Famili Day 2015 di Bustel Klebang
Salam, suasana pagi di bustel Alhamdulilah selesai sudah Famili day kami yang rata rata dari Perak, KL dan Kedah .Ciku and famili dah booking Bustel , Melaka ni sebulan yang lalu dan dapat 13 bus maknanya 26 bilik .1 bus ada 2 bilik yang berasingan .Bilik bahagian depan adalah king size dan bahagian belakang 2 single bed yang agak besar. Semua kami lebih kurang dalam 60 orang termasuk kanak kanak dan bujang .Hari jumaat check in pukul 3 petang dan check out ahad 12.30 . Lantikan AJK telah dibuat sebelum ini iaitu Ajk penginapan, Ajk sukaneka, Ajk hadiah dan Ajk makanan.Lebih kurang gitula..hihi. Ciku and famili amik part Penginapan so kami pilih Bustel , klebang ni dan dipersetujui ramai.Famili day terbahagi kepada 3 grup besar.Team pertama color merah hitam dan team kedua color pink hitam dan team satu lagi color campuran.hihi. Ittenary Hari keluarga Nenda Aisyah November 2015 Jumaat Check in di bilik masing masin...