Showing posts with label Cuti-Port dickson. Show all posts
Showing posts with label Cuti-Port dickson. Show all posts

Wednesday, August 7, 2019

Bercuti area Dataran Merdeka dan Port Dickson

Salam ,

Lama tak stori jalanjalan.ciku n famili masih bercuti cuti tapi cuma tak sempat update.

Kami ke dataran merdeka dan bermalam di hotel cosmo  kemudian ke Port Dickson negeri sembilan bermalam ( Family day ) di hotel regency port dickson .

Kalau kat PD tu , kami Makan di coconut shake dan cendol yang ala ala klebang tu..
okies to be continue .

Image result for holiday

Wednesday, October 17, 2018

Bercuti di Avillion Port Dickson


Salam,
Alhamdulillah. Ciku dan keluarga berkesempatan menginap di Avillion pada sabtu -isnin yang lalu.
Pakej yang kami grab masa Matta fair. 
  • Menginap di Avillion include breakfast for 2 person
  • Wild West Cowboy InDoor Theme Park
  • Trick Art
  • Karaoke (Ni kami tak masuk sebab tak sesuai..hiks)

Kami gerak pagi ke Mambau terlebih dahulu , pekena nasi lemak ayam halimah di Mambau.
Kemudian terus ke PD Wild West Cowboy InDoor Theme Park.
Tempatnya simple .Anak anak seronok je .Try semua games dan bagi kami the best is Games escape the room.Simple aje bagi orang dewasa tapi bagi anak anak depa suka je.
Nak dapatkan clue kena melalui  simple rumah hantu (gelap lor tapi ok aje) , maze mirror , cari telur dinasour, buat sikit soklan math dan dapatkan kunci yang banyak.Last bukak paddle lock with numbering tu..semua step kami lepas escape tapi kami sekeluarga salah kira tang math tu so kunci yang last tu tak dapat bukak..hihi.KALAH dan game escape ni ada masa yang diberikan.Kalau menang tak dapat hadiahpun tapi anak anak seronok .its ok aje.

Indoor theme park featuring kiddie rides, cowboy-themed games & shows & a 3D art gallery.
Address: 59-64, Jalan DS 2/7, 
Bandar Dataran Segar, 
71010 Port Dickson, Negeri Sembilan

Trick Art
Ini kali keempat ciku dan keluarga pegi trick Art. Cantik dan best aje. 

First time di Jeju ,korea
Second kat ICT Shah Alam
Third di Langkawi
And this is forth di PD.hihi.

Kami lunch burger King kat tepi trick Art tu aje.

Avillion Resort Water Chalet Seaview 
Designed with the architecture of an Old World Malay fishing village in mind, the resort fuses traditional culture with contemporary luxuries . Seaview chalet, natural walk, mini petting zoo. Nice environment.
Resort ni nampak dah lama tapi bagi kami ok aje..cantik , banyak pokok pokok dan yang penting atas laut dan bilik kami paling hujung. Bangun je tdo nampak laut dan pokokpokok kelapa..really amazing view. Dan dalam bilik just nice dia punya feel very good with the surrounding aircond and whatever.Alhamdulillah

Avi Lounge located kat atas Avi Spa. Tempat ni memang exclusive for adults only. Entry for age of 16 and above only
During my stay at Avillion ni the package was inclusive with evening cocktail. Cantik terkejut serius cantik tapi kena g awal kalau dak ..ponuh.
Evening Cocktail:  6.00pm-7.30pm

Kami banyak duk di tepi Pantai tapi tak mandi laut.Just main pasir, kutip ketam kecik ,main bola sepak/bola tampar. Mandi di Kolam. Disebabkan hubby ada kerja on second day so ciku dan anak anak sahaja.Ok aje.

