Tuesday, May 3, 2016

Camar Laut Bagan Lalang express Holiday

Salam ,


Sabtu bebaru ni kami sekeluarga terpaksa batalkan ke pantai timur atas urusan yang tak dapat dielakkan, so bangun je pagi tu ciku saja call Camar laut resort yang terletak di bagan lalang berdekatan dengan hotel seri Malaysia. Selalu nampak je resort chalet tu bila g makan kat Restoran Terapung HM bagan .So tetiba bila call , staff situ kata ada kosong untuk bilik standard sahaja pada hari ni so ciku terus booking.TL kata ok je ..joms. Harga rm170 (public holiday n hari minggu) termasuk 2 orang breakfast.Biasa harga rm150.

So terus suruh anak anak bersiap berkemas untuk bermalam di Camar Laut Resort ini.Biasa tengok dari luar sahaja tak pernah masuk lagi tempat ni.Kami terus gerak lepas sarapan pagi tu..ciku sempat masak pasta aglio olie seafood dan bawak le bekal sekali.Check in pukul 3.00 petang .Sesampai je situ..kami diberitahu oleh staff kalau nak tukar chalet berkembar yang ada 4 katil..kekosongan masih ada sebab ada customer yang tolak dan harganya sama rm170 bersama 4 brekfast. Kami ada 5 orang so ciku n TL setuju aje.

Bila masuk chalet kayu tu..TV3 tak clear sebab nak tengok bola JDT vs kedah malam tu dan terasa sangat bahang walaupun ada 2 aircond.Ntahla apo kono semek ciku ritu.Bilik tu cantik je ada Ruang Tamu comel ,TV , bilik air dan 2 bilik ada 4 katil tapi ciku tukar gak ke hotel amik bilik standard yang ada 2 katil single. Ciku rasa lebih selesa di bilik standard yang 2 katil tu lagipun anak anak kami size kurus kurus so muat je.hihi.Sebelah hotel tu ada kolam renang comel.So akhirnya ciku ambil bilik yang memula reserved by phone tu. Lepas asar, kami terus ke laut bawa anak anak main gelongsor gergasi dan makan di HM bagan- kena tempah terlebih dahulu(menu ketam cili,ikan kerapu 3 rasa,ikan kembung bakar, sotong grg tepung,tomyam size kecil dan kailan size kecil). Makan makan dan after tengok sunset tu kami balik bilik.Cantik view dan terasa penat dan sangat kenyang.alhamdulillah.

Bangun pagi esoknya , ciku dan anak anak main bola sepak dan badminton. Kami memang dah terbiasa bangun pepagi kalau g jenjalan.Kalu kat rumah tido je kalau cuti..hihi.Dalam pukul 8.30 pagi kot kami g sarapan di Camar Cafe. Sarapan boleh tahan sedap ..nasi lemak sambal bilis ,telur dadar, mee goreng ,nugget, roti bakar dan air punch serta air panas. Okla harga rm6.00 seorang. Lepas makan ,angkat sume plate dan gelas sume letak sendiri di tempat yang telah disediakan.Very good.Ciku nampak staff ada sorang je kat cafe camar ni maybe time cuti kot tak ramai staff.

Ooo..boleh sewa basikal 1 jam rm10 dan boleh bawa ke pantai dalam 100m kot.Tapi kami tak rental pun.Jalan kaki ke laut.Lepas sarapan tu bawa anak anak mandi laut lak kutip ketam kecil dan mandi kolam pulak lepas tu..berendam sakan kat kolam..laut tu mandi kejap je sebab jumpa banyak obor obor..takut lak..huhu.

Sebelum check out ,kami ke kedai jualan hasi laut di tepi restoran HM tu untuk bawa balik.Banyak jugak kami beli..sotong segar ,ikan kerapu,Ikan siakap, ikan pelaling(kembung),ikan bawal,udang ..hihi.ni kono masak ni..balik rumah nanti.Otw balik tu ,singgah juga beli nenas tepi tepi jalan tu.color kuning dan bau wangi..sedap buat jus guna Hurom slow Juicer..hihi

Memang rezeki depa, kami sampai je kat rumah , adik ipar nak datang so ciku dan TL masak le apa yang ada.Ikan kerapu masak stim ,siakap 3 rasa ,sotong sambal dan goreng ikan kembung tu.Sayur terung goreng belacan ala wong solo terung belado..(perasan..haha). Sedap makan sambil menjilat jari..hihi.

Keesokannya pulak ,sedara ajak ke Pesta Buku Di Maeps Serdang (29 April - 9 Mei)..joms..beli buku cerita rm 1.00 aje untuk bebudak ni dan buku resepi. Ciku dan TL jenis yang tak baca novel.hihi

Untuk makluman juga,
Resort Camar Laut yang juga dikenali sebagai Pusat Latihan LKIM adalah sebuah pusat latihan dan juga resort percutian yang diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia(LKIM).


BOOKING
For reservations please contact:

CAMAR LAUT RESORT
Bagan Lalang, 43950 Sungai Pelek, Selangor.

TEL : 03-31411912
FAX : 03-31411924
Reservation Hours : 8:00 am ~ 10:00 pm

4 comments:

Farikica said...

X da gmbr bnyk sket ka ciku... nk tngk2 jugak. Bru bln 3 sya p pantai timur

CIKU said...

hihi..Ciku refer to this blog before pegi sana.
http://cikviva.blogspot.my/2015/05/office-family-day-2015-camar-laut.html

Jari Manis said...

laahh..ini bukan kat bagan lalang sungai pelek selangor tu kan..dekat tak dgn ikan bakar femss tu

CIKU said...

aah..dekat je walking distance je ngan HM bagan ikan bkar femes tu.

Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...