Posts

Showing posts from July, 2012

Hidangan puzzle

Image
Salam, Hari ni nak citer pasal keja ciku..Ciku jarang jarang buat design sebab tak kreatif  tapi tetiba ketua itu mintak design sebuah buku  yang berbentuk yang bertemakan ICT untuk pegawai pegawai atasan..ciku cam cuak kejap..ciku pk kalau design untuk golongan itu mesti formal /serius/straight/color standard ..susah lak rasa..adoila. Camana ni , design yang ciplak ciplak sebelum2 ni sume dah rosak terkubur bersama external hdd ciku..huhu. Apapun main puzzle word dulu ye..hihi.pk pk nak masak apa berbuka ni..pk pk nak g travel mana lepas raya ni..pk pk nak color tema apa raya ni..pk pk nak g terawikh kat masjid mana malam ni..hihi..pk ciku pk..hihi..adoila. comelkan puzzle..makan bole..

Biskut hershey's

Image
Salam 3 balang kecil...1 lagi..anak anak ciku tgh makan Malam ni ciku ngan hubby terlajak rajin buat biskut raya.kami start dlm kul 10 .30 mlm.huhu. So disebabkan mata dh terlalu ngantuk ni,ciku terus je ye.resepi ni ciku amik dr katalog tesco thn lepas.hihi. Bhn bhn 150gm mentega 150gm gula perang 1biji telur ayam 200gm tepung gandum 20gm serbuk koko hershey's 1sudu teh soda bilarbonat 1sudu teh esen vanilla 50gm cip coklat hershey's 50gm badam cincang Kaedah Pukul mentega n gula hingga kembang Masukkan esen,tepung gandum,soda,serbuk koko yg telah diayak bersama sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati. Akhir sekali masukkan badam dan cip coklat hersheys dan gaul rata. Bentukkan dgn sudu ikut suka bentukla...dan susun atas dulang Sedia untuk dibako dlm ketuhar pd suhu 180'c sampai msk. Settle dh 3 balang.ni kena sorokkan kalau dak anak anak ciku mkn abis.huhu. Wat biskut ni sambil tgk olimpik ngan my lovely mr hubby.

Tulip di Maxwell bukit larut

Image
Salam, Tajuk je..ciku belum pergi lagi sana..dalam listing Malaysia. Ciku nak citer pasal tulip di Malaysia sebelum pegi Amsterdam tengok tulip (Impian je..kalau ada  rezeki). Ciku dah lama nak pegi bukit larut yang di gahkan dengan tulip tu..adoi sure cantik. Buat yang tak tau , Bukit larut terletak di Kawasan Tanah Tinggi , Perak. Suhunya boleh mencecah 10 darjah Celcius pada waktu malam.Sejuk gamat tu.Ciku teringin nak pegang tulip dan nak tengok teksturnya dari dekat..hihi. Memang dah lama teringin nak pegi tapi tapi tapi ciku ni jenis pening jalan berlengkok lengkok.Poning tak boleh ngamnya.Adoi mau kuar muntah hijau nanti.hihi.Dikatakan ada lebih 70 lengkok selekoh tajam di lereng bukit untuk sampai ke atas tu. Perjalanan ke atas dalam 30 minit (adoi lama tu..kalau jalan lengkok lengkok) . Dulu, perjalanan ke Balik Pulau tu pun ciku poning..adoila. Okla nak stori the greatest jika berkesempatan , tak ingat ciku baca kat mana..ramai pelancong asing kata bukit larut tu s...

Senyap

Image

Mee kari Umai D'Lake Cafe Putrajaya

Image
Salam, Ciku nak citer pasal mee kari umai ni..pergh sedap lazat.hihi..dah lama lak tak pegi makan kat umai semenjak servis agak slow tu.Selain nasi lemak sotong tu ..ciku suka makan mee kari dan mee goreng mamak .Ada member kata tak berapa sedap..tapi terpulang masing masing punya citarasa.                                                       mee kari credit untuk blog      alwzbemybaby   Ciku suka gak sebab pekat karinya sedap...suka suka suka..Kenkadang ciku pegi makan mee kari time tengahari kenkadang malam..memang suka sangat.Bebaru ni ciku g makan kat seremban bawah jambatan..mee kari gak..depa kata sedap so ciku pegi la merasai kelazatannya..memang sedap gak tapi sedap lagi mee kari umai..hihi.okla asik citer mee kari je..huhu. Kalau nak resepi dari ciku tapi ni stail ciku la..bukan umai.hiihi Bahan bahan: Mee kunin...

Submit your incredible story now

Image
Salam semua, Cuak tak tajuk gitu timing bulan puasa ni.hihi.ciku dah lama tak buka nuffnang so hari ni buka la..then tengok ada pop up Nestle tu..rasanya ramai dah tahu..ciku je terlewat train.hihi.Xpela ye nak kongsi gak.Last date 30 Nov 2012. Nestle100 Years Registration So sesapa berminat bolehla karang stori mori kat situ tentang pengalaman bersama nestle sempena 100 tahun nestle.Ada 4 cara camana nak melontarkan stori mori tu..sama ada melalui text , twitter , Video dan Photo.Kalau ada photo lelama bersama Nestle tu yang mahal tu...kalau masih tak pasti apa itu produk Nestle(Mustahil tak tau)..Milo,maggie,kit kat,bliss,Nestum,nespray dan banyak lagi aa...Ciku paling suka Bliss dan Kit kat. Kat web tu anda akan diajar step by step camana nak buat sume tu.memang mudah je..The best is dapat hadiah..kaalu diorang rasa stori mori korang best..dapatla hadiah..hihi..kalau tak..just dapat kongsi bersama jela pengalaman tu ngan orang lain..ye tak..Nnt lepas dah siap tu boleh search kat...

Rezeki..Grand Lexis PD

Image
Salam, Hari tu ciku dan famili "bermerperrehatkan " minda..(sorik memutarbelitkan bahasa..hihi) di grand lexis..best tapi best kat sabah dulu lagi..karambunai..pasir pantai yang cantik dan memutih.hihi..rezeki dapat g grand lexis lak..alhamdulillah dan terimakasih kat boss sebab suh ganti dia punya tempat so merasa la hotel ni ..hihi. Grand lexis ni bertempat kat sebelah lexis  area legend water challet.sebelah lagi hotel Glory Beach resort ..sebelah lagi ntahla..haha.  Sampai je sini..mudah je nak cari tempat ni amik jalan nak ke lukut dekat sikit kalau dari putrajaya ni..takyahla guna garmin..hihi..anak anak ciku dah teruja nak mandi kolam yang ada dalam bilik tu..tapi agak bahaya kalau anak kecik sebab takut masuk sendiri kolam tanpa pengawasan..so di ingatkan " BAHAYA TANPA PENGAWASAN ORANG DEWASA "..anak anak ciku bangunpun awal ..sanggup sebab nak mandi pool tu..depan katil je kolam..tapi separate ngan sliding door dan dari tingkap bilik air pun boleh mas...

Mencari sarimah di Tanjung Bidara

Image
Salam, Bukan sarimah pelakon atau penyanyi atau pengacara tu ye..hihi..ini sarimah bukakn sebarang sarimah..ini Puan sarimah penguasaha tapai ..hihi..main jek..jgn mare ye. Sebenarnya hari tu ciku sempat terjah melaka berdua so kami plan pegi cari tapai  pulut sarimah location alamatnya ialah : Hasil gambar dari kosmo ye.. Tapai Pulut Sarimah Perusahaan Makanan dan Pengawetan Istimewa Kg Air Hitam Pantai Tanjung Bidara 78300 Masjid Tanah Melaka 06-3853041, 06-3853043 Kami silap masuk tol ..adoila..melaka  ada 2 tol..tol alor gajah ngan tol ayer keroh...so lambat la sikit sampai ..kami dah tepon kedai tu ..pesan kami sampai amik tapai dalam pukul 6 petang. Keluar dari kluang kul 3.00 kot. Dah 4 hari order tapai..ruparupanya kena order 2 minggu sebelum..huhu. Ramainya orang beli tapai nih..adoih.. Kami amik landmark tanjung bidara beach resort..haha..bukan nak tido sana pun..just landmark je ke tapai pulut sarimah ni..yang dikatakan femes malbeles ni..walaupun ci...

