Showing posts with label cuti -pulau pinang. Show all posts
Showing posts with label cuti -pulau pinang. Show all posts

Wednesday, January 9, 2019

Cuti lagi di Golden Sands Resort, Penang by Shangrila penutup tirai 2018

Salam,

Kami ke sini hujung tahun 2018 . Disebabkan dah banyak kali datang penang cari makan makan so kali ni just cari makan pasembor padang kota dan cakoi batu feringgi sahaja memang sedap mcm yang digambarkan . Lenlainnya memang banyak aktiviti sekitar hotel sahaja.









Pasembor ni memang sedap la

Akticiti melayan keletah si kecil

Thursday, December 7, 2017

Cuti cuti di Golden Sands Resort, Penang by Shangrila

Salam, 

Alhamdulillah kami berkesempatan ke penang lagi kali ini untuk cuti sekolah selama 5 hari tapi booking 3 hotel berlainan sebab musabab ada 3 agenda berlainan lokasi ..hihi so beg ciku packing dengan 3 beg berlainan hari sebab musabab takde la hangkut semuanya pada satu masa.

Hari 1
Penginapan : 
Golden Sands Resort, Penang by Shangrila 
Batu Feringgi Beach, Penang, 11100,
T:(60 4) 886 1911    F:(60 4) 881 1880

http://www.shangri-la.com/penang/goldensandsresort

8.00 Pagi , Kami bertolak dari Kuala Lumpur ke Ipoh terlebih dahulu amik mak dan gerak dari ipoh ke Penang pada pukul 3.00 petang so dah call hotel kami late check in lor sebab mak ada hal lak so gerak lewat.

Sampai penang kami g makan terus memang tempat ni ciku suka makan kalo p penang. Restoran pen mutiara batu maung berdekatan dengan lembaga kemajuan ikan malaysia.Order kari kepala ikan ..wallah..banyak je tempat makan kat area penang ni berasaskan kari.

Makan : Kari kepala ikan

Pen Mutiara Restaurant
Wisma Nelayan
Pelabuhan LKIM Batu Maung
11960 Bayan Lepas, Penang

Tel: 04 626 4615
Fax: 04 626 1134
http://penmutiara.com/

Ikut waze ke batu feringgi dari batu maung untuk check in hotel-laluan pusing2 poning lor dan agak bahaya.Dah gelap dah sampai hotel, ciku terus rest. Anak anak g 'melaypark' kat area hotel lobby ada ipad game dan watching cartoon movie.9.30 depa naik bilik dan tdo(ye ke tdo..hihi)


Hari 2
Mandi Kolam lepas tu bebudak ni pegi main ipad kat area lobby.

Banyak aktiviti kat hotel ni.Kami join 2jam - RM24 untuk guest hotel di adventure zone.Kena pakai baju lengan panjang dan stokin.Kalau kat sana ada gak tapi mahal lor rm11 untuk socks tu so kami memang bawak dari rumah.Parent free of charge.Open 10 pagi sehingga 7 ptg.

Adventure Zone

The Adventure Zone is a unique family entertainment centre for children and adults. The 10,300-sqf comprehensive indoor facility caters to family-style activities, allowing children, teens and adults to interact together in a safe environment.
Housed within an air-conditioned facility, three categories of exciting drop slides and multiple sections of modular play equipment create a fun-filled environment for children. The facility also includes a multi-use reception area, retail and snack counter, toddler zone, kids' club and child-friendly restrooms.

Makan : 
Kami lunch nasi kandar Deen Jelutong - sedap gak
598-D, Jalan Jelutong, Jelutong, 11600 George Town, Pulau Pinang
Tel: 04-657 5285

Hari 3
Penginapan :
PARKROYAL Penang Resort 

Batu Ferringhi Beach,

Penang 11100,

Malaysia 

+60 4 886 2288

Toll-Free:

1800 220 021
https://www.parkroyalhotels.com/en/hotels-resorts/malaysia/penang-resort.html

Makan : Kenduri kahwin staff di area gelugor (konyang)
Kami terus ke padang kota lama nak cari pasembur dan adik p beli mee pata sotong (sedap) tapi tak tau kat mana - bungkus je untuk makan malam pastu check in hotel dan bebudak macam biasa terus mandi kolam dan ciku bersantai je .

