Friday, April 21, 2017

Cuti cuti Masbro Village Melaka

Salam,

Kami berpeluang bercuti selama 2 hari aje ke melaka..hajat utama cari asam podeh melaka..hihi(feberet ciku - asam pedas johor dan melaka).

Homestay Warna-Warni , Masbro Village terletak di Paya Rumput, Melaka, kira kira tujuh kilometer dari pusat bandaraya bersejarah itu. Hotel ini menampilkan gaya butik yang ceria, cantik dan mempersonakan.nama Masbro adalah gabungan nama adik-beradik pemilik.Idea mirip Brighton Beach, di Australia.

Rumah inap ini menyediakan kemudahan seperti ketuhar, peti ais, katil di kedua-dua tingkat, penghawa dingin dan bilik mandi yang dilengkapi dengan pemanas air,sudu,cawan pinggan sume ada.

Harga masa ciku menginap adalah RM 280 dan memuatkan seramai 6 orang .Lebih kena tambah rm30.Bilik ciku kebetulan depan kolam..check in terus bebudak ni masuk kolam.

Kat melaka ciku g cari makan kat coconut shake kelebang,keria antarabangsa(rm0.60sen sebiji -kami tak beratur sebab call pakcik haji tu dulu dan terus g amik je pukul 1.00 thari),keria bonda(better),roti canai arang dan asam pedas Ani melaka( ikan fresh perkampungan nelayan di parit jawa MITC melaka).

Jenjalan tak banyak sangat sebab tak larat dah..hihi..lagipun baru 6 bulan lepas g melaka dah.

Meh tengok gambo ye.














Gambo asam pedas tak sempat nak amik sebab lapo dan dah habis.hihi.memang kena repeat ni di restoran Asam Pedas Ani ni.







Monday, April 17, 2017

Mengandung diusia melebihi 40 tahun

Salam,

Alhamdulillah rezeki Allah kurniakan. Aku disahkan pregnant diusia ini.Almost 9 years gap asik travel je tak perasan lamanya gap untuk anak ke empat kami.

1) Mabuk teruk 
2) Kurang aktif dari biasa
3) Dahla memang serabai ...bertambahlah serabai tapi still cute (orang kata,rasa sebab makin gemm..haha)
4) Kalut mencari pakej pantang yang boleh menjaga bermalam bersama dirumah
5) Tetiba pulak diabetis selepas minum air gula 7.9 - kena alwiz repeat BSP (First time)
6) HB low 10.5 but the ending pregnant its normal..alhamdulillah
7) Lately Sakit tulang pinggul bila start cecah 6 month kandungan maybe becoz of big size of me.
8) Aktiviti travel fly di slowkan
9) Aktiviti walking distance exercise also slow kan
10) Daftar FPP di Hospital kerajaan but ending bersalin di Hospital Az Zahrah Bangi. Alhamdulillah
11) Bermula episod check up ke klinik .buku merah before ni dah hilang.ntah letak mana tapi buku merah anak sulong ada lagi..hihi.
12) Rumah dan masak masak semakin tidak kuhiraukan dan telah berkurang.
13) Husband aje yang mendobi dan memasak or membeli.Alhamdulillah.
14) Minyak angin teman rapatku.hihi
15) Dan aku mengambil cuti tanpa gaji.Rest


**Apapun aku tetap bercuti bersama famili tapi dekat dekat aje. Baru balik melaka -Masbro Village sambil mencari keria antarabangsa yang glemer tu dan Restoran Asam Pedas Ani Parit Jawa MITC MELAKA.Nnt free aku upload entry Masbro Village melaka.




** dah tak membahasakan diri "ciku" dlm blog tetiba..hiihi

Tuesday, March 28, 2017

Kem Solat cuti sekolah di putrajaya

Salam,




Musim cuti bebaru ni ciku sempat hantar anak anak ke Akademi Barakah ayer8 putrajaya. Kami tertarik dengan selain pengajian yang ditawarkan , boleh memanah dan berenang dan kuantiti pelajar pun dalam 20 orang. Anak anak jadi rapat dengan tenaga pengajar yang kebanyakannya dipanggil ustaz dan ustazah.Bila balik rumah je musti ada stori tentang ustazustaz disitu.

