Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Terung Balado ciku

Salam..ciku ssgt suka makan nasi ayam penyet wong solo tu terutama masak terung balado tu..pedas gilos tp sedap. so malam ni tadi ciku masak la terung balado ciku stylesss..hihi


Bahanbahannya:-
- Terung 3 biji je yang panjang color dark purple tu..potong serong .
- cili merah n cili hijau ditumbuk lumat bersama belacan dari tanjung dawai (saja je)
-cili padi ikut tahap kepedasanmu jkuga ditumbuk lumat.
-bawang merah dan bawang putih hiris halus
-tomato belah ikut suka saiz nya.

Kaedah:
Goreng semua tu ngan minyak kecuali terung dan tomato.Bila dah nampak cam menarik tu masukkan terung dan tomato lak (last takut over lembek)..kalau perlu masukkan sedikit air.
*** garam macam biasa ikut diri sendiri.

dah siap..boleh dihidang makan ngan ayam goreng atau udang goreng dan ulam ulaman also tempe.

Menjejak Tsunami Acheh

Assalaumalaikum,

Alhamdulillah kali ini ciku ke Acheh yang digelar serambi mekah seperti juga kelantan kalau di malaysia . Ciku tak pernah menjejaki Indonesia tapi pernah singgah sekejap kat Jakarta je..ni yang pertama kali dan pilihan hati adalah Acheh kerana nak tengok sendiri kesan Tsunami. Memula memang agak takut tapi ada satu blog ciku tengok . Rasa teringin nak g tengok real acheh selepas tsunami yang meragut hampir 260 ribu mangsa.


Dulu dulu masa sekolah ,ayah selalu cakap kami keturunan dari acheh ..tapi semenjak ayah sakit ..dia dh banyak lupa..tapi takpela apapun saudara sesame islam.so kita terus ke cerita travel wisata ni.


Hotel Medan kat sini ada sebuah kapal terdampar betu betul di depan hotel medan masa tsunami.
Sampai je kat airport sultan iskandar muda  dalam 2 jam perjalanan,time acheh kurang 1 jam dari Malaysia.Kami tunggu pak rizal dalam 10 minit kot (member dari member yang kenalkan) .yerp kereta disini sume besar besar mcm kat negara arab nun.Kami terus je ke hotel medan check in (ni book oleh member tu).Hotel ni tengah tengah Bandar . Depannya ada food court pastu ada byk kedai souvenier area situ..walking distance je kalau nak membeli belah. Masa kami check in..azan berkumandang..so yang lelaki tak mau ketinggalan g solat jumaat di masjid baitulrahman (yang tersergam masa tsunami tu). Kami kat hotel ni buat je la apa apa yang patut.hihi.

Lunch makan siang “ayam tangkap” menu agak terkenal di sini..sedap kat rumah makan Aceh Rayeuk tp memang banyak artis g situ sb ada photo2 artis indonesia ( macam kenal) hihi..adik yang kata artis..ciku memang tk tau namanama artis Indonesia.lauk pauk lain lebih kruang malaysia je cuma rasa je agak beda sedikitla. Jus buah nya juga pekat ciku amik jus jeruk je tapi kongsi gak rasa dgn yang lain jus terung belanda dan jus manggo.pastu ada kerepek belinjau /melinjo.


Kapal nelayan Lampulo
Lepas makan jek kami terus ke Makam syiah Kuala ,ulama terkenal di acheh. Kat sini takleh pakai ketat ketat dan musti bertudung..ye bener tutup auratnya. Kami menjejaki bukti Tsunami juga disatu perkampungan kapal nelayan Lampulo dimana terdapat satu kapal yang terdampar dibawa arus tsunami naik ke atas rumah salah seorang penduduk disitu..dikatakan salah seorang penduduk di sini adalah dari kumpulan raihan(xpasti). Hanya 59 orang yang terselamat. Dikatakan juga kapal ni mogok sebelum tsunami. Ciku masuk dalam rumah tu dan tengok sekitarnya.Pelbagai persoalan yang datang di minda si ciku ni tapi yang penting semuanya adalah kekuasaan Allah.



Pastu kami terus ke Taman Putroe Phang.Sebuah taman yang dibangun sebagai bukti cinta Sultan Iskandar muda kepada istrinya . Rakyat Aceh memanggilnya Putri Pahang karena asalnya memang dari Pahang, Malaysia. Lama-lama ianya lebih dikenali dengan nama Putroe Phang. Tempatnya color putih je sama cam kat gunongan tp ciku tak pegi gunongan sebab anak anak dah penat. So kami ke pantai ulee lheue tengok laut pantai yang cantik dan masjid yang juga tersergam masa tsunami tu iaitu masjid baitulrahim. Hari ke 3 insyaAllah akan ke kapal Apung , musium tsunami,pantai lampuuk,pantai lhoknga dan masjid baitulrahman,pasarAtjeh

Balik hotel dan rehat ..makan le berbungkus bungkus oreo..hihi..lepas maghrib kami pegi makan kat restoran banda seafood..sedapnyala ekpiting (ketam halus kulit) masak lada hitam.. so lepas makan ..balik tidooo..esok pepagi nak ke sabang island atau pulau weh. Harap semua berjalan lancar.

Beijing dalam kejaran



Beijing great wall of china ngan forbidden city ..salah satu impian ciku nak pg beijing nak tgk dr dekat  tmpt ni.Ada rezeki insyaAllah sampai la.

Sebelum pergi tu ciku tgk jela dulu running man episod di beijing ni.hihi.
so bermula semula episod ciku sambung running man ni..best sebab dapat tgk great wall of china walau dalam TV aje..kalau ciku yang kena lari lari atas tu..mau semput ni..hehe..

Biasanya ciku tgk running man satu famili..anak anak ngan hubby gak..so kena tunggu cuti atau malam menjelma le..td sebab tak sabar nak tgk..aci tak gitu..hehe.apa apa an aje la.Bila la dapat pg sini..nak pg musim bunga..aci tak..hihi.