Showing posts with label cuti-perak. Show all posts
Showing posts with label cuti-perak. Show all posts

Thursday, December 29, 2022

Trip cuti cuti Malaysia best ever



Percutian bersama keluarga 2020 - 2022 yang ingat. (yang best) .

Alhamdulillah kami berkesempatan ke sini bersama keluarga tercinta. Semua tak sempat nak update entry tapi travelling dan JJCM still ON aje. 

Anak anak ciku majoriti dah besar so agak memudahkan dari segi packing baju memasing.Takyah la nak atur benor. 

Dalam Negara

2022

1) Saudagar Nenas bangi ,menu nasi lemak nenas,lempeng nenas ,karipap nenas (Feb 2022)

2) Trip ETS Raya (Mei 2022)

3) Trip Pantai Timur , 
    Homestay Kuala Terengganu , Jambatan Angkat , Restoran nasi minyak atas gong,Pasar Payang,nasi Dagang atas Tol, ikan celup tepung (Jun 2022) 

    Hotel Ancasa Pekan pahang ,makan di Warung pekan lama (Jun 2022)

4) Trip seafood Pasir Penambang ,Ladang tebu ,mee udang banjir (ogos 2022)

5) Makan lauk kampung di Lubuk Bangku Kuala Lumpur (Sept 2022)

6) 
Hotel area  KLCC (Okt 2022)

7) Trip Ipoh , Cafe Harry Porter Ipoh , Lorong Panglima ,Medan selera Datok Sagor , Masjid Negeri Ipoh, Dewan bandaran Ipoh, Tasik Cermin ,Railway Station Ipoh,Kerepek DNS dan Kerepek PKH Buntong (Dis 2022) . 

2021

1) Pelangi Beach Resort & Spa, Langkawi ,Telaga Harbour, laman padi (Jan 2021) 

2) Trip Utara, 
Golden Sand Penang ,Nasi Padang (ikan jaket sumbat,mee sotong ,nasi kandar Jelutong ,mee udang Salwa Teluk Kumbar,mee udang sg dua , batu Feringgi night market, Restaurant Batu Feringgi Garden (Dis 2021)

Capati corner chenderiang,tapah  (Dis 2021)

 Trip ke Taiping ,
Hotel Novotel Taiping ,Taman tasik Taiping,Kuey Teow Dolly (Dis 2021)

 Villa Chee Sekinchan (Dis 2021), ni trip tetiba aje sb banjir time tu, tak boleh masuk shah alam so kami stop menginap kejap sini.


3) Trip ke Salang Indah Tioman ( July 2021)

4) Trip ke Golden sand penang  (Dis 2021)


Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim).




Sunday, May 10, 2020

Family day Dis 2019 di The Trails Of Kampar

Salam PKP semua,

Lama tak update blog. Disebabkan tiada aktiviti melancong atau makan makan di luar.Kita masuk la entry yang dah lama berhabuk ni.hihi

Pada 2019 Disember , kejadian berlaku di The Trails Of Kampar Perak.Sambutan Hari keluarga kami bersama 3 family besar yang kebanyakannya dari Ipoh dan KL juga Kedah untuk 3 Hari.

On the to tempat ini ,Kami singgah di restoran nasi ayam di area bandar Agacia tu juga.Ala lupa nama restoran tu.huhu.sori ye.

First time melangkah masuk tempat ni. Wow cantik , tenang dengan bangunannya yang berwarna putih dan pokok kehijauan.Ditambah air kolam dan langit berwarna biru. Memang serius cantik dan tenang. Duduk tepi kolam sambil minum kopi feeling ala ala kat europe.haha.

Lokasi: Bandar Agacia, 31910 Kampar, Perak
Homestay 3 bilik yang luas dan selesa
Booking boleh melalui booking.com , agoda dan lain lain.

Tapi kami disebabkan ramai alhamdulillah ada di kalangan sepupu sepapat ni yang boleh deal ngan owner homestay ni.hihi. Untuk makanan juga , ada yang dah siap order dan boleh hantar ke sini.Settle.

Ada kemudahan kedai runcit , kolam renang , gym , basikal dan gelanggang badminton. Berkonsepkan homestay. Kami buat BBQ dan sukaneka. Memang best dan lawak. Macam macam ragam dan aksi nak menang.hihi. Saja bagi seronok dan memeriahkan suasana. Ada pertandingan pasangan dan baju tercantik mengikut tema. Makan malam terakhir di kampar Trails ada tema so temanya pakaian dulu dulu. Zaman lama. Aktiviti Pertukaran Hadiah juga.
Pemenang untuk pakaian perempuan tema duludulu..ciku la menang..haha tetiba.Terkejut akak. Biasa ajepun.Pakai baju kurung songket hitam dan kain batik duk selubung kat kepala.Buat tunduk tunduk malu sket alala ayu sopan gitu..haha

Kedai kedai yang berwarna warni area bandar Agacia tu ala ala disney tu sepi aje so kami lihat dari jauh sahaja.









