Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Monday, March 5, 2018

FREE SEATS IS BACK! AIR ASIA

Salam,

Start 4 Mar 2018 ritu . Book now till 11 Mar 2018 | Travel from 3 Sep 2018 - 28 May 2019 . Ciku dapat wasap seperti dibawah

Jom jom korang #AirAsiaFREESEATS! 

BIG Member Priority Booking Period: 4 Mac 2018

Public Booking Period: 5 - 11 Mac 2018
Travel Period: 3 Sep 2018 - 28 Mei 2019

Jangan lepaskan peluang korang!!!!
Sebarkan!!!

Ciku pun mengejar le , nak beli online ni..plan pukul 12.00 malam tu nak bukak AA tapi terlolap so esoknya baru beli..dapatla satu tiket untuk sefamili tapi bukan tahun ni.

So tahun depan ye..bersabarla wahai hati ciku sekeluarga..insyaAllah kita ke sana awal tahun depan. Alhamdulillah akhirnya dapat gak tiket .Lamala sikit nak menabung untuk halhal lain yang berkaitan.hihi

Sekarang akan sibuk mencari ittenary dan info dari blogger yang  penah ke sana.

Penginapan better amik melalui www.airbnb.com (apartment kitchen dan heater) .Tapi kebanyakannya banyak dah takde date yang kami nak pegi ni..huhu..takut tinggal yang mahal je.

Paling best date kami pegi adalah date festival disana di 'tsudome'. InsyaAllah moga Allah berkati semua urusan disana..chewah..macam minggu depan plok nak pegi..haha.Baby pun dah setahun time tu so insyaAlah ok.amin




Wednesday, January 24, 2018

Tips travel bersama keluarga.

Salam 


Ciku dan TL mula bawa anak di usia 4 bulan ke langkawi naik kapal terbang . Kemudian tampak cam ok kami melangkau lebih jauh ke obersea tapi anak dah 4 tahun time tu dan pernah bawa mak ayah dan juga mertua bersama .

Travel sekurang-kurangnya sekali setahun. Tak kiralah  naik kapal terbang, kereta, bas, berbasikal atau kereta api dan tak kiralah jauh atau dekat atau takpela sekadar riadah santai atau picnic asalkan bersama sama famili.

Orite untuk anak anak ciku biasanya kami akan pastikan 

1) Ubatan seperti gamat,handyplast,vics,bam perut .
2) Baju sejuk sebab dalam flight dan hotel sejuk .
3) Kasut dan socks yang selesa dan plastik spare muntah.
4) Kudapan yang mudah dibawa dan makan ( roti gardenia terus makan aje ..bebudak ni        lapo tak tentu masa)
5) Sediakan pampers yang mencukupi dalam beg sandang dan 2 persalinan baju anak anak      takut flight delay
6) Rancang aktiviti yang menarik untuk anak anak contohnya melawat Zoo atau taman          tema air atau kolam mandi .
7) Kami sediakan mainan untuk mereka leka dan diam dan boleh main sesama. Contoh          lego.(tengok keadaan gak ni..hihi).
8) Biasakan anak pegang tangan kami di epot cuma yang sulong dah beso so dia jalan            pegang bagasi..hihi.
9) Ajar anak anak dari awal jangan minta macam macam di epot sebab barang                      mahal..hoho.
10)Terima je umi abah beli makanan untuk santapan .kalau umi abah tanya nak               makan apa ..baru bleh order macam 2..haha..nampak cam dera ke tu..hihi.

Okla apa apa pun semuanya berteraskan situasi keluarga itu sendiri. Travel sebenarnya dapat menghilangkan stress dan anak anak juga lebih relax dan tenang ( ada la sesikit here n there depa merengek..budak gitula..mak budak ada gak la kenkadang jadi rimau..haha).

Bagi anak-anak ia akan membuatkan mereka lebih aktif secara fizikal dan mental. Takdela duduk dan tengok televisyen je dan bagi kami memang tiada gajet di waktu bercuti ni.

Travel bersama ni juga akan biasanya banyak perkara yang tak diduga akan berlaku. Maka, kita tidak lagi boleh bergantung kepada apa yang kita selalu lakukan dalam rutin harian.

Apabila kita berjaya menyelesaikan sesuatu masalah atau cabaran semasa dalam perjalanan, tentulah kita akan berasa lebih yakin terhadap diri sendiri dan paling penting perkongsian ini menjadikan kita lebih peka dan sensitif terhadap keperluan anak, sekaligus merapatkan hubungan kekeluargaan.InsyaAllah.

Alhamdulillah 
Plan tahun ni ke mana? ..ada dah cuma belum reveal ..hihi.
DAN JANGAN LUPA BIASAKAN ANAK ANAK KE MASJID DAN PERDENGARKAN AYAT AYAT SUCI AL QURAN UNTUK DALAMAN MEREKA DAN KAMI JUGA.INSYAALLAH.
Moga kami sekeluarga menjadi insan cemerlang dunia akhirat .amin

Monday, April 17, 2017

Mengandung diusia melebihi 40 tahun

Salam,

Alhamdulillah rezeki Allah kurniakan. Aku disahkan pregnant diusia ini.Almost 9 years gap asik travel je tak perasan lamanya gap untuk anak ke empat kami.

