Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Thursday Mood

Salam



Mood khamis sambil makan kacang Sedap Wany plus ngantuk ..cam best je harbin ni.



Dilwale Kajol and Shah Rukh Khan

Namaste ,


Canole Flower
Suda tukar..hihi.Ciku belum pernah sampai negara India. Memang ciku suka tengok movie hindi masa studi dolo dolo tapi kebanyakannya citer kajol dan shahrukh dan Aisywaria rai dan anil kapoor je(banyaknya dan..hihi -ada lagi tapi takyahla senarai sini ek)  dan ciku suka nyanyi lagu lagu hindi ni gak masa studi almaklum sebilik ngan anak mami penang yang memang minat gilos ngan SRK..haha.teringat lak nostalgia masa studi dolo dolo . Dah 18 tahun meninggal alam IPT.(2016 tolak 1998-grad)

Bebaru ni ramai member post di fb pasal dilwale tapi ciku baru berkesempatan menonton dilwale ni semalam..hihi.Best giler lagu 'janam janam' tu dan kajol sangat cantik .Sejak tengok dilwale..ciku asik duk dengar lagu janam janam je..aduss penangan.

Lepas tengok movie ni ciku tengok wiki dilwale sebab nak tau kata mana locationnya.Cantik latar belakang tempat -tempat dalam movie ni. Start di Goa pastu ke Bulgaria ,iceland,Hyderabad dan kembali ke Goa.hihi..sakankan.

Memula dulu nak travel ke tempat yang ada bunga canole cam dalam dilwale dulhania le jayenge tu..mengkome yang ikut movie shahrukh and kajol pasti tau citer ni.best ever selain KKHH tu.

Movie Dilwale baru ni best sebab lagu , kajol cantik, SRK still maintain ..jalan citer okla.hihi.Meh terjah pic dari pakcik google aje.



Dilwale dulhaniya le jayenge
KKHH
Kalau g turkey or Rome boleh la singgah Bulgaria ni tapi lagi best kalau g Iceland..haha.mcm dekat..hihi
sajae letak map of india gak..tetiba.

Portal Tabung Haji

Salam,

Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu , maka Allah akan permudahkan jalannya ke Syurga. 

~Hadis riwayat muslim~

Belajar awal tentang Pembelajaran Haji ini dapat mendedahkan kita lebih memahami panduan bagi mengerjakan haji , perkara berkaitan dengan pengurusan haji, penjagaan kesihatan dan sebagai pendedahan awal sebelum para bakal haji berangkat ke tanah suci  dan juga insyaAllah dapat membantu ke arah mendapat haji mabrur.

Kursus Asas Haji ini telah bermula di semua masjid terpilih di seluruh Malaysia.
Sila klik di bawah : -



Pilih negeri mana yang anda ingin download jadual kelas anda. Contoh ciku download seperti dibawah.


SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN HAJI (PENTING)
  1. Pendeposit TH dengan baki minimum akaun TH sebanyak RM 1,300.00.
  2. Tiada rekod pendaftaran haji yang aktif.
  3. Pendaftaran haji tidak dibenarkan bagi mereka yang baru menunaikan ibadat haji dalam tempoh 5 tahun.
  4. Pendaftaran haji ahli KWSP boleh dilakukan dengan syarat berumur bawah 55 tahun.
Kebanyakan ayat entry kali ni cp dari TH untuk dikongsi bersama. Anda boleh lawat terus portal di http://www.tabunghaji.gov.my/ . Lagi banyak info yang dikongsi bersama di sana.

InsyaAllah kita sama sama dijemput untuk menjadi tetamu Allah bagi menunaikan haji dan umrah.Amin.


Simple Budget ke London-Paris-Manchester Old Tradfford

Salam,


Alhamdulillah selesai dengan jayanya travel tour penutup 2015 bersama keluarga ke london, Paris dan Manchester.hihi.Orite ciku ada buat sikit simple budget ke sana bagi percutian kami.Memang tak berapa detail tapi boleh kira sendiri je nanti..hihi.apapun masih teringat bulgogi di restoran Eid ,Seoul..hihi..tetiba.Apakah ke winter seoul tahun ni..hihi.Okies meh terus ke agenda hari ni.