Memang masa penuh di The Trails Of Kampar sahaja.

Ok kita teruskan dengan gambar gambar kenangan di sana.Macam nak pergi lagi je sambil minum cofee Tealive duk tepi kolam tu..haha



Tuesday, January 8, 2019

RESTORAN BERKONSEPKAN MELAYU KLASIK DI PERAK

Salam ,

Sebelum ke penang dan bandar baru serdang kedah , kami stop bermalam di 
Casuarina area MAPS dan kami cuma bergambar dan makan di RESTORAN BERKONSEPKAN MELAYU KLASIK DI BULATAN AMANJAYA MERU , PERAK. Kali kedua datang sini tapi ini kali pertama makan di sini.

Restoran Labu Sayong . Sangat Cantik rumah tu dan makanannya sedap kena dengan tekak kami. Alhamdulillah . Kami makan kat bawah aje dan naik atas untuk meninjau2 kawasan. Masa tu cuaca panas dan langit sangat cantik.
Gambar makanan tak sempat amik sebab tak sempat sarapan so memang lapo le bila touch tanah ipoh tu tengah hari..huhu

Harga RM11.90 Net per person . Buffet express Monday -Friday
Masa : 11.30 -2.00 petang 

Menu hari tu
Nasi putih
Rendang pedas ayam 
ikan masak taucu
Kerabu 
ulam dan sambal belacan
bubur pulut hitam 
Buah buahan
2 jenis cold  dan ada air teh panas
(ada satu lagi lauk tak ingat)

Kami bergerak ke Bandar baru serdang pepagi esoknya.






Orite bergerak ke penang selepas makan lauk kenduri.

Thursday, June 28, 2018

Beraya di Tasik Chermin Ipoh

Salam raya semua,

Belum terlewatkan untuk mengucapkan selamat hari gembira ini di bulan syawal.

Nak stori bebaru ni ciku ke Ipoh dan Ciku terjebak tengok satu blog dan tertarik dengan tempat ni..so ciku's sefamily decided to go selepas pegi kenduri kahwin dan open house sepupu pada hari raya ke lima.


Sebenarnya dah 2 kali masuk naik kereta tapi waze bagi jalan mati dan ada tanda amaran tulisan merah situ..berbahaya so kami patah balik keluar sampai ke area tepi jalan sebelah proton tu tapi nampak ada 2 kereta masuk then kami masuk semula ..hihi.

Tapi kereta tu pun keluar semula ..haha.Last kami stop kereta dan masuk jalan kaki..JUMPA tempat macam dalam gambar blog tu..hihi

Laluan agak mencabar memula kena panjat langkah satu macam pagar dawai ..hihi lepas tu kena berjalan kat jalan berbatubatu dan tak berturap pastu naik bukit sikit ..hihi.okla takdele susah sangat. Ciku sebenarnya dah angkat tangan xmo masuk dah tapi TL ni bersungguh sebab dia kata dah sampai kita cuba macam kata kata perangsang masa kami hiking dolodolo..hihi.oookkk laaa.

Pastu jumpa plok gua gelap tapi bleh nampak ada cahaya kat hujung gua tu..last alhamdulillah dapat masuk dan keluar dengan selamat..anak anak ciku ni tanya ..umi ada dinasour ke hantu ke? adoiii

credit to https://www.malaysia-traveller.com/tasik-cermin.html

Meh share the picture











      NI pic baby CIKU kepenatan melayan tetamu yang datang ke kampung kami ...IPOH...usia dah 10 bulan .Alhamdulillah

Monday, July 3, 2017

Meriah beraya di Perak

Salam raya semua.

Tu la ciku yang sudah sarat memegang perut dan pinggang..hihi

Rasanya semua masih mood raya.Ciku baru balik dari kampung di Ipoh sabtu bebaru ni..gerak kul 6.30 pagi sampai Shah Alam pukul 8.20 pagi terus nak g bekfas lontong kat teh laris cafe seksyen 13 shah alam  tapi tutup so pegi ke cafe pak Ali shah Alam aje. Sedap juga nasi goreng golden nya tapi nak makan cendol pepagi tu taklah..hihi .