Makan dalam pukul 3 petang di Double Queue Thai Cuisine Port Dickson .Sedap aje.
Menu Nasi goreng seafood tomyam dan lenlain la.hiks.
Opening at 11:00 AM
https://double-queue-thai-cuisine-port-dickson.business.site/

Pukul 6.30  petang kami ke Avi Lounge for evening cocktail only for kami berdua ala alahai.hari pertama sampai tu kami dapat duk kat luar .Hari kedua kami duk di dalam aje sebab dah penuh kat luar .Ok aje.nampak cantik juga sebab duk tepi tingkap.

Best meh view sket gambar


 






Monday, May 8, 2017

Sunset di Bukit Batu Putih di Tanjung Tuan

Salam ,

Cerita ni sebelum pregnant..tak ingat bulan berapa pegi..hihi.


Sunset dari atas area rumah api
Plan sebenar bukan nak mendaki cuma bercuti je di Thistle Hotel port dickson tapi duk review blog lain dan member yang pernah ke sana kata quite cantik so kami lepas check in dan rest kami ke tempat ini dalam pukul 6.20 petang untuk melihat sunset.

Untuk ke sini, kami cuma perlu mencari lokasi PNB Ilham Resort Port Dickson dalam aplikasi Waze dan perjalanan anda akan tamat di pintu masuk Hutan Rekreasi Tanjung Tuan.  Bayaran masuk RM1.00 dikenakan bagi setiap pengunjung.




Ada pintu gerbang besar depan pintu masuk dan pondok Laluan utama masuk hutan adalah jalan tar sampai sehingga anda nampak Rumah Api Tanjung Tuan, baru cari lorong masuk ke hutan Bukit Batu Putih . Masa dah berada di atas area Rumah Api tu sakan bergambo tak sedar masa dah nak maghrib so kami try to teruskan perjalanan ke bukit batu putih tapi pendaki yang naik semula kata gelap dan jauh lagi , kami pun dengan kelengkapan tak lengkap so okla kami just stop dan patah balik semula..takut gak sesat.hihi.

Misi cuma berjaya ke Rumah Api Tanjung Tuan sahaja.Tajuk je gempak.hihi.(jangan marah) .Xperasan gambo rumah api tu takde dalam handphone ciku..huhu. So kami solat dan g cari makan then balik hotel rest menikmati air laut dan pantai di area thistle hotel sahaja. Nanti free ciku upload pic di area hotel.


Kolam dari atas bentuk mickey mouse

Tuesday, April 25, 2017

Cuti cuti di Lexis Hibiscus Port Dickson

Salam,

Alhamdulillah.Kami berpeluang bercuti bersama sama lagi dan kali ini ke N9.Ciku bersama keluarga dan mak mertua dan mak.

Booking satu bilik masa matta fair ritu dan 4 breakfast .Premium Pool Villa.Dalam bilik ada  2 katil king size dan 2 sofa panjang dan private dip pool and sauna in the balcony area.Located in the hibiscus petal area and glass panel on the floor to view the marine life below.

Malam malam ciku jalan kaki dari lobby ke Hibiscus Walk ada banyak hawker stalls situ.Kami makan kuey teow goreng dan nasi lemak bungkus(memang sedap -rm 3.00).Harga majoriti rm10 sepinggan kongsi aje.hihi.

Ciku baru tau ada lexis kat Kuala Lumpur dan penang.Ciku dah pernah ke Grand Lexis  dan Lexis.Ni first time tido hibiscus.Bagi pendapat ciku Grand lexis is better dan luas biliknya dan selamat poolnya untuk kanak kanak tapi Hibiscus lexis ni quite happening malam malam dan banyak tempat boleh jalan.

Buggy car boleh ambil dari lobby atau call service dari bilik.Nak jalan kaki dengan keadaan ciku camni..nope la..hihi.Hibiscus walk tu agak jauh tapi ciku slow slow jalan le.

Kami bawak bekalan mushroom soup serbuk dan cicah roti serta sachet tamar coco.(feberet kami).Kebetulan besday anak ciku pada esok harinya so ciku dah call hotel untuk sediakan apa apa yg free le untuk si besday ni..hihi.dapat la kek chocolate moist with strawbery 2 slices.Ok la bebudak seronok dan lagi seronok mandi kolam sampai pukul 9.00 malam.hihi sakan.

Meh terjah  gambo











Pandangan dari lif -saja naik nak tengok jarak dari atas
Address12th Mile, Jalan Pantai, Port Dickson, 71250 Pasir Panjang, Negeri Sembilan, Malaysia
URL : http://www.lexishibiscuspd.com

Wednesday, May 6, 2015

Percutian di Premium Pool Villa above the sea -Grand Lexis .

Salam,

Percutian kali ini kami seramai 12 dewasa 8 kanak kanak -kira cam rombongan mak kiah la..hihi.Destinasi kali ini Port Dickson ..almaklum nak balik ipoh perak rasa cam maleh nak tempuh jem so planning ke Grand Lexis lagipun mak ayah pun ada sini.Dokek jo.Ada buggy car bleh amik kita kalau nak kuar masuk hotel dari above the sea tu.

Orite stori pasal check in pukul 4 ,check out kul 12. Masa ciku n hubby nak check in tu punyala ramai ,,panjang gilos orang beratur check in rasa sebab cuti buruh dan wesak day ri tu.Yang lenlain tunggu dalam keto dulu.Ciku n hubby mintak Wheel chair di lobby sebab bawak mak ayah yang dah tak boleh jalan.Settle urusan check in ,bilik tak dapat lagi sebab belum kemas so kami seramai 20 orang tu diberi rest dulu dalam satu bar cam lanun yang agak executive tu.Makan dan minum free (jejari nugget,sandwich ,mee goreng mamak dan air lime /air pandan) ..okla dah tak dapat check in ..Grand lexis layan bebetul so sambil makan dan rest kat situ sesambil nengok muvi "mr peabody and sherman" kot -cartoon.Front desk Grand lexis akan call kalau bilik dah siap..rasanya lebih kurang kul 5.30 baru dapat bilik tapi still ok coz cara layanan masa kami menunggu tu sangat first class.Kami diberi extend check out time pukul 3.00 petang dan tidak perlu bayar .

Makan dan aktiviti
Sebelum pergi kami dah siap nasi bajet dari rumah ,nasi putih ,ayam goreng dan tomyam campur.Kami siap 20 bungkus nasi tu dan bahagi bahagi siap siap untuk setiap famili.lapo bleh makan je tak yah beli beli sangat kat luar.Ciku and hubby buat homemade pizza gak untuk dimakan sebelum ke PD ri tu .Malam sebelum tu kami buat BBQ di rumah ..sesaja nak bagi meriah suasana berkumpul reramai..hihi.Orite sambung citer aktiviti di Grand lexis yang lebih kepada mandi kolam dalam bilik tu je.Pepagi kami berkumpul dan g tengok sunrise di grand lexis -sangat cantik.aktiviti malam ,kami memanah (sunnah Rasullulah) . RM23 untuk 36 arrows.Bekalan lain ,kami bawak roti dan jem dan order maggie goreng ..hihi.Last day nak balik tu,adik dan hubby g beli nasi kukus ayam panggang cowboy place rm 6 sebungkus tapi bleh je kongsi 2 orang .Boleh recheck di website ni .Sedap dan berbaloi.

Cara booking
Ciku dah booking dan bayar online thru hotel dalam 2 weeks earlier pastu masa check in tu bawak kertas confirmation registration yang dah diprint dan sign by kita dari emel kita dan bukti pembayaran tu kena fax ke hotel before check in.Ciku mintak bilik sebelah sebelah .3 rooms premium pool villa above the sea untuk 20 orang.Hotel limit untuk 13 dewasa berumur 12 tahun keatas so settle (tapi rasanya depa tak check if terlajak lebih orang).Ada 2 katil king dan swimming pool inside. Ada kitchen -microwave ,peti ais kotak ,pinggan 2 ,mangkuk bowl sup 2.hairdryer dan lenlain la.
Berminat boleh terjah website di http://www.grandlexispd.com/ .