1) Mabuk teruk 
2) Kurang aktif dari biasa
3) Dahla memang serabai ...bertambahlah serabai tapi still cute (orang kata,rasa sebab makin gemm..haha)
4) Kalut mencari pakej pantang yang boleh menjaga bermalam bersama dirumah
5) Tetiba pulak diabetis selepas minum air gula 7.9 - kena alwiz repeat BSP (First time)
6) HB low 10.5 but the ending pregnant its normal..alhamdulillah
7) Lately Sakit tulang pinggul bila start cecah 6 month kandungan maybe becoz of big size of me.
8) Aktiviti travel fly di slowkan
9) Aktiviti walking distance exercise also slow kan
10) Daftar FPP di Hospital kerajaan but ending bersalin di Hospital Az Zahrah Bangi. Alhamdulillah
11) Bermula episod check up ke klinik .buku merah before ni dah hilang.ntah letak mana tapi buku merah anak sulong ada lagi..hihi.
12) Rumah dan masak masak semakin tidak kuhiraukan dan telah berkurang.
13) Husband aje yang mendobi dan memasak or membeli.Alhamdulillah.
14) Minyak angin teman rapatku.hihi
15) Dan aku mengambil cuti tanpa gaji.Rest


**Apapun aku tetap bercuti bersama famili tapi dekat dekat aje. Baru balik melaka -Masbro Village sambil mencari keria antarabangsa yang glemer tu dan Restoran Asam Pedas Ani Parit Jawa MITC MELAKA.Nnt free aku upload entry Masbro Village melaka.




** dah tak membahasakan diri "ciku" dlm blog tetiba..hiihi

Tuesday, October 14, 2014

Mood Autumn aje

Salam,


Gambar Hiasan
Mt Seorak National Park , Gweongeumseong Fortress dan Petite France antara tempat yang ciku teringin nak tinjau time autumn di Seoul. Bila la dapat pegi ni..plan nak pegi tahun ni tapi adik bongsu dijangka bersalin dan plan pantang di rumah ciku this year sebab mak tak sihat dan adik sorang lagi nak kawin kalau dak boleh ikut trip member nak kesana end of this month.Mungkin belum diberi kelapangan masa lagi untuk ciku kan kan kan..ayat memujuk diri.Ada tanggungjawab yang lebih penting disini . Ciku teringin nak g seoul lagi tapi nak terjah tempat tempat atas tu di autumn season.Alhamdulillah, Ciku dah merasai spring dan winter season tapi belum ada rezeki lagi untuk merasai autumn season.Harapharapla dapat nengok.Buat masa ni ciku tengok di blog orang n website ajela.hihi.Tengok Nami Island time autumnpun cantik .Jeju musti lagi cantik..hihi
ciku bertiga bercuti di Korea

oo..nak stori gak ciku tengok drama my lovely girl dan suka bonar dengar lagu FT Island .(Hong ki) tu.Impian tempat lain ciku nak g Melbourne ,Beijing dan Rome.


Friday, September 5, 2014

Doktor Gigi Putrajaya

Salam,


Antara percaya atau tidak..ini kali pertama ciku cabut gigi ngan doktor..hihi.Dulu masa zaman bebudak, gigi ciku tergugur sendiri..bila dah dewasa..ciku jumpa doktor gigi untuk cuci gigi..itupun pernah sekali je..gigi good..doktor kata..haha..ayat perasan.

Sekarang punya citer..gigi not good..huhu.lubang lubang..masa dalam flight nk ke  jepun hari tu..gigi ciku memang sakit yg amat..tapi bila landing je di bumi jepun..alhamdulillah hilang sakit gigi..hihi..teruja kot.

Orite nak stori , satu hari ciku p keja cam biasa..balik je rumah malam tu sakit gigi datang balik..huhu..lubang dah besar dan dah tampal sebelum puasa lagi tapi sakit..adoi..ciku mkn ubat tahan sakit sebiji dan tido. 

Pagi esoknya gigi ciku ok pulak..ciku terus survey no tepon klinik gigi izra area presint 8 - sebatang gigi rm90 tapi appointment free jumaat..ermm ciku try call klinik gigi bestari di presint 14 lak..doktor cuma ada pukul 7 ke atas je..huhu.camana ni..gigi ciku akan sakit time mlm je. 

Lepas maghrib tu jugak kami ke klinik pergigian bestari presint 14 , putrajaya. Melangkah masuk je..cantik design klinik ni..soft color dah macam kat rumah lak..purple. sejuk mata memandang tapi hati ciku masih dub dap dub dab.Setelah register, ciku duk diam sebelah hubby menunggu dipanggil..takut yg amat.hihi..gigil.Cakap kat anak jangan takut jumpa doktor gigi tapi ciku adoi takut gilos.Doktornya tengah solat maghrib time tu so depa suh tunggu sebentar.

