Posts

Showing posts from March, 2011

Jom dekorasi

Image
Dari semalam ..aku duk terpk pk apa la nak deko rumah ni..deko bagetla. Sekarang rumahku tema nya hitam putih kelabu.pastu aku rasa macam nak tukar color hijau oren tp dah macam sistem kenderaan aku lak.pastu aku rasa macam nak color peach blue pastu nak macam nak color pink hitam..aityak ..poning poning. tp semalam aku beli cermin hitam putih untuk ruang tamu gak so pastilah tema aku kekal hitam putih kelabu aje.cuma aku nak cari warna ceria sikit ..apa ek? Nak tambah bunga putih hijau ek..nampak klasik..ye ker..haha. aku jek nampak ala klasik..dia nampak ala kadar je. atau tukar carpet color hijau muda..so hitam/putih/kelabu/hijau muda.. aku rasa cam cantik jek..ye ker?tadi aku duk blogwalking aku jumpa url nih. yang jual sticker dinding tu. aku tak sempat tgk lagi..nnt aku jenguk semula url tu. http://jomdeko.blogspot.com/2010/01/wall-sticker-updated-rm10-new-design.html sumber pakcik google ****Apapun pastikan rumah bersih dan tersusun , tiada sawang..haha.****

Haniz-eyecandy giveaway

Image
Aku jarang buat mukadimah dalam blog so direct je seperti selalu.  maxima 3 pic yang di pilih oleh aku dari tanggadomino. Tujuan aku nak minta haniz-eyecandy mendesignkan pic my daughter ni..Raudhatul Jannah sebab aku suka sgt tgk scrapbook design dlm gallery haniz-eyecandy .Aku nak buat sendiri tp cam tak kreatif.hehe Raudhah kata nak jadi doktor perempuan bila besar nnt. Aku harap dia akan jadi seorang perempuan yang solehah dan berjaya dunia akhirat. Besday dia bulan akan dtg ni "April"  23 April 2008(silap da) - 2006.. so ini hadiah awal umi bg yek. masa 2 tahun Masa 4 Tahun Masa 5 Tahun (sekarang) kalau sesiapa berminat nak haniz-eyecandy designkan layout bolehla buat cam aku ni. masuk je kat haniz-eyecandy giveaway If you are interested just : *  make an entry about this giveaway. *  Put a photo/ photos ( maximum three photos)  you want me to make a layout with in your entry.   ex: your wedding photo, your kids, your graduation, yo...

Memberontak

KITA sering beranggapan hanya orang dewasa mengalami tekanan, gangguan emosi atau emosi kurang stabil. Hakikatnya, kanak-kanak juga tidak terlepas daripada dibelenggu permasalahan psikiatri ini. Mengikut kajian di negara lain, kekerapan kemurungan teruk dan sederhana adalah dua hingga empat peratus di kalangan kanak-kanak manakala 10 peratus di kalangan remaja dan 15 hingga 20 peratus di kalangan dewasa. Kajian yang dilakukan Dr. Ramli Musa dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang diterbitkan dalam Jurnal Psikiatri Hong Kong itu turut mendapati 10.5 peratus daripada pelajar sekolah rendah mengalami tekanan emosi dan kemurungan. Tabiat Bertanya kepada Profesor Psikiatri, Jabatan Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Azhar Mohd. Zain, beliau menjelaskan, gangguan atau tekanan emosi di kalangan kanak-kanak tidak boleh dibiar berlarutan dan perlu diberi perhatian segera. “Setiap kanak-kanak mungkin mempamerkan emosi yang berbe...

Biduan

Tetiba nak paste lagu ni entry hari ni. best lak aku dgr tang korus tu. aku nak cari lagu shima 70an tu gak tp tak igt tajuk lagu. lalalala lalalala Lagu Kisah Seorang Biduan - Dahlan Zainuddin ( 1 ) Dari sebuah desa Berbekal gitar tua Datang ke ibukota Dengan penuh harapan Menjadi seorang biduan( 2X ) ( 2 ) Oh biduan pujaan Pujaan tua muda Kau ditaburi cahya Dan sinar kekaguman Dan riuhnya tepukan ( 2X ) ( korus ) Meskipun kau tersenyum Namun orang pun tahu Apa isi hati mu Tatkala kau lagukan Lagu mu lagu sedih Perjalanan hidup mu Ditinggal kekasih mu ( 2X ) ( ulang korus )

Pendaftaran Pra & Tahun 1 bagi anak yang sama - 2013

Sesiapa yang bermasalah macam aku masa nak daftar thn 1 tu bg anak yang sama nak masuk pra sekolah so boleh cuba sekarang yek. Pendaftaran bagi anak Prasekolah dan Tahun 1 bagi anak yang sama telah boleh dilaksanakan. Bagi ibubapa yang sebelum ini hanya mendaftar Prasekolah sahaja, boleh mendaftarkan anak tuan/puan ke Tahun 1 bagi tahun berikutnya.  Pendaftaran kini secara Online!   http://apps.moe.gov.my/sppm/ Rutin today bekfas : - makan biskut oat ngan air kopi panas lunch: - tak pasti..nak balik amik duan pastu lunch sekali mana boss aku ni..nak hantar surat mc ni..cepatla.. aku tak suka tunggu tunggu.bukti ni.haha ok tu jek entry today.    

Apa yang aku rasa hari ini?

Dah hampir 3 hari aku kat Serai lanjut Rompin ni tahun 2011..tempat tetap kalau g bercuti area sini.dari habib dalam perut sampaila habib dah 3 tahun ni. Tp kali ni aku tgk serai d'lanjut cam tak semangat jek..lanscape pun dh kureng..naper ek..semenjak tukar mgmt ke ek..ntahla. Kaki aku sakit..tak dpt byk bergerak..pg bercuti tp tak mandi kolam..no..sob sob sob.hiks..alhamdulillah Allah bg sakit sikit jek. Aku asik main game jek ..geram sb tk menang menang nak kalahkan kawan aku Anak anak aku main badminton  ngan anak member dpn mata aku ni..ayahnya main golf. Sgt kenyang..breakfast roti ngan yogurt jek tp sgt kenyang Ok n ak g tgk akak zana sebelah wat scatch lanscape design lagi jap...so cantik.kagum lak. itu aje agenda harian cuticuti ku.. bila la aku nak g naik beskal ni..huhu

Ekzema

Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia. Kesan penyakit ini pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku,buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala, manakala pada orang dewasa, ia lebih ketara di belakang lutut dan pelipat siku. Penyakit ini boleh dihidapi pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak. Biasanya ia lebih banyak dihidapi kanak-kanak berusia kurang dua tahun. Ekzema adalah masalah kesihatan yang ada kaitan dengan penyakit genetik (diwarisi dari ibu bapa). Pakar dermatologi menyarankan individu yang mudah menghidap ekzema, supaya melindungi kulit mereka daripada terdedah kepada faktor penyebab penyakit itu dengan menggunakan pelembap yang sesuai. Ekzema adalah penyakit berkaitan genetik yang mana sistem imunisasi individu bertindak keterlaluan terhadap alergen ...

Teknik jatuh cinta dengan Kerja

1) Fokus hal positif      Memang tidak dinafikan banyak yang tidak puashati terutama gaji tapi pk la kalau langsung takde gaji.pk je apa apa yang baik baik.kemudahan keselesaan ke apa apa la. 2)Anggap pengalaman sebagai proses pembelajaran dalam usia lewat 20-an dan anda masih di peringkat bawahan pasti anda rasa tidak dihargai untuk naik pangkat atau naik gaji atau sebagainya kan?bertenang anda bukan sendirian.Kunci utk hadapi sume ni adalah anggapkan ia sbg peningkatan dalam kemahiran kerjaya. 3)Tentukan sasaran peribadi  ia menjadikan kita lebih bersemangat dalam kerja.Buatla sasaran untuk hasilkan yang terbaik lebih baik dari orang lain tetapi pastikan ia bersandarkan kepada realiti diri anda sendiri.jangan la terlalu tinggi sehingga anda stress lak. 4) Hilangkan sakit hati  Jika ditegur oleh boss memangla rasa sakit hati , stress lebih lebih lagi kesalahan tersebut bukan tanggungjawab kita seorang sj.daripada kita duk fokuskan sakit hati ...

Ayam Penyet AP

Image
Tepek dari site Ayam AP Terasa nak nya la pergi hari ni tp tp tp...saper nak bawak aku??? huhu..sekarang telan air liur jek.tunggu hubby or klik la nak bawak atau naik komuter(bersungguhnya aku..haha) Dulu lepas hubby balik dari surabaya , dia  ajak makan ayam penyet aku tak nak..dgr tajuk jek cam gerun jek..ayam penyek penyek..pelik pelik.aku makan ns g.cina,ns g. kg...ala ala yang biasa ajela kalau jenisnya nasi la. Pastu bila aku g Jeddah...kami di bekalkan nasi ayam penyet oleh mutawwif indonesia..aku tak makan gak tp aku nak rasa..simpan jek pegang gendong..bila malam tu ..baru aku makan..dalam keadaan xberapa lapar tu aku makan gak nasi AP ni./.Ya Allah..sedap nya..alhamdulillah dapat gak aku merasa nasi AP ni so bila aku balik mesia nak carila ns ni..ada makan kat bangi hari tu..tk igt nama kedai..tk de la sedap sgt..pastu aku baca blog sumi   aku musti cuba test try..apa apa jela. Ada kat shah alam.cek cek kat Outlets Ayam AP .. dah macam promoter lak aku.Okla ...

