Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Trip ETS Ke IPOH dari KL sentral RAYA 2022

Salam Syawal ,


Lamanya tak berblog .Pengalaman tahun 2022 balik kampung ciku di Ipoh dengan menaiki Tren ETS . 
Disebabkan hubby ciku tahun ni berpuasa da nbersyawal di Makkah so ciku ambil keputusan untuk pulang ke kampung dengan ETS.Ciku dah beli tiket ni awal tapi sebab nak cari sama koc dan seat berderet atau depan belakang .Kami ada 5 orang. Dapatla 1 mei 2022 . Alhamdulillah settle book tiket online login google id aje 

di http://online.ktmb.com.my/ .

Ingatkan dah settle beli train service GOLD koc E dekat dengan toilet , dalam rm 38 seorang adult. Disebabkan ramadhan so kami takde la book tiket yang koc berhampiran cafe . Kalau tak silap koc C. 
Special seats for disabled and elderly located at Coach D where the seats situated near the toilet which more convenience for disabled and elderly.(ayat google..hihi)

Rupa -rupanya kami tersilap beli tiket dari Kuala Lumpur ke Ipoh.Sebenarnya nak dari KL sentral ke IPOH .Jadinya ciku login semula website ktmb tu dan pilih destinasi sebenar semula dan cancel yang lama tu. Ciku dapat refund dalam esok lusa tu. Alhamdulillah selesai.hihi.Boleh top up gak online money .Banyak kali travel pun ada silap..kihkih.Emel akan diterima dan jangan lupa print setiap helaian nama passenger tu untuk di scan di kl sentral nnt.( jangan lupa bawa ic juga setiap passenger tu)

Tengahari tu kami naik grab dari rumah ke erl putrajaya (make sure tengok timetable tren ni bersesuaian tak dengan train ets tu dan price erl -bajet time) untuk ke kl sentral. Lepak ngan anak anak jenjalan area kl sentral sementara menunggu tren dalam pukul 3.30 petang. Settle solat di surau kl sentral area escalator . Disebabkan puasa ,so kami tak de la makan makan kat situ.hihi tapi ada bawa roti dan air kotak ,plastik muntah spare untuk sorang anak kecik ni.




Kami rest aje di area KFC , standby kertas dan buku untuk conteng2 sambil lukis lukis kat situ. Settle , beratur 30 minit awal untuk naik train . Dalam tren , kami semua bawa bagpack sendiri dan satu bagasi tarik yang pendek (ni untuk isi baju raya dan songkok bebudak ni.Kalau tak nnt mcm mcm tinggal..hihi) .Letak bagasi atas tempat duduk kita tu aje. Memula excited le memasing dalam train yang memakan masa dalam 2 jam 30 minit ke ipoh ..lelama,  semua tdo.Selesa.Alhamdulilah.

Sampai ipoh , kakak ciku ambil kami di ipoh tu.(last stesen dekat aje dengan kampung ciku dalam 10 minit aje)  dah rasa cam artis sampai.haha.Tetiba malam tu umum raya.hihi. Sempatla berbuka puasa sehari di kampung bersama mak dan adik beradik semua. Masak menu raya kelibut malam tu. Ketupat nasi,rendang ayam, kuah kacang dan bihun/soto sup . Tempah rendang daging (sebab tak ramai yg makan daging rumah ni.hihi) dan lemang Meriah .haha.alhamdulillah.

Anda ada soal jawab kalau ada ,boleh refer url dibawah

https://etsticketonline.com/

I think this experience is the best value for me and my anak anak. Alhamdulillah. Dimudahkan semuanya.




Manggo susu smooties

Assalamualaikum semua ,

Hari ni menu manggo susu dan bihun sup tapi kita share menu manggo susu na time PKP. Semua sedap. Mangga tu kita beli online aje.


