Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Trip cuti cuti Malaysia best ever



Percutian bersama keluarga 2020 - 2022 yang ingat. (yang best) .

Alhamdulillah kami berkesempatan ke sini bersama keluarga tercinta. Semua tak sempat nak update entry tapi travelling dan JJCM still ON aje. 

Anak anak ciku majoriti dah besar so agak memudahkan dari segi packing baju memasing.Takyah la nak atur benor. 

Dalam Negara

2022

1) Saudagar Nenas bangi ,menu nasi lemak nenas,lempeng nenas ,karipap nenas (Feb 2022)

2) Trip ETS Raya (Mei 2022)

3) Trip Pantai Timur , 
    Homestay Kuala Terengganu , Jambatan Angkat , Restoran nasi minyak atas gong,Pasar Payang,nasi Dagang atas Tol, ikan celup tepung (Jun 2022) 

    Hotel Ancasa Pekan pahang ,makan di Warung pekan lama (Jun 2022)

4) Trip seafood Pasir Penambang ,Ladang tebu ,mee udang banjir (ogos 2022)

5) Makan lauk kampung di Lubuk Bangku Kuala Lumpur (Sept 2022)

6) 
Hotel area  KLCC (Okt 2022)

7) Trip Ipoh , Cafe Harry Porter Ipoh , Lorong Panglima ,Medan selera Datok Sagor , Masjid Negeri Ipoh, Dewan bandaran Ipoh, Tasik Cermin ,Railway Station Ipoh,Kerepek DNS dan Kerepek PKH Buntong (Dis 2022) . 

2021

1) Pelangi Beach Resort & Spa, Langkawi ,Telaga Harbour, laman padi (Jan 2021) 

2) Trip Utara, 
Golden Sand Penang ,Nasi Padang (ikan jaket sumbat,mee sotong ,nasi kandar Jelutong ,mee udang Salwa Teluk Kumbar,mee udang sg dua , batu Feringgi night market, Restaurant Batu Feringgi Garden (Dis 2021)

Capati corner chenderiang,tapah  (Dis 2021)

 Trip ke Taiping ,
Hotel Novotel Taiping ,Taman tasik Taiping,Kuey Teow Dolly (Dis 2021)

 Villa Chee Sekinchan (Dis 2021), ni trip tetiba aje sb banjir time tu, tak boleh masuk shah alam so kami stop menginap kejap sini.


3) Trip ke Salang Indah Tioman ( July 2021)

4) Trip ke Golden sand penang  (Dis 2021)


Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim).




Lee Jae Wook

Salam semua,

Lama tak update blog travel , kalau dalam negeri ada aje cuma keluar negara tu selepas covid memang tak kemana kemana. 

Ok hari ni nak stori pasal hero kita suka ni aje. Lee Jae Wook. First tengok Memories of the Alhambra tu , dia jadi hackers pastu tengok  drama Extraordinary You..makin best pulak budak ni..hihi. Lastnya kita tengok drama Do Do Sol Sol La La Sol  pun best .Berkarisma gitu.rupa dia biasa aje tapi laonan dia best.Rupa dia bagi ciku..ciku suka tengok gak. Rupanya model , sharp aje mata dia dan senyuman dia.ntahla.haha

Drama When The Weather Is Fine , drama www.search dan movie Battle Jansari tu dah tengok gak .

Pastu tengok pulak Alchemy Soul , memula ciku tak berapa suka citer genre gitu tapi ritu tengok..alamak lagi best cara dia berlakon. Charm ggitu. adoi ko dah kenapa ciku..haha.

Pendek panjang kata, ciku suka dia la gitu.Itu aje nak stori.hihi.
Ciku suka dia dengan Kim Hye-yoon , cute aje berdua .




Trip ETS Ke IPOH dari KL sentral RAYA 2022

Salam Syawal ,


Lamanya tak berblog .Pengalaman tahun 2022 balik kampung ciku di Ipoh dengan menaiki Tren ETS . 
Disebabkan hubby ciku tahun ni berpuasa da nbersyawal di Makkah so ciku ambil keputusan untuk pulang ke kampung dengan ETS.Ciku dah beli tiket ni awal tapi sebab nak cari sama koc dan seat berderet atau depan belakang .Kami ada 5 orang. Dapatla 1 mei 2022 . Alhamdulillah settle book tiket online login google id aje 

di http://online.ktmb.com.my/ .

Ingatkan dah settle beli train service GOLD koc E dekat dengan toilet , dalam rm 38 seorang adult. Disebabkan ramadhan so kami takde la book tiket yang koc berhampiran cafe . Kalau tak silap koc C. 
Special seats for disabled and elderly located at Coach D where the seats situated near the toilet which more convenience for disabled and elderly.(ayat google..hihi)

Rupa -rupanya kami tersilap beli tiket dari Kuala Lumpur ke Ipoh.Sebenarnya nak dari KL sentral ke IPOH .Jadinya ciku login semula website ktmb tu dan pilih destinasi sebenar semula dan cancel yang lama tu. Ciku dapat refund dalam esok lusa tu. Alhamdulillah selesai.hihi.Boleh top up gak online money .Banyak kali travel pun ada silap..kihkih.Emel akan diterima dan jangan lupa print setiap helaian nama passenger tu untuk di scan di kl sentral nnt.( jangan lupa bawa ic juga setiap passenger tu)

Tengahari tu kami naik grab dari rumah ke erl putrajaya (make sure tengok timetable tren ni bersesuaian tak dengan train ets tu dan price erl -bajet time) untuk ke kl sentral. Lepak ngan anak anak jenjalan area kl sentral sementara menunggu tren dalam pukul 3.30 petang. Settle solat di surau kl sentral area escalator . Disebabkan puasa ,so kami tak de la makan makan kat situ.hihi tapi ada bawa roti dan air kotak ,plastik muntah spare untuk sorang anak kecik ni.




Kami rest aje di area KFC , standby kertas dan buku untuk conteng2 sambil lukis lukis kat situ. Settle , beratur 30 minit awal untuk naik train . Dalam tren , kami semua bawa bagpack sendiri dan satu bagasi tarik yang pendek (ni untuk isi baju raya dan songkok bebudak ni.Kalau tak nnt mcm mcm tinggal..hihi) .Letak bagasi atas tempat duduk kita tu aje. Memula excited le memasing dalam train yang memakan masa dalam 2 jam 30 minit ke ipoh ..lelama,  semua tdo.Selesa.Alhamdulilah.

Sampai ipoh , kakak ciku ambil kami di ipoh tu.(last stesen dekat aje dengan kampung ciku dalam 10 minit aje)  dah rasa cam artis sampai.haha.Tetiba malam tu umum raya.hihi. Sempatla berbuka puasa sehari di kampung bersama mak dan adik beradik semua. Masak menu raya kelibut malam tu. Ketupat nasi,rendang ayam, kuah kacang dan bihun/soto sup . Tempah rendang daging (sebab tak ramai yg makan daging rumah ni.hihi) dan lemang Meriah .haha.alhamdulillah.

Anda ada soal jawab kalau ada ,boleh refer url dibawah

https://etsticketonline.com/

I think this experience is the best value for me and my anak anak. Alhamdulillah. Dimudahkan semuanya.