lagi.Sepanjang perjalanan tu penuh ngan orang naik motor "unik" ssgt..topi keledarnya pun ssgt unik dan pelbagai corak.comel.perjalanan dalam 30 minit sb rasanya malam tu ada perayaan apa ntah..so ramai orang kuar kat jalan.
Vinasun Taxi sebelah kiri airport 
Suasana penuh motor..yg pic berhelmet time siang 
Sampai hotel Lien An Saigon Hotel dalam 2 minit ke pasar Ben thanh tu..best..ssgt cantik.Kami book by agoda.com..price yang ditawarkan adalah 55USD untuk 5 orang leh muat tetiba masa kami nak cek in tu..hotel kata kena 3 orang je..aduh..pastu kami amik la 2 rooms berasingan..harga masih mahal gak so sepakatnya kami..esok kami cek out dan transfer ke hotel lain yg agak bajet sikit.
aktiviti transfer hotel hai nam di sebelah


Rehat rehat makan bekalan dari malaysia pastu terus je malam sampai tu gak kami jalan ke night market area hotel kami..plan cuci cuci mata survey je tapi membeli gak..hiks..beli polo tshirt dan magnet sikit2..da abis membeli malam tu..kami lajakkan perjalanan kaki tu mencari hotel bajet area situ..so dalam 6 hotel gak kami cari at last dapatla..Hai nam hotel (29USD for 3 person per night) dalam  2 minit gak ke ben thanh. Settle sume dalam kul 12 balik hotel tido..rest pengsan..ye ker pengsan..ciku tak pun..huhu. Pepagi tu ciku terjaga ingatkan azan subuh..dalam hati ciku "aik ada alunan cam TV channel mekah tu" ciku terus kejutkan member..ehhe..kecoh jap pepagi..rupanya alunan ring ton hpon member yang berbunyi..adehla..sambung tido..terjaga semula untuk solat subuh dan mandi.

Hari ke 2 di HCM

Dalam kul 9 pagi lepas bekfas dengan bekalan sendiri ..kongsi makan...kami terus amik teksi ke rumah hjh basiroh dalam  3USD dalam 60000 dong/VND for one taxi not for one person ye..terkejut tengok..byk giler kain sepah sepah....hehe..rumah kedai 2 tingkat tapi yang sedihnya baju jersi yang kami cari dah byk abis..so telekung je la yang diborong..cantik2..dari level bawah sehinggala gred tinggi..sume cantik..ciku rembat 2 pasang gak..lenlain member mmgle byk merembat..hehe...kain silk vietnampun byk. Ciku dipanggil halus kat situ..nape ntah..dah macam makhluk halus lak ciku..hehe..apa apa ajela.Sementara nunggu hajah basiroh kami rest rest menunggu member lain yang belum puas menjamu mata..ciku ni dah tak sabar nak menjamu selera..hehe..main jek.
Setelah tawar menawar ..ada la dapat sikit diskaun..kami dinasihatkan oleh hajah basiroh untuk tumpang letak telekung kami sume tu kat kedai dia di ben thanh..sb ye la dah borong byk..pastu nak borong kat ben thanh lak..sesampai kami di kedai Hjh basiroh tu by teksi ..kami rehat sekejap je pastu terus mencari cotton dan lain lain..byk gilos cotton..teruja ciku plus pening ..byk sgt. the best is kopi susu ais..ada satu kedai muslim jual cotton tu belikan kopi susu ais halal..best.sambil memilih kain..kami minum kopi.No kedai shop 475 dalam ben thanh market (Salim -Hakimah)


Tentang makanan halal..di rumah hjh basiroh ada Mr Aly..melayu islam champa buat order food dan boleh hantar ke hotel..so kami try la order dan rasanya menarik gak..Boleh order food by phone gak dengan Mr Aly.so pasal makan ..easy le..murtabak dia sedap..1 USD..

 Kediaman dan kedai hjh basiroh..yang ni yang di 159 ,Phu nhuan District area pasar bin thay..yang lagi satu di area ben  thanh ada jual makanan halal sekali..

Sedikit scenery jualan di pasar ben thanh..kedai rapat rapat like a bazaar.
Memang seharian di Ben Thanh dan night market membeli belah .Pasar Bin thay tu kami tak pegi sebab info yang kami terima..kebanyakan kainnya telah dipotong siap dan letak dalam plastik siap siap.ntahla..mungkin masapun tak byk untuk ke sana.