Sehari sebelum raya , ciku masak rendang ayam pedas 2 kilo untuk kampung . Lemang beli aje .hihi..Dan ciku kalau balik ipoh pasti akan ke Gazebo abang Nash makan capati lembut kuah sardin yang memang sedap bukannya bawang semata mata ,mi kari dan mi kicap. Gazebo abg Nash terletak di jalan menghala ke Batu Gajah berdekatan kawasan Changkat Larang, Perak . Anak anak ciku suka sangat makan bubur nasi kat situ.ada air coffee extended dan pelbagai jenis coffee..green tea is feberet ciku kalau g situ. Okies kang ciku terliur lak lagi nak g batu gajah tu..hihi.

Pagi raya lepas solat raya tu ,Alhamdulillah kami sempat menziarah kubur arwah ayah yang terletak di Ipoh . 

Orang mengandung beraya di Perak..hihi..ciku la tu, la ni dah nak masuk 36 weeks pregnant dan terasa sangat penat berbeza dengan zaman pregnant dolo dolo..maybe lebih kepada faktor umo 40++ . Pergerakanpun slow aje reraya bebaru ni..makan kena jaga sebab duk amik BSP every 2 weeks (pantau). Perak memang majoriti asyik makan lemang aje ngan rendang tok ,rendang dinding ,rendang ayam pedas so ciku kena jagala makan juga. Lontong dan laksa pun ada kalau g  raya rumah sedara mara ipoh ni.Meh tengok gambo gambo raya dibawah.



Satu hari kami limitkan pergerakan beraya ke rumah sedara mara dalam 2 buah rumah sahaja kecuali yang dekat2 ( jalan kaki) . Sebelum 6.30 petang ciku dah balik..rest .Tak boleh nak duk lelama rumah orang coz nak baring berbantal aje rasa.hihi.

Ciku ada terjah satu kawasan MAP ( Movie Animation Park di area meru) .Sebenarnya kami pegi beraya rumah sedara area situ dan lihat kawasan park tu. Kami tak masuk pun just bergerak dalam kereta aje.hihi. Yang bestnya ciku stop by di dataran bulatan 18 , ada 3 buah rumah senibina perak color hitam..cantik..apalagi kami bergambar le. Ada yang kata tempat tu restoran tapi hari kami pegi tu tutup aje.

Orite setakat itu ini aje kisah orang mengandung beraya di Perak .Selamat hari raya. Doakan ciku selamat bersalin na.Amin

Wednesday, November 16, 2016

Bercuti di The Haven Resort IPOH

Salam,
Gambo dari web le


The Haven Resort IPOH. Alhamdulillah kami bercuti lagi disini pula. IPOH myhomeTown ...hihi bersama makayah yang dah uzur dan mertua.

Kami tempah 2+1 Bedroom Lakeview Deluxe Suite di Matta fair .
This 3 bedroom-suite (1 King, 1 Queen and a sofa bedroom) comes with living room, dining area, balcony and 2 bathrooms (one on suite). It also has a kitchenette (for use by long staying guests) and can accommodate up to 4 adults only. 8-Level Security .The Haven Resort Hotel is operated by Best Western International (BWI) family chain of hotels, the world’s largest, under its ‘Premier’ or five-star status. Lift touch by roomcard.

Kami ada 5 adult dan 3 budak. So far ok aje cuma masa check in..ciku n hubby aje dan Welcome Drink - Haven’s All Natural sangat sedap..campuran cinnamon, halia, serai,lemon..ntah apa lagi tapi sedap. Ada dinasour park dan pokok tumbuh 100 tahun dalam batu cacak cacak macam kat kunming,china tu.Pepagi dan petang penuh kabus area bukit bukit tu..cantik..kalau pernah ke guilin china..lebih kurang gitula.

Malam tu ciku ngan hubby g lepak kat restoran Quisines..makan ala carte pasta carbonara dan kuey teow goreng. Restoran ni telah dianugerahkan Luxury Hotel Restaurant (Malaysia) (World Luxury Restaurant Awards 2016). Kami beli juga makanan di Johan seafood Tomyam area hotel. Lepas tu memalam tu keluar g jumpa ngan kengkawan lama ipoh di restoran ipoh area tambun.Unik tempat ni ada shuttle van..comel je.hihi. Balik bilik tengok sume udah tido kesejukan aircond.

Esok 7.30 paginye kami breakfast untuk 5 Adult di restoran yang sama sesambil hirup udara pagi dalam suasana kehijauan tu..hihi.bebudak ni turun dalam pukul 9.00 pagi untuk mandi kolam dan jogging area situ.

