Showing posts with label cuti-indonesia. Show all posts
Showing posts with label cuti-indonesia. Show all posts

Wednesday, March 23, 2016

Trip singkat 2 Hari di Kota Bandung

Salam,

Alhamdulillah. Ini kali pertama ciku ke bandung dan kali ke lima ke Indonesia. Solo, Jogjakarta, Acheh dan Makassar.

Hari pertama : Flight AA dari Malaysia pukul 7.30 pagi kot.Kami solat di KLIA 2 dan sampai ke Bandung Husein Sastranegara International Airport dalam 2jam suku kot perjalanan.Ciku berlima ( perempuan ) ke bandung .

Kami sarapan kuih tradisional dibawa oleh pak supir , Pak Udun by MPV car.Semua diuruskan oleh kawan ciku.So far sarapan tu sedapla yang penting halal..hihi .Masa yang agak singkat kerana kami ada urusan dalam pukul 12.30 thari di kantor semula so kami hanya akan dibawa ke kawasan berdekatan dan dibawa jalan ke gedung sate iaitu bangunan kerajaan yang berwarna putih masih cantik dan dibina semasa pemerintahan belanda di indonesia.Memula ingatkan nak bawak g makan sate..hihi.Digelar gedung sate kerana menara di tengah tengah atas bangunan seperti cucukan sate..bulat bulat dan tajam dihujungnya lebih kurang seperti pagoda.

Dah amik gambo kat situ,kami dibawa ke cihampelas walk tempat menyopping (membeli belah). Ciku tak beli apa pun kat sini..hihi..jenjalan je amik gambo dan hirup udara.Kengkawan majoriti sopping tshirt dan jeans.Ciku sibuk amik gambo je..banyak  struktur bangunan cantikcantik dan unik..hihi.

Selesai kami makan di D Palm Sundanese Restaurant bandung.Terletak di Jl. Lombok no. 45 Bandung.Restaurantnya cantik design gabungan trasional dan modern .Ciku rasa makanannya sedap .Ada pelbagai lauk dihidang tapi ciku paling suka sambal ijo dan ayam masak apa ntah dan tauhu (terliur lagi sekarang ni..memang sedap). Air depa kata kalau datang sini..better order air alpokat tapi ciku tak order gak..hihi.

Settle makan kami check in Hotel Holiday Inn Bandung,jalan Dago .Banyak je hotel dan rumah rehat lain.Ni sume kawan yang buat ciku just follow only lagipun memang ada urusan di sana. hihi.

Lepas solat Zohor dan jamak asar ,kami dibawa ke pasar baru dan makluman semua pasar baru adalah sebuah bangunan kompleks bertingkat 11 termasuk parking dan basement.Paksupir parking di lantai 5 kat area kedai sir cinta jualan kain pasang dan kain pelikat pelbagai corak.Kami jalan sendiri dalam pasar baru tu dengan Dessy rakan pak supir dan beli le apa apa yang patut.hihi.Ada toko jeans,toko sepatu,toko kain lace, beg,barang sukan,kain cotton,kain chiffon,kelengkapan umrah haji dan macam macam lagi.Banyak gilos.Macam dah rasa nak sesak napas dalam tu..banyak betul barang.hihi.

Kat dalam kompleks ni jugak ada orang jual keychain dan beg telekung tulis bandung tu yang mereka jual jalan jalan dan tiada tapak kedai.Harga ciku tak pasti. Masa Kompleks pasar baru ni tutup adalah pukul 5 petang.ber "aircond " dalam pukul 4 lebih tu banyak dah kedai kedai tutup dan ciku rasa macam aircond tu centralize.Apa yang ciku beli hari pertama..hihi Ciku beli telekung 2 pasang ..telekung saiz s untuk anak ciku harga 60000 rupiah dan telekung ciku 180000 rupiah dan juga terbeli kain lace 80,000 rupiah 2 meter .hihi.Settle sume hari pertama di bandung.
Cihampelas Walk Bandung dan Gedung sate 
Makanan yang dimakan selama 2 hari di bandung ,restoran DPalm Sundanese dan Restoran Simpang Raya dan makanan sarapan tradisional serta di Kartika Sari
Factory outlet dan lain lain
Masjid Agung Bandung dan Pasar baru 
Hari kedua :Sarapan di hotel kemudian kami jalan kaki ke kartika sari dan gerak ke Factory outlet dari hotel dengan pak supir. Yang ciku ingat nama outlet tu,terminal tas, passion, secret, heritage, oasis, raja perut dan ntah apa lagi.hihi.Kemudian kami makan di restoran g simpang raya dalam sebelum pukul 12 kerana pak supir nak g solat jumaat.Sebelum tu kami dibawa melihat masjid agung bandung.Ciku suka tengok ada replika dari buluh di tengah jalan bandung tu dan replika patung patung banyak jugak nampaknya.

