Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Carian Pakej pantang ibu bersalin dan penjagaan bayi

Comelkan baby orang lain ni..hihi


Salam,

Sementara bercuti dari koje yang serasa dah lama sangat ni berehat dan masih belum sihat sepenuhnya asik lemau je..cikupun menjejakkan jari jemari mencari pakej berpantang sendiri. Dah nak masuk anak ke 4 ni kena pantang sendiri le di Putrajaya. Ciku dah dapat 3 pakej.

1) Pantangplus (harga berbaloi)
2) Pakej Humaira (Pakej muslimah)
3) Pakej Natali(ramai orang guna)

Masih survey

Yang penting 
Pakej ni sume terapist datang
Pagi sehingga 5 petang dan 

[URUT/ TUNGKU/TANGAS/MANDI HERBA/BERBENGKUNG dan lain lain]
Penjagaan IBU DAN ANAK
termasuk menyediakan MAKANAN BERPANTANG bagi 7 hari atau 14 hari dan ada pakej penutup pantang iaitu sengkak.


Tapi bila ciku survey ada antara pakej diatas yang ciku kurang .
1) Suh seseorang tgkkan baby semasa terapist nak 'adun'kan kita.(xde orang)
2) Raw material perlu disediakan oleh customer dan terapist akan masak di rumah customer(nope)
3) Booking 50% seawal 3 bulan disahkan mengandung (mungkin sebab untuk harga promo).adoi awal sgt..kitapun tak tau apa akan jadi.

Ini sepahaman ciku le. So far belum booking apa apa lagi.

Moga Allah (SWT) mempermudahkan segala urusanku dan keluargaku.

No comments: