Showing posts with label cuti-Kuala lumpur. Show all posts
Showing posts with label cuti-Kuala lumpur. Show all posts

Thursday, November 28, 2019

Family day indoor game di Arte plus Ampang

Assalamualaikum 

Alhamdulillah hujung 2019 ini kali kedua kami menginap di sini dan memang ada perbezaan design bilik yang dulu dan kini sebab lenlain owner.
Tempat cantik unik cuma konsep lif aje..agak pening maybe tak biasa kot.hihi. 
Boleh google arte plus ampang untuk tengok gambar gambar uniknya tempat ini.

Title : Mini family day Haji Salleh dan Hajjah Normi 
Location : @arte plus ampang - 2 apartment 6 bilik
(RM200++ dapat murah harga asal RM400 by OYO 11.11 ).

Parking untuk 2 kereta .Non merokok..kalau detect -rm300 kena bayar.
Katil setiap bilik Queen Size. 
Ada 2 bilik Air
Ada Dapur dan Microwave dan peti ais , kettle juga.
Memang best berbaloi.


The Serviced Suites offers an Organic-Shaped Pool, Lazy River Spa (ni dah berbayar) , Super Gym with Unique Gymnasium Concept, Swedish Garden, Floating Fantasy Garden & Cloud Podium housing a unique bar concept and leisure area .



Kalau ikutkan ada pelbagai agent untuk tempahan tempat ini
Alamat :  
G-02, Ground Floor, Arte Plus @ Jalan Ampang, 
               No 3, Lorong Ampang 1, 55000 Kuala Lumpur


DAY 1 
Check in -3.00 petang .Bagitahu kat pak guard tu kita beli from agency mana.
contoh agoda ke oyo ke gitula.

Lepas maghrib food panda datang.Acara makan makan.
~Celebrate birthday bonda dan semua yang dilahirkan pada bulan okt-Dis .

~Menu makan malam ..cake birthday ,nasi ayam panggang, tauhu bergedil,kuih putri ayu.

GAME (Pukul 8.00 malam -10.00 malam)
~Pembahagian kumpulan marvel ikut cabutan (gaul gaul kacau dan tarik undi..hihi)

Kump 1 : Captain Amerika
(Abgzul,abgnuar,bani,aiman,lisa)-kebetulan grup ni semua besar2 tua tua..haha.
Kump 2 : Superman
(klong,kck,icha,mia,nana)-kebetulan semua perempuan
kump 3 : Tanos (Sarah,duan,raudhah,habib,erish)-Kebetulan kanakkanak semua tapi menang game chopstick dan teka bendera bola..haha

Urusetia (soleha,amy,Opah)
Tukang sibuk hihi(hana,iman,Aush) -kanak kanak 2-4 tahun.

Game 
~Ambil gula gula with chopstick (Tanos menang)

~Spelling english (Expert,intermediate,easy)
(Superman menang)

~Makan paling cepat(jelly manggo,vitagen,biskut,roti)
(Captain Amerika menang)

~Teka bendera bola 
(Seri antara tanos dan Captain Amerika )

~baling bola pinpong masuk dalam cawan
(Tak ingat sape menang)

~Teka gula gula dalam balang
Captain Amerika menang

Pemenang keseluruhan : Captain Amerika

HADIAH (Pertukaran hadiah - sediakan sorang satu hadiah bajet rm5 seorang)
Hadiah Cabutan bertuah dan games - sponsored

Acara 10 cabutan hadiah bertuah dan pertukaran 21 hadiah setiap seorang plus hadiah games -hamper utk 3 kumpulan.
Seronok bebudak ni dapat banyak hadiah .

Grand Prize : Sarah
No 2: Habib
No 3: Bani
Grand Hadiah dari opah : Firdaus 

DAY 2 

Lif nya agak ngup ngap dan lazy river sudah tidak free ye .

~Main masak masak - Sarapan nasi goreng (klong masak) dan sandwich sardin plus maggie kari slurpp (ciku masak)..hihi
~Aktiviti mandi kolam(kul 7 pagi) dan menjelajah arte plus , semua wajib berkumpul pukul 9 pagi di tower 3 - arte plus ampang yang memang unik rekabentuknya.

Check out -12 tengah/hari
ALHAMDULILLAH SELESAI .Semoga mak semakin sihat dan ceria .Semoga ukhwah yang terjalin antara semua berkekalan hingga ke jannah.

Wednesday, August 7, 2019

Bercuti area Dataran Merdeka dan Port Dickson

Salam ,

Lama tak stori jalanjalan.ciku n famili masih bercuti cuti tapi cuma tak sempat update.

Kami ke dataran merdeka dan bermalam di hotel cosmo  kemudian ke Port Dickson negeri sembilan bermalam ( Family day ) di hotel regency port dickson .

Kalau kat PD tu , kami Makan di coconut shake dan cendol yang ala ala klebang tu..
okies to be continue .

Image result for holiday

Sunday, April 7, 2019

Bercuti di Arte plus ampang

Salam semua

Sabtu ahad bebaru ni ciku ke ampang bercuti singkat .Awesome design cuma pasal lif memula kalut aduhai tapi lelama ok.Ciku bawa stok makan ala kadar dan makan malam kami tapau je.Ada nampak banyak motor food panda area sini gak.

Kami book thru oyo apps dan ambil 2BR apartment.Harga consider ok dan luas .Ada kettle ,peti ais ,dapur kecil,towel,tv. semua bilik dan ruang tamu ada aircond.Ada 2 bilik air.Hall yang luas so kira okla cumalantai sejuk..lupa bawak stokin..hihi.