Nestle Lactel Original Fat Free Yogurt | HappyFresh

Bahan-bahan:
- 2 biji mangga
- 2 cawan ais
- 2 sudu Susu pekat
- Susu cair
- 2 sudu Yogurt
Topping:
- Mangga (dipotong dadu) -kalau nak

Cara-cara:
1. Blend semua bahan di atas.
2. Tuang ke dalam gelas dan tambahkan topping kiub mangga.
3. Siap . Hidang.

Banyak kali dah buat ni..sedap sungguh .hihi

Hari Obesiti 2020 : Semak BMI anda

Salam,
Hari ni tajuk agak sensitif sikit. Tempoh masa sebegini dari Mac hingga Mei ini , ciku asik masak dan mencuba pelbagai resepi tapi belum pernah lagi share kat FB Masak apa tak jadi hari ni official tu..hihi.
Macam macam cuba ..kenkadang hubby masak kenkadang ciku masak ..macam best aje.lepas tu makan.Makan takde la banyak cuma mungkin manis kot.Bila la nak diet manis ni.Berat dah nak 65KG.Ciku mesti buat sesuatu ni.
Memula ini kena buat dulu kan .Jaga Pemakanan , Diet manis .
Ciku jarang minum manis tapi memang suka kuih tradisional melayu. Maybe kat situ kot manisnya .kan kan.Ciku belum obes tapi dah masuk overweight.
Sekarang ciku banyak minum air lemon panas tapi masih ada gula sikit. Ciku suka makan nasi dan pasta.Slow slow diet manis ok kot.

Mengukur beban obesiti melalui Indeks Jisim Badan (BMI)


(BMI) merupakan pengukuran tidak langsung komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat dalam berat badan serta ketinggian seseorang individu itu.  

Ukur berat badan anda dalam kilogram (kg) dan tinggi dalam meter (m) :
                                                           
                                                     berat(kg)                 
                        BMI   =      ------------------------------
                                              tinggi(m) x tinggi(m)



Statistik wanita mempunyai taburan dan peratusan lemak yang lebih tinggi berbanding lelaki manakala lelaki pula cenderung untuk mengalami pengumpulan lemak di bahagian abdomen. Tambahan lagi, usia juga memainkan peranan penting kerana ia mempengaruhi metabolisma sel dan juga kadar penyembuhan tisu badan. Faktor usia dan jantina khususnya bila digabungkan, dapat diterjemahkan kepada risiko penyakit kronik yang berbeza .
Bila dah umur meningkat ni kadar metabolisma dalam badan semakin menurun.Jadi memang kena jaga pemakanan dan mengikuti budaya hidup sihat.Jangan nak rest aje kunyah ayam goreng sambil tengok korea..hihi.ciku cakap pasal ciku ye.hihi.

Sayangi diri anda dan keluarga .Ubahla, hanya anda yang boleh mengubah diri anda kepada yang lebih baik.
#Kitajagakita, Jaga jarak,stayhome,staysafety.

Family day Dis 2019 di The Trails Of Kampar

Salam PKP semua,

Lama tak update blog. Disebabkan tiada aktiviti melancong atau makan makan di luar.Kita masuk la entry yang dah lama berhabuk ni.hihi

Pada 2019 Disember , kejadian berlaku di The Trails Of Kampar Perak.Sambutan Hari keluarga kami bersama 3 family besar yang kebanyakannya dari Ipoh dan KL juga Kedah untuk 3 Hari.

On the to tempat ini ,Kami singgah di restoran nasi ayam di area bandar Agacia tu juga.Ala lupa nama restoran tu.huhu.sori ye.

First time melangkah masuk tempat ni. Wow cantik , tenang dengan bangunannya yang berwarna putih dan pokok kehijauan.Ditambah air kolam dan langit berwarna biru. Memang serius cantik dan tenang. Duduk tepi kolam sambil minum kopi feeling ala ala kat europe.haha.

Lokasi: Bandar Agacia, 31910 Kampar, Perak
Homestay 3 bilik yang luas dan selesa
Booking boleh melalui booking.com , agoda dan lain lain.