Kurang tidur punca gemuk!

Apabila berat badan bertambah, boleh dikatakan semua orang risau, tetapi tidak ramai mengambil langkah proaktif untuk mengelakkannya daripada terus bertambah. Rasa panik biasanya terbit apabila baju atau seluar sedia ada menjadi ketat atau tidak boleh dipakai lagi. Soal berat badan berlebihan adalah isu global yang dihadapi hampir setiap orang. Apabila tiba ke tahap itu, ramai mencuba pelbagai produk untuk kembali ke bentuk badan asal, tetapi ini bukan langkah terbaik kerana lemak terkumpul tidak dapat dipecahkan melalui penggunaan ubat sapu atau minum jus tertentu. Tabiat makan juga mempunyai pengaruh besar terhadap pertambahan berat badan. Ada orang mendakwa hanya makan nasi sekali sehari, tetapi berat badannya tetap bertambah. Ada pula yang makan tiga hingga empat kali sehari, tetapi kekal langsing. Banyak faktor menyumbang pertambahan berat badan, tetapi yang utama ialah pilihan jenis makanan dan kekerapan melakukan senaman. Kedua-duanya ada kaitan rapat. Katanya, jika tida...

Online Offer Pizza Domino 50%

Image
Korang boleh layari website pizza domino..boleh  order online n get diskaun 50% utk yang kedua. Antara promotion..ada byk lagi..macam macam Tetiba aku lapar lak memalam nihh rasa nak makan domino pizza. aku kat kampung ni. aku n famili palingla suka tuna temptation n extravaganza. terpaling suka chicken crunchies spicy tom yam. ni bukan pizza.. cuma side dishes jek tp aku mmg la suka..bila beli pizza musti beli cc spicy tomyam ni pastu aku makan dalam keta jek tak sempat sampai rumah dah abis.hehe.lagipun pedas seisi rumahku bukan makan pedas ni ..so aku je makan. Kami jadi ahli domino putrajaya.sakan makan asik makan pizza domino bukan nak boikot pizza hut yek..sume sedap..rezeki. so korang da tau sebab aku nama kan tanggan domino my blog ni..sebab aku suka makan domino pizza .Tangga tu sesaja la panjat tangga domino tu..tangga kejayaan..apa apa aann da. sekian untuk cuti minggu ini. selamat menjamu selera bersama domino pizza ye.

Cuti Sekolah!! jom tengok belon Putrajaya 2011

Image
Jom jom ..aku n famili dah terjah ..korang bila lg?? aku pg semalam kejap pastu pagi tadi..so 2 x la..rumah aku dekat sini aje. antara pic pic yang kami amik kat sini.esok lusa confirm ramai. Bekfas dulu kat umai kat area monumen putrajaya  50% diskaun naik cruise..okla bila lagi nak naik yang murah..time gini la. ni apa ek nama mainan ni..ride ni dalam rm10.aku..tak nak. . ni cam best ..kita duk dalam bola tu.ada pelbagai saiz tp ni sesuai untuk budak sb tak masuk dalam air. belon doraemon dan invader..cute n ganas ni yang masuk dalam air lak.aku macam nak tp tak naik. jualan jualan dan temapt gelongsor main gergasi tu. ada byk lagi pic tapi takkan nak letak sume..apa tunggu lagi..jom jom jom Kalau penat boleh duduk kat gerai gerai ni .toilet pun..kira okla. 17 /3/2011  - 20/3/2011 location presint 2 putrajaya.kat area masjid putra tu

Dokumen yang diperlukan untuk daftar Prasekolah Kerajaan

Salam semua.. Kena sebut tu sekolah kerajaan..hiks. hari ni..kami g daftar si raudhah..dah berapa hari asik tangguh jek.so minggu ni kena g gak..hari yg paling layak hari khamis sb sb sb..hari ni ada hot balloon putrajaya.td dah byk dah belon termasuk belon garfield (silap daa...doraemon la) .comel Pepagi aku dah siap kan dokumen dokumen yang diperlukan untuk daftar anak perempuanku sorang ni.dia cam teruja je ..bila aku ckp nak jumpa cikgu baru dia..hehe 1) salinan dan asal surat beranak si raudhah 2) salinan dan asal IC mak ayah(akula tu) 3) salinan slip gaji 4) salinan bil utiliti(letrik/air .telefon) 5) salinan sijil nikah tapi jangan lupa step memula daftar dulu kat   http://apps.moe.gov.my/sppm/     tu pastu emel notify akan diberi kat kita ..print dan bawak sekali kat sekolah nak daftar tu.pilih la sekolah mana mana yg dekat ngan rumah atau opis kita.terpulang. orait..selamat bekerja pada sesapa yg kerja ye.

