Wednesday, March 23, 2016

Trip singkat 2 Hari di Kota Bandung

Salam,

Alhamdulillah. Ini kali pertama ciku ke bandung dan kali ke lima ke Indonesia. Solo, Jogjakarta, Acheh dan Makassar.

Hari pertama : Flight AA dari Malaysia pukul 7.30 pagi kot.Kami solat di KLIA 2 dan sampai ke Bandung Husein Sastranegara International Airport dalam 2jam suku kot perjalanan.Ciku berlima ( perempuan ) ke bandung .

Kami sarapan kuih tradisional dibawa oleh pak supir , Pak Udun by MPV car.Semua diuruskan oleh kawan ciku.So far sarapan tu sedapla yang penting halal..hihi .Masa yang agak singkat kerana kami ada urusan dalam pukul 12.30 thari di kantor semula so kami hanya akan dibawa ke kawasan berdekatan dan dibawa jalan ke gedung sate iaitu bangunan kerajaan yang berwarna putih masih cantik dan dibina semasa pemerintahan belanda di indonesia.Memula ingatkan nak bawak g makan sate..hihi.Digelar gedung sate kerana menara di tengah tengah atas bangunan seperti cucukan sate..bulat bulat dan tajam dihujungnya lebih kurang seperti pagoda.

Dah amik gambo kat situ,kami dibawa ke cihampelas walk tempat menyopping (membeli belah). Ciku tak beli apa pun kat sini..hihi..jenjalan je amik gambo dan hirup udara.Kengkawan majoriti sopping tshirt dan jeans.Ciku sibuk amik gambo je..banyak  struktur bangunan cantikcantik dan unik..hihi.

Selesai kami makan di D Palm Sundanese Restaurant bandung.Terletak di Jl. Lombok no. 45 Bandung.Restaurantnya cantik design gabungan trasional dan modern .Ciku rasa makanannya sedap .Ada pelbagai lauk dihidang tapi ciku paling suka sambal ijo dan ayam masak apa ntah dan tauhu (terliur lagi sekarang ni..memang sedap). Air depa kata kalau datang sini..better order air alpokat tapi ciku tak order gak..hihi.

Settle makan kami check in Hotel Holiday Inn Bandung,jalan Dago .Banyak je hotel dan rumah rehat lain.Ni sume kawan yang buat ciku just follow only lagipun memang ada urusan di sana. hihi.

Lepas solat Zohor dan jamak asar ,kami dibawa ke pasar baru dan makluman semua pasar baru adalah sebuah bangunan kompleks bertingkat 11 termasuk parking dan basement.Paksupir parking di lantai 5 kat area kedai sir cinta jualan kain pasang dan kain pelikat pelbagai corak.Kami jalan sendiri dalam pasar baru tu dengan Dessy rakan pak supir dan beli le apa apa yang patut.hihi.Ada toko jeans,toko sepatu,toko kain lace, beg,barang sukan,kain cotton,kain chiffon,kelengkapan umrah haji dan macam macam lagi.Banyak gilos.Macam dah rasa nak sesak napas dalam tu..banyak betul barang.hihi.

Kat dalam kompleks ni jugak ada orang jual keychain dan beg telekung tulis bandung tu yang mereka jual jalan jalan dan tiada tapak kedai.Harga ciku tak pasti. Masa Kompleks pasar baru ni tutup adalah pukul 5 petang.ber "aircond " dalam pukul 4 lebih tu banyak dah kedai kedai tutup dan ciku rasa macam aircond tu centralize.Apa yang ciku beli hari pertama..hihi Ciku beli telekung 2 pasang ..telekung saiz s untuk anak ciku harga 60000 rupiah dan telekung ciku 180000 rupiah dan juga terbeli kain lace 80,000 rupiah 2 meter .hihi.Settle sume hari pertama di bandung.
Cihampelas Walk Bandung dan Gedung sate 
Makanan yang dimakan selama 2 hari di bandung ,restoran DPalm Sundanese dan Restoran Simpang Raya dan makanan sarapan tradisional serta di Kartika Sari
Factory outlet dan lain lain
Masjid Agung Bandung dan Pasar baru 
Hari kedua :Sarapan di hotel kemudian kami jalan kaki ke kartika sari dan gerak ke Factory outlet dari hotel dengan pak supir. Yang ciku ingat nama outlet tu,terminal tas, passion, secret, heritage, oasis, raja perut dan ntah apa lagi.hihi.Kemudian kami makan di restoran g simpang raya dalam sebelum pukul 12 kerana pak supir nak g solat jumaat.Sebelum tu kami dibawa melihat masjid agung bandung.Ciku suka tengok ada replika dari buluh di tengah jalan bandung tu dan replika patung patung banyak jugak nampaknya.

