Tuesday, November 10, 2026

Kaedah menyusun trip

 Salam ,

    Entah berapa tahun laptop dan buku nota ini terperangkap dalam sepi, tanpa seulas pun cerita tentang perjalanan yang pernah dilalui. Selama ini, alasan 'tiada masa' menjadi perisai terbaik untuk menafikan kemalasan sendiri. Namun, memori indah sepanjang trip hari itu terlalu kuat mengetuk minda, seolah-olah mendesak untuk diluahkan. Kisah sebelum Trip Canadapun ada tak tertulis, kisah selepasnya pun ada, tetapi semuanya tersimpan kemas dalam fikiran sahaja. Gambar banyak , tapi tak sempat nak menyimpul dalam blog ini. 

 2026 , Narita Japan 2026 , Sawara Japan 2026

  • Tajuk: Membina tajuk utama yang menarik untuk siri kembaraku.
  • Rangka Kronologi: Menyusun idea mengikut urutan trip supaya cerita teratur.
  • Trip Malaysia dan Oversea .
  • Trip Umrah Taif, Mekah  dan Madinah July 2025 (pakej Insaff Travel - Safwah Tower dan Super Ekonomi), Phu Quo Island 2025. 
  • Trip 2026 , Musim sejuk Turkiye istanbul , Goreme Valley, Bursa, Cotton Castle Pamukalle, Selat Bosphorus, Hierapolis Ancient City,Fairy Chimneys Uchisar
  • Pilihan anda untuk terus memulakan langkah menulis. Nak kena tengok semula gambar dan tarikh /tahun.

Kalau nak kata diri ini seorang penulis, memang jauh panggang dari api. Tapi kalau bab merancang dan mengurus, bolehlah dikategorikan sebagai management person (perasan sekejap, hiks!). Pantang ada trip—walaupun dekat dan sekadar bermalam sepersalinan—saya pasti akan buat nota lengkap. Segala senarai barang bawaan wajib dicatat, malah padanan pakaian menutup aurat siap ditentukan mengikut hari dan warna! Namun, bila melibatkan kembara ke luar negara, logistiknya berubah total. Persiapan perlu dilaraskan mengikut kekangan musim dan cuaca di sana."


Macam macam tempat baru , orang baru ,budaya dan lain lain semua baru bagiku.Pengalaman pertama ke luar negara adalah umrah ke Madinah , MEkah Transit di Sana' Yemen.
Ok nanti kita continue.

Kaedah menyusun trip

  Salam ,      Entah berapa tahun laptop dan buku nota ini terperangkap dalam sepi, tanpa seulas pun cerita tentang perjalanan yang pernah d...