Masuk je bilik doktor ..muka doktor tu chinese look dan masih muda , ciku terus cakap pasal gigi lubang dah tampal 3 bln lalu tp 2 hari ni sakit bila waktu mlm jadi ciku nak cabut je kasi buang. Berkalikali ciku tanya sakit tak..hihi..nampak benor penakutnya..ciku genggam erat tangan sendiri bila doktor nak cek gigi tu..dia bius dan rasa masa dia nak cabut tu..dia duk tanya banyak kali..sakit tak sakit tak. Kelakar lak..lama gak nk cabut gigi ciku tu tapi xterasa sebab bius kuat kot.Tetiba je doktor kata dah siap..aik..ciku cam terpinga pinga..haha, menggigil xhilang lagi. Budak nurse tu suruh letak kapas tekap kat lubang tu untuk halang darah dan bagi ubat tahan sakit.

Dalam pukul 12 malam sakit lagi denyut denyut ..itupun ciku dah makan ubat tahan sakit .adoi.macam tak nak dah cabut gigi..huhu.esoknya ciku MC .lunch nya ciku masak nasi lembek dengan kuah ikan.Menjelang 2 hari baru ruang kosong gigi tu ok .Alhamdulillah tapi kena makan slow slow belah lain dan jangan kumur kumur lagi dan jangan makan lepas cabut gigi sebab ubat bius tu cam kuat je takut tergigit lidah sendiri lak..hihi.

Apapun ,pendapat ciku kena jaga gigi dari awal lagi .Ada orang dah berumur 40++ pun gigi ok..Tips penjagaan gigi!!..hihi..better search di google or memana engine carian..pasti anda jumpa.Sekian tamat pasal gigi ciku dicabut oleh doktor putrajaya chinese look .



Friday, July 18, 2014

Tragedi MH17

Salam,

Ciku terkejut malam tadi dapat whatsapp dari  member pasal kapal terbang MAS terhempas dan pelbagai gambar dan video yang ciku tengok dan for sure ada di majoriti di internet pada hari ini.

Ciku lambat dapat tahu hal ini, dalam pukul 2.40 pagi baru tersedar terus tengok berita . 

Pesawat Boeing 777 MH 17 yang berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengahari (masa Amsterdam) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi ini Jumaat , dengan membawa 295 penumpang beserta anak kapal dilaporkan terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia, dipercayai ditembak oleh peluru berpandu.

Hari ni , majoriti ciku and friends tengok berita terkini dari internet je tentang perkembangan terkini tragedi ini.Mungkin apa yang ciku stori kat sini tidaklah detail.Apapun semoga ahli keluarga penumpang dan krew tabah menghadapi ujian ini. Truly sad , another heartbreaking news. Al-fatihah.


dipetik dari http://www.news.com.au/



Monday, July 14, 2014

Pray for Gaza - Free palestine


Teruskan berdoa dan menderma kepada umat ISLAM di GAZA .
Mudah - mudahan doa kita menjadi senjata bagi melumpuhkan tentera israel, yang mampu hanya kalungan doa dari kejauhan.
Hancurkanlah Ya Allah tentera musuh itu.

Sunday, June 29, 2014

Ramadhan

Salam Ramadhan,




Alhamdulillah dipanjangkan umur untuk bertemu lagi Ramadhan pada tahun ini..Moga Ibadat di bulan Ramadhan ini adalah yang terbaik dan moga kita sekeluarga hidup bahagia bersama dunia akhirat. Antara amalan yang dilakukan di bulan ramadhan.

1) Berpuasa dengan yang terbaik.Mengajar anak anak berpuasa .
2) Berterawikh
3) Berbuka secara kesederhanaan .
4) Bersahur bersama .
5) Bertadarus 
6) Luangkan masa berbuka dan bersahur bersama makayah dan keluarga
7) Kurang berkata kata yang tiada faedah.
8) Bersedekah
9) Bersolat malam dan diakhiri dengan solat sunat witr
10) Bermaaf-maafan dan bersikap yang terbaik sesama makhluk Allah(SWT).


Doa untuk ciku dan semua yang berkesempatan membaca blog ciku.Ciku petik dari fb member.

Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami..
Yang sedang sakit, 
Mohon angkatlah penyakitnya ya Allah...
Berikanlah kesembuhan untuknya..
Kerana hanya 
Engkaulah yang Maha Menyembuhkan..

Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami, 
Yang kesulitan rezeki
Mohon mudahkanlah dan bukalah jalan rezekinya ya Allah..
Kerana hanya Engkau Maha Pemberi Rezeki..

Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami
Yang hatinya sedang susah dan bersedih, menerima dan menghadapi ujian-Mu...
Mohon kuatkanlah ia utk bisa bertahan dan bersabar..
Dan hiburlah dia dengan penuh kurnia-Mu..
Kerana janji-Mu yang tak pernah Kau ingkari..
Setelah kesusahan ada kemudahan..

Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami
yang sedang ada benih-benih sakit hati di hatinya..
Sombong, iri hati, dengki dan dusta..
Mohon bersihkan dan sucikanlah ya Allah..

Ya Allah..
Mohon ampunilah segala dosa dan khilaf kami..
Pun jika sampai hari ini ada di antara kami, yg merasa tersakiti dan terzalimi kerana kesalahan kami yang disengaja atau pun yang tidak disengaja..
Bukakanlah pintu hatinya..
Agar memaafkan kami...

Mohon Maaf Zahir dan Bathin pada semua
Selamat menunaikan ibadah . Ramadhan..
Semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan kita yang terbaik dan bukan yang terakhir...

Aamiin...


" SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA "

Friday, October 4, 2013

Bagaimana Memohon Apabila Berlaku Kematian Dalam Perkhidmatan Awam

Salam Jumaat,

Tetiba tajuk entry agak panas ..hihi..sebenarnya ciku nak kongsi info ni je.Info /maklumat apa perlu dilakukan jika keadaan ini berlaku bagi kakitangan awam yang meninggal semasa perkhidmatan. Ianya berkenaan urusan pencen dan pinjaman perumahan kerajaan dan Bantuan Mengurus Jenazah.


1) Urusan penerima pencen terbitan.
  
First ciku pun takde pengalaman gini tapi ciku terus wat carian kat web JPA untuk masalah urusan pencen. Rujuk Url dibawah: http://www.jpapencen.gov.my/laman_utama.asp. Sangat mudah dan webnya user manual.Pegi ke menu Jika Anda Penerima pencen faedah terbitan.

(Dipetik dari web jpapencen untuk info ciku dan yang membaca)
Maksud Term Pencen Terbitan ialah Suatu faedah persaraan yang dibayar setiap bulan kepada balu atau duda, dan anak anggota berpencen atau pesara yang telah meninggal dunia.
  • Takrif anak menurut undang - undang pencen ialah anak yang di bawah umur 21 tahun dan belum berkahwin, termasuk anak angkat, anak tiri dan anak tak sah taraf. Bagi anak yang cacat atau hilang upaya dari segi jasmani secara kekal serta tidak berupaya menanggung nafkahnya sendiri, tiada had umur ditetapkan.
  • Kadar bayaran pencen terbitan adalah mengikut pembahagian syer berikut :(ini boleh direct call pegawai bahagian pencen untuk confirmation jika tiada suami)
    Balu/Balu-balu/Duda
    2 syer bagi tiap-tiap seorang balu/duda

    Anak-anak
    1 syer bagi tiap-tiap seorang anak. 
  

2) Bagaimana Memohon Apabila Berlaku Kematian Dalam Perkhidmatan?
     
Tindakan Oleh Balu / Duda / Waris

Jika berlaku kematian anggota Kerajaan dalam perkhidmatan, balu /duda / waris hendaklah mengambil tindakan berikut:
  •     Laporkan segera kepada Ketua Jabatan di mana anggota berkhidmat, dan
  •     Kemukakan salinan dokumen-dokumen berikut:
    • salinan sijil kematian
    • salinan sijil perkahwinan / sijil pendaftaran perkahwinan.  Walau bagaimanapun Surat   Akuan Balu / Duda Yang Sah boleh diterima jika sijil berkenaan tidak diperolehi salinannya dari pihak-pihak berkenaan. 
    • salinan sijil kelahiran / salinan kad pengenalan anak-anak yang berumur di bawah 21 tahun
    • salinan surat pengambilan dan pengesahan anak angkat, (jika berkenaan)
    • dokumen-dokumen mengenai anak cacat dari Pakar Perubatan Kerajaan [JPA.BP.UMUM.B04] dan Laporan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat serta gambar penuh anak cacat, (jika berkenaan)
    • sekeping gambar balu / duda (mana yang berkenaan)
    • Surat Akuan Pengesahan Penjaga [JPA.BP.SPT.B02] (jika terdapat anak di bawah umur yang tidak di jaga oleh balu / duda).
***boleh cek direct url web jpa pencen tersebut.
        
3) Ciku ada terbaca tentang PERMOHONAN PEMBERIAN BANTUAN MENGURUS JENAZAH (BMJ)..wah terbesar lak font ni..boleh mohon bantuan mengurus jenazah.Tetapi ianya hanya untuk Pesara Kerajaan Malaysia yang meninggal pada 15 Oktober 2010 atau pada tarikh selepasnya termasuk pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan, Awam Negeri, Badan Berkanun, Kerajaan Tempatan dan pesara Skim KWSP.
(Pembayaran ini tidak dipanjangkan kepada penerima pencen terbitan yang meninggal dunia)..Amaun diberikan RM3000. Boleh rujuk url web ini http://www.jpapencen.gov.my/bmj.html.  untuk keterangan lebih lanjut.

