Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Family day Dis 2019 di The Trails Of Kampar

Salam PKP semua,

Lama tak update blog. Disebabkan tiada aktiviti melancong atau makan makan di luar.Kita masuk la entry yang dah lama berhabuk ni.hihi

Pada 2019 Disember , kejadian berlaku di The Trails Of Kampar Perak.Sambutan Hari keluarga kami bersama 3 family besar yang kebanyakannya dari Ipoh dan KL juga Kedah untuk 3 Hari.

On the to tempat ini ,Kami singgah di restoran nasi ayam di area bandar Agacia tu juga.Ala lupa nama restoran tu.huhu.sori ye.

First time melangkah masuk tempat ni. Wow cantik , tenang dengan bangunannya yang berwarna putih dan pokok kehijauan.Ditambah air kolam dan langit berwarna biru. Memang serius cantik dan tenang. Duduk tepi kolam sambil minum kopi feeling ala ala kat europe.haha.

Lokasi: Bandar Agacia, 31910 Kampar, Perak
Homestay 3 bilik yang luas dan selesa
Booking boleh melalui booking.com , agoda dan lain lain.

Tapi kami disebabkan ramai alhamdulillah ada di kalangan sepupu sepapat ni yang boleh deal ngan owner homestay ni.hihi. Untuk makanan juga , ada yang dah siap order dan boleh hantar ke sini.Settle.

Ada kemudahan kedai runcit , kolam renang , gym , basikal dan gelanggang badminton. Berkonsepkan homestay. Kami buat BBQ dan sukaneka. Memang best dan lawak. Macam macam ragam dan aksi nak menang.hihi. Saja bagi seronok dan memeriahkan suasana. Ada pertandingan pasangan dan baju tercantik mengikut tema. Makan malam terakhir di kampar Trails ada tema so temanya pakaian dulu dulu. Zaman lama. Aktiviti Pertukaran Hadiah juga.
Pemenang untuk pakaian perempuan tema duludulu..ciku la menang..haha tetiba.Terkejut akak. Biasa ajepun.Pakai baju kurung songket hitam dan kain batik duk selubung kat kepala.Buat tunduk tunduk malu sket alala ayu sopan gitu..haha

Kedai kedai yang berwarna warni area bandar Agacia tu ala ala disney tu sepi aje so kami lihat dari jauh sahaja.









Memang masa penuh di The Trails Of Kampar sahaja.

Ok kita teruskan dengan gambar gambar kenangan di sana.Macam nak pergi lagi je sambil minum cofee Tealive duk tepi kolam tu..haha



No comments: