Showing posts with label Cuti-putrajaya. Show all posts
Showing posts with label Cuti-putrajaya. Show all posts

Wednesday, April 18, 2018

Buat sendiri chocolate bouquet untuk hari jadi

Salam,

Walaupun takde la cantik sangat tapi feel buat sendiri tu best untuk mr hubby tersayang pada hari jadi dia . Ciku just survey di youtube cara cara buat gubahan coklat ni dan hasilnya simple camni le.Ciku sangat kerastangan..huhu 

1. pk tema color
2. nak bagi sape?jantina dan umur?
3. Pegi kedai beli barang dan gubah le 
    - kertas color ,lidi,span, gam,stapler,hiasan dan paling penting coklat  

Settle sambutan hari jadi bersama mix cheese tart by FB khaisyadelite (RM 38 -25 pcs) dan berlatarkan lake view pullmon putrajaya raflesia wing.

Alhamdulillah


Monday, February 19, 2018

Ciku bercuti kemana chinese new year ni?


Aktiviti Hari pertama (jumaat) - Pukul 3 petang kami ke walter barbershop putrajaya bawa anak anak laki ni potong rambut style sket..hihi.Reward for them sebab tolong umi mop lantai dan tangga rumah.
Harga for kids below 12 years old adalah rm10 (normal) ,rm12(style) , Fade(rm17).
Harga for Adult - fade(rm17++).

Lokasi di 
No 1, Jalan Kesidang 18/11, Presint 18
        017-383 0031
Open ⋅ Closes 10PM
Ni area rumah color putih ala ala england di putrajaya tu..cantik.
Harga penuh disini
https://walterbarbershop.com/services/

Aktiviti Hari kedua(sabtu) - Seawal 8 pagi , kami bawa anak anak main bola sepak di padang Taman Pancarona presint 18 , Putrajaya. Memula hajat nak ke saujana hijau yang cantik alaala kundasang tu tapi ciku cam mengah je nak jalan banyak so tuko niat..hihi. Di sana naik basikal okla..ntahla ciku tak penah sampai lagi.

Kami breakfast dulu pagi tu di McD putrajaya (menu combo rm5.99) dan bawa anak main bola sepak sampai pukul 11 pagi kot , kemudian kami lunch di alamanda .

Selain tu , ciku tengok drama korea ..hihi..tak de buat apapun..lebih kepada rest di rumah, makan dan beriadah sahaja . Gambar banner diatas TIADA KAITAN dengan Cuti bebaru ni..hihi. Cuma  ciku tengah bekerjakeras mencari tiket murah ke sapporo hujung tahun ni atau awal tahun depan atau hujung tahun depan.hihi.Jomss


Thursday, February 8, 2018

Buffett dan ala carte di Indus kafe Putrajaya

Salam,

Buffet lunch (RM25.50 seorang ) adalah first time for ciku disini. Selain buffet ada ala carte juga.Boleh refer Fb indus cafe putrajaya.Landmarknya pullmon hotel putrajaya amik simpang tu dan terus hingga jumpa bulatan ..parking je area situ dan menapakla sket.

Toilet ada di sebelah lif ye.kat atas marina ni ada swimming pool terbuka .

So ciku nak kongsi  pengalaman aje..memulanya ciku g jemputan kenduri kawin waktu malam di bora ombak sederet area kafe ni pastu ciku n famili dan famili adik rasa nak minum lak memalam tu dan ternampak cafe ni so masuk dan tengok wow..cantik dan simple cozy siap ada band dan di indus sunset sebelahnya pun menarik bleh buat party kot situ..hihi. 

Start situ ciku agak selalu datang makan di sini tapi ala carte , selain ayer@8 dan kelab tasik putrajaya presint 8 (feveret menu bihun singapore dan fettucini carbonara ) dan taman warisan (nasi goreng kampung sambal belacan).

Orite kita kongsi pic menu buffet lunch di indus kafe dulu ye.Bagi ciku sedap ..orang lain tak tau..hiihi.











Lunch Buffet cuma RM25 
Indus Cafe, Bora Ombak, Putrajaya Marina 
Masa : Lunch Buffet ni dari Selasa hingga Jumaat dari 12 ke 2.30
INDUS CAFE : 03-88931303 
Lokasi: 1, Jalan P5/5, Presint 5, Putrajaya

Gabungan masakan western dan lokal. Menu berubah-ubah setiap hari.  Boleh call untuk reservation takut penuh orite.thats all ..