Nuffnang CPC (Cost Per Click)

Image
Macam macam kaedah orang nak dapat duit dgn blog terutama dgn nuffnang , google adsence ..ntah apa lagi. Aku rasa orang yang suka menulis tak perlukan dibayar . Ini semua minat seseorang dan luahan rasa seseorang itu menulis. Tapi kat dunia ni ada macam macam jenis orang. Kebanyakannya kalau buat sesuatu perlukan timbal balik..cam sistem barter tu.korang ingat tak sistem barter..alahai jap jap jap..aku cari kat pakcik wikipedia..hehe. sistem kalau orang bagi tepung..kena la bg apa apa lak kat dia..gula ke gardenia ke.apa apa je la. aku cam biasa suka ssgt copy paste info info yg aku rasa aku perlu tahu dan korang..ntahla kalau korang nak tau ok gak.jemput jemput. Bila saya boleh mula mendapat bayaran daripada iklan dalam blog saya? Para Blogger akan mula menjana pendapatan apabila iklan disiarkan daripada pihak Advertiser kami. Secara umumnya terdapat dua jenis iklan berbayar: CPC (Cost Per Click) dan mCPM (Metered Cost Per Impression). Iklan CPC disiarkan dalam setiap b...

Umrah 2011

Image
Assalamualaikum  Alhamdulillah.Perasaan ciku memang macam tak percaya dapat ke madinah dan melihat tersergam kaabah , mekah menjejakkan kaki di masjidil haram dan masjid nabawi yang selalu ciku baca melalui buku buku dan kitab kitab sahaja kini ada di depan mata . Alhamdulillah ciku senantiasa dipimpin suami ketika berada disana dengan izin Allah. Rezeki Allah bagi untuk melangkah melihat makam ya Rasullah kekasih Allah..kala ini sangat merindui beliau .Memang tak tergambar dengan kata kata..syukur sesangat. Dapat pergi jugak ngan mak mertua dan makcik hubby..yang dah biasa ke sana. Alhamdulillah..semoga dapat mengerjakan umrah dan  haji dan menziarahi makam baginda lagi..insyaAllah. Balik je Malaysia ciku buat satu buku dan album tentang semua yang berlaku disana untuk tatapan ciku dan keluarga  dan sahabat handai yang datang menziarahi kami sahaja. Penerangan dari muttawiff ustaz mardan tentang tempat tempat sejarah di sana banyak membantu kami meluaskan minda...

Nasi goreng Ayam Sosej

Image
Makin lama makin byk lak entry makanan dlm blog aku..hehe Malam ni kami makan nasi goreng ayam sosej jek plus telur mata. aku biasa masak lepas balik keja tu terus jek ke dapur pastu siap dalam kul 6 tu..aku pun mula lah menelaah internet..hiks. kaedah senang jek. goreng ayam yang dah dipotong kecik kecik dan sosej yang  telah di gaul dgn serbuk lada hitam tumis bawang putih 3 ulas yang ditumbuk halus pastu goreng jek dgn nasi yang telah di gaul dgn kiub ayam(sikit jek). letak la garam secukup rasa camtu jek..haha.. masa nak hidang tu letak tomato hiris dan telur mata camtu ajela dinner tonight.sesimplenya untuk aku dan famili jom makan.. kalau lapar lagi di malam hari..biasanya kami makan karipap segera jek.

Sarapan di Umai D'lake cafe putraJaya

Image
Lokasi : -  Menara Monumen Alaf Baru, area presint 2 putrajaya. view terus tepi tasik putrajaya.. untuk sume bikers pun sesuai sb ada garden untuk biker tepi tu. tenang jek sini..best best. aku mmg suka makan nasi lemak kat kedah dulu ..tak sangka ada restoran nasi lemak sedap gak kat presint 2 ni.lagi dekat ..aku br 4 x makan sini. td bekfas ngan famili member dr kelantan ..depa belanja. biasanya aku makan nasi lemak sotong jek.  pg td try nasi lemak rendang ayam lak..best sedap. lelain ..roti jala dia pun sedap..roti bakar ok okla.. lunch pernah try gak hari tu ..aku amik sambal sotong gak..sedap sambal sotongnya...yg lain belum try..nnt akanku try western dia lak..ehehe.