Tuesday, May 17, 2016

Bercuti di Kota Bharu

Salam ,



Kami ke Kota Bharu , Kelantan.Percutian 3 hari .Tiket murah fly with AA. Dalam pukul 8 pagi flight ke KB. Kami 6 orang sekeluarga (termasuk mak mertua).Perjalanan dalam 40 minit.Alhamdulillah kapal terbang mendarat dan sume ok je.Takde delay. Member dah tunggu di Airport .Beg kami bawak 2 beg tarik saiz kecil dan 1 beg sandang.Kami tak sewa kereta sebab member bagi pinjam kereta dia .Dia ada lebih kereta..hihi.Dan malam pertama sampai tu tido rumah dia je di Kuarters JKR Kota Bharu.tq tq.1 malam lagi tido perdana hotel .

Hotel Perdana Kota Bharu
Jalan Mahmood
15200 Kota Bharu
Kelantan, Malaysia

For Booking & Reservation :
T:+609.7458888
F:+609.748 8855
Email :sales@hotelperdanakotabharu.com
reservations@hotelperdanakotabharu.com

Tok Aman Bali Beach Resort
Lot 6264(1), Pantai Bisikan Bayu, Semerak,
16700 Pasir Puteh, Kelantan, Malaysia

Tel : +6 (09) 691 8899
Fax: +6 (09) 691 8787
Email: sales@tokamanbali.com.my


Menu Makan
Aktiviti
Percutian KB Day 1
Sarapan
Nasi berlauk kakchik-ikan
Nasi kerabu panji
Pulut lepa
Akok
Nasi Dagang
Bermalam di Rumah member Kuarters JKR Kota Bharu

G tengok pulau Melaka tempat Tok guru

Tengahari
Member masak mi udang dan bihun sup ayam


Petang 
Makan maggie Tiram 
Maggie goreng Tiram
nasi Goreng Tiram
Tiram fresh cicah air asam
Tiram Telur dadar 
Tiram crispy celup telur 
Jenjalan pantai kemayan 


Malam 
Makan satay baung
Ziarah rumah kawan lama di area Bachok

Percutian KB Day 2

Sarapan
Nasi berlauk kakchik-ikan Aya
Nasi kerabu Daging Salai panji
Pulut lepa
Akok

Tengahari
Nasi kenduri area kampung Teratai, Besut




Petang
Makan Maggie Ketam Kota Bharu.

Beriadah di Trek larian Jabatan Belia dan Sukan Kota Bharu



Kenduri kawin di Besut
Lepas tu jenjalan Ke Pantai Bisikan bayu area Tok Aman Bali Beach Resort .

Check in Hotel Perdana Kota Bharu


Malam
Terus ke Wakaf Che Yeh tempat shopping buka waktu malam.Beli baju jubah untuk anak perempuan dan minum kopi ais. Balik hotel tido – Mode fengsan

Percutian KB Day 3

Sarapan
Ke Kopitiam Kita Kota Bharu
Macam macam ada..ciku makan Roti Titap special.

Tengahari
Sup Gearbox Special
Kerabu perut plus mangga Daging bakar salai di Kedai Makan Zuraini area kuarters JKR.

Malam
Makan di New Horizon. Amik set 5 lauk termasuk oysters pancake dan air tembikai laici jug
Lepas sarapan terus ke pantai Senok area tawang bachok yang popular macam nami Island Korea tu.

Lepas tu terus ke hotel Perdana semula bawa anak anak mandi kolam.

Minta check out Pukul 1.00 so terus g makan lagi.

Ke pasar Siti Khadijah dan Pasar Buluh Kubu. Membeli belah. Banyak sutera dijual tapi ciku beli seluar kain batik tu ngan kain sepasang je.hihi.


Balik rumah member semula dan rest. Lepas makan malam , kami terus ke airport. Flight tiket pukul 11.20 malam. Penat teramat dan ngantuk tersangat sangat time ni.anak anak ni aktif je.duduk je dalam flight sume tido padahal kejap je dalam 40 minit kot.

Flight mendarat je dalam 12.20 kot nak kejar tren last KLIA 2 pukul 12.59 malam.huhu. Bagasi lambat plok Open. Dalam 10 minit lagi nak 12.59 ..kami berpecah dan ciku bawa anak anak dan mak untuk beli tiket ERL .TL tunggu bagasi ..dia laju je jalan nanti. Alhamdulillah akhirnya lagi 1 minit tren nak sampai..semua dapat berkumpul semula dan naik tren dengan selamatnya.sampai rumah dalam 1.30 pagi..esok pagi sekolah dan g kerja macam biasa.Settle trip to Kota Bharu, Kelantan.

Dibawah adalah antara moment di Kota Bharu yang sempat snap.






No comments:

Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...