Monday, February 11, 2019

Trip singkat memburu salji ke Sapporo jepun Hujung Jan 2019

Salam, 

Alhamdulillah selesai dengan jayanya trip ke sapporo pada 29/1-3/2 walaupun singkat tapi best , simple dan padat. Kalau boleh trip kami kali ini plan memang tak nak jalan waktu malam. Disebabkan siang singkat dan ada orang tua serta anak kecil dan pukul 4 lebih dah masuk maghrib so sumbatla ittineary waktu siang yg singkat tu..hihi.Turun Flight terus dapat nampak salji dan esok nya snowing lebat. Ciku bagi padat dalam satu entry aje trip ke jepun kali ni .hihi

Kami pernah ke jepun 10 hari sebelum ni 2014 dari Tokyo ke hakata dari musim winter salji di hakuba , nagano dan musim bunga sakura di hakata dan osaka, kyoto, hiroshima , yokohama, nara, miyajima island, huis ten bosh, sasebo, kagoshima. Masa tu pergi berempat aje so bleh travel ikut suka jenjln tak kira masa. Alhamdulilah

Trip kali ni cover di Sapporo dan Otaru sahaja , kami sekeluarga - 7 orang termasuk bonda umur 67 tahun dan 3 kanakkanak 11 tahun keatas dan 1 baby (1 tahun 6 bulan)
DAN satu keluarga adik ciku ambil homestay yang sama tapi tingkat lain.(4 Orang first timer)

Sama seperti trip sebelum ni tanpa agent dan kena study dan buat homework alaala amik SPM tu.hihi

Tukaran 
  • 100 yen = MYR 3.80
  • Address Home (kunci ambil sendiri di post box ikut aturan dari emel oleh owner airbnb - tak jumpa owner)   
     〒060-0907
     Room No. #1001
     Hokkaidō, Sapporo-shi, Higashi-ku, Kita 7 Jōhigashi, 3-28-3

    ★Room No. #1001
    Key is in Post Box #1001

    ★Contact Phone : +81-50-3718-0636

Ada dapur dan mesin basuh juga. Satu rumah ada 2 bilik pintu ala jepun slide tu.Ada 4 tilam.Heater bawah meja makan dan heater bilik .

Ubat dan pakaian yang sesuai  memang dah prepare awal .
Makanan kami bawa dari Malaysia Roti Butterscoth (size kecik dan besar) , sambal kering bilis dan ikan masin sambal , kiub ayam, nasi impit,segala mak nenek biskut dan nasi beryani daging dibeli dari grup road to japan tu (adik yg beli).

Bandar Sapporo dipenuhi salji

Homestay kami tingkat 10 dan tingkat 3. Station terdekat Sapporo Station dalam 10 minit walking distance ambil north exit . Memula sesat gak sebab salah exit.huhu.

Smile Road Airport Ncts
Penguin parade di Otaru Aquarium


 Clock Tower Sapporo
Tram (street car) untuk ke Mount moiwa




Kedai japan muslim friendly Ramen di area susukino.Sejuk masa menunggu giliran untuk masuk makan di dalam kedai ini.Kecil sahaja rupanya.
Bandar Sapporo dipenuhi salji 

Basikal yang di tinggal sepi ditenggelami salji
Vending machine beratur
Ittineary 5 days @Sapporo 

Day 1 - Dari New Chitose ke Mount Moiwa

Touch down pukul 8.20 pagi di New Chitose Airport .


Terus ke Location JR Information desk at New Chitose Airport Station
Level B1
Time : 8.30 -19.00
Ambil semua pamplet dan beli kitaca kad untuk transport dari New Chitose ke Sapporo Station.
Sampai di sapporo station top up kad kitaca.Kitaca ini boleh digunakan utk subway, JR Train, street car , bus, beli barang, sewa locker dan lain lain. 

Total up dalam lebih kurang 5000 yen sorang sepanjang Trip termasuk baki untuk beli air di vending machine dan nasi plain di Lawson atau 7E.


By train
New Chitose Airport and Sapporo Station are connected by frequently departing JR rapid trains (35 minutes, 1070 yen one way, 4 trains/hour). Seat reservations are optional and cost an additional 520 yen. The trains are covered by the Japan Rail Pass and Hokkaido Rail Pass.