Orite meh layanz gambo .

Aktiviti Memanah -best ever walaupun markah xdo..hihi
Inside Premium Pool Villa above the sea -Grand Lexis


BBQ malam sebelum sebelum gerak ke PD.Lead by chef anuar
Pizza homemade
Alhamdulillah selesai percutian mak kiah.Tercapai gak nak bercuti beramai ramai.

Friday, July 20, 2012

Rezeki..Grand Lexis PD

Salam,
Hari tu ciku dan famili "bermerperrehatkan " minda..(sorik memutarbelitkan bahasa..hihi) di grand lexis..best tapi best kat sabah dulu lagi..karambunai..pasir pantai yang cantik dan memutih.hihi..rezeki dapat g grand lexis lak..alhamdulillah dan terimakasih kat boss sebab suh ganti dia punya tempat so merasa la hotel ni ..hihi.



Grand lexis ni bertempat kat sebelah lexis  area legend water challet.sebelah lagi hotel Glory Beach resort ..sebelah lagi ntahla..haha. Sampai je sini..mudah je nak cari tempat ni amik jalan nak ke lukut dekat sikit kalau dari putrajaya ni..takyahla guna garmin..hihi..anak anak ciku dah teruja nak mandi kolam yang ada dalam bilik tu..tapi agak bahaya kalau anak kecik sebab takut masuk sendiri kolam tanpa pengawasan..so di ingatkan "BAHAYA TANPA PENGAWASAN ORANG DEWASA"..anak anak ciku bangunpun awal ..sanggup sebab nak mandi pool tu..depan katil je kolam..tapi separate ngan sliding door dan dari tingkap bilik air pun boleh masuk ke kolam..takut gak bebudak ni panjat terjun terus ..haha. Apapun ciku paling suka ada archery (memanah) tapi ciku takde le pandai pun..panah ajela memana pun..haha.cantik sebab ada kolam kat dalam villa ni..villa ke??hihi..cam bukan je.apa apa ajela.



Sumber pakcik google
Nak lebih tahu bolehla dapat maklumat lanjut disini ye. http://www.grandlexisportdickson.com

Ok semua semua semua...SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK . Semoga sesamala kita dapat mengimarahkan bulan yang mulia ini..takyahla banyak sgt tengok citer korea, main game hidden object..asik teringat nak makan apa..hihi..tu sume cikunya peel.

Friday, February 11, 2011

Legend Water Chalets , Port Dickson




Dulu penah pegi sini dah 4 kali rasanya..semua ngan famili..ada satu je ngan kawan opis.
kat sini best..rumah apungan gitu..tp kena jaga anak anak kecil elok elok sb tingkap nya "terus tunduk gitu" .
ada 2 katil king satu big size bathroom plus small pantry.
tv cam biasa la..aku.. kalau kat rumah jarang tgk tv..tp kalau kat hotel byk giler movie tgk sb apa ek..sb astro kat rumah tak amik movie channel.hehe.kalau amik pun ..bukan sempat tgk pun.
makan cam baisa ..breakfast jek kat hotel kecuali kalau malas keluar baru call hotelnya food ..kalau tak ..beli jek nasi grg ke mee grg ke apa apa je la yg terasa tekak ni nak makan.
Biskut spare ngan uncang teh sume mmg bawak.
Twisstees gak..betui ke eja tu ntah.
kitorang mmg siap letak pinggan n cawan plastik dalam kereta ..wat spare kalau nak makan bungkus.hiks.
okla seperti biasa tepek gambar gambar terpilih jek.











kalau sesiapa rasa nak pg..kat sini ada url nya
rasa ada PROMOTION lagi.

http://www.legendwaterchalets.com.my/

The Legend Water Chalets Port Dickson
Batu 2, Jalan Seremban,
71000 Port Dickson,
Negeri Sembilan,
Malaysia.
Tel: (06) 653 2000
Fax: (06) 651 5330
Toll Free: 1 800 88 0017
E-mail: reservations@legendwaterchalets.com.my



Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...