Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Percutian ke kuching sarawak

Salam ,

Ciku memulakan post sarawak dengan ittenary ajela ye.Kami pergi ke kuching selama 5 hari bebaru ni.so inila ittenary yang ciku boleh kongsikan. Kami park kereta di LCCT yang jauh gile tu..RM16 sejam.itu aje yang murah.silap silap..rm16 sehari..haha

Hari Lokasi
1
  • 12.00 Thari ,  tiba di Airport kuching
  • Perjalanan 1 jam 40 minit dari LCCT ke airport Kuching. Total kami semua yang jalan jalan ke sarawak kali ni adalah 11 dewasa 3 kanak kanak. = 14 orang
  • Tunggu kereta  yang dah siap dirental –RM170 untuk Alza (7 orang) . Amik 2 buah.
  • Contact number : En. Agus Mohsit ( 0198480313)

  • Terus menuju ke tempat makan  dikenali Atok Kopitiam Area HSBC Bank kat Jalan Padungan, Kuching. Ciku makan nasi ayam penyet. Ayamnya dan sambal sedap sekali..the best tapi tak sempat nak repeat makan sini dan takde tempe. huhu.Yang lain makan nasi goreng spesel Atok.
  • Masuk chinatown sarawak gak yang ada gerbang tulisan cina tu tapi tak turun pun.. jalan dalam kereta aje.

  • Check in Hotel Margherita Sebelah Sarawak Plaza Shopping Complex. Sebelah jugak dengan riverbank suite tempat pertama kali g kuching.
  • Amik bilik Deluxe Twin (Cityview) . 2 katil Queen.Ciku bayar masa check in.
  • Tunggu grup lagi satu nak sampai dalam pukul 8 malam , 7 orang. Sewa hotel yang sama dan amik kereta rental yang sama .(patutnya amik homestay pun ok..tapi batal so amik hotel ni.).
  • Ciku amik direct dari website http://www.grandmargherita.com/
  • Grup satu lagi amik 3 bilik dan harga jauh mahal dari ciku yang direct booking dengan website hotel.
  • Kami jenjalan area waterfront tu..kedai banyak dah hampir tutup. Stop by beli kopok lekor sarawak area waterfront tu wat kudapan petang.

  • Makan malam di RJ Ayam Bakar
  • Ciku makan Nasi Nasi penyet RJ ayam bakar ..kongsi ngan anak .saja nak rasa je. Rasanya sedap lagi Atok Kopitiam nya ayam.Tapi design Kopitiam ni cantik.
  • Balik Hotel tido
2
  • Bekfas di hotel..try makan laksa sarawak..hoho.
  • 8.30 pagi ke kampung Budaya area santubong .(1 jam lebih )- ada 9 jenis rumah.
  • Show pukul 11.30.’Best’
  • RM60 seorang tapi kami dapat diskaun yang agak melampau.hoho.Alhamdulillah. Takut gak kalau tak berbaloi tapi memang berbaloi..ciku sangat suka masuk rumah melanau ‘Tall House’ dengan jambatan buluh sempit tu..Gayat tapi memang cantiklah.
  • Ciku try sumpit gak tak ingat rumah mana ek.
  • Jenjalan area Damai beach lokasi berhadapan dengan kampung Budaya–ada food court.Ok gak makanannya.Kami try makan banana cheese gak .
  • Ke Pantai Santubong dan kampung Santubong.Nyaman ja.