Untuk ke Mount Moiwa . Dari Sapporo Station ambik Namboku Line ke Susukino. Bila turun di Susukino ambil Exit nombor 4, naik atas ke permukaan jalan dan cari perhentian street car. Street car adalah tram yang lebih kurang macam kami pernah naik sebelum ini di Manchester..hihi.saja nak stori. Tiketnya Y170 flat rate. 

Dari Susukino, perjalanan akan ambik masa dalam 25 minit ke Iriguchi Ropeway.
Kemudian tunggu shuttle bus ke Mount Moiwa .Sampai di Mount Moiwa , naik cable car dalam 6 minit untuk 2 pit stop. Kami stop di tempat yang ada loceng tu. BELL OF HAPPINESS katanya.

Orang kata time malam lagi cantik tapi kami xmo sebab ada anak kecil dan sejuk weh malam.
lepas naik tram , kita Q untuk shuttle bus to mount moiwa cable car

Sapporo station
Store luggage at sapporo station
dan solat jama'
700 yen
Dekat mall ni ada juga di sediakan surau untuk muslim solat
Open Hour : 10 AM – 8 PM
  • DAIMARU SAPPORO - Prayer Room : Tingkat 3F 
    area sapporo station 
Mount Moiwa,Sapporo
Open: 10:30a.m.
〜10:00p.m.
Bawa bekalan makan simple2. (Roti dan biskut).
Ada air panas coklat di vending machine.
Main salji kat atas tu
Ropeway and Morris Car (mini-cable car)
round trip set fare/ Adults ¥1,700, Children ¥850

Dalam 6 minit (cable car) 
Sapporo Station
Ambil Luggage
Cari hotel AirBNB
Higashi-ku, Sapporo-shi, Hokkaidō, Japan
(Tgk map owner ada emelkan)





Ckp je "zenbu atatamete" untuk panaskan

nasi putih RM5 .Ciku beli yg pek besar tu ada 10 pek kecil dalamnya kalau tak silap .Ciku ada bawak nasi ketupat tu juga tapi abis so beli yang ni plok.

Otw balik hotel singgah beli nasi plain seperti di gambar halal japan. Makanan kami masak nasi dan makan segala ikan masin sambal, sambal bilis dan beli sawi , ikan ,telur dan buah di area homestay kami untuk dimasak.


menu telur hancur ,sawi goreng,ikan goreng, bekalan sambal dan nasi putih.Alhamdulillah lazat berzat dan tido untuk tenaga dan bangun awal pagi esok utk trip ke otaru .

DAy 2 -Otaru Trip dan Makan Ramen Gengkhis 

Kedai ini antara tempat makan yang tersenarai dalam senarai tempat makan halal di Sapporo.
Di otaru memang target nak tengok show penguin dan Dolphin plus main slide snow board tu sampai tergolek golek.Best ever .
Sapporo Station - Otaru
Bekfas di hotel atau bawak bekal
ke JR Otaru station
Otaru Aquarium
10 pagi - 4.00 petang
Penguin Snow Walk (Performance time: 10 minutes) 
11:30a.m. 
Dolphin show
1:00p.m. 
By Bus 
Get of the train at JR Otaru Station
 → Take the chuo bus for 25 minutes 
from the 3rd bus stop at Chuo Bus Terminal in front of Otaru Station
- OTARU AQUARIUM : 1000 ¥ seorang
Adults: 1000 yen, Elementary and Middle School Students: 400 yen,
Aged Over 3: 200 yen
Mosque Otaru

Otaru canal
Plan nak Solat di area masjid Al Noor ,otaru tapi tak dapat sebab sejuk sangat snow turun lebat.Kami dalam bus time tu tak bole hnak turun jenjalan.Angin kuat menusuk.







Tsu Dome festival snow (ribut salji masa ni so tak banyak dapat main game outdoor -sejuk teramat nak buka mata pun terkedip kedip..hiihi)

Day 3 - Tsu Dome Festival snow dan Shopping area Tanukikoji Shopping Street. 