Selepas solat jamak zohor asar  ,trip ke pasar baru semula.Kali ni ciku ke sana dan memang agak banyak yang di sopping.Kain pelikat berkotak kotak - 5000 benang jenama gajah duduk dan atlas dan sejadah 4 helai (orang pesan dan dia tak dpt sopping hari kedua ni).Kain lace beli lagi dan kain lapik lace tu dalam 25000 rupiah semeter.Ciku beli dalam 6 meter kain lapik lace tu.hihi dan kain untuk tempah baju melayu anakanak dan TL.Ni tak ingat harga sebab duit orang bukan duit ciku..hihi.ohh..ciku beli keychain diperbuat dari kulit sapi dan buluh.Total Harga semua 30 keychain dalam 60000 . Kartika sari ciku beli biskut Bagelan perisa mocha dan butter dalam 90000 rupiah.Ciku beli kek brownies 50000 rupiah satu aje.

Pukul 5 tu abis berbelanja di pasar baru ,kami ke kartika sari lagi di jalan kebun kot namanya dan ada tempat untuk makan sekali di situ..ciku makan mi bakso dan dim sum..hihi.Harga tak ingat..member belanja.Pastu kami ke factory outlet semula dan ciku beli baju tshirt untuk kenangan tulisan bandung dalam ntah berapa pasang..hihi.Memang trip kali ni shopping aje.

Tukaran duit dalam rm3.07 = 10000 rupiah
Total belanja hari pertama : 320 000 rupiah ~rm100.00
Total belanja hari kedua : 350000 rupiah ~rm120.00

Dalam pukul 5.30 pagi kami gerak ke airport semula untuk balik ke Malaysia.Settle shopping di pasar baru dan factory outlet.Memang hajat nak ke tangkuban perahu dan kawah putih tapi jaraknya dalam 40 minit jika tidak macet (sesak jalan) dan trip kami ini singkat sahaja .Alhamdulillah udah sampe bandung.hihi.

Friday, February 12, 2016

Santai di Skyrides Festivals Park Putrajaya

Salam,

Ciku dan anak anak sesaja bersantai di sini sebab dah tak tau nak g mana cuti bebaru ni . Kami terjah sekejap di sini sebelum g lunch ke alamanda.

Skyrides Festivals Park Putrajaya terletak di presint 2 , putrajaya dimana tempat hot balloon selalu buat.Untuk ke sini, boleh ambil bus rm1 sorang dari Putrajaya Sentral atau bawa kereta sendiri.Ada parking free.Lepas tu jalan kaki ke monumen millenium yang bentuk cam peluru tu..hihi.area sebelah umai cafe tepi tasik.Kat situ ada nampak balloon sebiji je besar kat atas.

Masuk Free.Selain naik balloon tu ada skyWarrior,skydemo with batik,skykids (ala ala ninja warrior for kids),sky taste,sky Gallery dan sky Cruise. Memang sesuai untuk berpicnic sebab ada tempat boleh duduk cuma agak terhad.