  • On the way balik hotel, survey  Medan niaga satok ..dah berubah wajah..agak tersusun tapi ciku lebih prefer Pasar Satok yang dulu lagi. Kami tak beli pun..just tengok tengok je.
  • Petang ciku , adik dan mak ke sarawak plaza..saja jenjalan aje. Pastu lajak ke kedai handycraft area waterfront survey harga sebelum ke serikin esok..
  • Malam naik sampan ke seberang sungai – makan malam area kubah food court tu. Ciku makan mee kolok kongsi kongsi aje. kenyang sudah.
  • Kami ke Mira Cake dan Dayang salhah..walking distance dari kubah food court tempat makan tu akan jumpa Mira Cake dulu pastu jalan terus lagi baru nampak singboard kecik ke dayang salhah.Kami duk try testing testing cake tu..ciku test biskut bulat bulat color kuning ..tak ingat namanya.Ciku paling suka kerepek yang dibuat dengan seaweed ..sedap amat.kek sarawak ciku tak beli malam tu..just beli seaweed tu..sedap.
3
  • 8.30 pagi bertolak dari hotel ke Pasar Serikin .
  • Sepanjang lebih kurang 2 km orang jual barang barang tepi jalan. Macam macam ado. Ciku beli jubah jeans RM40.00 sehelai, pelbagai rempah ratus, udang kering,bubu hiasan untuk ayah, kapal besi mainan unik. Kat serikin ada jual jubah, telekung, kain ela cam kat bandung tu, baju blouse, topi, beg galas, kuali, kasut, kain batik , kain pelikat dan macam macam la.
  • Balik dari serikin.hoho.Stop by Wind Cave di Bau. Masuk free je.Cuma sewa lampu rm3.00..ada sungai dan kelawar dalam gua tu.Golap . Kami pergi 14 orang tapi yang masuk cuma 9 orang termasuk famili ciku.
  • Dalam pukul 3 petang ,pergi Jong ‘s crocodile farm..tengok show buaya makan ..ni bukan dalam planningpun..ada antara grup yang pergi tu nak pegi tengok show tu ..so kami ok ajela..mahl lor..RM16 dewasa.Tengok Skull bujang senang.ontahla..ok ajela.
  • Anak anak makan maggie dan bekalan roti yang memang sentiasa di bawa dalam kereta sewa..lapo sudah.
  • Malam sampai hotel..kami ke Barok Restaurant di seberang waterfront tu belakang kubah food court tu. Ada restaurant diperbuat dari kayu. Hampir sejam setengah kot makanan sampai.huhu.Ciku tanya pucuk midin tu apa ?? dia ala ala pucuk paku lor..tapi udah abis.huhu.
  • Lepas makan..sume nak pegi waterfront tengok tengok..ciku ngan anak anak balik tido..buat milo panas dan pengsan sudah.
4
  • 9.00 pagi ke Semenggoh WildLife – tempat yang dinantinanti nak pegi..tak percaya!.hihi..tengok orang utan..please be silent ..Nak bising bising g tengok kat zoo atau bukit merah ada orang utan yang dipelihara.Kat sini ada lebih kurang 27 orang utan liar.Masuk dewasa –RM3 , bebudak RM2.00
  • Kami ke rumah Annah Aris Longhouse- sesat la pulok..hihi..Tak ingat masuk berapa RM tpi bawah RM5. Kalau nak tourist guide harga lain..kami redah aje la.Ciku amik gambo ajes dengan makcik makcik dan bebudak kat situ.
  • Balik makan di serapi corner area kuching ..tak ingat the real location..huhu. Makan nasi campur.
  • Singgah lagi ke medan niaga satok sebab hari ni hari minggu.(ahad).Kakak beli banyak gak udang n ikan. Ciku tak beli pun lagi..survey lagi..haha.Kakak ciku nak balik esok so kena beli le.G ngurut kat mesin ngurut tu –rm1 (3 minit)..sakit belakang lor.hihi.
  • Singgah Waterfront beli apa yang patut. Jalan kaki ajes. Baju tshirt cotton untuk anak buah dan untuk adik. Pes laksa Sarawak,pes lemongrass black pepper , lada hitam botol kecil dan gendang Sarawak hiasan.hihi.Kami jalan sampai hujung indian street kuching tapi cam penat sangat lak ..banyak kedai tutup je.hoho.
  • Makan Malam di TopSpot gerai no 25 , Bukit mata..sedap sesangat dan ramai orang dan cepat. Makan macam lupa daratan..hihi.Alhamdulillah rezeki.Kami jalan kaki je ke sini dari hotel Margherita. Makan seafood yang sedap.Balik hotel, ciku naik bilik ngan anak anak tido.Yang lain ke Mira cake tu lagi beli kudapan untuk dibawa pulang ke Semenanjung
5
  • Selepas Bekfas..bawak anak anak mandi kolam.lepas gian depa asyik tengok je kolam tu..full activities setiap hari..hihi..kolam kecik je pun.
  • Rest di hotel tunggu check out pukul 12.
  • Ciku dan anak kedua g  jenjalan area waterfront dalam pukul 10 pagi lepas bawak anak anak mandi kolam tu. Beli apa apa yang patut.Beli lada hitam botol 5 botol kecik RM13.80 (kawan pesan) dan lapik meja saiz panjang dan tipis 3 helai rm12.00.kejap je..pukul 11 sampai hotel semula.Pack memana yang tertinggal dan check out 12.00
  •  Tertinggal lak stori utama ni..kami ke pasar satok untuk beli udang kertas saiz beso tapak tangan - rm38 sekilo, udang galah,ikan bawal,ikan tenggiri,terubuk hidup 2 ekor dan terubuk masin 2 ekor aje. All out RM200 ++ especially udang.Sakan beli sebab murah udang udang tu.hihi.Beli udang n ikan bawal dan tenggiri saiz beso tu kat kedai Man&M.Terubuk lak beli kat kedai andy ..aswandy.Balut dan packing kotak free bersama ais batu.
  • Beli kopok seaweed salut tepung gak..rm2.50 beli 4 bungkus kecik dapat rm9.00.silap tak beli bungkus besor bebenor tu rm12.00.hoho.sedap.
  • Singgah rumah sedara di area kuching , makan lunch free..sedap.
  • Ke muzium kuching tengok replica kuching bebanyak tu.Bebudk ni best le.
  • Pukul 4 ke airport hantar kereta dan tunggu je la situ sampai nak naik flight..g cari seaweed salut tepung kat airport tapi takdok..hihi. 
Naik sampan

Jong's Crocodile Farm
Waterfront Kuching

Jalan Jalan Cari Makan
Jong's Crocodile Farm - ada replika bujang senang buaya putih tapi ciku tak sempat nak amik gambo lak..adoila

Jalan Jalan Cari Makan

Hotel Margherita
 

Muzium Kuching
Alhamdulillah settle sume perjalanan ke Sarawak buat kali kedua. Semalam makan butter prawn ciku dan ikan bawal masak cili dan jugak bayam masak lemak udang kering.hoho.lazat tu mak masak.