Tak sempat nak amik gambo makanan sebab abis cepat je .Cuaca di padang kota masa ni gelap dan hujan so kami bungkus aje .

Malam ciku dan hubby rest aje di lobby hotel minum coffee sambil dengar nyanyian ..ala ala hotel calfornia tu..hihi

Hari 4
Penginapan : 

THE LIGHT HOTEL (M) SDN BHD (887114-P)
Lebuh Tenggiri 2, Bandar Seberang Jaya, 13700, Seberang Jaya, Penang, Malaysia
http://www.thelighthotelpg.com/

Pulau Aman
Alhamdulillah cuaca cantik pagi ni so plan kami ke Pulau Aman dengan famili adik dari kuala lumpur jadi.Perjalanan pergi balik 10 minit. Ciku refer sini 
http://budakletrik.blogspot.my/2016/03/ada-apa-di-pulau-aman-pulau-pinang.html

Kami tunggu boat tak lama pun dan order ketam dan kerapu (masak stim sahaja) baru naik dari laut (tak ingat harga). Lenlain nasi goreng udang ,kuey teow udang,bihun udang sume udang ..harga rm6 kalau special rm10.00 (rasa ok ok aje) tapi udang, ketam n siakap stim tu fresh sedap.

Settle kami check in hotel dan rest.Aktiviti tetap Kiddies club dan kolam..bebudak ni.
Malam kami jalan kami ke night market area pesisir bawah hotel.


Hari 5
G cari kuey teow di medan selera seberang jaya
Ada keja area perai then check out lunch KFC chizza .hihi.

So Jalan jalan cari makan agak kurangla kali ni..hihi.depa kata kuey teow sedap tang BM..nanti bebila bleh mai lagi penang.

Abis sudaaa jalan jalan Malaysia tahun 2017

Sunday, August 10, 2014

Gambar Raya ciku 2014

Salam,
Sebelum tu ada stori sebalik gambar ye di
http://tanggadomino.blogspot.com/2014/08/jerejak-island-rainforest-penang.html



Beraya 2014  di Kedah
Alor Setar , Kebun 500 , kuala nerang, kuey Teow Iman, Nasi royale pekan rabu, buah jentik (nak buka buah ni kena jentik..hihi..macam buah rambai)

Beraya 2014 di Kuala Kangsar 
Beraya 2014 di Penang 
Bercuti di jerejak rainforest penang

Wednesday, August 6, 2014

Jerejak island Rainforest Resort Penang

Salam ,

Gambar kami di jerejak 
Raya ke 5 bebaru ni ciku bercuti di Jerejak island rainforest Resort  ,penang.Ciku sebenarnya beraya di Alor Star masa raya ke tiga tu pastu ciku singgah masuk penang raya ke 5 tido di jerejak island ni..takut gak sebenarnya sebab macam macam stori tapi insyaAllah sume ok.Boleh refer http://www.jerejakresort.com/ atau
http://www.ancasahotels.com/jerejak.php . Ciku terus call hotel booking untuk date tu masa raya kedua.

Nak stori sikit kami makan nasi royal area pekan rabu alor setar pepagi raya ke 4 tu..beratur panjang..huhu.Malam tu kami g cari kuey teow Iman alor setar ..lagi ramai orang.bungkus je bawak balik.

Orite sambung stori di Jerejak island rainforest Resort ,penang.
Alhamdulillah kami berehat di sini selama 2 hari 1 malam.Pakej bilik katil Queen RM120 dan boat untuk dewasa 2 orang rm10 each unlimited.Kanak kanak free .10 minit jarak dari jetty boat jerejak ke jerejak island so total rm140. Ada pakej room only rm80 tapi ciku tak amik sebab tak taupun..haha.Parking kereta disediakan di location sebelum naik boat tu.Tempat menunggu boatpun agak cantik.Ciku memang dah siap bawak baju kami dan anak anak dalam beg sandang je yang hanya untuk dipakai selama 2 hari je ke hotel .Yang lain simpan dalam kereta .Ringan sikit..hihi.