Kalau berminat boleh google arte plus ampang service apartment near gleneagles Sini ada 3 towermeans ada 3 design alaala future tu.unik cantik

Arte Plus by Afflexia Serviced Suites KLCC, Ampang,











Tuesday, March 27, 2018

Awana SkyWay Genting Highland

Salam,

Alhamdulillah sekali lagi kami sekeluarga diberi peluang berjalan jalan.Kali ni ke  genting dan tidak bermalam.


Minggu lepas menghabiskan cuti sekolah , kami ke genting tujuan utama nak rasa kesejukan di atas tu..hihi.Dah bertahun tahun tak ke genting so free bebaru ni kami meluangkan masa ke sana ..tu pun tetiba jugak sebab on the way balik dari KL tu nak g rumah member tapi dia takde so pk pk kami pun naikla kejap.

Dari KL kami naik kereta sampai ke Genting Highland Premium Outlet. Parking  situ pastu jenjalan kejap je dan solat zohor .Kemudian kami naik lagi atas naik Awana SkyWay melalui Awana station --Chin Swee Station --Sky Avenue (stop).

Genting Awana SkyWay Car Park Free Parking, Cable Car Ticket Price Standard: RM8/Person, Glass-Floor: RM50/Person

Kami jenjln je tengok dan makan di merry brown dan  cari pintu keluar untuk menghirup udara luar area berhadapan dengan hotel maxims..sejuk kabus wow..alhamdulillah sejuk .Best ever.

Solat asar sesiap kat atas area maxims hotel dan turun bawah naik awana sky way . Kali ni stop Genting Highland Premium Outlet menghabiskan jalanan mencari jajan yang tadi tak abis lagi..hihi.Penat gak kaki pusing2. Lepas solat maghrib baru turun Kuala Lumpur semula . Mood Fengsan dan stop Wong Solo Ampang bungkus ayam bakar dan sambal balado super delicious 



Bermalam di sunway putra hotel


Salam,

Mattafair bebaru ni ciku dan famili tetiba plan bermalam di sunway putra hotel . Pagi tu try booking dan dah tak banyak kosong . Ini kali ketiga ciku tido sini tapi kali ni amik 2 bedroom type - tak ingat type apa. Ada 2 bathroom dan 2 bedroom serta ruang tamu.

Bebudak mandi kolam kemudian terjah kedai kedai sunway mall tu. Makan di Absolute Thai  ,kenny rogers , roti canai ikat tepi dan pusing 2 daiso ..xde beli apapun.

Matta fair kami pasti pegi (tujuan utama ke sini)..apa yang dapat hihi..ada le juga tempat di Furano (cantiknya lavender dan bunga apa ntah color pink)

Xde apa nak stori sangat sebab banyak rest je tengok langit.hihi




Sunday, January 25, 2015

Kuala Lumpur

Salam,
Ciku bukan nak stori perihal sejarah kuala lumpur tapi elok gak baca kat wiki kuala lumpur , boleh la tahu sejarah KL ni dan travel around KL.






Sunday, October 27, 2013

Setengah jam di stonehenge

Salam semua


Ciku dah siap sampai ke stonehenge Malaysia..:)

Alkisahnya selepas baca blog supermeng tu...cikupun dan keluarga gerakla ke Planetarium Kuala Lumpur.Bayaran masuk Free..kalau nak tengok show space theatre dimana ianya sangat besar dan large format film. Dibuka pada pukul 9.00 pagi -4.30 petang .Bayaran space theatre tu adalah RM8 dewasa dan RM 4 kanak kanak.

Ada 3 replika iaitu Stonehenge England dan ada 2 lagi replika dari new Delhi,India dan china yang terletak di depan pintu masuk Taman balai cerap purba.Tetiba sampai je situ..ciku terus cakap ngan TL..eh eh ada pokok manggis la..ngan pulasan kat sini.haha.

Okla stori pasal struktur lak, rekabentuknya sangat islamic dan cantik " blue-domed". Tangga tersergam indah color biru putih tapi adoila nak menapak..tak pasti ada tak jalan masuk yang lain selain menapak ni..hihi.Kira cam senaman kaki le ciku..hoho

Kami parking kereta tepi tangga ni..dekat kawasan staff parking..ciku bukan staffpun tapi ok je lepas.maybe banyak sgt kereta parking tepi2 tu..kami ikut je la.



Kami masuk je ..penuh ngan rombongan sekolah dalam tu..adoila..penuh benor dah macam cuti sekolah lak.Tapi time pukul 11 pagi tu dah makin kurang orang sebab rasanya depa masuk tengok tayangan space tu..Ciku dan keluarga tengok citer tu dalam pukul 12.00.Memula tu cam best  bila tengok roket nak terbang tu pastu lelama anak anak ciku cam dah tersusun dah ..hihi..kelam kabut  kecuali yang kecik ..cam kusyuk je tengok..pelik lak..hihi.
 
Neil Armstrong .dia nya tarikh lahir sama bulan ngan ciku la..hihi

Teruja gak depa ni ..dah macam tempat tidur teli tubbies je..huhu..jangan marah

Ni bila kita gerak gerak kan snapshot gambar kita sebenarnya



 
Ada satu lagi tak sempat nak snap..ciku suka sangat kiosk main wordsearch tu..lama gak kat situ ciku..pastu ciku selalu tolong bebudak rombongan tu siapkan wordsearch game tu..hihi.memang minat gila main game tu.Ciku siap ada beli buku crossword tu kat rumah.:)..aik tetiba panjang lak stori wordsearch book ni.
Ni Galeri Pemandangan atas sekali.Boleh nampak view KL.Lif kecik je..muatla famili kami ni.



Cara nak ke sini , ciku amik sumber map dari google ni .
Orite abis tu kami terus pg makan kat tupai tupai ngan member yang dah memang janji nak tunggu situ.Orite jom makan.

Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...