Check out extend time 1.30 petang.settle .alhamdulillah

The Haven Awards List (2011-2016)
1. Luxury Wedding Venue (Global) (World Luxury Restaurant Awards 2016)
2. Luxury Hotel Restaurant (Malaysia) (World Luxury Restaurant Awards 2016)
3. The Top 1% (Tripadvisor Travellers' Choice Award 2016)
4. Best Eco Resort (Going Places Reader’s Choice Awards 2015)
5. Best Resort & Hotel Project (The Malaysian Property Press Awards 2015)
6. Outstanding Achievement Award (The Malaysian Property Press Awards 2015)
7. Winner of Residential (High Rise) Category (FIABCI-Malaysia Property Award 2015)
8. Global Winner: Luxury Family All-Inclusive Hotel (World Luxury Hotel Awards 2015)
9. Asia Continent Winner: Luxury Hotel - Best Scenic Environment (World Luxury Hotel
Awards 2015)
10. Best Western Premier Brand Presentation Award (Best Western International 2015)
11. Marketing Partners Favorite Hotel Award (Best Western International 2014-2015)
12. Global’s Luxury Retreat of the Year (Luxury Travel Guide Global Awards 2015)
13. Asia’s Luxury Retreat of the Year (Luxury Travel Guide Global Awards 2015)
14. Malaysia’s Luxury Retreat of the Year (Luxury Travel Guide Global Awards 2015)
15. Asia’s Best Resort Residences (Property Report 2015)

http://www.thehavenresorts.com/



Hotline: 1700-8-1700-0




Tuesday, December 29, 2015

Monday, May 5, 2014

Best western Marina Island Resort

Salam,

from google map
Tetiba ciku terpanggil ke sini sabtu ahad bebaru ni..hoho.kami tido satu malam je bawak mak ,makcik dan famili sepupu dari ipoh perak.

Ada 3 bilik .apartment luas dan besar.Kolam ok. Kami makan malam area situ situ je .Makan ala cart goreng goreng aje and ice cream.Memalam lepas makan time to lepak with sedara mara n famili.Kami just jalan jalan area kompleks jeti kedua yang agak modern tu sambil makan twistees and mineral water..toilet mahal 0.50sen sekali masuk..haha tetiba hangin kat situ. 

View hotel ni kapal banyak je area situ terdampar diam membisu.ayat..hihi.Kalau tak silap ini pulau buatan antara teluk batik dan teluk muroh.ntah tak pasti sume tak pasti sebab tetiba terjah so tak buat apa apa persiapan pun kecuali ada tempat tido iaitu best western marina island hotel yang ditaja oleh sepupu. tq ye. Moga murah rezeki dunia akhirat...Katanya lagi dekat ke pangkor dalam 10 minit.ontah ontah sori kalau silap info..apaapapun ciku dapat beli ikan bilis cantik dan tertarik rm50 sekilos dan sotong moktong yang manis.

okla nak tido.

Tambahan :
Leh refer this url ek 
http://www.bestwestern-pangkor.com/getting_here

Sekadar kalau kalau nak tengok gambo.Ciku tak melalui ni sebab ada sedara bermurah hati taja.
http://www.everyday.com.my/coupons/tr/BestWesternMarinaIslandResortPangkor.htm

Monday, February 3, 2014

Bukit Merah Water Park hari pertama

Salam,


Kami sampai dalam pukul 11 pagi di bukit merah lake town resort..bawak bekalan pizza dan sosej goreng aje untuk santapan dalam perjalanan kami..padahal dekat aje ipoh ngan bukit merah ni..hihi.Senang kalau bebudak lapo dan mak budak ni lapo..makan terus.Check in pukul 3 so kami decide ke water park dulu..parking kereta penuh yang amat..hoho.Kami terus ke water park..berjimba jimba mandi ..ciku teringin sesangat nak naik belon besar besar kat dalam waterpark tu tapi ramainya la orang beratur..aduhai so kami ke area ombak dan kid s adventure kot..okla bebudak ni seronok mandi manda..

Dalam pukul 3 kami stop dan masuk hotel dulu .solat buat teh panas ..duk rest jap..janji nagan anak anak lepas check in tu..kami masuk balik water park tapi lepas check in je ..sume dah terbongkang tido..so dalam pukul 6 kot baru sedar..kami turun nak tengok acrobatic lion dance dah terlepas..hoho..Kami test le power lak main shooting paintball..cam best je..RM5 untuk 10 peluru.dapat 7/20 markah tembak yang terkena..so tak sampai 50% le pun..hoho.