Selepas solat jamak zohor asar  ,trip ke pasar baru semula.Kali ni ciku ke sana dan memang agak banyak yang di sopping.Kain pelikat berkotak kotak - 5000 benang jenama gajah duduk dan atlas dan sejadah 4 helai (orang pesan dan dia tak dpt sopping hari kedua ni).Kain lace beli lagi dan kain lapik lace tu dalam 25000 rupiah semeter.Ciku beli dalam 6 meter kain lapik lace tu.hihi dan kain untuk tempah baju melayu anakanak dan TL.Ni tak ingat harga sebab duit orang bukan duit ciku..hihi.ohh..ciku beli keychain diperbuat dari kulit sapi dan buluh.Total Harga semua 30 keychain dalam 60000 . Kartika sari ciku beli biskut Bagelan perisa mocha dan butter dalam 90000 rupiah.Ciku beli kek brownies 50000 rupiah satu aje.

Pukul 5 tu abis berbelanja di pasar baru ,kami ke kartika sari lagi di jalan kebun kot namanya dan ada tempat untuk makan sekali di situ..ciku makan mi bakso dan dim sum..hihi.Harga tak ingat..member belanja.Pastu kami ke factory outlet semula dan ciku beli baju tshirt untuk kenangan tulisan bandung dalam ntah berapa pasang..hihi.Memang trip kali ni shopping aje.

Tukaran duit dalam rm3.07 = 10000 rupiah
Total belanja hari pertama : 320 000 rupiah ~rm100.00
Total belanja hari kedua : 350000 rupiah ~rm120.00

Dalam pukul 5.30 pagi kami gerak ke airport semula untuk balik ke Malaysia.Settle shopping di pasar baru dan factory outlet.Memang hajat nak ke tangkuban perahu dan kawah putih tapi jaraknya dalam 40 minit jika tidak macet (sesak jalan) dan trip kami ini singkat sahaja .Alhamdulillah udah sampe bandung.hihi.

Monday, January 20, 2014

Kain satin Bukit Tinggi

Salam,


Sebonarnya ciku cari nama kain ni..susah sangat nak tahu nama nama sulam dari indonesia ni. Ciku nak tahu apa nama kain sulam ni..cantik..sulam garis garis ..hihi.Simple dan cantik dari bukit tinggi.Orang yang jual ni kata kain satin velvet bukit tinggi tapi bila ciku search tak jumpa pun..banyak yang jumpa dalam pakcik google ni sume nya jenis sulam sulaman.hoho.

Ciku belum penah sampai indonesia bukit tinggi ni..Nanti kalau berkesempatan nak jugak terjah..hihi.:)

Friday, June 7, 2013

Makanan di Solo Indonesia

Beli di pusat kerajinan kulit manding 
Beli di Pasar malioboro jogjakarta

Salam semua,


Saja je tayang barang barang kat atas tu..takde sangkut pautpun dengan makanan di solo..itu antara barang yang ciku beli di sana.hihi

Okeh start ye..musim cuti sekolah bebaru ni ciku sempat ke solo dan jogjakarta bersama sedara mara .