Ambil Toho Subway Line
Tsu Dome
Festival snow big place - free for kids






Ambil Gambar dan main indoor dan outdoor game
Toho Subway Line
Access is possible by shuttle bus (100 yen one way, departures every 5-10 minutes) or in a 15 minute walk from Sakaemachi Station, the terminal station of the Toho Subway Line (10 minutes, 250 yen from Sapporo Station).
Shuttle buses to the Tsu Dome Site also depart from the Odori Site and from Sapporo Station (210 yen one way, every 15-30 minutes).
Odori Park dan Susukino Park (snow Festival)
Belum craving lagi . ice tu kotak kotak je lagi .Start 4 feb 2019
Pole Town dan Tanukikoji Shopping Street. 
Shopping @Tanukikoji Shopping Street. 
kedai Mega
Daiso (area terminal 2 McDonald)
kedai  2nd street 
Solat di  (Hokaido Tours level 3F @ Tanukikoji Shopping Street)



Day 4 -Air Terminal Hotel dan Makan Tempura area Airport

Disebabkan flight kami pepagi so kami decide ambil hotel di area new chitose airport dan kami dapat jenjalan di Smile Road airport tu dan Doraemon plus onsen. 

Sebelum tu kami stored luggage di Sapporo station dan jenjalan area odori park dan Sapporo station saja dan repeat shopping di Tanukikoji Shopping Street.

  • Odori Park
  • Sapporo TV Tower
  • Aurora Town
  • Sapporo Clock Tower
  • Tanukikoji Shopping Street

bergolek di salji yang lembut dan memutih.Alhamdulillah


map yang sememangnya sangat berguna di kala tiada line wifi .Wifi kami guna pocket wifi yang disediakan di homestay dan boleh dibawa meratarata di sana


Day 5  - Going back to Malaysia (lebih kurang 7 jam 25 minit )

Alhamdulillah selesai.Terimakasih kepada semua blogger yang pernah ke sapporo dan share pengalaman serta itteneary.Tq muahh


Nak lebih detail 



Ke kashmir kah kita after this?

Wednesday, January 9, 2019

Cuti lagi di Golden Sands Resort, Penang by Shangrila penutup tirai 2018

Salam,

Kami ke sini hujung tahun 2018 . Disebabkan dah banyak kali datang penang cari makan makan so kali ni just cari makan pasembor padang kota dan cakoi batu feringgi sahaja memang sedap mcm yang digambarkan . Lenlainnya memang banyak aktiviti sekitar hotel sahaja.









Pasembor ni memang sedap la

Akticiti melayan keletah si kecil

Tuesday, January 8, 2019

RESTORAN BERKONSEPKAN MELAYU KLASIK DI PERAK

Salam ,

Sebelum ke penang dan bandar baru serdang kedah , kami stop bermalam di 
Casuarina area MAPS dan kami cuma bergambar dan makan di RESTORAN BERKONSEPKAN MELAYU KLASIK DI BULATAN AMANJAYA MERU , PERAK. Kali kedua datang sini tapi ini kali pertama makan di sini.

Restoran Labu Sayong . Sangat Cantik rumah tu dan makanannya sedap kena dengan tekak kami. Alhamdulillah . Kami makan kat bawah aje dan naik atas untuk meninjau2 kawasan. Masa tu cuaca panas dan langit sangat cantik.
Gambar makanan tak sempat amik sebab tak sempat sarapan so memang lapo le bila touch tanah ipoh tu tengah hari..huhu

Harga RM11.90 Net per person . Buffet express Monday -Friday
Masa : 11.30 -2.00 petang 

Menu hari tu
Nasi putih
Rendang pedas ayam 
ikan masak taucu
Kerabu 
ulam dan sambal belacan
bubur pulut hitam 
Buah buahan
2 jenis cold  dan ada air teh panas
(ada satu lagi lauk tak ingat)

Kami bergerak ke Bandar baru serdang pepagi esoknya.






Orite bergerak ke penang selepas makan lauk kenduri.

Monday, December 10, 2018

Cuti santai 2 hari 1 malam di Solstice Cyberjaya

Salam,

Nak eja dan sebut pun agak sukar.hihi.Lama tak update pasal cuti cuti. Kali ni cuti singkat aje biasa kami kalau bercuti di cyberjaya, kami akan pilih dash box..tapi kali ni saja nak tukar angin. Ciku tengok dalam website booking.com. Harga booking.com RM129.00 tengok pada deal.Tapi time ciku booking dapat rm150.00 plus 10%.

Nama lokasi : Solstice @ Pan'gaea apartment satu bilik , ada dapur dan kolam yang sangat cantik (Kami suka kolam tu) .

Bilik untuk keluarga kami ok aje .Kena bawa toto. Cuma bilik kurang bersih masa kami check in dan kettle not function so masak air pakai pot yang juga disediakan.Buat teh panas panas dan cicah biskut. Bilik sangat sejuk but ok just nice .

Ni pic gambar pepagi dah turun mandi..aduhai

Gallery image of this property
Rooftop. ehsan 



Situated within 2.1 km of DPULZE Shopping Centre in Cyberjaya, Solstice @ Pan'gaea offers accommodation with a kitchen.
All units feature air conditioning and a flat-screen TV.
  • Bedroom 1: 1 double bed 
  • Living room: 1 sofa bed 

  • Ok  nak stori makan, kami suka makan sotong panas dan bawal panas di terminal cyber atau di arena sukan tu .Tapi masa cuti ni kami makan di homyst .Sedap .Esoknya makan di Restoran mohd chan putrajaya..pun sedap..sangat sedap.hihi.

  • Orite settle percutian ringkas 2 hari 1 malam.
  • Tuesday, October 30, 2018

    Wednesday, October 17, 2018

    Bercuti di Avillion Port Dickson


    Salam,
    Alhamdulillah. Ciku dan keluarga berkesempatan menginap di Avillion pada sabtu -isnin yang lalu.
    Pakej yang kami grab masa Matta fair. 
    • Menginap di Avillion include breakfast for 2 person
    • Wild West Cowboy InDoor Theme Park
    • Trick Art
    • Karaoke (Ni kami tak masuk sebab tak sesuai..hiks)

    Kami gerak pagi ke Mambau terlebih dahulu , pekena nasi lemak ayam halimah di Mambau.
    Kemudian terus ke PD Wild West Cowboy InDoor Theme Park.
    Tempatnya simple .Anak anak seronok je .Try semua games dan bagi kami the best is Games escape the room.Simple aje bagi orang dewasa tapi bagi anak anak depa suka je.
    Nak dapatkan clue kena melalui  simple rumah hantu (gelap lor tapi ok aje) , maze mirror , cari telur dinasour, buat sikit soklan math dan dapatkan kunci yang banyak.Last bukak paddle lock with numbering tu..semua step kami lepas escape tapi kami sekeluarga salah kira tang math tu so kunci yang last tu tak dapat bukak..hihi.KALAH dan game escape ni ada masa yang diberikan.Kalau menang tak dapat hadiahpun tapi anak anak seronok .its ok aje.

    Indoor theme park featuring kiddie rides, cowboy-themed games & shows & a 3D art gallery.
    Address: 59-64, Jalan DS 2/7, 
    Bandar Dataran Segar, 
    71010 Port Dickson, Negeri Sembilan

    Trick Art
    Ini kali keempat ciku dan keluarga pegi trick Art. Cantik dan best aje. 

    First time di Jeju ,korea
    Second kat ICT Shah Alam
    Third di Langkawi
    And this is forth di PD.hihi.

    Kami lunch burger King kat tepi trick Art tu aje.

    Avillion Resort Water Chalet Seaview 
    Designed with the architecture of an Old World Malay fishing village in mind, the resort fuses traditional culture with contemporary luxuries . Seaview chalet, natural walk, mini petting zoo. Nice environment.
    Resort ni nampak dah lama tapi bagi kami ok aje..cantik , banyak pokok pokok dan yang penting atas laut dan bilik kami paling hujung. Bangun je tdo nampak laut dan pokokpokok kelapa..really amazing view. Dan dalam bilik just nice dia punya feel very good with the surrounding aircond and whatever.Alhamdulillah

    Avi Lounge located kat atas Avi Spa. Tempat ni memang exclusive for adults only. Entry for age of 16 and above only
    During my stay at Avillion ni the package was inclusive with evening cocktail. Cantik terkejut serius cantik tapi kena g awal kalau dak ..ponuh.
    Evening Cocktail:  6.00pm-7.30pm

    Kami banyak duk di tepi Pantai tapi tak mandi laut.Just main pasir, kutip ketam kecik ,main bola sepak/bola tampar. Mandi di Kolam. Disebabkan hubby ada kerja on second day so ciku dan anak anak sahaja.Ok aje.

