Showing posts with label cuti -Cameron highland. Show all posts
Showing posts with label cuti -Cameron highland. Show all posts

Friday, June 16, 2017

Berpuasa di Cameron Highland

Salam ,

Maafla ye bagi tengok gambar ni masa ramadhan ni



Pada minggu lalu , kami berpeluang untuk pulang ke kampung ipoh.On the way balik kampung tu. Ciku suggest to hubby "jom kita buka posa kat atas" yakni cameron highland ..hihi.So hubby call mak ..tanyakan kot kot dia ada hal ke apa apa untuk masa 2 hari ni..sabtu ahad..FREE..so ok..ciku pun cepat je survey hotel /chalet yang berdekatan dengan pasar ramadhan cameron -mudah sket nak beli makanan nanti..hihi.


At last dapat satu hotel -Planters hotel , 44-A Jalan Besar, , 39000 Tanah Rata, Malaysia .
Memang berdepan je dengan pasar ramadhan dan medan selera (ada masakan panas untuk berbuka) tanah rata.Ciku amik Famili room - rm300 booking by booking.com on the same day.

Kami sampai ipoh dalam pukul 5.00 petang , booking makanan sesiap dulu kat kedai tepi kampung pastu amik mak dan shoot naik cameron. Jalan ok aje kereta pun tak banyak boleh kira..hihi.sejuk plok kali ni kat cameron 19 celcius..kami sampai hotel dalam 7.00 malam ..check in bagai-tepat time berbuka dan makan kat dalam hotel je bekalan yang dibawa dari kampung tadi.Ciku perasan memang depan pintu keluar hotel ni pasar ramadhan dan depan sikit tu ada medan selera maskaan panas.Alhamdulilah selesai berbuka di dalam hotel aje.


Memalam tu kami bergerak ke rumah makcik di perkampungan melayu ,kg sedia - opah strawberry tu.Kami di jamu makan strawberry cicah coklat dan aiskrim dan teh strawberry ..itupun dah sedap dah untuk anak anak ciku yang memang gemarkan strawberry coklat tu.Selesai aktiviti menziarah , kami balik hotel rest.

Sahur !!..hihi. hubby dah beli bungkus burger di marrybrown sebaris dengan hotel kami.Jalan kaki aje.

Hari kedua di Cameron

Kami bergerak ke Mardi tengok bunga bunga dan buah ..hihi pastu penat..balik rest.Dah petang tu..hubby ngan anak anak pegi booking makanan di medan selera masakan panas tu untuk berbuka. Mak lak pegi pasar ramadhan beli kuih muih dan segala macam le. Ciku masih rest di hotel.hihi.

Time nak berbuka baru ciku ngan famili semua jalan kaki ke medan selera tu berselera makan sambil dibuai angin yang menyejukkan.Ramai gak orang sesama berbuka sebelah menyebelah meja kami.Kami pilih gerai paling hujung. Makananpun sedap aje.Alhamdulillah.

Kami order juga untuk makanan sahur - nasi putih dan ikan goreng serta sayur kailan.Settle.

Hari ketiga di Cameron

Pukul 11.00 pagi kami check out dan mengarah ke Opah strawberry untuk ambil strawberry dan coklat yang telah dipesan sebelum tu. Kemudian kami ke pasar yang banyak jual sayur sayuran tu..mak nak beli sayur wat stok..cikupun beli gak dan strawberry lagi untuk kengkawan.

Dalam pukul 1.00 kami sampai ipoh 35 celsius..huhu ,hantar mak dan tunggu solat zohor  ..kemudian shoot semula ke Kuala Lumpur..pulang ke rumah. Settle misi berpuasa dan berbuka di Cameron Hihgland yang sejuk.

Bebuka confirmla di rumah tapi makanan beli juga -nasi kerabu Wan Atiq.hihi

Tuesday, September 29, 2015

Camping di sungai pauh Cameron Highland


Salam,




Kami ke cameron highland segerombolan kerabat adik beradik ciku ..hihi.naik ikut simpang pulai ..turun pun ikut simpang pulai takde le poning sangat.so far ok je.

Nak tahu lebih lanjut , sila ke url dibawah

Pejabat hutan Cameron area taman sedia kampung melayu cameron.Kalau tahu opah strawberry , boleh jalan kaki je ke camp pauh ni.Orite tcare all.

Monday, October 20, 2014

Cameron Sebentar

Salam, 


Bukan nak stori sangat pasal cameron tapi nak  stori pasal gubahan bungaku ini..hihi.

Bunga hidup yang dibeli oleh TL di Cameron Highland (first time beli). Bermalam 1 hari je pegi 2 hari lor...cikupun sakanla mengubah ikut citarasa ciku ni bila sampai je di teratak ciku.hihi.lupa nak stori..kena letak air dalam setiap pasu tu ye dan siram selalu.

Beli cam biasa le sayur sayuran cuma kali ni berlambak lak, jagung madu (kukus 8 minit manis gilos boleh makan dah) , juice strawberry dan makan buah strawberry cicah nutella je bebudak ni dan beli itu bunga (harga tak tau).

Tido kat casa padena ke dalela ke apa ntah..huhu.Orite tu je entry today.
Entry dolodolo bercuti ke cameron disini ye.

http://tanggadomino.blogspot.com/search/label/Cuti-cameron%20highland


*Tambahan : Ciku ingat dah nama hotel .Kalau nak tgk di link direct situ ye.

Wednesday, October 16, 2013

Mencari Lavender di Cameron Highland

Salam,





Cantik cantik cantik..

Ciku baru balik dari cameron sakan nak tengok lavender 2 hari lalu..hihi..Dah banyak kali ciku naik Cameron tapi tak penah singgah sini dan tak perasanpun ada tempat ni sebelum ni..huhu.

Ciku wat survey kat google ajes dan pegi le kami sekeluarga..jom terjah gambo ciku di cameron lavender Garden..Kami naik ikut simpang pulai..no tapah ..poning poning kalau ikut tapah..hihi.

Bayaran masuk : 
RM5 dewasa
RM3 Kanak kanak (5 tahun above)

Masa buka : 9 pagi -6 petang
Masa cuti (jumaat -ahad tu )  : 9 pagi -7 petang

Lokasi : Area Tringkap , selepas Honey Bee farm ,sebelum kampung raja..haha..instruction senget.Wat je carian map google k.


Pic ni takde sangkut paut ngan lavender..hihi ..pepagi kami g jogging kat area jabatan hutan camp sg palas ..silap da.sg pauh lor..ni musti nak g tengok teh kat sg palas area tu tapi tak kesampaian..hoho. 

Kami tido area homestay Taman sedia..Tu opah strawberry and Jams

Gambo bawah ni baru le Cameron Lavender garden


  

















Makan strawberry coklat dan aiskrim strawberry di area homestay taman sedia
 Orait sesapa rasa nak pegi yang tak penah jejak sini..bolehla terjah cameron lagi..:)


**Pesanan : Sesapa dah cukup RM1300 dalam akaun tabung haji bolehla mendaftar haji***
Tetiba..hihi. Boleh baca detail sini na.

http://www.tabunghaji.gov.my/pendaftaran-haji-dalam-negara2

Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...