Memula nak pegi raya ke 3 tapi penuh so kami tukar plan .Kami dimaklumkan tiada makanan disediakan kerana jerejak bertukar pengurusan dibawah direct ancasa resort.Sebelum ni sub..ntah apa la tapi ok je sebab boat unlimited dan jadual boat banyak sehingga pukul 10.30 malam.Ciku masa check in dah lewat dalam pukul 6 petang so kami siap siap beli bekalan nasi dan lain lain. Kami pusing pusing area hotel , kolam dan pantai je pastu masuk rest tido.Ramai gak orang bercuti kat sini time raya ..hihi.Ada orang melayu,cina,omputih dan arab.

Esok pepagi apa lagi aktiviti mandi kolam la..anak anak dah tak sabo sabo dari semalam.Ciku g cari sarapan nasi lemak dan bihun goreng .Semalam dah order ngan penyelia boat tu.So mudahkan..hihi.Kami makan dekat area kolam gak pastu sambung mandi kolam.Settle tu ,kami g area climbing dan repelling tu .Anak anak dan hubby main panjat panjat tali dan imbangan badan..tak tau la apa nama game tu area paintball (sunyi tempat paintball tu dan tak terurus).Ciku cam nak try shooting dan archery tapi tapi tempat tu cam hidup segan mati tak mau je..hopefully afterthis ok la tempat aktiviti ni bila pengurusan bertukar .

Lepas Check out tu ,kami sekeluarga p cari nasi beryani kapitan kat georgetown yang dikatakan sedap tu ,adik pesan.Kami diberitahu mee udang ayu kat teluk kumbarpun sedap tapi sebab dah kenyang..hihi.lenkali g penang leh singggah lagi.Kami bukan makan di beryani kapitan tu , ciku suka g makan kat Restoran Pen mutiara di Wisma Nelayan LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia) Batu maung pulau pinang.Menu kari kepala ikan .hihi.Last selepas menziarahi kawan sekolah di penang kami terus naik jambatan baru penang ke ipoh.Jalan lengang je. Stop Kuala Kangsar sebab nak g tengok real masjid Ubbudiah , kuala kangsar dan Istana tanpa paku warna hitam kuning yang unik dan cantik tu.Kami stop solat sekali situ dan amik gambo.

Sampai ipoh , kampungku ciku terus pengsan kepenatan .hihi.Esok balik KL .alhamdulillah tak jem.Syukur sampai dengan selamatnya dan masak mee kari kerang sebab ada sedara mara KL nak datang petang tu.meh meh..no hal.Hidang sekali rendang pedas daging , mak masak yang lazat tersedap ni..bekalan ke KL..hihi

Gambo masih dalam simpanan.boleh je wat carian pakcik google ye memana yang ciku bold tu.



Monday, November 19, 2012

Cuti cuti penang

Percutian ke penang bersama keluarga besar.(18 orang)
Kami masuk penang naik ferry pulau rawa ..sakan bergambar atas ferry..lama betul tinggalkan penang .Masa sekolah sekolah dolo dolo , Ciku penah tinggal di penang di Kem Sg Ara .Pastu pindah ke TUDM bagan ajam .

Kat penang kami tido di RS homestay di area sg ara , husband adik yang arrangekan untuk satu malam je.
Yang color biru tu ciku copy paste penerangan locationnya kat google..hihi.
Kami just amik 4 bilik sahaja ( 1 level) sebab keluarga besar yang g bercuti ni.Ada dapur dan ruang tamu cuma agak panas sikit sebab takdo aircond.takpela dak.Rombongan ciku dalam 18 orang.Uit ramainya.
RS HOMESTAY is a 3 stories banglo with 11 rooms.The Homestay is located at Plot 16 ,Kampung Tersusun Sungai Ara ,11900 Bayan Lepas ,Pulau Pinang
The homestay is near to :
-Pantai Hospital,
-Pak Hussin Tomyam Ala Thai Restaurant,
-Giant Supermarket,
-Mydin Supermarket,
-PISA (Penang International Sports Arena)
-Bukit Jambul Shopping Complex
-Sunshine Shopping Complex
-10 min from Terminal Bas Sungai Nibong/Tapak Pesta Pulau Pinang
-15 min to Queens Bay/ Bayan Lepas International -Airport/Kompleks Tabung Haji
-20 min from Jambatan Pulau Pinang /USM

Public Transport
-Rapid Penang 308 (from terminal bas Sungai Nibong),
-302 (from Jetty)
We also provide free WIFI for customers.
· Provided facilities/room features:fan/double bed/hanger
· Bedroom details:12 X 10 feet
· Maximum occupants:4 person
· Room rate:RM60 per room /RM200 per level (1 level=4 rooms)
· Contact person:Ahmad : 04-6452622 or Izzuddin_odd@yahoo.com.my
· Time Check in /out:depend on request

14/11/2012
Sampai je penang dalam pukul 2 petang , kami terus makan kat homestay.mak dah siap masak..hihi..anak mak..makan ajela. pastu rest..dalam pukul 5 petang ,mak ngan ayah ajak minum petang kat Pak Hussin Tomyam Ala Thai Restaurant..ciku n hubby ok je..makan yong tau foo sotong je ..ciku cari gak kepok lekor..haha pastu mak ayah ajak g terjah kem sg ara tempat ayah mencari rezeki dolo dolo.Jom aje..keluarga lain masih di homestay berehat..apa daa.Kami sempat solat maghrib di dalam kem sg ara tu gak(hubby n ayah je) sempatla baca doa awal tahun kat situ.Teringat lak zaman sekolah dulu..ciku ngan adik beradik jalan kaki balik sekolah duk lalu lalang situ..tapi sorangpun dari kami bkn jodoh ngan mat terap cam ayah.hihi.

Abis je terjah kem sg ara , kami g sunshine square..dulu ciku penah keja sini kat A&W restaurant tu masa tunggu result SPM jd cashier ngan tukang buat aiskrim tu.Selalu la duk tanya customer nak vanila or coklat..macam dah nak naik hafal ayat ayat ckp nagn customer.hihi.Makpun seronok g tempat dia selalu shopping mopping dulu kat sunshine square ni.Restoran Anggerik Biru yang femes dulu dah takde ..dah ganti ngan restoran nasi ayam nasir..tu glamer gak tapi kat komtar kalau tak silap dolo dolo.

Balik homestay dah malam, citer ngan keluarga lain bagi perangat sikit..kami siap amik gambo lagi kat sek ren sg ara,sek men sg ara, sunshine square,kem sg ara.Jalan sume dah lain..kg sg ara tempat ciku selalu makan ais batu kacang tu masih ada lagi..teringat nostalgia time sekolah.
Rest ngan adik beradik ciku di RS homestay .sembang2 citer lama..hihi.

15/11/2012

Pagi ciku ngan hubby dan mak ayah serta kakak cari sarapan dan minum di area pasar kat sunshine square tu..murahzz .nasi lemak 0.70 sen satu bungkus kami beli le borong untuk yang liat bangun pagi kat homestay tu..hiks.ciku makan roti canai cari capati tak jumpa ngan teh 'O' aje.
Ramai lak terjumpa kawan lama junior junior la ..tak sangka depa duk sana lagi dan masih kenal muka ciku ni..badan ciku je membesar bagai johan..hihi.eh ini kak ciku kan sekolah sg ara tu..kakak pada shai tu kan..haha..tetiba terasa glamer..(ayat perasan).dekat 4 orang kot jumpa.Balik homestay bersiap ke sg nibung ..famili husband adik.seisi beramah mesra sambil makan tengahri free..hihi.Kat situ pun jumpa lagi junior..asik junior je kenal..apa daa.
Kami memang dah check out kul 2 ptg tu so lepas lunch free yang sesangat sedap tu..kami terus ke bt feringgi lak check in kat hotel apartment leisure cove area orchid copthorne hotel.Cam biasa kaklong g beli telur ayam ngan beras kampit kecil ..kami masak le..lauk lain beli aje..nak sume makan luar mahal lak..18orang makan tu (2 baby)..hihi.bebudak sume dah tak sabo nak mandi kolam.apalagi selalunya memang tugas ciku dan hubby le bawak bebudak mandi kolam sebab musabab ciku memang suka terjun kolam.haha.Dah petangpun..mandi kejap je sb g laut lak kutip kepah .mandi gak laut situ..ok ok la lautnya..hihi.