Pertukaran wang 
1 pound  = RM 6.45

Flight Ticket : Etihad Airways  
Date :(6/12/2015 - 17/12/2015)
  • Malaysia (KLIA 1) - Abu Dhabi terminal 3 Transit 4 jam 30 minit di Abu Dhabi
  • Abu Dhabi - London Heathrow Terminal 4
  • London Heathrow - Abu DhabiTransit 1 jam di Abu Dhabi
  • Abu Dhabi - Malaysia
(Purata Harga dalam RM 2600 seorang) .

Perjalanan dari London Airport ke St Pancras

Tiba di Airport London Heathrow.
Terus Amik London Underground untuk satu haluan di mesin/kaunter berdekatan.Child free for under 11 years. Adult GBP 6 (seorang). Ni amik single ticket sebab nak ke ST Pancras International untuk ke Paris by train pada hari ketibaan di london.

Eurostar (Ticket Online dari London St - Pancras ke St Paris Nord ) 

Beli siap siap di Malaysia melalui url di bawah dan cetak .Terus ke kaunter Eurostar di London St -Pancras.


Harga Dewasa : GBP 36.00 
Harga Dewasa Senior :GBP 34.50
Harga Kanak kanak : GBP 25.50 

London Underground ticket (bagi sekitar london macam star LRT tu..hihi - oyster card)
Dewasa deposit  : 5 pound 
Budak bawah 11 tahun free.
Top up 3 kali kat mesin . Kalau ada problem tanya kaunter .
Total : GBP 30 (purata seorang sekitar london dalam tempoh kami di sana)




Hotel Di Paris 

Kami duduk di Apartment hotel ini selama 4 hari 3 malam.Ambil 1 apartment boleh muat 5/6 person.

Points Of Interest
·         Aquarium Sea Life Paris - 0.3 km
·         La Vallee Outlet Village - 0.3 km
·         Val d'Europe Shopping Center - 0.6 km
·         Val d'Europe Business Center - 0.7 km
·         Disneyland® Paris - 1.6 km

Click Url www.expedia.com.my dan click going to Disneyland® Paris, France .
Search by hotel name : Adagio

Address: 
Aparthotel Adagio Marne la Vallée Val d'Europe
42 Cours du Danube Serris Seine-et-Marne 77706 France 
03 77 249 556 
Room Guaranteed for late Arrival.
Includes:Free Wireless internet in room
Boleh tengok photo hotel apartment ni di website tu.
Total: RM 1585.76

Hotel  Di London 

Hotel Apartment queensway terrace dalam 5 minit walking distance dari bayswater station london.
Call member En Kayrul 0122255691 untuk buat reservation dan deal dengan dia dari Malaysia lagi.untuk apartment kami ni 3 bilik dalam GBP 280 -320 per night pending on seasons. Settle.

Van Transport di Paris untuk ambil dari St Paris Nord ke Hotel Adagio dan guide untuk satu hari di Bandar Paris dan juga dari Hotel Adagio ke St Paris Nord untuk ke london semula bagi hari terakhir. Sewa van (transferprivate.com ) 8 seater di paris amik info dari internet dan contact just by emel.
  • Eiffle Tower
  • Jalan sekitar outlet branded contoh LV
  • Galeri La Fayette
  • Opera
  • Pyramid du lovre
  • Arc de Trimphe
  • Paris Mosque

Total : 70 EUR 

Ticket Disneyland dan Walt Disney Paris ( ni kalau nak le..hihi)

Beli siap di Malaysia .Cetak dalam A4 Size dan sebagainya nnt boleh baca conditions for use kat website url di bawah ye..hihi.Boleh keluar masuk park tu..disebabkan hotel ciku dekat so kami memang makan dan solat di hotel sahaja.Cuma simple makanan cam roti , kit kat kami bawa bekalan dalam beg galas.

2 Parks for 1 day
Harga  Dewasa : 62 EUR
Harga Kanak kanak : 55 EUR

Kalau beli di kaunter ,dikatakan beza harga lebih 30 EUR..huhu.