Kampung budaya
http://tanggadomino.blogspot.com/2014/02/ciku-di-taman-budaya-sarawak-dan.html

7 comments:

Jari Manis said...

RM16 sejam..so kalau 5 hari, 16 darab 24 jam...ooo...byk tu cost parking je

Yeay..dah ada itirenary..leh copy paste je lah kalau JM nk ke sana...ahahah

CIKU said...

silap silap..RM16 sehari..haha

Unknown said...

tanx info.
saya nak ke kuching nov ni.
bawak keluarga. banyak gak info saya dapat di sini.
nak tanya, yg seafood tu letak kat bagasi atau hand carry, kotak polistren putih aje ke? AirAsia xkomplen apa2 ke?

CIKU said...

jomblog: sori ciku tak perasan ada komen..kami letak sebagai hand carry je .ikan dan udang tu sume dia balut ngan kotak biasa pastu letak ais dan garam..memang kemas dan padat..nnt ciku letak gambo kalau sempat ye.

Unknown said...

hello2...juz nak promote yer.. im chris adam from kuching sarawak.. juz nak bagitau yg i boleh tlg jd tourist guide korg,n sesape yg nk ke kuching sarawak.. rm230 utk 6jam,termasuk minyak n DRIVER , sekali kereta proton waja,kalau ramai,pakai kreta Alza. n driver i sendiri.. i blh bawa kemana sja yg u all nk pergi, or i blh intro tmpt yg best2, cth ::
1; kampung budaya
2: gunung santubong (jika ingin mengetahui sejarah puteri santubong,or ingin melihat bentuk gunong tersebut)
3: serikin , tebedu / sempadan indonesia,barangan murah,sperti beg,baju,kraf tangan, buah tangan,smua murah2..n bnda yg korg xpernah lihat d tmpt lain..
4:wind cave, fairy cave ,
5: menikmati rumah bidayuh (baruk)..rumah iban (rumah panjang)
6: tmpt picnic yg paling sesuai seperti (family park, jambatan merah, sungai rayu, sematan, lundu,
7: jln2 d sekitar kuching,tmpt shopping,
8: budget hotel,standard hotel,i boleh tlg cari..
9: n nak kemane jer,i blh bawa..nk uturn,nk singgah,berhenti,up to u..hehe

-DRIVER
-CAR RENT ALZA / PROTON WAJA / MYVI
-FUEL
:::::RM230 ONLY

whatsapp or call me
0149957036
facebook : chreez_devil88@yahoo.com

ur personal driver

CHRIS ADAM
________________

Unknown said...

kalau nak senang g kuching sarawak.. boleh je contact eifah (0165751266).. dia blh tlg carikan transport (kereta@skuter),homestay.. klu nak suggestion tmpat menarik pn, InshaAllah dia boleh uruskan @ bagi cadangan.. Pasti rasa x ckup je kalau stay dalam 3 4 hari je kt kuching..

Dhani Tour Bandung said...

Salam sejahtera Tuan / Puan, Sebelum itu ingin memohon maaf kerana membuat promosi disini...
Semoga Tuan/Puan senantiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezki(Amiin). Buat Tuan/Puan yang sudah merancang bercuti ke Bandung/Jakarta dan memerlukan kereta beserta pemandu bolehlah hubungi kami :

WhatsApp : +6282214441280
Call : +6282214441280
Call : +6282282222896
Email : Dhanibandung@yahoo.com
Blog : Melancongdibandung.blogspot.com(Dhani Tour Bandung)
Website : www.paketpelanconganbandung.com dan www.dhanitourbandung.com

Kami sangat mengutamakan kepuasan tetamu dan dijamin harga yang sangat berpatutan...Insya Alloh kami memberikan service yang terbaik dan layanan taraf 5 bintang...

KAMI PUN MENYEDIAKAN PAKET BERUPA TRANSPORT DAN HOTEL

Semoga inform dari saya dapat memudahkan urusan bercuti Tuan/Puan untuk ke Bandung.
Nb : Yang lebih mahal itu banyak, yang lebih murah pun ada tapi kami janjikan yang terbaik dari Dhani Tour Bandung... (Insya Allah) Jom mari melancong di Bandung murah sahaja... Untuk apa cari harga yang lebih murah jika service nya kurang berbaloi dan tidak memuaskan ^_^
Wassalam dan Terima Kasih.. ^_^

JOM MELANCONG INDONESIA…
CITY TOUR BANDUNG DAN CITY TOUR JAKARTA