    Makan dalam pukul 3 petang di Double Queue Thai Cuisine Port Dickson .Sedap aje.
    Menu Nasi goreng seafood tomyam dan lenlain la.hiks.
    Opening at 11:00 AM
    https://double-queue-thai-cuisine-port-dickson.business.site/

    Pukul 6.30  petang kami ke Avi Lounge for evening cocktail only for kami berdua ala alahai.hari pertama sampai tu kami dapat duk kat luar .Hari kedua kami duk di dalam aje sebab dah penuh kat luar .Ok aje.nampak cantik juga sebab duk tepi tingkap.

    Best meh view sket gambar


     






    Tuesday, September 4, 2018

    Free Time manjakan diri dan sihat

    Salam,

    MERDEKA !!! Merdeka bukan hanya di mulut sahaja tapi kita sebagai rakyat malaysia harus padu dan jati sebagai seorang yang benarbenar anak malaysia dan banggakan diri sebagai anak Malaysia.Jaga maruah dan Jaga perilaku .

    Orite Ciku baru balik dari dash Box cyberjaya (bercuti 2 hari ) dan alor setar bukit kayu hitam  (4hari - flight AA) bercuti cuti selepas balik dari melaka tempoh hari .Tapi hari ini bukan nak stori pasal cuti cuti tdo tdo hotel tu atau makan makan  ..hihi

    Nak stori pasal Free time is time spent away from business, work dan apa apa lagi la.Ciku rest only for one day - going for urutan beserta fisio(RM120) tapi bukan spa urut urut ala ala bali tu..hihi. Ciku ke Physiogo Bangi area dan kemudiannya ke muslimah beauty putrajaya untuk urutan kepala dan cuci cuci rambut (RM60).hihi..okla kan harga tu.
    Alahai nak stori panjang pun sebab ciku buat rawatan rambut so susah sket nak share . Tapi ciku ada bertanyakan pasal harga rawatan dibawah.Ciku pernah buat bekam angin kat sini juga. 

    untuk rambut beruban dan inai  - rm50++
    untuk rambut berkutu -rm50 jugak.
    untuk rambut berkelemumur dan rambut gugur agak mahal sket..tak ingat berapa kena call tanya ye.hihi

    Image result for muslimah beauty salon putrajaya

    Muslimah Beauty Salon & Spa Putrajaya, Presint 9 Putrajaya
    Alamat : Lot Kedai Putra Harmoni, 16A, Jalan P9 B/1, Presint 9, 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
    Phone: 03-8861 3883

    Ciku cek pinggang sebab mcm nak cramp aje so fisioterapi tu tekan tekan cari point then di cek nya tiada yg mudarat tidak worst lah.alhamdulillah.Pastu dia letak hot pad dan urut area yang berkenaan sehingga urat menjadi lembut gitula kot bahasa dia .hihi..dan alhamdulillah dalam sejam tu..ciku dah ok dan rasa lega.

    Ciku pernah buat rawatan dengan mereka sebelum ini tapi this is my first time datang tempat ini.Bagi ciku kalau orang yang sakit tak boleh banyak gerakan tu better panggil fisioterapi datang rumah sebab tempatnya bertangga dan masa kita call tu dia akan tanya keadaan kita dan akan suggest dulu before datang.
    ni url artikel ciku sebelum ini .

    Image result for physiogo bangi


    Ciku pegi buat medical checkup jugak dan result baru dapat . Alhamdulillah all is normal cuma kolesterol tu agak lebih dari sepatutnya 5.2 tapi doktor kata ok aje dan masalah besar pada BMI..hihi..cmanaa nak turun mendadak gitu..adui.Tapi ciku jawab insyaAllah saya akan cuba cantikkan BMI saya.chaiyok

    Bagaimana dikala free time ciku manjakan diri selain spa dan urutan tu..ciku akan rest nengok muvi sensorang dan tidur lena tanpa sempat bermimpi..ye ke..haha.Okla joms goreng popia ketam ..masak makan masak makan pastu bising gomuks..haha

    Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

    Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...