Ticket Boat Tour di London( ni kalau nak le..hihi)
River Red Tour
Westminster-waterloo-Tower-Greenwich
Pakej 1 famili (5 orang) plus 1 senior 
Total : GBP  36.00 + 12.60

ZSL London Zoo (ni kalau nak le..hihi)


Tapi ciku tak beli online , g terjah je tapi dapat le famili pakej plus 1 senior citizen .hihi.Sebelum tu jenjalan kaki area hydepark , regents park pastu mosque london .Dalam pukul 1.30 baru masuk zoo london..dah lewat le dalam pukul 4.00 settle pusing semua dalam zsl london ni.hihi.

Ticket ke Manchester by virgin train.

Return Ticket .(1 hari je)
Harga tengok di url di bawah ciku beli online semasa di London 
  • London Euston Station ke Manchester Picadilly.
  • Beli ticket di kaunter national Rail amik pakej famili (GBP 30 - 2 dewasa 3 kanak kanak di bawah 11 tahun ) layak untuk dapat diskaun daripada harga tiket asal so total GBP 230 dari London Euston - Machester Picadilly by virgin train.
  • Boleh cari date dan harga tiket berubah ubah.Time kami beli , purata dalam GBP 50 (seorang).Ada yang sewa van bersama pemandu ..kami dah tanya tapi harga double so cancel dan ada gak yang drive sendiri..ni ok kot tapi kami tetap amik train sebab nak amik 2 in 1 travel entry to attraction if you by train.hihi.Download siap siap.Hari tu download nak ke museum car manchester dan stadium tour .url dibawah ni.
  • https://www.daysoutguide.co.uk/manchester-united-museum-tour.
  • Boleh visit url di familyandfriends-railcard.co.uk/leaflet  untuk penerangan lanjut.
  • Kemudian beli ticket train dari Manchester picadilly ke old tradford dan bandar manchester..ikut la nak kemana..hihi.
  • Kami tiba di manchester picadilly menuju old tradford naik tram jalan atas bandar.
  • Stadium Tour di Old Tradford (beli online)
  • STEP INSIDE THE LEGEND
  • Go behind the scenes at Old Trafford and see the stadium through the eyes of Manchester United greats themselves.
    From the dizzy heights of the Sir Alex Ferguson Stand, to the atmosphere soaked players’ dressing room, every moment will seem to carry the roar of 76,000 fans in your ears - none more so than the ultimate honour of emerging from the players tunnel and following in the footsteps of so many legendary reds.
    The 80 minute (approx.) tours run 7 days a week from 09:40 to 16:30 except on match days where restrictions will be in place. Find the latest information on opening times here.
    If you’re looking for a tour with a difference then visit our Unique Tours page where you’ll find information about Legend Tours, arriving at Old Trafford by boat plus more.
    Everyone who goes on the Stadium Tour is entitled to a certificate. Don't forget to collect your certificate from the customer service desk in the Megastore after you have been on the Stadium Tour.
Shopping :
Ada le sesikit di area London Oxford Street , Galeri la Fayette Paris , Camden Road Porta Bello dan area hotel je.

Makan:
Agak agak je..1 kali makan di luar..selainnya di hotel..boleh masak.Ciku beli beras 4 KG kongsi 2 famili kat sana..sejuk sejuk tu..lapo je. hihi.

Info
Waktu siang pendek. Waktu solat bergerak lebih cepat.Masa beza dengan Malaysia 8 jam.
Semua dalam dibawah 5 darjah celcius sepanjang disana.huhu..sejuk.

Pakaian 
Anak anak - Long Joan sepasang dan extra heat ,sweater dan winter coat . Kasut sport dan sock .

Ciku - Long Joan sepasang dan extra heat , Sweater dan Winter coat . Kenkadang ciku pakai summer coat kulit ..Paling sejuk adalah di Manchester dalam 1 darjah celcius.Sangat sejuk bila angin menerjah diri ini..hihi.

Ciku bawak losyen baby ,krim muka ,krim Veselin ,Vics,Ubat memana yang patut,minyak balm putih.So far di sana ..ciku dan famili tidak mengalami kegatalan kulit atau kekeringan .alhamdulillah.

Nak rujuk baca entry sebelum ini.
Ittenarary dan penginapan di london



Orite itu je kisah percutian terakhir bagi tahun 2015 kami.Alhamdulillah.Maaf terkurang terlebih dalam mana mana penulisan ciku selama ini.Moga kita akan mendapat lebih keberkatan dan shafaat dalam kehidupan .amin.