4) Bagi pinjaman perumahan untuk kakitangan pegawai awam yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan.(kalau tak buat pinjaman perumahan kerajaan..sila abaikan je la info ini..hihi)
Rujuk terus http://bpp.treasury.gov.my dan ke tab soalan lazim.Klik Kematian peminjam.


Apakah yang perlu dilakukan oleh waris jika peminjam telah meninggal dunia ?
Boleh rujuk terus jawapan didalam web site tersebut bahagian kematian peminjam.

Orite itu aje info yang ciku rasa serius penting untuk waris tahu tentang apa yang patut dilakukan . Ajal maut Allah tentukan dan ianya adalah rahsia Allah(SWT).

Tuesday, September 17, 2013

Bawa anak anak g travel sesama?

Salam,

Tetiba nak buat entry ni..terasa nak kongsi ajes.
Ciku ok je kalau TL ok..so far dia ok je nak tolong uruskan bebudak ni sesama dan kalau ke tempat tempat yang sesuai dengan anakanak dan paling penting bajet yang sesuaila..hihi.

Tahap kesabaran dan kecekalan musti tinggi ..ye ke..haha.Time nak jerit ..ciku jerit je.."jangan main tekan tekan lif tu"..haha..Abis tu keluar le suara merdu ciku yang menang nyanyi masa sekolah dolo dolo tu.Pastu ciku memang asik suruh anak anak pegang tangan..bahagi le ngan TL dan ciku.Takut hilang lak..nak ikat pelik sangat lak..haha.

Kalau kat Malaysia ni.Alhamdulillah dah satu Malaysia pusing cuma ada tempat tempat dalam negeri negeri tu yang tak pegi..so far ok aje. Takde masalah besar..alhamdulillah.First time naik kapal terbang adalah destinasi ke Langkawi bersama keluarga.

Bagi ciku hO chi minh,Vietnam adalah negara agak susah ciku n TL nak pk nak bawak ke mana bebudak ni..sebab hO chi minh kan..kan kan..hihi..at last kami bawak g Zoo saigon dan taman bunga tu..hihi..lama sket depa duk situ ..haha selain kami bershopping kainbaju di ben thant.Masa shopping di ben thant..kadang kadang je bawak anak anak, kami gilir gilir jaga di hotel..so pg sendirisendiri ajela..hihi.

Di brunei ,kami banyak meluangkan masa di sekitar hotel dan bajet memang lebihkan di hotel sahaja.Selain ke theme park ala ala tu di jerudong.
Krabi thailand ,cam biasa melawat 4 pulau tu dan kami amik jungle trekking ngan gajah..bebudak ni suka gitu sebab dulu masa g kuala gandah pahang tu kejap je gajah tu bawak pusingpusing..kalau g krabi jungle trek ngan gajah tu..jauh dia bawak pusing..masuk hutan,masuk sungai..ciku je agak gerun..bebudak ni gelak gelak sonok.

Ciku rasa asalkan bawak bekalan makanan dan baju anak anak mencukupi dah ok kot kecuali g indonesia..sana baju murah je..beli je t shirt tshirt kat sana..haha.Bekalan makanan tu termasuk sachet air walaupun kat negara nak pegi tu ada je jual makanan ..tapi ciku musti standby biskut oreo dan biskut petak cicah air tu kegemaran depa ni dan milo 3 in 1.Senang memalam buta depa lapo..ada makanan.Pampers kena bawak lebih gak.Purata baju tu 2 helai untuk 1 hari kecuali si kecik kena bawak lebih.

Dalam beg sandang bawak atas kapal terbang tu..ciku biasa standbykan sepersalinan pakaian ciku,TL dan anak anak serta pampers dan roti kecik kecik ponyok ponyok je dalam beg tu..hihi.Ciku jarang bawak handbag sebab takut tertinggal. Bawak minyak gamat, handyplast, ubatan demam mana tau tetiba or apa apa simple simple injured ..ada le stok first aid tu.

Ciku rasa apa yang penting kalau bawak anak anak tu musti ada bajet yang lebih sebab pegi berdua dan berkeluarga ..jauh beda bajetnya.Kemudian kerjasama tolong menolong antara TL dan OR amat penting. Kesesuaian persefahaman gak penting dan perasaan selamba sebab kenkadang perangai anak anak ni tetiba aje berubah.hihi..Alhamdulillah doa dan tawakal paling utama dalam setiap perjalanan.

Antara negara yang ciku mengimpikan nak pegi..Japan,Istanbul ,Italy ,Rome dan NZ.
**Ini semua apa yang ciku buat.Orang lain maybe beza dari segi pengalaman dan cara.

Kalau ada bajet banyak ..pasti nak bawak satu famili ..sume orangpun gitu kan.

Saturday, August 17, 2013

Qunut Nazilah

Salam,

Entry hari ni adalah petikan sejibik dari mr wiki untuk tatapan ciku dan semua yang membaca.

Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri. Qunut Nazilah قنوت نازيله merupakan salah satu daripada tiga jenis qunut yang sunat dibaca mengikut Mazhab Syafii selain qunut dalam Solat Subuh dan qunut pada separuh malam kedua terakhir Ramadan dalam Solat Sunat Witir.


Qunut Nazilah sunat dibacakan ketika umat Islam didatangi bala bencana atau ditimpa musibah seperti peperangan, wabak, kemarau dan sebagainya. Bacaan Qunut Nazilah ini pernah dibacakan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam ketika kejadian pembunuhan beramai-ramai 60 orang penghafaz al-Quran selama sebulan berdasarkan hadis berikut yang bermaksud:

“Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabat-sahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran.”
-Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim


Tatacara bacaan Qunut Nazilah[sunting]

  • Qunut ini boleh dibacakan pada tiap-tiap sembahyang fardhu jika kedatangan bala atau sebarang cubaan dari Allah SWT.
Dari Abi Hurairah radhiyallahu `anhu beliau berkata: "Demi Allah, sesungguhnya aku akan mendekatkan kamu cara solat Rasulullah S.A.W. Maka Abu Hurairah melakukan qunut pada solat Zuhur, Isyak dan Subuh. Beliau mendoakan kebaikan untuk kaum mukminin dan memintakan laknat ke atas orang-orang kafir".
(Hadis riwayat Imam Bukhari)

Abu Hurairah radhiyallahu `anhu juga meriwayatkan bahawa sesungguhnya Nabi S.A.W tidak membaca qunut melainkan apabila beliau berdoa untuk kebaikan seseorang atau mendoakan kehancuran seseorang. Apabila baginda berkata: "sami'allahu liman hamidah" Baginda berkata “Rabbana lakalhamd dan Baginda S.A.W membaca doa”.


  • Qunut ini dibacakan pada waktu iktidal selepas ruku’ pada rakaat terakhir.
Diceritakan kepada kami Asim berkata, aku bertanya pada Anas bin Malik tentang qunut, lalu dia berkata sememangnya qunut itu ada. Aku berkata samada sebelum rukuk atau selepasnya, Anas berkata selepas rukuk. Aku berkata lagi, sesungguhnya seseorang telah mengkhabarkan kepadaku bahawa engkau memberitahunya sebelum rukuk. Anas berkata dia berdusta, sesungguhnya Rasulullah S.A.W membaca qunut selepas rukuk selama sebulan dan diperlihatkannya ketika mengutus satu kaum yang dikatakan mereka itu baik bacaannya seramai 70 orang kepada kaum musyrikin yang telah melakukan perjanjian dengan Rasulullah S.A.W.

(mengikut riwayat hadis yang lain, 70 orang al-qura’ yang diutuskan oleh Rasulullah tersebut telah dibunuh). Lalu baginda berqunut selama sebulan mendoakan kecelakaan ke atas mereka.(Hadis riwayat Imam Bukhari)


  •  Sunat ditambah bacaan doa ini selepas bacaan qunut harian.

Disunatkan kepada Imam untuk membacanya secara kuat dan diaminkan oleh makmum dalam solat yang berjemaah.

Lafaz doa qunut nazilah


  • Ya Allah! Muliakan Islam dan orang islam. Ya Allah! Hinakan Syirik dan musyrikin. Ya Allah! Tolonglah saudara-saudara kami yang muslim dan mujahidin dan golongan-golongan lemah, di Palestine, di Lubnan, di Iraq dan di semua tempat dan di semua masa.



  • Ya Allah! Binasakan musuh kamu, Musuh agama (Islam). Ya Allah! Hancurkan kekufuran, Syirik dan Munafiq, Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan pada leher-leher musuh kami (kami serah kepada Mu) dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah! Cerai beraikan himpunan mereka, pisahkan kesatuan mereka, selerakkan kalimah-kalimah mereka, gegarkan ketetapan mereka, Kalahkan mereka dengan anjing dari anjing-anjing kamu.


  • Wahai Tuhan yang maha gagah, Wahai Tuhan yang maha keras, Wahai Tuhan yang maha membalas.
  • Wahai Allah, tuhan yang menurunkan kitab (al-Quran), tuhan yang menggerakan langit, tuhan yang mengalahkan tentera ahzab, kalahkan kuffar, kalahkan yahudi, kalahkan hindu, kalahkan amerika dan sekutu-sekutu mereka, dan tolonglah kami atas mereka.

  • Ya Allah, Engkau berkuasa, kami lemah, kami mengadu kelemahan kami. Ya Allah! Engkau Tuhan kami dan kami adalah hamba-hamba kamu.




  • Ya Allah! Rezekikan kepada kami Syahid di jalan kamu. Ya Allah! Berikan kepada kami kehidupan di dunia ini baik dan di akhirat juga baik, dan selamatkan kami dari Azab neraka.




Orait senantiasalah kita berdoalah 

Ya Allah tolonglah islam dan kaum muslimin.Amin



*** Jika tersalah dimana mana dalam entry ini..mohon share info ye..mekasih***



Wednesday, March 20, 2013

Misteri Masjid ajaib di Malang jawa timur.

 
Salam,

 Hari ni nak cerita misteri .Biar jelah entry tertangguh sebelum ni tu..hihi.
 