Dalam pukul 6.55 pagi flight kami so dari putrajaya gerak dalam pukul 3++ pagi sebab reramai ssgt ni..ada 14 orang kanak kanak dan selebihnya dewasa.Rancangan ke sana reramai tu sebab sepupu ciku kahwin dengan orang sana so sambil ke majlis perkahwinan ..kami berjalan sekali le.Parking kereta di hujung lcct tu..rm16 sehari-first time bawak kereta parking situ sebab ramai sgt dan pagi sgt..huhu) .


Kami berada di sana 5 hari.hari pertama terus ke rumah kenduri(kira mcm tengok persiapan adat depa sebelum kenduri kahwin hari esoknya).Kami dijamu macam macam makanan..kebanyakannya ciku sendiri tak tau nama kuih dan lauk pauk tu..hihi.Ciku just makan nasi ngan udang goreng dan sambal ikan bilis goreng cili padi..lazat gak.. Airnya adalah teh jasmin dan air mineral botol kecik tu.
oooo..ciku makan kacang dan kopok binjai yang pahit tu..okla dari berlapokan.


Hari hari di solo ,ciku makan nasi ayam goreng kremes di restoran waroeng mbok marni(sedap gak). pastu yang lain lain kami makan pizza hut..(menu lain dari malaysia -ada nasi , kami amik pizza,spagheti bolognese , pasta carbonara,nasi daging masak lada hitam,garlic bread dan mushroom ,4 air color color-lupa nama).



Itu antara makanan yang kami makan disana ..hihi.Kami tak berani makan makanan yang dijual di tepi tepi jalan sebab tak pasti tahap kehalalannya.orait itu aje kisah makan disana.Nanti kalau sempat ciku stori pasal pusat kerajinan kulit -best cantik dan murah barang barang kulit disana-kulit sapi..(kasut,handicraft,topi,purse,handbag dll)









   

Makan nasi ayam kremes dan kangkung belacan
Solo Grand Mall
Solo grand mall (4D pertama di solo)

Tuesday, May 28, 2013

Menerjah bumi solo dan jogjakarta ,Indonesia

Salam..





Ciku nak cari barang ni kat sana..dulu ciku g acheh ..beli benda alah ni..bekas kaca kulit RP 80,000..orang jual kat acheh tu ada bagi kad handicraft dia di solo..so mesti lagi murah kat sana kan kan..tapi kad tu hilang da..takpela mesti ada banyak kat sana.

Selain menerjah candi borobodur ,masjid warna ala bangunan di moscow tu , parangtritis beach ,merapi, manding(tmpt kulit),factory outlet di jogja (baju tshirt jenama - ala ala je kot) , pasar malioboro..dan apa ntah lagi katanya batik di pasar kleweh solo ada banyak sana..sinipun banyak batik..huhu.Belum pegi lagi..hihi..esok gerak...insyaAllah semua berjalan lancar seperti di plankan.

Tadi g beli ice lemon tea(milo 3 in 1 je) dan roti gardenia wat bekalan walaupun pegi negara yang senang makan..takut tekak ciku ngengada nnt sampai sana..ayo..hihi..k chows

Thursday, June 21, 2012

Pulau sabang / Pulau Weh

Salam,
 
Lama betul tak update blog..hihi.terus aje ye.

Pulau sabang terletak di aceh..kena naik ferry..ferry laju atau ferry slow..hihi..
Price nya : ferry laju tu ( 45min - 1 jam , Rp 60,000-economy 70,000-business 80,000-VIP ) yang dinamakan ferry 'pulo rondo' dan Express Bahari dari Ulee Lheue pier (Banda Aceh) pukul 8.00 pagi. Kami naik pulo rondo tu..cepat sikit..hihi.almaklum bawak anak anak ni. kapal lagi satu tu bawak orangnya ramai dan boleh bawak kenderaan.


Pulau ini sangat terkenal akan kecantikannya .Bagi divers lagi bagus..tp ciku bukan divers cuma ciku suka suasana gitu..damai je.hihi. 

Sampai sabang kami terus ke Tinjau Alam by kereta (org sana yg bawak ye) amik gambo gambo..cantik ssgt..bermalam di hotel area pante kasih..cantik hotelnya..comel kecil je tapi menarik tepi laut.color hijau.Kami amik 2 bilik  berasingan .Makan siang area situ jugak..sejuk amat sebab tepi laut kan..hihi.

Lepas tu kami terus ke tugu Kilometer 0(Km nol) dahulu..dikatakan jaraknya dalam 15KM dari pusat kota sabang dengan perjalanan darat.Tugu ini merupakan titik awal perhitungan luas wilayah Indonesia dari Sabang sampai Meuroke.  Dalam perjalanan menuju ke Tugu Kilometer Nol, kita akan melewati Pantai Gapang, pantai Iboih dan pantai atau pulau Rubiah. Uish nak ke KM 0 ni sesangat poning..jalannya berlengkok lengkok..lebih kuran gmacam nak ke balik pulau tu..adoi pening ciku..last last ciku suruh pemandu tu bukak tingkap ..2 x stop sb nak muntah..haha. stop kat surau area kampung situ. At last habis kami suem muntah bukan ciku aje..hihi..pengalaman..anak anak ciku ok lak. Sampai je sini..depa bg makan buah buahan bg segar katanya..hihi..ciku panjat gak tangga tu dalam poning2 tu..rugi tak panjat kalau dah sampaikan.turun semulap astu dapat sijil dari kerajaan aceh..percaya tak??hihi..ciku pun tak caye ..tp memang dapat la..ada nama dan no kita ni org yang ke berapa sampai KM 0 sabang island.



On the way balik dari KM 0 tu kami ke pantai gapang naik sampan lak..dikatakan ada lumba lumba..ciku tak nampak lak ataupun ciku poning kot time tu..hihi.Semangat lebih sebab nak tengok ikan ikan cantik dan alam semulajadi laut n hutan situ cantik..

Kat sini ada banyak gerai gerai kecil..souvenior pun ada ah..kami terus sewa boat untuk menyeberangi Pulau Rubiah .ni kat pantai iboih..cantikla..tak teragak cantiknya..hihi..tapi jambatan tu uzur dah ..lautnya memang cantik.Sampan tu first time ciku naik ..ada teknik bukak tutup oleh anak anak kapal tu .sampan tu dalam 10 orang muat kot. bebudak yg jaga kapal tu tarik kotak kayu dan kita boleh nampak ikan ikan dan batu karang dalam laut sementara sampan tu bergerak..ushh..cantik cuma ciku kenkadang pening..hihi..pening ke KM nol tu tak abis lagi..huhu..

Sampai Pulau rubiah tu,kami rehat mandi mandi..makan makan..tido kat atas pasir pantai tu..hihi..masa tu dah rasa macam orang acheh je..muka orang acheh macam orang melayu je..lebih kurang sama je.tapi ciku tak banyak cakap ..diam jek..kalau cakap memang tau la orang luar..hihi..kami ke sumur tiga..amik photo sahaja..



Settle kat pantai amik gambo gambo dalam 2 jam kot..kami naik semula sampan dan balik ke hotel..mandi/tido/makan malam ..makan ikan bakar ngan nasi putih pastu ulam ulam..sedap..simple jek..
Kenkadang ciku pun lupa kat mana ciku  pegi..iboih/pulau rubiah/pantai gapang/sumur tiga tapi sumenya di sabang island.hihi.maaf jika ada kekhilafan di sini.Apapun memang best dan menawan pantai sabang.Alhamdulillah dapat merasai satu lagi keindahan alam di acheh.
Ciku rasa cam nak amik kursus divers lak takpun kursus photography ..haha..angan angan ajela..
Kat acheh sume disettlekan oleh member hubby yang duduk di acheh..mereka pernah datang ke Malaysia satu masa dulu so sebelum balik..ciku sekeluarga pergi le makan makan sambil menziarahi sahabat di acheh itu.alhamdulillah dapat ketemu juga.

