Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Hari Obesiti 2020 : Semak BMI anda

Salam,
Hari ni tajuk agak sensitif sikit. Tempoh masa sebegini dari Mac hingga Mei ini , ciku asik masak dan mencuba pelbagai resepi tapi belum pernah lagi share kat FB Masak apa tak jadi hari ni official tu..hihi.
Macam macam cuba ..kenkadang hubby masak kenkadang ciku masak ..macam best aje.lepas tu makan.Makan takde la banyak cuma mungkin manis kot.Bila la nak diet manis ni.Berat dah nak 65KG.Ciku mesti buat sesuatu ni.
Memula ini kena buat dulu kan .Jaga Pemakanan , Diet manis .
Ciku jarang minum manis tapi memang suka kuih tradisional melayu. Maybe kat situ kot manisnya .kan kan.Ciku belum obes tapi dah masuk overweight.
Sekarang ciku banyak minum air lemon panas tapi masih ada gula sikit. Ciku suka makan nasi dan pasta.Slow slow diet manis ok kot.

Mengukur beban obesiti melalui Indeks Jisim Badan (BMI)


(BMI) merupakan pengukuran tidak langsung komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat dalam berat badan serta ketinggian seseorang individu itu.  

Ukur berat badan anda dalam kilogram (kg) dan tinggi dalam meter (m) :
                                                           
                                                     berat(kg)                 
                        BMI   =      ------------------------------
                                              tinggi(m) x tinggi(m)



Statistik wanita mempunyai taburan dan peratusan lemak yang lebih tinggi berbanding lelaki manakala lelaki pula cenderung untuk mengalami pengumpulan lemak di bahagian abdomen. Tambahan lagi, usia juga memainkan peranan penting kerana ia mempengaruhi metabolisma sel dan juga kadar penyembuhan tisu badan. Faktor usia dan jantina khususnya bila digabungkan, dapat diterjemahkan kepada risiko penyakit kronik yang berbeza .
Bila dah umur meningkat ni kadar metabolisma dalam badan semakin menurun.Jadi memang kena jaga pemakanan dan mengikuti budaya hidup sihat.Jangan nak rest aje kunyah ayam goreng sambil tengok korea..hihi.ciku cakap pasal ciku ye.hihi.

Sayangi diri anda dan keluarga .Ubahla, hanya anda yang boleh mengubah diri anda kepada yang lebih baik.
#Kitajagakita, Jaga jarak,stayhome,staysafety.

1 comment:

Acuyuhan said...

SELAMAT HARI RAYA!!! Best entry ini :) done follow, follow me back.. thanks
http://acuyuhan.blogspot.com/