Skyrides Festivals Park Putrajaya
Jalan P2M, Percint 2, 62100 Putrajaya
opening hours : 10am-10pm

Free admission to the Festivals Park ( attractions subject to ticket pricing) 




More Information about SkyWarrior
admission fee  : RM10 ( payable at sky gallery) 
Operation~ weekdays 10.30am-10pm, Friday and Saturday 10.30am to 12am, Sunday 10.30am to 11pm
Challenge record day :  Saturday 8.30pm to 9pm
Participants minimum height : 4 feet ( 150cm) 

Info for skyrides balloon

With Mykad : Adult RM 38 , Child RM30 ( below 12 years old) 
Without Mykad : Adult RM68, Child RM60 ( below 12 years old) 

Info about Sky kids
Entrance fee ( maximum 3 hours) : below age of 2 - RM5;  Age 2 to 7 RM10
operation hours : Monday to Thursday 10am-10pm; Friday and Saturday 10am-12am; Sunday 10am-11pm

Untuk makluman kami tak main apa apa pun..saja buat lawatan tapak je.Umo nak masuk sky kids pun tak boleh..nak try sky warrior sume pendek pendek lak termasuk la ciku.hoho.(alasan - takut kot).

Orite sekadar berkongsi je.

Saturday, February 6, 2016

Fridge Magnet board 2016


Salam.
Semoga semua yang membaca dalam rahmat Allah (SWT).

Cuti tahun baru cina panjang ni , ciku tak kemana manapun..bertukang je kat rumah dan mengemas apa yang patut.hihi.almaklum selalu takde je time weekend .huhu.tunggang terbalik rumah.bibik pun takdo.

So bila Puan Mushishima kata dah siap FM board yang ditempah.Ciku pun amik dan sesi pertukangan berlaku di rumah.Settle.

Hasilnya seperti dibawah.

Kabur la plok
Nak share info bawah ni yek.
Untuk harga dan size adalah 

Yg tengah 3 x 3 -rm120
kiri kanan 1 x 3 -rm45x 2- rm 90
postage rm55
self collect presint 11 , putrajaya - Free

Ciku beli yg tengah tu masa dua tahun lepas..tahun ni baru beli yang kiri kanan tu.hihi.
nak tengok entry dulu bleh tengok sini ye.

http://tanggadomino.blogspot.my/2014/08/fridge-magnet-board-baru-dijumpai.html

http://tanggadomino.blogspot.my/2014/09/fm-board-dah-tiba-tl-tour-di-spain.html

Wednesday, February 3, 2016

Bercuti ke Holiday Villa Cherating santai makan di restoran Sara thai pengkalan Balok


Salam,


Sebenarnya memang plan dah lama nak g makan makan kat area pahang dari tahun lepas lagi tapi banyak naw plan lain lak..hihi.

So alhamdulillah kami walk in je ke holiday Villa cherating bebaru ni dan ada kosong lak sebab nak cari hotel yang dekat ngan pantai . Dulu 4 tahun yang lalu kami pernah datang hotel yang sama dan bila datang semula memang banyak perubahan dari segi persekitaran dan lebih lebih lagi makanan.huhu.Kami amik suite Anniversary satu bilik.So far ok la dengan kolam untuk bebudak main air.

Sebelum check in kami ke kuantan dulu pekena restoran sara thai ,kuantan.Nak rasa ketam masak telur masin je main nya..lenlain cam biasa la..lauk ikan stim dan butter prawn dan apa ntah lagi.Untuk rasa ciku rasa ok okla.


Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating

Lot 1303, Mukim Sungai Karang, 26080 Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
P: (609)-581 9500
F: (609)-581 9178

Dah lepas check out tu kami ke kemaman lak makan di restoran tong juan kemaman area sedap gilos ketam bungkus -(stuff crab) tu pastu g bungkus kopi haipeng kemaman lak.setle bab makan ..kami ke area intan kemaman dekat ngan masjid geliga cari kepok lekor ngan satar ngan otak otak.Bebudak ni suka makan otak otak tu.ciku apa lagi memang suka benda 2 gitu.Plan nak g cari Karipap inti ikan..feberet ciku ..cari yang frozen area kedai perwaja koop .Harga tak ingat..huhu.