Tapi kami disebabkan ramai alhamdulillah ada di kalangan sepupu sepapat ni yang boleh deal ngan owner homestay ni.hihi. Untuk makanan juga , ada yang dah siap order dan boleh hantar ke sini.Settle.

Ada kemudahan kedai runcit , kolam renang , gym , basikal dan gelanggang badminton. Berkonsepkan homestay. Kami buat BBQ dan sukaneka. Memang best dan lawak. Macam macam ragam dan aksi nak menang.hihi. Saja bagi seronok dan memeriahkan suasana. Ada pertandingan pasangan dan baju tercantik mengikut tema. Makan malam terakhir di kampar Trails ada tema so temanya pakaian dulu dulu. Zaman lama. Aktiviti Pertukaran Hadiah juga.
Pemenang untuk pakaian perempuan tema duludulu..ciku la menang..haha tetiba.Terkejut akak. Biasa ajepun.Pakai baju kurung songket hitam dan kain batik duk selubung kat kepala.Buat tunduk tunduk malu sket alala ayu sopan gitu..haha

Kedai kedai yang berwarna warni area bandar Agacia tu ala ala disney tu sepi aje so kami lihat dari jauh sahaja.









Memang masa penuh di The Trails Of Kampar sahaja.

Ok kita teruskan dengan gambar gambar kenangan di sana.Macam nak pergi lagi je sambil minum cofee Tealive duk tepi kolam tu..haha



Peristiwa Covid 19 Di Malaysia

Salam semua ,


Dari FB ke Sini  ( blog) untuk kenangan sebab ada sorang anak ciku yang ambil UPSR tahun ini.

Ciku copy paste aje ye .

Peristiwa ini akan terpahat sebagai sejarah penting negara. Pada 15 April 2020, sejarah besar dalam bidang pendidikan,
🇲🇾 UPSR, UPSRA dan UPKK dibatalkan
🇲🇾 PT3 dibatalkan
🇲🇾 SPM, SVM, STAM dan STPM ditangguhkan sehingga Mac 2021
Takkan sesekali aku lupa, setahun sekali FB akan remind. Jika panjang umur, kita akan membaca, mengingati dan mengimbau kejadian ini, walaupun ia bukanlah kenangan manis untuk kita kenang. ðŸ˜­
18 MAC - 31 MAC 2020 fasa 1
01 APR - 14 APR 2020 fasa 2
15 APR - 28 APR 2020 fasa 3
Perintah Kawalan Pergerakan seluruh ðŸ‡²ðŸ‡¾
📍 harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter
📍Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.
📍Semua sekolah dan pendidikan dilaksanakan di atas talian.
📍Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan
📍Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan
📍 Restoran dan kedai - kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus sahaja.
📍Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.
📍Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.
📍Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta
📍 Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan.
📍Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan.
📍Tiada lagi jemaah di masjid, dan rumah - rumah ibadat ditutup.
📍Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu dibenarkan.
📍Taman permainan kanak - kanak ditutup.
📍Kekurangan stok penutup muka, gaun,
dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.
📍Kekurangan alat bantuan pernafasan
bagi pesakit kritikal.
📍Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan
📍Rak - rak di kedai menjadi kosong.
📍Kilang - kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.
📍Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.
📍Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.
📍Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.
📍Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari.
📍 Jalan raya menjadi kosong tanpa kelibat manusia.
📍Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.
📍 Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.
📍Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.
📍 "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang"

Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 ðŸ˜­ðŸ˜­ðŸ˜­ðŸ˜­
Kenapa saya copy paste status ini?
Kerana, satu hari nanti, status ini akan muncul di paparan ingatan FB saya, dan ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang - orang yang kita sayang.
🤗🤗🤗
Nikmat mana lagi yang telah kita dustai?
Bersyukurlah. Dan sentiasa berterima kasih
Lakukan kebaikan antara satu sama lain - sayangi antara satu sama lain - dan sentiasa menyokong antara satu sama lain