Posts

Showing posts from July, 2011

Tempeyek kacang ikan bilis

Image
tempeyek ikan bilis Mini popia Ini la makanan feveret aku kalau pg rumah orang selain ketupat nasi,sate ,rendang,kuah kacang..adeh..posa pun belum dah teringat makanan raya..apa daa. so dibawah ni resepi nak buat tempeyek ek Bahan – bahan  600 gram tepung beras 500 gram kacang tanah 1 biji kelapa 4 ulas bawang putih 1 sudu besar ketumbar 1 sudu teh jintan manis- ditumbuk kasar ikan bilis sedikit garam minyak untuk menggoreng Cara penyediaan: 1.Campurkan tepung beras dengan santan. Tahap kecairannya seperti menggoreng pisang. 2. Masukkan bahan tumbuk serta sedikit serbuk kunyit. 3. Panaskan sudip atau acuan dalam minyak panas. 4. Sudukan sedikit adunan keatas sudip/acuan.Taburkan kacang yang telah dibasuh dan dikeringkan serta ikan bilis. 5. Goyangkan dalam minyak panas hingga tanggal daripada sudip. Goreng hingga garing . sedapnya la aku rasa..aku tak buat lagipun..aku nak buat ke atau mintak mak mertua aku jekk..kalau aku buat rugi tepung tu....

budget plan to korea

Salam , Nak kongsi gakla stail backpackers nih tapi korang mmg kena research lebih kalau nak pergi without travel agency .Yang dah biasa stail backpackers ni satu keistimewaan. Yang paling penting walau mcmmanapun  stail backpackers..solat musti utama worait.makan minum kena jaga tahap kehalalannya.Last day aku kat busan ,lauk ikan bilis aku bawak dh abis so kami makan nasi ngan telur rebus jek dan juga sos mcd malaysia.hehe..oo..lupa nak stori..memula aku sampai kat airport incheon tu..ada satu pakcik cam muka chef wan tegur  aku dan masa nak balik mesia aku jumpa lagi sekali dia..dia gak yg tegur aku dulu...kenai lak dia lagi kat aku..lawak lak..rupanya dia cina kelantan..haha.igtkan pakcik korea..heeehe so sambung balik stori aku studi kat web ni untuk ke korea 1) http://budgettravel2korea.blogspot.com/ 2) http://english.tour2jeju.net/ 3) http://www.citytourbusan.com/citytour_2010/eng/ 4)  http://jelajahkorea.blogspot....

Korea - Seoul

Image
Everland di waktu malam..kami masuk malamnya entry sb tido terus kat sana dan nak tengok acara perarakan malam. Sambung citer dari busan ke seoul..terus pg everland (macam tempat disneyland) ..best best..kami dtg utk malamnya entry je sb taknak pg main main air tu . Aku masuk mystery mansion..aku ckp kat hubby ni rumah hantu ..aku ni terlajak berani..hehe..dia kata takpe..kita main main jek..game tembak hantu dalam rumah hantu..nnt akan kira mark untuk setiap kumpulan.so kami pg 3 orang..pije no 1 , hubby  no 2..markah depa dalam 4000 -5000..markah aku kosong..haha..sebab aku tutup mata so tak tembakpun.hehe.kami naik raft boat gak..golek golek dalam boat macam arus deras buatan jek..pastu pg tgk cartoon 4D..best best..animal world safari dan macam macam lagila..last tgk bunga api laser dan perarakan kereta berhias di waktu malam.abis jek dalam pukul 11 malam , solat terus balik hotel budget kat luar everland jalan kaki je memalam.cari nasi instant dan rebus telur ..makan..sa...

Trip Busan,korea

Image
Salam, ok kita sambung citer pasal busan lak yek.  Naik kapal dari jeju ke busan dalam 11 jam so kami amik kapal malam.Saja testing mental fizikal naik kapal besar lama lak tu.huhu.Poning gak tido dalam kapal ni..kami amik 10 orang sebilik..alhamdulillah tido ngan sume orang yang ada famili..anakanak depa..orang korea..so takde la takut sangat. So bila sampai jek kat busan ..kami terus cari hotel yang dah booking tu  H o m e - P a g e : www.elyseemotel.com E - M a i l : iamsonsh@gmail.com, iamson@korea.com Room Type Deluxe Elysee Motel Total 1 night for 2 adults KRW 60,000 cari jalan kaki jek..dikatakan dekat dgn port busan tu..siap tgk map lagi yg pihak hotel emelkan sebelum ni..mmg best la..macam cari hidden object lak kat tgh tgh bandar busan tu..kami jalan jalan jek..at last dapat jumpa dalam 30 minit gak..tp best..budak mix korea beijing yang jumpa atas kapal tu ikut kami gak..sgt baik..lepas cek in motel elyszze sebelah Tower   hotel .....

Korea - Jeju island

Image
Day 1-Jeju Salam Alhamdulillah..akhirnya kami berada di jeju island ,koea selama 2 hari  sahaja dan kami akan cuba pergi apa yang telah kami plan sebelum ke jeju. Banyak research kat sini  http://english.tour2jeju.net/ Jeju island sangat besar so kami telah pilih manamana lokasi yang nak pergi sahaja within 2 days here in jeju. Pilihan kami lebih kepada nature and sightseeing (menikmati alam sekitar gitu). Kami terus ke Gimpo airport menaiki  eastar jet  the domestic flight (more cheaper and nice) ke jeju . Bawah ni tiket flight dari gimpo ke jeju yang dah di booking oleh mr Hubby. Date Flight Number Departure City Arrival City Departure time ->Arrival time Departure 2011-07- 20 (We)   205 Gimpo(GMP) Jeju(CJU) 08:05 → 09:10 Name Pax type Route Fare Airport tax Fuel Surcharge Discount Additional charge Amount Payment ...