Antara barangan yang dibeli beg deuter , hand made beg ..barang barang souvenier, tshit polo, jersi adidas, raplh laurence,keychain,baju budak ,kurung manik dan macam mcam lagila..memang membelah ..
Hari ke 3 di HCM

So far semuanya berjalan lancar..alhamdulillah.tiada perkara yang tidak menyenangkan atau mengharubirukan keadaan berlaku..alhamdulillah.So macam biasa ..8.30 pagi lepas bekfas ,kami ke pasar ben thanh semula..ahha..asik asik membelah je.Kami terus menuju kedai yang sama sebab nak tukar bj kurung manik tu cam besar je..tapi kedai tu tak bukak lagi so jalan jalan ..rembat benda lain dulu..kul 12 kena cek out..flight lambat lagi..so plan kami..bilik EM dan KIN ken cek out dulu so sume sumbat dalam bilik kami add hour  until 5 ptg..ciku nagn KIN dan EM balik hotel dulu dalam kul 11pagi..penat dah bershopping sementara tunggu food dari mr aly dalam kul 1 tu..ciku rest cuci mata kat area kedai kedai area hotel..tak belipun..tengok jek.KIN dan EM dah pengsan  kat bilik. dalam kul 12.30 sume dah ada dalam bilik so food sampai..makan terus le.

Art Museum

Dalam kul 2.00 lepas solat jamak, Ciku,IN ,IL  terus gerak ke Art museum HCM City dan replika round about HCM ..saja jenjalan ..tgk map bekalan..dekat je sume tu..cuma lintas jalan agak menarik di sini..kita cam boss la..kita tahan motor motor yang bersepah kat jalan raya ..memang bersimpang siur motor2. itu ajela yang adventure..cara melintas jalan..ehhe..Sesampai kat art museum..dalam 2 USD untuk 3 orang..boleh bayar dalam Dong gak..tapi duit dong ciku dah abis untuk 2 hari sebelum ni.hehe. 
Art Museum HCM city -(2USd for 3 person) -boleh je nak byar dalam vnd tapi dh abis lak ..hiks


salah satu seni di dalam Art mueseum ni

Suasana motorist plus basikal 

cool  - ada 2 blok museum ni.
Kami bergambar tak sudah2 kat museum pastu hari cam nak hujan..kami bergegas balik..best best..air mineral memang sentiasa ditangan..ciku dapat air botol mineral tu 1USd utk 4 botol..murah murah.

Sampai hotel dalam kul 3.00, kami pinjam penimbang hotel ..risau lak pasal bagasi..so bila timbang je..ciku masih ada kosong 3.5 kg..so apa lagi..kami pegi lagi ke ben thant..boleh bayangkan tak..rasailah jiwa membelah ini..ehhe..target balik hotel dalam kul 4 nak cek out kul 5..amik teksi dari hotel terus ke airport.

Berhati hati dengan baggage mu ..hiks..1KG -15USD..kami sume ngam ngam ..hiks..

majoriti pepagi orang sana cam ni kalau makan

Bus kalau nak ke district lain..kami tak naikpun sb asik g ben thant je..hiks
Kisah di airport cam biasa je..air paipnya memang cam stail di airport korea , takde air paip ..adeh so kami stand by siap siap botol mineral kosong. Dan tiada rooms for prayer so leh solat di mana mana asalkan yakin bersih dan gunala ilmu sesikit yang ada cara cara solat di luar negara.
So antara yang paling penting 
1) botol mineral untuk ke toilet
2) kompas
3) adapter
4) boiler
5) minyak Bam..hehe
6) Price barang dan kedai ciku byk cari di forum cari pelancongan vietnam
7) Map

Terimakasih kepada kengkawan kerana tanpa mereka tak sampai gak ciku ke sini..Ho chi minh.Allah yang melorongkan perjalanan ini dan ianya menjadi kenyataan kami ke HCM untuk merasai budaya dan pengalaman bermakna ini. Alhamdulillah.


****PROMOSI JUALAN LIQUID DETERGEN DAN SOFTENER MURAH SEKITAR PUTRAJAYA..JENAMA SPLASHH -10 LITER***
SILA emel :- chiklah98@gmail.com




Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...