Last day tu , kami pg  makan di Restoran Sara Thai Pengkalan Balok..aduhai sedap ssgt ketam masak telur masin (ketam salted egg) tu.alhamdulillah dapat merasai makanan yang enak enak di pantai timur ni.Paling sedap adalah restoran sara thai balok dan tong juan.
Kalau kat sini ciku suka makan makanan salted egg ni kat sharon low tapi bukan ketam ..udang salted egg..hihi

Settle balik KL.Beradu.

Thursday, January 14, 2016

Thursday Mood

Salam



Mood khamis sambil makan kacang Sedap Wany plus ngantuk ..cam best je harbin ni.



Monday, January 11, 2016

Dilwale Kajol and Shah Rukh Khan

Namaste ,


Canole Flower
Suda tukar..hihi.Ciku belum pernah sampai negara India. Memang ciku suka tengok movie hindi masa studi dolo dolo tapi kebanyakannya citer kajol dan shahrukh dan Aisywaria rai dan anil kapoor je(banyaknya dan..hihi -ada lagi tapi takyahla senarai sini ek)  dan ciku suka nyanyi lagu lagu hindi ni gak masa studi almaklum sebilik ngan anak mami penang yang memang minat gilos ngan SRK..haha.teringat lak nostalgia masa studi dolo dolo . Dah 18 tahun meninggal alam IPT.(2016 tolak 1998-grad)

Bebaru ni ramai member post di fb pasal dilwale tapi ciku baru berkesempatan menonton dilwale ni semalam..hihi.Best giler lagu 'janam janam' tu dan kajol sangat cantik .Sejak tengok dilwale..ciku asik duk dengar lagu janam janam je..aduss penangan.

Lepas tengok movie ni ciku tengok wiki dilwale sebab nak tau kata mana locationnya.Cantik latar belakang tempat -tempat dalam movie ni. Start di Goa pastu ke Bulgaria ,iceland,Hyderabad dan kembali ke Goa.hihi..sakankan.

Memula dulu nak travel ke tempat yang ada bunga canole cam dalam dilwale dulhania le jayenge tu..mengkome yang ikut movie shahrukh and kajol pasti tau citer ni.best ever selain KKHH tu.

Movie Dilwale baru ni best sebab lagu , kajol cantik, SRK still maintain ..jalan citer okla.hihi.Meh terjah pic dari pakcik google aje.



Dilwale dulhaniya le jayenge
KKHH
Kalau g turkey or Rome boleh la singgah Bulgaria ni tapi lagi best kalau g Iceland..haha.mcm dekat..hihi
sajae letak map of india gak..tetiba.

Thursday, January 7, 2016

Portal Tabung Haji

Salam,

Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu , maka Allah akan permudahkan jalannya ke Syurga. 

~Hadis riwayat muslim~

Belajar awal tentang Pembelajaran Haji ini dapat mendedahkan kita lebih memahami panduan bagi mengerjakan haji , perkara berkaitan dengan pengurusan haji, penjagaan kesihatan dan sebagai pendedahan awal sebelum para bakal haji berangkat ke tanah suci  dan juga insyaAllah dapat membantu ke arah mendapat haji mabrur.

Kursus Asas Haji ini telah bermula di semua masjid terpilih di seluruh Malaysia.
Sila klik di bawah : -



Pilih negeri mana yang anda ingin download jadual kelas anda. Contoh ciku download seperti dibawah.


SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN HAJI (PENTING)
  1. Pendeposit TH dengan baki minimum akaun TH sebanyak RM 1,300.00.
  2. Tiada rekod pendaftaran haji yang aktif.
  3. Pendaftaran haji tidak dibenarkan bagi mereka yang baru menunaikan ibadat haji dalam tempoh 5 tahun.
  4. Pendaftaran haji ahli KWSP boleh dilakukan dengan syarat berumur bawah 55 tahun.
Kebanyakan ayat entry kali ni cp dari TH untuk dikongsi bersama. Anda boleh lawat terus portal di http://www.tabunghaji.gov.my/ . Lagi banyak info yang dikongsi bersama di sana.

InsyaAllah kita sama sama dijemput untuk menjadi tetamu Allah bagi menunaikan haji dan umrah.Amin.


Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...