Malam nya kami g nasi kandar line clear (ciku ngan hubby je) yang lain tak minat..kami memang kena g rasa ni nasi kandar yang kat sedap tu.ciku bungkus  je.ramai orang india muslim kot pakai baju putih duk ada situ.ciku amik lauk daging masak hitam ,ayam goreng, telur rebus..kongsi je ngan hubby sebab dah malam..diet mana leh makan banyak..hihi.boleh boleh ajela rasanya..ni pendapat ciku ajela.

16/11/2012

Terjah Bukit bendera dalam kul 10 pagi..tutup lak.ada ramai reporter..tak sangka muka kerabat kerabat ciku yg ramai ni masuk paper star n hairan Metro .Muka ciku takdo la.muka anak anak je masuk ngan famili kakak n adik so kami tukar plan ke Chowrasta saja pusing pusing..ciku beli jeruk madu pak ali je walaupun tak makan jeruk..hihi.beli untuk member opis dan ipar ipar yang tak ikut sama ke penang.Yang ciku tau..jeruk pak ali,jeruk pak naseir dan jeruk shin huat..pilih ajela..so ciku pilih pak ali. lama betul rasanya kat chowrasta..nak kumpul sume semula..depa masuk bazar kuar masuk aje..adoi..huhu.last nya ciku n hubby gerak dulu ke nasi kandar beratur kat area masjid kapitan keling..sedapnya sedap daripada nasi kandar line clear tu.ni pendapat ciku ye.huhu.kami bungkus untuk depa sekali tapi tak banyak la sb ada yng tak makan..bazirnya beli.hihi.
Kami teruskan perjalanan ke fort conwalis dan padang kota lama lak..bergambar sakan..teringat makan chow koey teow sedap dulu..asik makan je datang penang ni..nampak dewan sri pinang gak situ tempat ciku lawan sahiba masa sekolah lawan ngan penang free school..best ever nostalgia tu tapi lastnya kalah..haha.

17/11/2012

Terjah pepagi lagi ke bukit bendera 7.00pagi ( ni kepada sesapa yang nak ikut trip ciku n famili)..so kami plan tak yah beratur panjang..confirm tak ramai orang kul 7.30 kat situ nak naik tren tu.kami jadi rombongan pertama (9 orang je yang berkobar kobar nak naik tren baru ni) . kul 7.30 kami start naik dalam 7 minit kot sampai atas..sejuk gilos..kami sarapan kat atas tu..roti burn n air teh O n telur masak separuh..sedap je.hihi.
jogging sikit kat atas tu area taman nature apa ntah dalam 15 minit perjalanan apstu turun semula kami terus ke owl museum..masuk rm10 untuk dewasa..kids free..best cantik comel sume ada..tapi tempat tu taklah besar sgt..masuk the Malaysia Book of records. Ada satu lagi Toy museum dulu kat area copthorne hotel , ciku n famili dah masuk tapi kali ni tak masuk sebab tempat tu dah pindah ke teluk bahang.cancel ajela.sekali masuk yang dulu dah cukuplakan.hargapun mahal.Panjat tangga sikit kat situ untuk ke masjid bukit bendera.apstu teropong penang dari atas bukit..cantik kabus kabus lagi pepagi.

Jumpa lak kawan satu ex opis lama, si ina..terkojut gak..hihi..Allah yang tentukan semua ni.Kami dalam kul 10 pagi tu nak turun dah balik hotel..terus mandi kolam lagi before check out 12.30.
Perjalanan diteruskan ke bagan ajam TUDM ,tempat ayah cari rezeki gak..ayah pegawai TUDM dolo dolo..habis rumah kuarters pegawai situ dah musnah..dah takde langsung.,.dan digantikan ngan rumah rumah kuarters baru banglo sebuah dan semi D..cantik gilos lak...pantai bersih tempat karaoke still ada.dah abis rindu rinduan ayah dan mak di kawasan depa dulu tu..kami terus ke sg dua makan mee udang sg dua yang glamer..dulu ayah selalu bawak situ..sekarang kami lak bawak mak dan ayah.tips..order by mangkuk untuk 12 orang makan ..jangan mintak sorang satu pinggan lak..mahal gilos la.abissss boleh balik rumah dan tido..alhamdulillah.

aik..takdo gambopun..hihi..nnt nntla.ada kat kamera.dan paling tak sabo nak balik KL or kedah makan nasi kandar royal ..best ever..

Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...