Apam Beras

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته, Pepagi ni ciku teringin lak nak makan apam beras so tepek dulu resepi orang ni dapat dari member , nnt free bleh buat untuk minum petang ngan keluarga..hihi..insyaAllah tungguuuu.. Apam Beras (Umi Zakwan Zaidi) 1 cawan nasi 1 cawan tepung gandum 1 cawan tepung beras 1 cawan gula pasir 1 1/4 cawan air 1 sudu kecil mauripan kelapa parut dgn sedikit garam Cara-cara 1. Blend nasi dan air sehingga hancur.  Setelah hancur, campurkan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati. 2. Campurkan pula tepung gandum, tepung beras dan mauripan, blend lagi hingga sebati. Perap selama 1 jam (baca dalam google kena 3 jam baru senyum). 3. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.  Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit. 4. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam.. atau enak juga dimakan begitu saja.

Wanita Bermusafir Tanpa Mahram

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته, Sebenarnya ciku bebaru ni terpanggil untuk  berkongsi artikel mengenai hal ini. Ciku ada baca buku Dr Muhammad Ali Hasyimi mengenai hal keperibadian seorang muslimah dari sudut alQuran dan al sunnah dalam konteks musafir wanita. Tetapi pembacaan sesuatu hal tidak boleh dari satu rujukan sahaja. Walaupun , ciku keluar negara semuanya bersama suami dan keluarga kecuali sekali bersama rakan rakan wanita yang dipercayai ke vietnam atas izin suami. Ciku tidak pernah membayangkan bercuti /melancong sebagai 'budaya tahunan' dan bukanlah semata mata untuk tujuan melancong semata semata. Ciku ingin sangat melihat bagaimana keindahan dan kebesaran Allah tentang dunia diluar sana dan salah satunya tentang merasai musim selain yang ada di Malaysia. Musim salji(snow), Musim bunga(spring), Musim panas(summer) melampau, Musim luruh (autumn) yang cantik. Cuma kenkadang ciku terfikir kalau keluar atas tuntutan kerja walaupun dalam malaysia dalam tempoh jangkam...

Rengit jualan barang terpakai

Image
Salam, Akhirnya dengan satu cerita dari kawan ciku dan ciku tengok tengok kat sesetengah blog pasal barang second hand di rengit ni..sampaila akhirnya juga si ciku dan member ke sini. ciku tengok kat blog ni..salah satu blog ye..hihi.. blog rengit terpakai Sebenarnya ciku ada hal di area kluang so amik kesempatan la berjalan jalan..plannya nak g terjah kluang railway stesen tapi ada member citer "sesuatu" then tak jadi..lastnya kami g tengok rengit .Kami tanya pakcik kantin landmark untuk ke rengit tu so paling mudah guna garmin wat carian ke pasar basah rengit ..ahaha. Dari Kluang - start g Hway JB/machap pastu tgk sign board simpang renggam pastu ke benut dah sampai rengit.. Cari KFC rengit , ada simpang kiri signboard besar Komplek niaga Rengit color kuning memang menyerlah color kuning tu.pastu terus aje..dah jumpa..terus sampai hujung tu..berderet deret kedai second hand ni..First time pegi tu takde la terkejut sgt sebab dah baca kat blog .."janga...