Semalam ciku dapat info dari seseorang yang baru balik dari surabaya dan banyak yang diceritakan tetapi ciku macam teruja nak tahu lanjut tentang terdapat masjid ajaib yang dikatakan mitos masjid yang wujud tiba tiba dalam semalaman.Ciku sakan mencari info tentang masjid tersebut melalui pakcik google dan youtube.Sampai tengah malam duk baca cerita tentang masjid ajaib di wilayah turen ni last last rasa seram sejuk lak..hihi. Nak tulis ni pun ada rasa seram sejuk..naper ntah.

Memang ramai yang komen di blog (boleh buat carian google tentang masjid ajaib atau masjid jin di wilayah malang ini) dan video yang sememangnya masjid atau sebenarnya pondok belajar agama ini wujud dan struktur bangunannya amat luar biasa cantik dan indah dari segi pandangan ciku melalui youtube . Ciku agak teruja untuk mengetahui sejarah pembinaannya dan melihat keindahan sebenarnya tersergam masjid atau sebenarnya Pondok Pesantren (Ponpes) Salafiyah yang terletak di Jalan KH. Wahid Hasyim Gang Anggur No.10, RT 07 / RW 06 Desa Sananrejo, Kecamatan Turen, Kabupaten Malang oleh Romo Kyai Haji Ahmad Bahru Mafdlaluddin Shaleh Al-Mahbub Rahmat Alam, atau yang akrab digelar Romo Kyai Ahmad.

Dikatakan kalau kita masuk kawasan kampung di daerah turen ini, dari jauh dah nampak bangunan seramik biru, ada kolam renang, kolam ikan, macam macam lagi kat dalam masjid yang ada 10 tingkat tu dan dikatakan juga tiada orang yang belajar agama dan tidak nampak orang yang membina dan membaiki pesantren tersebut yang masih belum siap 100% tetapi memang indah dari segi struktur intelektual seseorang yang membinanya.Pembinaan senibinanya seolah seolah seperti dari seorang yang punya daya imaginasi yan gtinggi dan ilmu senibina yang tinggi.Ukiran dari china, arab, india dan pelbagai dunia.(ciku tak penah tengok real sekadar membaca sahaja)

Ciku seakan terpanggil untuk mencari info tentang masjid ini. Kebanyakan info mengatakan masjid ini dibina oleh jin tetapi disangkal oleh pemiliknya yang juga sudah tua dan sukar untuk ditemui (boleh baca di ruangan FAQ di website bawah- ciku tak berapa paham.). Dan ada yang mengatakan indonesia kaya dengan candi yang menjadi 7 wonders world tetapi berkemungkinan dengan wujudnya tempat ini secara tiba tiba akan menukar cara pemikiran manusia dunia . Mungkin tersergam terbinanya tempat ini kerana untuk meningkatkan kerohaniah spiritual seseorang  melalui bangunan ini dan isi dalamnya atau ianya lebih kepada menunjukkan sesuatu yang rahsia hanya Allah sahaja yang tahu.

Diceritakan juga, pembinanya sangat kuat agama dan pernah tinggal di madinah dan saudi . Membinanya dengan bersolat istikharah dan bantuan dari Allah SWT. Pembinaannya bermula pada tahun 1963 sehingga kini  dan tanpa dana dari sesiapa padahal kalau dilihat dari segi struktur memang mengkagumkan.Ciku tengok youtube tentang pelancong dari luar negara dan rata rata mengatakan kagum tidak terdapat di negara eropah binaan sebegini rupa tanpa pelan yang terperinci. Dan banyak yang mengatakan perasaan masuk ke sini menjadi tenang dan membersihkan hati dari berbagai penyakit hati . Ada yang menangis tersedar dari dosa lalu hanya dengan melihat bangunan yang luar biasa ini dan pelbagai lagi dimana ianya lebih menyentuh kerohanian seseorang yang datang melawat.
Kalau ada yang tahu di surah saba , ayat 13 ada menceritakan bangunan dibina secara tiba tiba.

Surah Saba, Ayat 13
Maknanya Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi dan patung-patung dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan): Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur! Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur.

Dibawah adalah website tentang pesantren atau masjid ajaib atau masjid jin ini .Disini ada diutarakan jawapan dari permasalahan yang kadang kadang tersebar mengenai cerita yang tidak benar mengenai masjid ini. Ciku baca satu persatu bahagian FAQ tu tapi ada jugak yang ciku tak paham sebab bahasa depa guna ni.Disini juga ada menulis tentang event internal dan external di pondok ini yang sememangnya penuh dengan orang.  Apapun jika berkesempatan ke sini..ciku mohon Allah(swt) luruskan hati dan bersihkan akal dari memikirkan yang bukan bukan kerana berkemungkinan besar seorang yang normal pasti hatinya berkata kata itu ini....

Tuesday, July 24, 2012

Submit your incredible story now

Salam semua,
Cuak tak tajuk gitu timing bulan puasa ni.hihi.ciku dah lama tak buka nuffnang so hari ni buka la..then tengok ada pop up Nestle tu..rasanya ramai dah tahu..ciku je terlewat train.hihi.Xpela ye nak kongsi gak.Last date 30 Nov 2012.

Nestle100 Years Registration
So sesapa berminat bolehla karang stori mori kat situ tentang pengalaman bersama nestle sempena 100 tahun nestle.Ada 4 cara camana nak melontarkan stori mori tu..sama ada melalui text , twitter , Video dan Photo.Kalau ada photo lelama bersama Nestle tu yang mahal tu...kalau masih tak pasti apa itu produk Nestle(Mustahil tak tau)..Milo,maggie,kit kat,bliss,Nestum,nespray dan banyak lagi aa...Ciku paling suka Bliss dan Kit kat.

Kat web tu anda akan diajar step by step camana nak buat sume tu.memang mudah je..The best is dapat hadiah..kaalu diorang rasa stori mori korang best..dapatla hadiah..hihi..kalau tak..just dapat kongsi bersama jela pengalaman tu ngan orang lain..ye tak..Nnt lepas dah siap tu boleh search kat tab atas tu ada icon search..kot kot nak baca semula apa yang ditulis sendirikan..jomla beramai ramai berstori mori .

Bawah ni ciku tepek pizzanya..opss..prizenya..nampak no lapo..adoi..puasa puasa.


Wednesday, February 29, 2012

Pendaftaran secara online pada 1 Mac 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tadi tetiba ciku teringat date ni esok so kena stand by..raudhah next year darjah 1.
thn lepas dh daftar..tp ntah camana website ni suruh daftar semula lak semua .
ontah ontah ontah..
daftar ajela.

Adalah dimaklumkan bahawa pendaftaran secara online akan dibuka untuk pendaftaran bermula pada;

1 Mac 2012 hingga 30 April 2012 (Tahun 1)
1 Mac 2012 hingga 31 Ogos 2012 (Prasekolah)

bagi Prasekolah dan Tahun 1 Sesi Persekolahan Tahun 2013.


http://apps.moe.gov.my/sppm/

Thursday, June 30, 2011

New 7 Wonders of the World finalists

The following sites always will remain Official New 7 Wonders of the World Finalists, which were nominated from hundreds of sites around the world.
.
Alhambra (12th century) Granada, Spain
Angkor (12th century) Cambodia
Kiyomizu Temple (749 – 1855) Kyoto, Japan
Neuschwanstein Castle (1869 -1884) Schwangau, Germany
Statues of Easter Island (10th – 16th Century) Easter Island, Chile
Stonehenge (3000 B.C. – 1600 B.C.) Amesbury, United Kingdom
Sydney Opera House (1954 – 73) Sydney, Australia
The Acropolis of Athens (450 – 330 B.C.) Athens, Greece
The Eiffel Tower (1887 – 89) Paris, France
The Hagia Sophia (532 – 537 A.D.) Istanbul, Turkey
The Kremlin and Red Square (1156 – 1850) Moscow, Russia
The Pyramids of Giza (2600 – 2500 B.C), Egypt
The Statue of Liberty (1886) New York City, U.S.A.
Timbuktu (12th century), Mali






I'm on my way to jeju island korea south.(7 wonders nature finalist not world. ye). saya sangat excited. Kalau nak tau dari sekolah sekolah ..ciku dah baca buku buku ttg 7 wonders nih..ayah yang punya..ayah suka baca buku buku ilmiah gitu.so samala ngan ciku (maksud sama tu dolodolo..bertahuntahun dulu..hehhe) tp nowadays tak dah..dah katam lama dah..huhu. Bila baca semula artikel ttg 7 wonders nih teruja jap..sebenarnya semua dimuka bumi nih wonders semuanya indah ciptaan Allah. Kalau ada rezeki dan kelapangan bolehla melihat keindahan dunia diluar sana. Tak kisah di darat mahupun di dasar laut .pasti kita akan melihat pelbagai rahsia alam yang kita belum temui.jom moh kita..ok tcare all.

Monday, March 28, 2011

Pendaftaran Pra & Tahun 1 bagi anak yang sama - 2013


Sesiapa yang bermasalah macam aku masa nak daftar thn 1 tu bg anak yang sama nak masuk pra sekolah so boleh cuba sekarang yek.


Pendaftaran bagi anak Prasekolah dan Tahun 1 bagi anak yang sama telah boleh dilaksanakan. Bagi ibubapa yang sebelum ini hanya mendaftar Prasekolah sahaja, boleh mendaftarkan anak tuan/puan ke Tahun 1 bagi tahun berikutnya. 
Pendaftaran kini secara Online! 


Rutin today
bekfas : - makan biskut oat ngan air kopi panas
lunch: - tak pasti..nak balik amik duan pastu lunch sekali
mana boss aku ni..nak hantar surat mc ni..cepatla..
aku tak suka tunggu tunggu.bukti ni.haha
ok tu jek entry today.
 
 

Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...