Jenjalan ajela area situ..kami tak membelibelah pun..cuma main bumper car for kids dan makan..itu aje. Banyak kedai jual cenderahati area situ dan kerusi mesin urut banyak betul kat situ..RM1  untuk 3 minit. 


Jalan masuk ke Water Park
Gong Xi Fa Cai
Jom..teruja bebudak ni nak main air


















Aktiviti di malam hari(1 Feb 2014).

Dalam pukul 8.30 malam , ada Acrobatic Lion Dance dan drum show..teruja ciku nengok sebab first time..wah..ramai orang tak kira cina,melayu,india.omputih pun ada.Ciku cam ternganga gak la..haha..singa tu duk lompat lompat atas tiang besi kecik tu..adui seram tengok. Pastu singa tu bagi limau ..kami dapat 5 biji. Lepas tu ada Fun telematch untuk bebudak main limbo rock dan rebut kerusi . anak anak ciku main kejap je..hadiah limau jugak..haha.nasib baik dah kalah awal.

Singgah pegi makan kat le lac restaurant area situ dan terus balik hotel dalam pukul 10 malam kot.Nampak ada kereta porsche cayman parking area hotel..wah bebudak ni terus segar matanya..haha.

Orite sambung esok ke Eco Park stori ..


Bercuti di Eco park , Bukit Merah

Salam,
Akhirnya ciku and famili sampe juge ke bukit merah ni..jalanraya ok ..berjalan lancar aje..so first ciku stori cuti cuti ke bukit merah lake town resort dengan ecopark dulu ye.Amik Pakej boleh baca dari sini ye 
http://tanggadomino.blogspot.com/2014/01/bukit-merah-lake-town-resort.html

Citer hari pertama di water park kat sini ye.
http://tanggadomino.blogspot.com/2014/02/bukit-merah-water-park-hari-pertama.html
  Ni citer hari kedua ,selepas breakfast di Cafe house -Le Lac ..kami amik gambo gambo dulu area situ untuk masuk Eco Park (masuk pukul 10 pagi -7 malam)..nampak macam jauh tapi ok je ..boleh jalan slow slow merangkap jogging le pepagi tu.Kat Eco Park ada toilet di luar di tingkat bawah sebelum menapak masuk naik pusing pusing atas tu untuk tengok haiwan.


Basikal boleh di sewa RM5 -1 jam for single..ada banyak lagi aktiviti mcm kayak,night Cruise ,canoe,hoot combo,ATV,Jetski dan apa ntah lagi..

Amik gambo aje..sesapa nak ke Pulau Orang Utan tu dalam 1 jam pergi balik..setiap 45 minit ada boat.RM30 sorang.xjadi gue nak pegi..mahai.Anak ciku yang kecik sampai ke sudah tanya ..mana orang Utan..tengok gambo je la..nasib baik kat Eco Park tu ada banyak animal gakla.



On the way ke Eco Park..bagi itik jalanan makan dulu.


Eco Park..cantik 
Chairlift tu lagi lawak..akalau tengok kat pemplet atau internet memang la tak samo..tapi hari kami g tu..ianya tutup.
Squirrel Monkey..kecik je..
Merak yang cantik..color dia kalau buat baju cantik tu..hihi.



Geli ciku..bebudak ni yang nak bergambo sangat.

Ni anak ciku yang kecik kata gagak.Adui la..nak kena g langkawi lagi ni..dulu pegi..dia kecik.Alasan leh beli coklat ferrero rocher murah.haha

Naik Skycycle..gayat gue.

Tunggu Animal show..bebudak ni seronok le

Sambung bagi itik jalanan makan.
Kampung Air..tengok dalam internet cam cantik je..tapi ciku pun tak jalan area situ cuma kt luar pandangan dari atas Eco Park aje.Ciku just pegi Kampung Air D'spa aje buat Foot Reflexology plus shoulder aje..RM30 setengah jam.hoho.

 
 Orite.Sampai sini aje..dalam pukul 12 lebih kot ..dan mintak kat hotel nak check out lewat sikit..orait..makan dulu kat Hawker's Centre -Ripples (tempat makan guna kupon)..okle ciku makan cucur udang je pun.

Balik on the way to ipoh..jem lor..dalam pukul 6 sampai ipoh singgah makan kat mee udang banjir area kompleks islam ipoh tu tapi sedihnya udang takdo..so makan ajela nasi goreng ayam..hihi..okle..ciku makan yong tau foo aje.

Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...