Waktu riadah juga anak anak bermain bola di gelanggang futsal area ayer8 tu. Memang nampak mereka seronok.Alam hafazdan dan pembacaan surah assajadah juga dilakukan selain amali solat dan mengaji.Ada aktiviti treasure hunt mengenai juzuk Al Quran  ,cross word,mewarna dan lain lain. Makan diberi 3 kali dan setiap kali ambil mereka waktu petang nak balik tu..memang mereka selalu dah kenyang .

Masuk seawal 7.30 pagi dan balik pukul 6.00 petang. Harga RM 350 seorang untuk 5 hari. Lokasi di rumah 3 tingkat di ayer8 putrajaya bersebelahan dengan tempat makan situ.

Untuk mengaji sahaja pada setiap sabtu pukul 9.00 pagi - 12.00 thari bayaran rm70 seorang sebulan dengan makan pagi sekali .Tak ingat pula bayaran pendaftaran .Sesapa berminat dan ingin keterangan lanjut boleh rujuk fb Akademi Barakah ayer8 putrajaya .

Orate alhamdulillah settle entry kem cuti sekolah .Bermulalah rutin kehidupan sekolah seperti biasa .

Thursday, March 23, 2017

Farm in the city -Themed petting Zoo

Salam 

La ni musim cuti sekolah so ciku sekeluarga ke Farm in The city yang terletak di seri kembangan Selangor area giant tu.Kami pergi bekfas dulu di Restoran Lebai Dollah Shah Alam kemudian ke sini seawal 10.00 pagi dah masuk dalam tu..jalan pusing2 memang bebudak ni seronokla tengok depan mata haiwan2 ni dan ada banyak yang boleh pegang. Sebelum pukul 2.00 dah settle.kejap je pun.

Paling suka dapat pegang racoon dan pancing ikan kecik2 tu. Dalam ni ada cafe . kami beli popia goreng dan ABC .Buat kudapan sementara nak lunch .Breakfast tadi pun dah berat memasing.Ciku just beli FM .

Meh terjah pic.















Harga masuk
Adult /Dewasa : RM 32.00
Senior citizen /Children : RM 27.00

Operating Hours 
Weekdays : 10.00 am - 6.00 pm
Weekend/public/School Holiday : 9.30 am -6.00 pm

Okies settle berminat bleh refer www.facebook.com/farmInTheCityMalaysia

Continue stori anak anak ciku bersama kem solat seminggu di Akademi Barakah ayer8 putrajaya (rumah the house emma maembong tu..hihi).

Pengisian selain mengaji dan solat,hafadzan surah assajadah,memanah ,berenang dan treasure hunt.Best ever for them.Tq Allah.


Friday, February 24, 2017

Carian Pakej pantang ibu bersalin dan penjagaan bayi

Comelkan baby orang lain ni..hihi


Salam,

Sementara bercuti dari koje yang serasa dah lama sangat ni berehat dan masih belum sihat sepenuhnya asik lemau je..cikupun menjejakkan jari jemari mencari pakej berpantang sendiri. Dah nak masuk anak ke 4 ni kena pantang sendiri le di Putrajaya. Ciku dah dapat 3 pakej.

1) Pantangplus (harga berbaloi)
2) Pakej Humaira (Pakej muslimah)
3) Pakej Natali(ramai orang guna)

Masih survey

Yang penting 
Pakej ni sume terapist datang
Pagi sehingga 5 petang dan 

[URUT/ TUNGKU/TANGAS/MANDI HERBA/BERBENGKUNG dan lain lain]
Penjagaan IBU DAN ANAK
termasuk menyediakan MAKANAN BERPANTANG bagi 7 hari atau 14 hari dan ada pakej penutup pantang iaitu sengkak.


Tapi bila ciku survey ada antara pakej diatas yang ciku kurang .
1) Suh seseorang tgkkan baby semasa terapist nak 'adun'kan kita.(xde orang)
2) Raw material perlu disediakan oleh customer dan terapist akan masak di rumah customer(nope)
3) Booking 50% seawal 3 bulan disahkan mengandung (mungkin sebab untuk harga promo).adoi awal sgt..kitapun tak tau apa akan jadi.

Ini sepahaman ciku le. So far belum booking apa apa lagi.

Moga Allah (SWT) mempermudahkan segala urusanku dan keluargaku.