Tuesday, December 19, 2017

ciku nonton movie coco dan shopping cottton on

Salam ,




Kami  cuti sekolah ni ke Alamanda jenjalan point utama nak tengok wayang ngan anak anak ni.Pilihan kami COCO ..papagi bekfas bubur ayam pastu dalam kul 10.00 pagi ke alamanda trus ke GSC beli tiket amil tayanan pukul 11.30 pagi ..disebabkan bukan hari rabu 

Harga tiket for children rm7.50 dan dewasa rm9.00.

Pastu terus ke Aeon beli je apa apa yang dalam kepala ni termasuk jug plastik pastu letak dalam kereta nanti xde la banyak sgt nak hangkut g wayang.hihi. Pukul 11.00 terus  g wayang beli makanan combo 2 , RM25.00 (air fanta ,air heaven,mineral 2 botol dan 4 popcorn) .

Hall 7 , seat tepi dan row tengah.settle.Iklan saja dah 15 minit kot..citer ni memang best colorfull dan kekeluargaan..best la  sesuai untuk anak anak ciku umo 9-13 tahun ni.  Ada part nangis plok ciku nengoknya.

Settle wayang kami terus ke Cotton On cari tshirt..beli 2 RM80 dan jenis lain  beli 1 - rm30 (2  pasang). Kemudian kami  makan burger king try menu baru tu dan balik dalam kul 3.30.

Itu jela aktiviti hari ini di Alamanda asal anak anak sonok  cukup le..balik rumah pengsan  semua .hihi.


Monday, May 15, 2017

BBQ Di Tapak Perkhemahan Taman Wetland Putrajaya

Salam,


Kami ambil pakej ni masa Matta Fair ritu so decide untuk perjumpaan keluarga dan adik beradik di sini pada 10/5/2017 bebaru ni . Peralatan membakar disediakan oleh Wetland. Seafood kami beli di Pantai Klanang Banting -fresh.

Masa penggunaan kami terima bagi Pakej ini adalah selama 6 jam dari pukul 1 -6 petang dan bayaran dikenakan rm190. RM50 dah dibayar semasa Matta Fair ritu. Baki bayar di pejabat di area pintu masuk taman Wetland.Jangan tersilap pulak,laluan masuk tapak Wetland ni ada 2 iaitu satu untuk wetland rekreasi air dan kami di tapak perkhemahan ni di taman wetland yang ada gerbang kayu pintu masuk utama dan ada tram disitu.Ciku dimaklumkan harga sebenar tapak perkhemahan itu agak mahal iaitu rm160 sejam tapi disebabkan ambil pakej di Matta fair so memang berbaloila..rm190 untuk 6 jam.

Hujan Lebat masa kami sampai .Parking kereta ada disediakan.Surau Musolla kayu yang bersih juga disediakan selain toilet dan tempat mandi yang luas. Ada juga tempat untuk pakej berkhemah di tanah lapang disitu..ciku tak pasti tentang bayaran khemah - boleh tanya pejabat Wetland di situ.

Alhamdulillah tempat membakar semua ditempat di bawah tempat wakaf berbumbung yang lapang yang disediakan.Kami dalam 20++ orang , selain makan dan sembang sembang kami mengadakan game win lose or draw dan rebut gula gula untuk kanak kanak sahaja.

Semua makanan masak sendiri. 8 Sinki disediakan cuma ada kepala paip yang agak senget macam nak patah.hihi. Antara makanan, sotong bako dicucuk lidi ,ikan siakap dan kembung bako,ikan cencaru sumbat, udang bako,ayam bako,ikan janahak (terhad -hihi) . Roti beli dan sapu garlic , Roti dan roti sosej buatan sendiri by kakak -breadmaker ,nasi putih dan nasi arab homemade by ciku, Mushroom soup dan sos black paper homemade by my hubby. Manggo dan strawberry Dadih by adik1, kuih talam durian by adik2, Air kotak by adik3,air teh tarik panas dan sirap .

Alhamdulillah settle semua dalam lebih pukul 6 petang dan penjaga dari Perbadanan yang menyediakan peralatan membakar tu memang ada je situ .Sebelum balik kami mengambil peluang bergambar beramairamai  di Taman Wetland Putrajaya dan balik ke destinasi memasing2 fengsan tido.

ooo..lupa lak lontong yang ditempah khas dari Teh Laris Kafe Seksyen 13  shah alam untuk sarapan pagi di rumah ciku sebelum ke Taman Wetland.

No Telephone :  +60 3-8887 7774
Isnin Pejabat tutup 
Gerbang kayu Taman Wetland -pic from wiki

Dekat area pintu masuk (ciku dah pernah panjat ni .)

Dari pandangan atas -gayat juga 

Tram yang disediakan (Free kalau tak silap -untuk pusing wetland dan masa ).
Biar gambar berbicara..hihi.Dibawah ni baru le gambo BBQ .Ambil signboard tapak perkhemahan .Mudah sahaja pencariannya.


Peralatan yang disediakan dan arang satu bungkus. Kami g beli lagi arang tak cukup.Petugas akan ajar cara penggunaan.Lenlain as kipas untuk bara dan penyepit kita bawa sendiri.

Adikberadik saling membako..mak buyong nak santap..hihi



Game rebut gula gula untuk bebudak bawah 5 tahun





Friday, February 12, 2016

Santai di Skyrides Festivals Park Putrajaya

Salam,

Ciku dan anak anak sesaja bersantai di sini sebab dah tak tau nak g mana cuti bebaru ni . Kami terjah sekejap di sini sebelum g lunch ke alamanda.

Skyrides Festivals Park Putrajaya terletak di presint 2 , putrajaya dimana tempat hot balloon selalu buat.Untuk ke sini, boleh ambil bus rm1 sorang dari Putrajaya Sentral atau bawa kereta sendiri.Ada parking free.Lepas tu jalan kaki ke monumen millenium yang bentuk cam peluru tu..hihi.area sebelah umai cafe tepi tasik.Kat situ ada nampak balloon sebiji je besar kat atas.

Masuk Free.Selain naik balloon tu ada skyWarrior,skydemo with batik,skykids (ala ala ninja warrior for kids),sky taste,sky Gallery dan sky Cruise. Memang sesuai untuk berpicnic sebab ada tempat boleh duduk cuma agak terhad.

Skyrides Festivals Park Putrajaya
Jalan P2M, Percint 2, 62100 Putrajaya
opening hours : 10am-10pm

Free admission to the Festivals Park ( attractions subject to ticket pricing) 




More Information about SkyWarrior
admission fee  : RM10 ( payable at sky gallery) 
Operation~ weekdays 10.30am-10pm, Friday and Saturday 10.30am to 12am, Sunday 10.30am to 11pm
Challenge record day :  Saturday 8.30pm to 9pm
Participants minimum height : 4 feet ( 150cm) 

Info for skyrides balloon

With Mykad : Adult RM 38 , Child RM30 ( below 12 years old) 
Without Mykad : Adult RM68, Child RM60 ( below 12 years old) 

Info about Sky kids
Entrance fee ( maximum 3 hours) : below age of 2 - RM5;  Age 2 to 7 RM10
operation hours : Monday to Thursday 10am-10pm; Friday and Saturday 10am-12am; Sunday 10am-11pm

Untuk makluman kami tak main apa apa pun..saja buat lawatan tapak je.Umo nak masuk sky kids pun tak boleh..nak try sky warrior sume pendek pendek lak termasuk la ciku.hoho.(alasan - takut kot).

Orite sekadar berkongsi je.

Monday, June 29, 2015

LEGO FREE di IOI City Mall Putrajaya

Salam,
Tetiba nak stori hal ni .Bebaru ni ciku bawak makayah g ioi city mall bersama anak anak dan TL.Tetiba kami nampak ramai orang beratur area kedai LEGO level 2 area surau so apa lagi duk la g sibuk sibuk kat situ.Rupanya ada build and bring home mini lego.

Schedulenya pukul 12 -2 every 2 hours before 6 PM .Date 26 june -28 june 2015 ..Masa tu dah pukul 12 lebih so kami beratur lak untuk session pukul 2 petang..meh terjah gambo anak anak ciku bina mini lego dan anak anak ciku dapat siap dulu..yezza takyah beli lego dah.Amik je free ada 4 set untuk seorang. Abangnya yang sulong tolong siapkan untuk adiknya yang bongsu..hihi..pukul 3 settle kami jalan ke index living lak( tempat feberet tu)..hihi .



  




  




Tuesday, February 17, 2015

Wall climbing taman cabaran putrajaya

Salam,

Bebaru ni ciku ke sini bersama keluarga bawak anak anak ni beriadah le..hihi.Best asik duk baca kat blog orang je ngan dengar orang stori .Teringin nak pegi tengok lak..nak panjat tu segan la pulak .huhu.Sebelum ke sana , ciku main lumba lari ngan anak .uish ala parkour rasa..hihi.Untuk makluman ciku ni pelari pecut dulu ni..haha.Tetiba citer apa ntah ntah.Okeh berbalik pada topik tajuk blog ni.

Location : Taman Cabaran Putrajaya
Berdekatan PICC presint 5 / presint 20

TL pegi bawah nengok orang panjat panjat tu dan survey harga.
Ok ni senarai harga lebih kurang

Entrance fee : RM6.00 (adult) RM3.00 (student)

Equipment rental
Climbing rope: RM15.00
Harness: RM5.00
Climbing shoes: RM7.00
Chalk bag: RM3.00
Belay device: RM4.00

sewa sume ni boleh share. Jimat kos

Time buka:
10.00 pagi - 8.00 malam : ahad - khamis
10.00 pagi - 10.00 malam : jumaat - sabtu

kalau nak amik trainer boleh tapi tak pasti berapa RM, korang g sana nanti boleh je tanya.Ada macam macam zone gak.

  •  Zone A Expert Bouldering Wall
  •  Zone B Beginners Bouldering Wall
  •  Zone C Expert Lead Wall
  •  Zone D Top oping Wall
  •  Zone E Speed Climbing Wall
  •  Zone F Intermediate Lead Wall

Tapi zone yang kitorang try means anak ciku -kids zone je..Ciku terus je ke Aras 1 , tempat kanak kanak.Entrance Free untuk bebudak bawah umo 10 tahun(mak ayah boleh masuk gak dalam ni ). Berdepan dengan tempat kids climber ni ada sebuah restoran ala santai.Namanya apa ntah ..ciku ngan TL je duk situ sambil tengok para climbers dewasa duk panjat panjat jatuh tu di aras bawah..ada ramai la yang tak jatuh..hihi..saja je.haha.Ni memang berbaloi - sejuk ada aircond..seronok bebudak ni panjat memanjat.Cuma untuk kanak kanak kecik cam 3 tahun tu ada tempat sebelah hijau ni color biru -tak sempat snap lak.Ada toilet dan surau aras 1 ni gak.Memudahkan.

Ciku and Tl makan kat restoran tu ..haha..orang lain ber exercise tapi kami makan pasta carbonara dan nasi goreng climbers special.hiihi.Carbonara Pasta dia for me kureng.
Meh share nengok gambo bebudak climbers ni.










 Orite settle tempat ni.Sesiapa berminat bolehle terjah Taman Cabaran Putrajaya ini.Ciku teringin gak nak buat aktiviti panjat ni atau ala ala parkour lompat lompat tu..haha .

http://www.parkourmalaysia.com/

  •  Indoor Rock Wall Climbing Complex
  •  Skate Park and Thrill Park
  •  Mountain Bike Trails


Sunday, December 14, 2014

Festival LAMPU di putrajaya

Salam ,

Hari ni nak kongsi Gambar ke Festival Lampu di Presint 2 , Putrajaya (12 /12/14 - 14/12/14 )..Semalam ciku dan famili dan sedara mara lingkungan umur 7 tahun - 45 tahun g terjah.Kami dah siap makan nasi ayam penyet di hentian bas kajang pastu g beli baju sekolah bebudak ni kat pasaraya MU kajang tu.Solat di Masjid UKM pastu terus ke putrajaya tengok festival LAMPU.Dalam kul 9 malam kot sampai ..parking area belakang Wisma Tani dan jalan kaki ke area maybank presint 2.Lepak situ dulu sebelum gerak  ke sepanjang kiblat walk masjid mizan.









Kami tak ke "Persembahan Water screen " area Monumen Presint 2 area Restoran Umai tepi tasik tu.Sini ciku tak terjah..sayang je.Kami jalan area maybank presint 2 dan masjid mizan..dah macam kat ICT je..hiihi.Ada game LAMPU Grand Prix guna tab yang disediakan free..minit terpantas setakat masa tu ialah 40 saat.Kena tulis nama dan IC pastu main lawan 2 orang..bebudak ni sume try.hihi.Ada car light show..tak tau kena bayar ke idak.kereta jenis yang bulat kecik tu..huhu..tak tau namanya.

Singgah toilet area maybank..hihi..itupun nak stori.Pastu ke gerai Ayamazz Roti Impit area kanan maybank makan roti sosej (rm3.80) dan teh o ais setiap sorang kalau memandang Istana kehakiman tu.Kami lepak situ je dalam kul 11.20 dah settle sume..yang pancaran projektor mapping tu duk ulang ulang je kalau tak silap.

Orite itu aje aktiviti di putrajaya semalam.


Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...