Wednesday, May 23, 2012

Menjejak Tsunami Acheh

Assalaumalaikum,

Alhamdulillah kali ini ciku ke Acheh yang digelar serambi mekah seperti juga kelantan kalau di malaysia . Ciku tak pernah menjejaki Indonesia tapi pernah singgah sekejap kat Jakarta je..ni yang pertama kali dan pilihan hati adalah Acheh kerana nak tengok sendiri kesan Tsunami. Memula memang agak takut tapi ada satu blog ciku tengok . Rasa teringin nak g tengok real acheh selepas tsunami yang meragut hampir 260 ribu mangsa.


Dulu dulu masa sekolah ,ayah selalu cakap kami keturunan dari acheh ..tapi semenjak ayah sakit ..dia dh banyak lupa..tapi takpela apapun saudara sesame islam.so kita terus ke cerita travel wisata ni.


Hotel Medan kat sini ada sebuah kapal terdampar betu betul di depan hotel medan masa tsunami.
Sampai je kat airport sultan iskandar muda  dalam 2 jam perjalanan,time acheh kurang 1 jam dari Malaysia.Kami tunggu pak rizal dalam 10 minit kot (member dari member yang kenalkan) .yerp kereta disini sume besar besar mcm kat negara arab nun.Kami terus je ke hotel medan check in (ni book oleh member tu).Hotel ni tengah tengah Bandar . Depannya ada food court pastu ada byk kedai souvenier area situ..walking distance je kalau nak membeli belah. Masa kami check in..azan berkumandang..so yang lelaki tak mau ketinggalan g solat jumaat di masjid baitulrahman (yang tersergam masa tsunami tu). Kami kat hotel ni buat je la apa apa yang patut.hihi.

Lunch makan siang “ayam tangkap” menu agak terkenal di sini..sedap kat rumah makan Aceh Rayeuk tp memang banyak artis g situ sb ada photo2 artis indonesia ( macam kenal) hihi..adik yang kata artis..ciku memang tk tau namanama artis Indonesia.lauk pauk lain lebih kruang malaysia je cuma rasa je agak beda sedikitla. Jus buah nya juga pekat ciku amik jus jeruk je tapi kongsi gak rasa dgn yang lain jus terung belanda dan jus manggo.pastu ada kerepek belinjau /melinjo.


Kapal nelayan Lampulo
Lepas makan jek kami terus ke Makam syiah Kuala ,ulama terkenal di acheh. Kat sini takleh pakai ketat ketat dan musti bertudung..ye bener tutup auratnya. Kami menjejaki bukti Tsunami juga disatu perkampungan kapal nelayan Lampulo dimana terdapat satu kapal yang terdampar dibawa arus tsunami naik ke atas rumah salah seorang penduduk disitu..dikatakan salah seorang penduduk di sini adalah dari kumpulan raihan(xpasti). Hanya 59 orang yang terselamat. Dikatakan juga kapal ni mogok sebelum tsunami. Ciku masuk dalam rumah tu dan tengok sekitarnya.Pelbagai persoalan yang datang di minda si ciku ni tapi yang penting semuanya adalah kekuasaan Allah.



Pastu kami terus ke Taman Putroe Phang.Sebuah taman yang dibangun sebagai bukti cinta Sultan Iskandar muda kepada istrinya . Rakyat Aceh memanggilnya Putri Pahang karena asalnya memang dari Pahang, Malaysia. Lama-lama ianya lebih dikenali dengan nama Putroe Phang. Tempatnya color putih je sama cam kat gunongan tp ciku tak pegi gunongan sebab anak anak dah penat. So kami ke pantai ulee lheue tengok laut pantai yang cantik dan masjid yang juga tersergam masa tsunami tu iaitu masjid baitulrahim. Hari ke 3 insyaAllah akan ke kapal Apung , musium tsunami,pantai lampuuk,pantai lhoknga dan masjid baitulrahman,pasarAtjeh

Balik hotel dan rehat ..makan le berbungkus bungkus oreo..hihi..lepas maghrib kami pegi makan kat restoran banda seafood..sedapnyala ekpiting (ketam halus kulit) masak lada hitam.. so lepas makan ..balik tidooo..esok pepagi nak ke sabang island atau pulau weh. Harap semua berjalan lancar.

Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...