Thursday, February 2, 2017

Cerpen Mary


Pagi yang sunyi , hanya kedengaran pusingan kipas yang terpasang dari semalam.Aku masih sendirian disini hidup di alam gelap tanpa sesiapa.Entah berapa kali ku pusingkan lagu hindi ini tanpa jemu dan tanpa faham dan aku tetap membiarkannya terpasang.Sudah hampir 2 minggu aku begini dan tanpa bicara.Aku lemah fizikal dan mental.Emosiku terganggu.Kenapakah denganku ??

Fasa Nostalgia 1 :

"Mary are you ok?Nak makan tak?" kata Rania yang seringkali menyuruh aku makan. Memang aku suka makan lebih lebih lagi ikan bakar cicah cili kicap..wow meleleh airliur..hihi."Jom cafe Rajawali"..jawabku tanpa ragu. Kami bergerak bersama ke cafe yang sememangnye menjadi tempat feberet kami sebab musababnya bukan sahaja sedap tp boleh lepak lelama. Aku budak kaki lepak..itulah yang seringkali dinobatkan kepadaku tapi aku cemerlang weh dalam pelajaran.Akhirnya aku dan Rania berjaya menggondol ijazah dari Uni Tempatan Malaysia.Alhamdulillah.(Aik citer ajak makan tetiba dah grad..hihi).

Fasa Nostalgia 2 :

"Mary are you done?" dari mulut Madam Koo ."Yes Madam mypaperwork already submit to your PA early this morning" aku la tu yang cakap. Sebulan lagi majlis besar nikah anak kepada Dato Tajul dan Datin Okid akan berlangsung. Rekabentuk pakaian mereka eksklusif khas dari butik boss aku le..Madam Koo . Tema warna majlis adalah pink and soft oren.Nice and calm.Aku juga dijemput untuk menyampaikan sebuah lagu pengantin baru pada hari tersebut.Kenapa aku ye..hihi.

Fasa Nostalgia 3:

lirik lagu pengantin baru
Selamat pengantin baru. 

Selamat berbahgia. 
Selamat ke anak cucu. 
Selamat sejahtera.

Semoga berpanjangan. 

Semoga berkekalan. 
Selamat Pengantin Baru
Semoga satu tujuan. 
Semoga aman.

Hidup mestilah rukun. 

Sabar paling perlu.. 
Cinta setiap hari.. 
Senyum mesti selalu.
Oh oh oh oh..

Disuatu petang sambil mendesign pakaian Datin Okid,aku mendendangkan lagu ini tanpa sedar ada telinga dan mata yang melihat dan mendengar ..hihi..sudahnya aku dijemput untuk menyanyikan lagu yang sama di majlis perkahwinan anak mereka.Kebetulan Datin dan anak lelakinya tiba tiba datang ke pejabat ingin berbincang mengenai hal majlis tersebut dengan Madam Koo.Bersungguh mereka nak aku ada turut hadir di majlis itu.Okla i'll set date untuk ke sana.Alhamdulillah Allah anugerahkan voice yang merdu bak saloma ni..hihi.
Fasa Nostalgia 4 :
Sudah bertahun aku bertugas bersama Madam Koo ,tibe tiba one fine day aku dikejutkan aku terpaksa dihentikan kerana Bisnis Madam Koo ada songlapan berlaku dan dia ditangkap dan mengaku bersalah.Rasuah.Aku dan staff lain terpaksa keluar dan mencari rezeki di tempat lain.Aku redha dengan ketentuan ini.Apa yang aku perlu lakukan kini.Masuk Af kah?Bintang RTM kah?Ke sana kemari mencari kerjaya yang dahulunya mewah kini mencari di pelusuk syarikat yang menginginkan kepakaranku sebagai fesyen designer ini.Kondo mewahku terpaksaku tukar kepada apartment comel dan aku masih hidup sendirian disini.Aku mencuba nasib sebagai tailor di kedai Makcik Ani di bawah apartment ini.Di sinilah aku bermula mencari rezeki sebagai tailor dan akhinya berkat doa dan usaha ,aku dapat meluaskan empayarku dan terlahirlah Syarikat Tailor Mary Teo Abdullah.Alhamdulillah.Bidang nyanyianku terkubur bersama Madam Koo yang ku dengar masih di penjara janji.
Fasa Nostalgia 5 :
"Hi saudari manis purse you jatuh" sapa suatu suara kemelayuan di bumi paris.Aku terkejut dan terus menunduk mengambil dan kepala kami terlanggar."Aduh" jerit suaraku slow aje."Terimakasih ye encik" "sori ye,Mael nama saya,Ismail " sambil tersenyum manis dan terus berlalu.Aku pun meneruskan perjalananku menuju ke padang lapang Eiffle Tower yang gah itu di mata dunia.Di waktu malam suasana disini makin cantik dan awesome gitu.Sejuk kala malam disini,aku bersama rania masih dalam bercuti dan ini adalah negara yang ke 12 dalam listing negara yang aku jelajahi dalam tempoh 6 tahun ini.Kerja aku asyik berjalan ke merata dunia melihat kebesaran dan keindahan dunia ini.Ismail aku temui semula dia di tempat yang sama pada keesokkan harinya dan kami berjodohan jua akhirnya setelah kukenali hatibudinya selama 2 tahun.Wow ..jodoh datang tibatiba dan kami masih merondaronda dunia sehinggalah kini dan bukan berdua tetapi bertiga bersama anak kesayangan kami.Alhamdulillah.
....................
"Kanser". Aku terkedu dan sunyi tanpa sesiapa disisi dikala ini .Semua ke tempat kerja dan taska. Aku tetap diam seribu bahasa dan terngiangngiang telingaku pabila dikala doktor mengesahkan ku mengidap kanser tahap 3 dan aku masih terdiam dan diam tanpa bicara . Aku cuba untuk redha dan moga aku kuat menghadapi dugaan ini semua.
"Hello,ini dari XXX hospital we are sorry mrs Mary,the result is not yours.You are healthy and well.We will take all the responsible .We are so sorry with our big mistake".Fuhhh..aku kembali ceria sambil mendendangkan lagu jomblo happy.
Sedikit pun ku tak merasa malu
Tanpa ada kekasih di hatiku
Bukan berarti ku tak punya rasa
Untuk menjalin cinta

Ku tak pernah merasa kesepian
Atau mengangap sebuah cobaan
Hidup ku ini penuh dengan cinta
Dan ku sangat bahagia

Jomblo happy
Memang pilihan hati
Bukan karna tak mampu
Untuk cari kekasih

Jomblo happy
Memang pilihan hati
Biar ku bisa bebas
Terbang kesana sini

Aku masih ingin terbang ke bulan
Dan memeluk semua bintang-bintang
Aku masih ingin terus berjalan
Tanpa ada ikatan

Tak kan ku biarkan rasa kecewa
Membuat ku diam dan tak bersuara
Ku yakin di suatu saat nanti
Ada cinta abadi
Cerpen pendek ini hanya rekaan semata mata
                                             ...................Selesai............

Tuesday, January 24, 2017

Langkawi - Penutup cuti jalan jalan 2016

Salam,

Stori tak update..Disember 2016..

1) Jalan Jalan bandar ipoh mencari lukisan mural Ipoh bersama keluarga dan ayahbonda di Container Hotel.
http://www.containerhotel.my/ipoh

  • Makan cendol di area padang polo
  • Makan capati dan mi kicap di warung Abang Nash bikers 
2) JalanJalan Langkawi (Disember - 4 hari) termasuk
  • Langkawi sky bridge (menapak 300 anak tangga untuk ke puncak dalam 20 minit) ataupun boleh naik skyglide dengan bayaran...Ditengah ditengah skybridge tu ada Sections of glass tapi tak gayat.so ok aje cuma nak ke hujung tu agak goyangan.hiks.
  • Nasi dagang pak malau -bergambar dalam sawah padi dan berviewkan sawah padi.cantik.
  • Makan di Hafiz rojak
  • Makan di Restoran Seashell di area muzium padi
  • Langkawi Cable car (beratur lama dan panjang)
  • Langkawi Skyrex
  • Langkawi Art in Paradise 3D Museum
  • Dataran Lang 
  • Pantai Chenang
  • Pantai Tengah
  • Beli coklat dan minyak bam gamat dan sedikit FM(fridge Magnet)
  • Bermalam di Hotel federal Villa ,langkawi

3) Ayahanda tersayang meninggal dunia di hujung Disember 2016

-selesai-




Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...